myASNB:Cara Daftar myASNB & Cara Login ASNB Online
Portal myASNB dan Aplikasi myASNB merupakan dua kemudahan yang disediakan ASNB untuk membolehkan semua pemegang unit mempunyai akses untuk melabur dalam unit-unit amanah ASNB secara atas talian. Walau bagaimanapun, mereka yang ingin menggunakan aplikasi myASNB, perlu terlebih dahulu mendaftar di Portal myASNB untuk menetapkan Kata Pengguna dan Kata Laluan.
Pada masa ini, sebahagian perkhidmatan yang ditawarkan menerusi portal myASNB belum lagi ditawarkan oleh Aplikasi myASNB seperti Auto Labur, Pemindahan dan Penukaran.
Jika anda belum tahu, sekarang sudah boleh buat pengeluaran ASB secara online. Jadi, bagi anda yang sudah ada akaun tapi bersesak-sesak untuk keluarkan di cawangan ASNB, Maybank atau CIMB, jemput baca cara daftar myASNB ini.
Izinkan kami berkongsi.
Artikel Lain: Maybank Zest-i:Cara Buka Akaun Online,Semakan Pemenang Cabutan&Syarat Kelayakan Cabutan
Baca Juga: BKC 2021: Semakan & Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Covid-19
Apa Itu ASNB myASNB Online
myASNB ialah portal pelaburan yang dibangunkan ASNB untuk memudahkan pelabur ASNB menguruskan pelaburan secara dalam talian (on-line)
Antara kemudahan yang disediakan menerusi myASNB ialah:
- Pelaburan tambahan terus ke dalam akaun unit amanah ASNB secara percuma;
- Penetapan pelaburan secara automatik menerusi Auto Labur;
- Menyemak rekod urus niaga dan baki pelaburan yang terkini;
- Mengemaskini maklumat peribadi dengan mudah; dan
- Mengurus akaun pelaburan anak berusia 18 tahun ke bawah untuk penjaga berdaftar.
- Pengeluaran pelaburan unit amanah ASNB
Untuk menggunakan myASNB, pelabur perlu terlebih dahulu mengemaskini nombor telefon di mana-mana Cawangan atau Ejen ASNB sebelum mendaftar di www.myasnb.com.my
Baca Juga: Bantuan MyKasih:Permohonan Serta Tarikh Bantuan Di Salurkan
Perkara Perlu Sebelum Daftar ASNB Online myASNB
Sebelum daftar my ASNB online Ingin kami maklumankan, sila kemaskini maklumat peribadi terlebih dahulu sebelum daftar myASNB secara online.
Kemaskini yang paling penting sebelum daftar my ASNB ialah nombor telefon terkini yang masih aktif. Nombor telefon yang aktif adalah sangat penting untuk urusan pendaftaran ini. Ini kerana proses pendaftaran akan melibatkan penghantaran TAC secara SMS ke nombor telefon. Jadi, apabila selesai mengemaskini maklumat peribadi, anda bolehlah mendaftar di portal my ASNB.
Tambahan lagi, untuk menggunakan mobile app my ASNB, anda perlu juga perlu menyelesaikan proses pendaftaran ASB online terlebih dahulu.
Baca Juga: Biasiswa Baitulmal MAIWP:Permohonan Biasiswa Melanjutkan Pelajaran Ke Mesir & Jordan
Cara Daftar myASNB online
Caranya adalah dengan melakukan langkah-langkah mudah seperti berikut:
- Layari portal rasmi myASNB di sini: https://www.myasnb.com.my
- Klik pada DAFTAR AKAUN.
- Baca informasi berkaitan ASNB yang tertera dan klik DAFTAR DI SINI.
- Baca langkah-langkah berkaitan pendaftaran portal my ASNB yang tertera.
- Selesai membaca, tekan butang TERUSKAN.
- Klik pada kotak yang disediakan dan tekan SETUJU.
- Teruskan cara daftar my ASNB online dengan klik pada maklumat asas yang diperlukan
- Masukkan maklumat yang diminta seperti jenis kad pengenalan, nombor kad pengenalan dan pilih satu produk ASNB yang dilanggani
- Perlu diingatkan di sini, walaupun anda langgan banyak produk ASNB, anda hanya perlu pilih salah satu sahaja di sini
- Klik SETERUSNYA.
- Anda akan diminta untuk buat pengesahan TAC.
- Klik pada PERMINTAAN TAC.
- Nombor TAC (6 digit) akan dihantar ke nombor telefon yang telah didaftarkan.
- Isi nombor TAC yang diberi. Klik SETERUSNYA.
- Masukkan maklumat pendaftaran iaitu ID pengguna (ID untuk login nanti), alamat e-mel dan frasa rahsia.
- Pilih juga 3 soalan keselamatan berserta jawapan.
- Apabila selesai memasukkan semua maklumat, klik TAMAT.
- Sekarang cara daftar ASB online telah separa selesai.
- Anda telah berjaya melakukan pendaftaran di portal my ASNB dengan kata laluan (password) sementara
- Sila salin dan simpan kata laluan sementara yang diberikan.
Artikel Lain: Elaun EMK 2021:Semakan Kelayakan & Kadar Bantuan Elaun Murid Berkeperluan Khas
Login myASNB selepas pendaftaran ASNB
Pastikan anda ikuti cara daftar myASNB betul-betul seperti di atas. Ini kerana, anda hanya boleh login ke portal my ASNB selepas proses pendaftaran selesai tanpa apa-apa masalah.
- Layari portal rasmi my ASNB di sini: https://www.myasnb.com.my
- Kemudian, klik LOG MASUK.
- Masukkan ID pengguna yang anda daftarkan tadi, klik TERUSKAN.
- Frasa rahsia yang anda daftarkan tadi akan dipaparkan.
- Pastikan sama dan masukkan jawapan. Masukkan juga kata laluan sementara yang diberikan.
- Klik TERUSKAN.
- Anda diminta untuk menukar kata laluan sementara yang diberi kepada kata laluan pilihan anda sendiri untuk tujuan keselamatan.
- Klik TUKAR KATA LALUAN dan masukkan kata laluan.
- Pastikan kata laluan tersebut memenuhi ciri-ciri yang dinyatakaniaitu kombinasi huruf besar, huruf kecil, simbol, nombor 6 hingga 12 askara.
- Setelah kemaskini password, kini cara daftar my ASNB secara online telah selesai sepenuhnya.
Baca Juga: Semakan i-Citra: Semakan Status Bayaran & Kelulusan
Muat Turun Aplikasi myASNB
Bagi pengguna yang ingin kerapkali menyemak dan mengemaskini akaun ASB online, kini anda juga boleh menggunakan Apps myASNB oleh Permodalan Nasional Berhad dengan lebih cepat secara percuma.
Aplikasi ini boleh didapati melalui pautan berikut:
i) Google Playstore:
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pnb.myASNBmobile&hl=en
ii) Apply Apps Store
https://apps.apple.com/my/app/myasnb/id1456333347
Baca Juga: Bakul PRIHATIN Negara JKM:Tatacara Permohonan & Borang Permohonan Bakul PRIHATIN
Soalan Lazim
1. Apakah perbezaan antara Portal myASNB dan Aplikasi myASNB?
Portal myASNB dan Aplikasi my ASNB merupakan dua kemudahan yang disediakan ASNB untuk membolehkan semua pemegang unit mempunyai akses untuk melabur dalam unit-unit amanah ASNB secara atas talian. Walau bagaimanapun, mereka yang ingin menggunakan aplikasi my ASNB, perlu terlebih dahulu mendaftar di Portal my ASNB untuk menetapkan Kata Pengguna dan Kata Laluan.
Pada masa ini, sebahagian perkhidmatan yang ditawarkan menerusi portal my ASNB belum lagi ditawarkan oleh Aplikasi myASNB seperti Auto Labur, Pemindahan dan Penukaran.
2. Menerusi Aplikasi my ASNB, pemegang unit boleh :
- Menambah pelaburan dalam unit amanah ASNB secara percuma*;
- Menyemak urusniaga terkini;
- Butiran pelaburan terperinci;
- Membuka akaun baharu unit amanah ASNB
- Jualan Balik
- Penyata Akaun
- Pelaburan Akaun Bijak/Remaja oleh Penjaga Berdaftar
Nota: Caj Jualan untuk Tabung Unit Amanah Harga Berubah masih dikenakan
3.Bagaimana cara menggunakan applikasi telefon myASNB?
Sebelum anda boleh menggunakan aplikasi mudah alih myASNB, anda perlu mendaftar sebagai pengguna my ASNB Portal terlebih dahulu di www.myasnb.com.my. Sekiranya anda sudah mendaftar my ASNB, anda boleh terus log masuk dengan menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan my ASNB Portal sedia ada anda.
4.Apakah hukum pelaburan dalam ASB dan unit amanah ASNB yang lain?
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
‘Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus’.
5.Saya mempunyai akaun ASB (atau unit amanah ASNB yang lain), tetapi sudah lama tidak melabur. Adakah akaun saya masih aktif?
Akaun anda masih aktif selagi baki akaun tidak berada di bawah had pelaburan minima seperti yang ditetapkan oleh ASNB iaitu sebanyak RM10. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya mengekalkan had pelaburan minima tersebut sepanjang tahun kewangan tabung unit amanah bagi mengelakkan penutupan akaun yang juga boleh menjejaskan kelayakan anda untuk menikmati pengagihan pendapatan, jika ada.
Baca Juga: Portal ePeneroka FELDA:Cara Login Semakan Pelupusan Hutang FELDA
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah untuk buat pendaftaran myASNB, sila hubungi pihak PNB seperti di bawah:
Nombor telefon: 03-2050 5500
Email: myasnb@pnb.com.my
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang pendaftaran myASNB ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com