Janji Temu Online KWSP:Cara Mohon Janji Temu Dalam Tempoh PKP
Janji temu online KWSP terkini. KWSP akan membuka semula semua kaunter perkhidmatan cawangan di seluruh negara untuk perkhidmatan terpilih bermula 1 Julai 2021, dari 8:30 pagi hingga 2:00 petang pada hari bekerja.
Tentunya ramai ahli yang ingin berurusan di KWSP selepas pengumuman i-Citra dalam Pakej PEMULIH tempoh hari.
Berikut dikongsikan cara membuat janji temu online di pejabat / kaunter KWSP untuk makluman bersama.
Baca Di SINI:
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Pengusaha Pusat Sukan:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Khas Golongan OKU:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Program Jaringan Inisiatif Umum JITU:Bantuan Asas Modal & Bimbingan Golongan OKU/Gelandangan
- PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan:Semak Kelayakan Permohonan Daftar MyFutureJobs
Baca Juga: MyPuspakom:Cara Daftar Login Buat Temujanji Pemeriksaan Online (mypuspakom.com.my)
Apakah Janji Temu Online (JTO) KWSP?
Mulai 01 Julai 2021, Kaunter Perkhidmatan KWSP beroperasi sepenuhnya berkonsepkan janji temu menggunakan konsep janji temu yang boleh dipohon secara dalam talian menerusi Janji Temu Online.
Janji Temu Online JTO adalah platform yang membolehkan Ahli KWSP membuat permohonan janji temu untuk mendapatkan perkhidmatan tertentu di cawangan KWSP pada tarikh dan masa yang dipilih oleh Ahli.
*Nota: Hanya ahli yang membuat Janji Temu online dapat berurusan di kaunter KWSP.
Perkhidmatan Yang Ditawarkan Melalui JTO KWSP
1.Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) (Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut)
- Perundingan Caruman Sukarela (i-Saraan)
- Perundingan Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri)
- Perundingan Caruman Sukarela (i-Suri)
- Perundingan Caruman Sukarela (Caruman Simpanan Tambahan)
- Perundingan Produk & Perkhidmatan KWSP (Pengeluaran Umur 50 / 55 / 60 & Simpanan Melebihi RM1 JUTA)
- Perundingan Perancangan Persaraan
- Perundingan Perancangan Kewangan (Termasuk i-Invest, i-Lestari dan Simpanan Shariah)
*Perkhidmatan Perundingan KWSP adalah PERCUMA
Apa Itu Khidmat Nasihat Persaraan (RAS)
- Khidmat Nasihat Persaraan adalah sebahagian daripada rancangan jangka panjang KWSP untuk membantu ahli mencapai persaraan yang mapan.
- Ahli akan diberikan panduan dan pilihan yang dapat membantu mereka mengurus dan meningkatkan simpanan KWSP mereka.
- Khidmat Nasihat Persaraan juga menjalankan program kesedaran dan pendidikan asas perancangan kewangan dan persaraan.
Skop Khidmat Nasihat Persaraan (RAS)
- Perundingan Caruman Sukarela (i-Saraan)
- Perundingan Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri)
- Perundingan Caruman Sukarela (i-Suri)
- Perundingan Caruman Sukarela (Caruman Simpanan Tambahan)
- Perundingan Produk dan Perkhidmatan KWSP (Pengeluaran 50/55/60 & RM1 juta)
- Perundingan Perancangan Persaraan
- Perundingan Perancangan Kewangan (Termasuk i-Invest, i-Lestari danSimpanan Shariah)
Faedah Yang Diperolehi Daripada Khidmat Nasihat Persaraan (RAS)
- Kesedaran dan pengetahuan berkaitan KWSP dan perancangankewangan/persaraan.
- Garis panduan untuk membuat keputusan yang terbaik berkaitan pengeluaransimpanan KWSP.
- Bimbingan untuk menguruskan simpanan persaraan dengan lebih baik.
2.Kaunter
- Pengeluaran
- Pendaftaran
- Aduan Majikan Gagal Mencarum
- Lain-lain Perkhidmatan
Selain itu, Ahli juga boleh menggunakan saluran dalam talian (i-Akaun (Ahli)) untuk membuat permohonan pengeluaran.
Baca Juga: Temujanji Online Tabung Haji:Muat Turun Borang Transaksi TH Online & Cara Buat Temujanji
Waktu Operasi Kaunter KWSP Dalam Tempoh PKP
Kaunter
- 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja sahaja *.
Khidmat Nasihat Persaraan (RAS)
- Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) ditawarkan bermula pada 29 Julai 2020.
- 9.00 pagi hingga 4.00 petang hari bekerja sahaja *.
*Nota : Waktu Operasi Kaunter dan Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) untuk cawangan yang terlibat dengan PKPB adalah 9.00 pagi hingga 2.00 petang pada hari bekerja sahaja.
Baca Juga: TemuJanji Online Klinik Kesihatan:Cara Tempah Temu Janji Online KKM (MyGovernment)
Cara Memohon Slot Janji Temu Online KWSP
Untuk membuat Janji Temu Online KWSP, sila ikuti langkah berikut:
- Layari laman web KWSP di pautan berikut: www.kwsp.gov.my/janjitemu
- Isikan maklumat diri dan pengesahan.
- Pilih cawangan dan waktu yang diingini untuk berurusan di kaunter KWSP.
Ahli KWSP boleh membuat permohonan melalui Janji Temu Online seawal 30 hari kalendar dan selewat-lewatnya 1 jam sebelum masa janji temu, tertakluk kepada kekosongan slot janji temu pada tarikh dan waktu yang dimohon.
Sila klik di sini untuk muat turun Panduan Pengguna Janji Temu Online atau rujuk di bawah:
- Pilih CAWANGAN
- Pilih JENIS
- Pilih TARIKH
- Pilih MASA
- Tekan ‘PILIH SLOT’
- Isikan MAKLUMAT PERIBADI
- Pastikan semua kotak ditandakan
- Baca dan fahami PERAKUAN PEMOHON
- Tekan ‘BUAT JANJI TEMU’
- Status permohonan akan dipaparkan
- Anda akan menerima NOTIS PENGESAHAN permohonan melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai peringatan
Baca Juga: MyKad Online:Cara Mohon Mykad Online Umur 12 Tahun
Situasi Temu Janji
Contoh situasi memilih slot janji temu :
- Sekiranya Ahli membuat permohonan melalui Janji Temu Online pada hari Selasa jam 11.00 pagi, Ahli boleh memilih slot janji temu seawal jam 12.00 tengahari pada hari yang sama untuk hadir ke cawangan KWSP tertakluk kepada kekosongan slot janji temu di cawangan tersebut.
- Sekiranya Ahli membuat permohonan melalui Janji Temu Online pada hari Selasa jam 4.00 petang, Ahli boleh memilih untuk hadir ke cawangan KWSP seawal jam 8.30 pagi hari Rabu tertakluk kepada kekosongan slot janji temu di cawangan tersebut.
Baca Juga: Cara Tukar MyKad Rosak / Hilang Secara Online. Mudah Cepat Siap
Kehadiran Lewat / Tukar Tarikh Janji Temu Online KWSP
- Ahli disarankan untuk hadir sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan pada tarikh janji temu.
- Selain itu, ahli juga dinasihatkan agar mematuhi saranan pihak Kerajaan Malaysia dengan menjalani saringan suhu badan, pemakaian pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial dan menggunakan hand sanitiser.
- Ahli juga dikehendaki untuk mendaftar masuk (check-in) dengan mengimbas kod QR yang tertera pada pintu masuk utama premis KWSP menggunakan aplikasi MySejahtera.
- Jika Ahli lewat hadir atau tidak hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan, janji temu yang dibuat akan terbatal dan Ahli perlu membuat permohonan semula melalui Janji Temu Online.
- Ahli boleh menukar tarikh atau membatalkan janji temu selewat-lewatnya 8 jam sebelum tarikh yang ditetapkan.
- Permohonan penukaran atau pembatalan janji temu boleh dibuat menerusi pautan yang disertakan dalam notis pengesahan permohonan yang akan dihantar melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Baca Juga: Surat Beranak Online JPN: Daftar Kelahiran Online
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk www.kwsp.gov.my/janjitemu sebelum hadir untuk berurusan di kaunter.
Amalkan langkah-langkah pencegahan COVID-19.
Utamakan keselamatan kerana ia tanggungjawab kita bersama.
Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Janji temu online KWSP ini memudahkan anda. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com