PINJAMAN KOMPUTER PELAJAR: SKIP MARA

 PERMOHONAN SKIM PINJAMAN KOMPUTER PELAJAR (SKIP)

pinjaman komputer pelajar

keptennews.com 12 Januari 2021

Permohonan skim (SKIP) MARA akan dibuka dari 1 Februari 2021

SKIM PINJAMAN KOMPUTER INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (SKIP)

Berita baik kepada semua pelajar IPMA, termasuk KKTM, MJII & IKM yang ingin membuat pembelian komputer untuk kegunaan pengajian, terutamanya situasi ketika ini memerlukan para pelajar mengikuti pengajian secara dalam talian, namun mempunyai kekangan kewangan.

Skim ini disediakan untuk pelajar memiiki komputer bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Berikut disertakan info lanjut bagi para pelajar yang berminat untuk membuat permohonan (SKIP) MARA 2021.

Isi Kandungan: 

  • -Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP)
  • -Institusi Pendidikan Yang Terlibat
  • -Syarat Kelayakan
  • -Had Umur Kelayakan Serta Terma Dan Syarat
  • -Amaun Pinjaman
  • -Borang Permohonan Online
  • -Maklumat Lanjut Tentang (SKIP)

Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP)

Apakah (SKIP) MARA:

Skim (SKIP) ini diwujudkan bagi membantu pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMA) untuk kemudahan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran masing-masing seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.

Skim Pinjaman Komputer IPMA (SKIP) ini adalah bagi membiayai pembelian komputer oleh pelajar IPMA dengan menggunakan konsep pembiayaan Islam al-Murabahah.

Pinjaman ini terhad untuk pembelian komputer riba sahaja.

Institusi Pendidikan Yang Terlibat Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP)

Insititusi Pendidikan MARA (IPMA) yang terlibat di bawah skim ini adalah:

  •                Kolej MARA
  •                Institut Kemahiran MARA (IKM)
  •                Kolej Kemahiran Tinggi MARA
  •                MARA Japan Industrial Institute (MJII)
  •                Kolej Profesional MARA (KPM)
  •                Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  •                Kolej Universiti PolyTech MARA (KUPTM)
  •                Kolej PolyTech MARA (KPTM)
  •                German Malaysian Institute (GMI)

Permohonan boleh dibuat melalui wakil IPMA masing-masing bermula pada 1 Februari 2021.

BAgi yang belum mengisi i-sinar kategori 2 lihat cara memohon klik https://keptennews.com/cara-memohon-i-sinar/cara-memohon-i-sinar-kategori-2/

Syarat Kelayakan Pinjaman Komputer (SKIP)

Pelajar yang mengikuti pengajian di IPMA sepenuh masa di peringkat pengajian berikut:

  •                Persediaan / Pra Universiti
  •               Sijil
  •               Diploma
  •               Ijazah Sarjana Pertama (Sarjana Muda)

Had Umur Kelayakan Serta Terma Dan Syarat Pinjaman Komputer (SKIP)

  • -Had umur bagi pelajar yang layak memohon adalah seperti berikut:
  • -Persediaan / Pra Universiti: Tidak melebihi 20 tahun
  • -Sijil / Diploma: Tidak melebihi 35 tahun
  • -Ijazah Sarjana Mudah: Tidak melebihi 45 tahun
  • -Pelajar baru atau pelajar sedia ada (aktif) yang layak harus mempunyai baki pengajian tidak kurang dari 1 tahun.

Pemohon layak memohon 1 kali pinjaman komputer bagi setiap peringkat pengajian. Bagi mereka yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi adalah layak untuk dipertimbangkan pinjaman seterusnya tertakluk kepada pinjaman terdahulu telah diselesaikan.

Pelajar tidak mendapat kemudahan pinjaman atau kemudahan komputer dari badan penaja / pihak lain.

Amaun Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP)

Amaun maksimum Skim bagi IPMA adalah sebanyak RM3000.00 sahaja.

Penetapan jumlah pinjaman adalah tertakluk kepada harga sebenar komputer dan tidak melebihi jumlah amaun maksimum.

Pinjaman ini tidak dikenakan sebarang faedah dan perlu dibayar balik sepenuhnya.

Untuk maklumat tentang kemaskini amaun i-sinar baca juga https://keptennews.com/kemaskini-permohonan-i-sinar-amaun/kemaskini-permohonan-i-sinar-amaun/

Borang Permohonan Online Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP)

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan > aplikasi.mara.gov.my/skip

Baca Juga: Simkad Kena Block(Celcom Maxis Digi TuneTalk One XOX Yes4G)Cara Unlock Semula

Maklumat Lanjut Tentang Skim Pinjaman Komputer (SKIP)

Untuk maklumat lanjut tentang Pinjaman Komputer (SKIP), sila rujuk surat siaran MARA di bawah.

Institusi Pendidikan Yang Terlibat
Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP)
Syarat Kelayakan
Had Umur Kelayakan Serta Terma Dan Syarat
Amaun Pinjaman

SKIPMA : Skim Pinjaman Komputer Pelajar IPMA (MARA)

MARA menawarkan Skim Pinjaman Komputer Pelajar IPMA (SKIPMA) kepada semua pelajar di Institusi Pendidikan MARA (IPMA) bagi tujuan kemudahan sepanjang pengajian.

Permohonan dibuka pada 10 Ogos 2022 hingga 23 Ogos 2022 secara atas talian.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang skim ini untuk makluman bersama.

Apakah SKIPMA?

Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) diwujudkan bagi membantu pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMA) untuk kemudahan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran masing-masing seiring dengn perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.

Pelajar tajaan MARA dibawah institusi pendidikan MARA (IPMa) seperti dibawah yang layak memohon:

  • Kolej MARA (KM);
  • Institut Kemahiran MARA (IKM);
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM);
  • MARA Japan Industrial Institute (MJII);
  • Kolej Profesional MARA (KPM);
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL);
  • Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM);
  • Kolej Poly-Tech MARA (KPTM); Dan
  • German Malaysian Institute (GMI).

Syarat Kelayakan SKIPMA

Pelajar IPMA yang mengikuti program secara pengajian sepenuh masa di peringkat Persediaan / Prauniversiti, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Pertama (Sarjana Muda).

Syarat Kelayakan lanjut seperti berikut:

  • Pelajar berstatus Bumiputera.
  • Ibu atau bapa berstatus Bumiputera.
  • Pelajar yang ditawarkan mengikuti pengajian di IPMA secara sepenuh masa bagi peringkat seperti berikut:
  • Persediaan / Pra-Universiti (Umur tidak melebihi 20 tahun)
  • Sijil (Umur tidak melebihi 35 tahun)
  • Diploma (Umur tidak melebihi 35 tahun)
  • Ijazah Sarjana Pertama (Sarjana Muda) (Umur tidak melebihi 45 tahun)
  • Pelajar baharu atau pelajar sedia ada (aktif) yang mempunyai baki pengajian tidak kurang satu (1) tahun daripada tarikh permohonan dibuat.

Pelajar layak memohon satu (1) kali pinjaman komputer bagi setiap peringkat pengajian. Pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi adalah layak untuk dipertimbangkan pinjaman komputer seterusnya tertakluk kepada pinjaman komputer terdahulu telah diselesaikan.

Pelajar tidak mendapat kemudahan pinjaman atau kemudahan komputer dari badan penaja/ pihak lain.

Jumlah Pinjaman SKIPMA

Amaun maksimum adalah sebanyak RM3,000.00 (ringgit malaysia: tiga ribu sahaja).

Penetapan jumlah pinjaman adalah tertakluk kepada harga sebenar komputer dan tidak melebihi jumlah amaun maksimum.

Cara Permohonan SKIPMA

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui pautan aplikasi.mara.gov.my/skip.

Permohonan juga boleh dibuat melalui wakil IPMA masing-masing bermula 10 Ogos 2022.

Maklumat Lanjut

Sebarang kemusykilan emel ke [email protected]

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang pinjaman komputer pelajar ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

5 thoughts on “PINJAMAN KOMPUTER PELAJAR: SKIP MARA”

Leave a Comment