Print MySejahtera QR Code:Tampal Di Pintu Kedai / Premis

Print MySejahtera QR Code:Tampal Di Pintu Kedai / Premis

Ramai yang tidak tahu cara print MySejahtera QR code yang digunakan di kesemua pintu masuk premis ekoran pendemik yang melanda sekarang ini. Dengan PKP yang masih lagi berpanjangan, pemilik bisnes mesti menjaga prosedur operasi standard atau SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan semasa menjalankan perniagaan. Di sini dikongsikan cara print QR code MySejahtera untuk memudahkan anda.

Muat turun kemudian print QR Code melalui website MySejahtera di mysejahtera.malaysia.gov.my bagi membolehkan pelanggan scan dahulu sebelum masuk ke dalam kedai atau premis anda. Jika syarikat anda layak dan diluluskan MITI dalam permohonan meneruskan operasi perniagaan, ikuti cara print MySejahtera QR code seperti di bawah.

Baca Juga: Connect Remote Astro Dengan TV:Cara Guna 1 Remote Sahaja

cara cetak print qr code kod dengan mudah

Baca Juga:Semak Status CTOS Online:Cara Daftar & Login Laporan Kredit

Apa Itu MySejahtera

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaann Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

login my sejahtera untuk cetak print qr code kod

Baca Juga: Semak Check kelajuan Internet Rumah Sekolah Pejabat:Cara Buat Speedtest Guna Web & Apps

Kenapa Perlu Print My Sejahtera QR Code?

Sila patuh SOP.

Print MySejahtera QR code ini sebenarnya memudahkan pemilik premis dan juga pelanggan untuk masuk ke premis dengan hanya mengimbas (SCAN) QR code tersebut tanpa perlu menulis nama yang akan melambatkan urusan pelanggan.

Print MySejahtera QR code memudahkan kerajaan memantau pergerakan seseorang sama ada mereka memasuki kawasan berisiko ataupun mereka sendiri orang yang berisiko. Rekod perjalanan  premis yang pernah dikunjungi akan ada di dalam sistem MySejahtera pemilik untuk pemantauan dan juga amaran jika kawasan dikunjungi berisiko.

Jika kerajaan telah membenarkan anda berniaga, sila ikuti apa yang dipinta oleh kerajaan. Kegagalan untuk print dan paparkan QR Code boleh membuatkan anda sebagai pemilik bisnes dan juga pengunjung disaman dari RM1,000 sehingga RM50,000.

Print MySejahtera QR code untuk dilekatkan di premis anda. Seeloknya anda balut QR code MySejahtera yang telah di print untuk mengelak ianya daripada terkoyak.

Baca Juga:Touch n Go eWallet:Pendaftaran & Penebusan Kredit eBelia RM 150

scan qr code muat turun mysejahtera cetak qr code sendiri

Cara Print MySejahtera QR Code Untuk Kedai

Berikut ialah cara untuk print MySejahtera QR code (bukan barcode) bagi kegunaan kedai atau premis perniagaan anda. Panduan di bawah ini adalah selepas selesai proses pendaftaran.

Jika masih lagi belum daftar, sila rujuk cara register MySejahtera untuk syarikat atau teruskan pembacaan kerana di  bahagian bawah artikel ini akan dihuraikan juga cara daftar MySejahtera untuk syarikat.

  1. Selepas klik butang Submit untuk pendaftaran MySejahtera, QR code akan terpapar
  2. Harus diingat, QR code tersebut bukanlah dalam resolusi tinggi.
  3. Jadi, kalau anda screenshot sekalipun, ia tidak sesuai untuk ditampal di pintu masuk premis
  4. Untuk high resolution QR code, anda perlu klik butang Email Me
  5. Di ruangan Email Address, masukkan email anda (contohnya, burgerabangdin@gmail.com)
  6. Tekan butang Email Me
  7. Semak email anda
  8. Download dan print MySejahtera QR code
  9. Tampal di pintu masuk premis

Kaedah untuk menghantar QR code ke email juga lebih sesuai sebagai backup jika berlaku apa-apa termasuk kehilangan QR code tersebut anda boleh buka semula softcopy QR di dalam email untuk dicetak semula.

scan qr code muat turun mysejahtera cetak qr code sendiri

Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.

Bagi mereka yang layak anda juga boleh menuntut bantuan program bantuan jaringan prihatin dari RM 180 sehingga RM 300 di Program Jaringan Prihatin B40:RM300 Peranti, RM180 Data CAra Daftar.

Cara Daftar MySejahtera Untuk Kedai

Apa yang kami kongsikan di atas tadi, adalah proses untuk print QR code My Sejahtera selepas anda buat pendaftaran. Langkah awal yang anda perlu ambil adalah mendaftar terlebih dahulu. Jika sudah mendaftar noleh teruskan seperti langkah diatas.

Namun, sekiranya belum mendaftar, ikuti panduan di bawah:

  1. Layari portal rasmi MySejahtera di sini: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/
  2. Klik BM atau BI di bahagian atas sebelah kanan
  3. Pilih bahasa yang anda selesa samada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  4. Kami teruskan panduan ini dengan Bahasa Inggeris
  5. Tekan butang Register MySejahtera
  6. Masukkan maklumat yang dipinta seperti berikut:
  7. Country code: Malaysia (Bermula dengan kod +60)
  8. Masukkan nombor telefon bimbit
  9. Tandakan I’m not a robot
  10. Pilih gambar yang terpapar
  11. Contohnya, jika keluar pernyataan Select all images with traffic lights, pilih semua gambar yang ada gambar lampu isyarat
  12. Tekan butang VERIFY
  13. Tekan butang Register
  14. Tunggu sehingga anda menerima OTP melalui SMS untuk proses verifikasi nombor telefon
  15. Masukkan OTP yang diterima
  16. Tekan butang Submit
  17. Isikan maklumat premis dalam bahagian Registration untuk Company Profile seperti:
  18. User Name
  19. Business Name
  20. Contact Name
  21. Current Address
  22. Postcode
  23. State
  24. Tekan butang Submit
  25. Sejurus selepas tekan butang Submit, anda boleh cetak QR Code dengan menekan butang Print di bahagian bawah sebelah kiri
  26. Jika anda tidak mempunyai pencetak atau printer, boleh pilih Email Me atau Download terlebih dahulu.
  27. Anda boleh simpan dahulu dan cetak nanti.

Sekiranya ada masalah untuk login, anda boleh reset semula password atau id anda.

login register daftar my sejahtera untuk kedai premis untuk dapatkan qr code kod

Baca Juga:i-Suri KWSP: Daftar & Semak Status Kelayakan Bantuan Suri Rumah

Print QR Code Cawangan Bagi Pemilik Sama

Kalau lebih dari 1 kedai, perlu buat QR Code untuk setiap cawangan? Sekiranya anda mempunyai lebih dari satu kedai, anda memang kena buat print MySejahtera QR Code untuk setiap satu kedai.

Contohnya, jika anda ada kedai burger yang bernama Burger Abang Zam yang terletak di Shah Alam, Seremban dan Klang, anda perlu generate QR code untuk setiap satu kedai di setiap lokasi terbabit.

Begini caranya:

  1. Generate QR Code My Sejahtera untuk lokasi pertama dahulu
  2. Lihat di bahagian bawah butang Email Me
  3. Lihat paparan yang tertulis Kindly print this QR code and display it at the entra of the premise
  4. Tekan butang Add Branches / Location
  5. Masukkan Location Name
  6. Jika lokasi cawangan seterusnya ialah Seremban, masukkan Seremban
  7. Tekan butang Add
  8. QR code yang baru untuk lokasi cawangan tersebut akan terpapar
  9. Selesai

*Nota: Jangan tersilap tampal QR Code kerana ia mempunyai alamat premis tersebut berada.  

print cetak qr code kod untuk cawangan kedai lain pemilik sama

Baca Juga:Biasiswa UniSHAMS: Permohonan Biasiswa Pendidikan LZNK

Cetak QR Code Dengan Alamat

Macam mana nak print MySejahtera QR Code dengan alamat sekali?

Mengikut penelitian kami, memang tidak boleh untuk print QR code My Sejahtera dengan alamat atau adress lokasi premis tersebut. Betulkan kami kalau salah di ruangan komen dibawah.

Walau bagaimanapun, kami tidak rasa print MySejahtera QR Code itu adalah satu perkara yang besar.

Masalah ini hanya akan berlaku jika anda mempunyai banyak cawangan, di mana akan mengalami kesukaran untuk mengenalpasti QR code untuk sesuatu cawangan.

Jadi, jika anda hanya mempunyai 1-5 kedai di lokasi berbeza, tidak perlu pening kepala untuk print QR code My Sejahtera sekali dengan alamat. Cara untuk mengetahuinya anda boleh Scan semua QR code yang anda print tersebut dengan aplikasi MySejahtera anda terlebih dahulu dan anda boleh semak alamat QR code tersebut melaluinya.

Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%

Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tentang cara Print QR Code MySejahtera ini anda boleh layari: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/

Atau Tanya soalan kepada mereka dengan klik di SINI.

*INGAT*

Patuhi SOP. Bersama-sama kita putuskan rangkaian Covid-19. Jaga jarak anda kekal selamat duduk di rumah. Ingatlah orang tersayang.

Jika kita berada di zon berisiko jangan keluar ke kawasan lain untuk tidak menyebarkan wabak, jika kita berada di kawasan yang tiada wabak jangan kita masuk ke kawasan wabak supaya tidak dijangkiti. Kita Jaga Kita.

Terima kasih. Semoga perkongsian cara print MySejahtera QR Code memudahkan anda untuk meneruskan perniagaan dikala pendemik Covid-19 seakan mengubah kehidupan kita. insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment