Daftar Vaksin Untuk Orang Lain Guna MySejahtera:Cara Daftar Vaksin Untuk Tanggungan
Cara daftar vaksin untuk orang lain ibu bapa datuk nenek serta mereka yang dibawah tanggungan kita menggunakan MySejahtera kita. Anda sekarang boleh mendaftar vaksin untuk orang lain yang tiada kemudahan untuk mendaftar pengambilan vaksinasi Covid-19.
Vaksin merupakan salah satu kaedah untuk kita mengawal pandemik ini dan ia antara cara yang terbaik untuk melindungi masyarakat daripada COVID-19. Sejak kemunculan COVID-19, pelbagai usaha telah dijalankan di seluruh dunia untuk membangunkan vaksin COVID-19.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Kesihatan Malaysia dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ditubuhkan untuk memastikan akses bekalan kepada vaksin COVID-19 untuk negara dapat diperolehi dengan kadar segera, selamat, sempurna dan berkesan.
JKJAV juga memainkan peranan penting sebagai Jawatankuasa Induk dalam merancang, melaksana dan memantau keseluruhan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan adalah program imunisasi terbesar yang dilaksanakan dalam sejarah negara kita. Oleh itu, Kerajaan melalui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) akan melaksanakan pendekatan menyeluruh Kerajaan dan masyarakat atau Whole-of-Government and Whole-of-Society Approaches bersama-sama pelbagai Kementerian dan Agensi Kerajaan, Kerajaan Negeri, Badan Bukan Kerajaan (NGO), swasta dan anggota masyarakat bagi memastikan program ini mencapai matlamat yang disasarkan.
Baca Juga:Program RMR Perakku Prihatin:Permohonan Pinjaman Perumahan B40
Baca Juga:Print MySejahtera QR Code:Tampal Di Pintu Kedai / Premis
Apa Itu Corona Virus Covid-19
Coronavirus adalah kumpulan virus yang dapat menjangkiti sistem pernafasan. Dalam kebanyakan kes, virus ini hanya menyebabkan jangkitan pernafasan ringan, seperti selesema. Walau bagaimanapun, virus ini juga boleh menyebabkan jangkitan pernafasan yang teruk, seperti jangkitan paru-paru (radang paru-paru).
Vaksin COVID-19 telah tiba di Malaysia, setiap rakyat Malaysia yang mahu mendapatkan suntikan Vaksin COVID-19 kini dapat membuat pendaftaran secara online melalui MySejahtera untuk mendapatkan suntikan vaksin. Berikut adalah panduan cara daftar vaksin COVID untuk diri sendiri dan orang lain.
Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%
Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.
Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.
Bagi mereka yang layak anda juga boleh menuntut bantuan program bantuan jaringan prihatin dari RM 180 sehingga RM 300 di Program Jaringan Prihatin B40:RM300 Peranti, RM180 Data CAra Daftar
Cara Daftar Vaksin Guna MySejahtera
Untuk pendaftaran guna menerima Vaksin COVID, Anda boleh mendaftar melalui aplikasi MySejahtera yang telah Anda miliki, berikut adalah panduan daftar vaksin COVID di aplikasi MySejahtera:
- Buka aplikasi MySejahtera di hanpdhone Anda.
- Tap/klik COVID19 Vaccination.
- Tap/klik Vaccine for (Nama Anda).
- Sahkan maklumat diri Anda dan lalu klik Confirm. Jika maklumat yang Anda masukkan salah, sila klik Edit.
- Tekan Click Here.
- Sila jawab soalan yang diberikan atau terpapar di skrin dan klik Hantar.
- Anda akan menerima maklumat yang menunjukkan bahawa pendaftaran yang Anda buat telah berjaya dilakukan.
Untuk mengetahui biasiswa lain kerajaan Malaysia baca di:Bantuan Biasiswa IPT:Senarai Bantuan & Biasiswa Pelajar IPT Terkini 2021/2022 Malaysia.
Baca Juga:Semak Check kelajuan Internet Rumah Sekolah Pejabat:Cara Buat Speedtest Guna Web & Apps
Cara Daftar Vaksin Untuk Orang Lain
Adakah Anda tahu bahawa Anda boleh membantu daftar vaksin untuk orang lain mendapatkan vaksin COVID? Jika Anda belum tahu, berikut kami kongsi langkah-langkah cara daftar vaksin Covid-19 untuk orang lain melalui aplikasi MySejahtera.
- Buka aplikasi MySejahtera di hanpdhone Anda.
- Tap/klik COVID19 Vaccination.Cara Daftar Vaksin Untuk Orang Lain
- Klik Add Vaccine Dependent. Untuk menambahkan orang lain menerima vaksin COVID-19.Cara Daftar Vaksin Untuk Anak
- Klik Add Vaccination Dependent.Cara Pendaftaran Vaksin Untuk Orang Lain
- Sila lengkapkan butir-butir kandungan. Klik Save.Cara Daftar Vaksin Untuk Orang Lain MySejahtera
- Question, sila jawap semua soalan dengan betul, kerana soalan tersebut sangat penting. Klik Submit.Cara Daftar Vaksin Untuk Orang Lain Guna MySejahtera
- Selepas itu nama tanggungan untuk pendaftaran vaksin akan keluar, sila klik nama tanggungan untuk melihat maklumat secara detail.
Untuk makluman: Pendaftaran bagi vaksin untuk orang lain ini iaitu orang tersebut mesti berumur 18 tahun keatas. Jika tanggungan belum berumur 18 keatas, tanggungan belum layak untuk dapat vaksin COVID-19.
Baca Juga: Biasiswa IPT Yayasan Pahang:Permohonan Biasiswa Universiti Tempatan 2021/2022
Soalan Lazim
1.Saya telah mendaftar untuk vaksinasi. Berapa lama perlu saya menunggu untuk mendapatkan temu janji saya?
Temu janji akan diberikan secara berperingkat selaras dengan fasa yang telah dikenalpasti bagi seseorang individu. Penerima vaksin akan mendapat pengesahan tarikh dan lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dua minggu sebelum tarikh yang ditetapkan.
2. Bilakah saya akan tahu butiran mengenai temu janji saya?
Penerima vaksin akan mendapat pengesahan tarikh dan lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dua minggu sebelum tarikh yang ditetapkan. Dalam tempoh dua minggu ini, penerima vaksin akan diberi peringatan sama ada melalui aplikasi MySejahtera, panggilan telefon atau SMS.
3. Bagaimana proses temu janji dilakukan?
Proses temu janji dilakukan apabila anda telah menjawab soalan saringan melalui aplikasi MySejahtera. Melalui proses tersebut pengesahan dibuat dalam menentukan kelayakan anda untuk menerima vaksin. Temu janji akan diatur mengikut fasa berdasarkan kategori masing-masing dan dimaklumkan melalui push notification.
4. Apakah Maksud Lindung Diri, Lindung Semua?
Lindung Diri, Lindung Semua adalah tema utama bagi Program Imunisasi COVID-19 kebangsaan yang menekankan bahawa perlindungan kepada semua rakyat Malaysia hanya akan dapat dicapai jika kita dapat memvaksin seramai penduduk yang layak. Apabila setiap individu mengambil vaksin, maka mereka akan dapat melindungi orang di sekeliling daripada sebarang jangkitan yang mungkin dibawa. Bayangkan jika majoriti rakyat Malaysia mengambil suntikan vaksin, kita dapat membina rangkaian perlindungan yang juga dapat melindungi kumpulan yang tidak layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dan perempuan mengandung. Melindungi orang yang tersayang bermula dengan anda menerusi vaksinasi. Apabila sekurang-kurangnya 70% populasi telah divaksinasi, kita akan dilindungi secara keseluruhan. Seperti yang disebut, tidak ada antara kita yang selamat, sehingga semuanya selamat. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita. Oleh itu, ambillah vaksin – Lindungi Diri, Lindungi Semua. daftar vaksin orang lain
Baca Juga:Kemaskini PTPTN:Cara Kemaskini Email, No Telefon & Maklumat Peribadi
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai daftar vaksin orang lain MySejahtera, sila layari laman web rasmi https://www.vaksincovid.gov.my
Atau hubungi talian hotline: 1800-888-828
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang cara daftar vaksin orang lain ini dapat memudahkan lagi urusan anda. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga daftar vaksin orang lain Bermanfaat keptennews.com