Bantuan MyKasih:Permohonan Serta Tarikh Bantuan Di Salurkan

Bantuan MyKasih:Permohonan Serta Tarikh Bantuan Di Salurkan

Pertama sekali, jangan keliru antara program bantuan MyKasih dan eKasih. Nama lebih kurang sama, tetapi sebenarnya berbeza. Dalam perkongsian kali ini, kami hanya akan berkongsi mengenai cara mohon MyKasih sahaja.

Pada bulan Mac 2021, Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato Seri Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yassin telah mengumumkan pakej rangsangan PEMERKASA untuk membantu rakyat yang paling terjejas disebabkan wabak COVID-19. PEMERKASA – atau Program Pemberdayaan Strategik Rakyat dan Ekonomi – merangkumi pelbagai peruntukan untuk golongan miskin tegar dan miskin bandar di bawah inisiatif Bantuan Rentan Bandar.

Salah satu usaha tersebut adalah inisiatif PRIHATIN Kasih yang menyediakan peruntukan bantuan makanan tanpa tunai sebanyak RM100 juta kepada 300,000 isi rumah miskin di seluruh negara.

Yayasan MyKasih telah dilantik oleh Yayasan Hasanah untuk melaksanakan inisiatif PRIHATIN Kasih yang menggunakan teknologi cip MyKad untuk menyalurkan bantuan dengan tepat, cekap dan selamat.

Mulai 1 Julai 2021, penerima PRIHATIN Kasih akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama tiga bulan, dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka. Elaun ini kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barang makanan asas di kedai runcit yang terdekat di kawasan mereka.

Kelebihan sistem tanpa tunai bantuan MyKasih membolehkan usaha ini diaktifkan dan dilaksanakan tanpa perlu bersemuka. Taklimat penerima dan latihan peruncit dilakukan melalui telefon; talian hotline turut disediakan untuk menguruskan sebarang pertanyaan atau masalah. Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan berikutnya. Penerima dapat menguruskan perbelanjaan mereka dan menggunakan elaun tersebut sehingga akhir tahun.

Inisiatif ini dilaksanakan tepat pada masanya dan sangat diperlukan untuk mengurangkan kos sara hidup golongan miskin yang amat teruk terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Artikel Lain: Bakul PRIHATIN Negara JKM:Tatacara Permohonan & Borang Permohonan Bakul PRIHATIN

Bantuan MyKasih:Permohonan Serta Tarikh Bantuan Di Salurkan

Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:

Apa Itu MyKasih Foundation?

Seperti yang dimaklumkan, bantuan MyKasih tidak sama dengan e-Kasih. MyKasih ialah satu NGO tempatan yang diasaskan oleh Tan Sri Ngau Boon Keat dan isterinya yang bernama Puan Sri Jean. Misi bantuan MyKasih Foundation adalah untuk membantu keluarga dan pelajar miskin di Malaysia.

Berikut ialah alamat rasmi MyKasih Foundation:

MyKasih Foundation (865756D)

MyKasih Foundation

109 Block G, Phileo Damansara 1

9 Jln 16/11

46350 Petaling Jaya

Selangor

Malaysia

Maklumat lanjut, sila layari https://www.mykasih.com.my

Baca Juga: Permohonan TUDM 2021/2022:Syarat & Borang Pengambilan TUDM

Kandungan Bantuan MyKasih

Berikut ialah bantuan yang bakal diterima melalui MyKasih:

  1. RM100 untuk setiap bulan selama 3 bulan
  2. Bantuan RM100 ini boleh digunakan di 300 kedai runcit yang ada di seluruh Malaysia seperti:
  3. 99 Speedmart
  4. Mydin
  5. Giant
  6. Econsave
  7. Lotuss (Dahulu dikenali dengan Tesco)
  8. The Store
  9. TF Value Mart

Untuk mudah faham, jika bantuan MyKasih pertama yang bakal diterima adalah pada bulan Julai 2021, anda akan terus menerima bantuan MyKasih pada bulan Ogos 2021 dan September 2021.

Baca Juga: Bantuan Khas Covid-19 BKC:Cara Mohon, Syarat & Semakan Status Permohonan

Produk Boleh Di Beli Melalui Bantuan MyKasih

Penerima bantuan MyKasih hanya boleh membeli barangan runcit yang asas seperti berikut:

  1. Beras
  2. Mee
  3. Roti
  4. Biskut
  5. Telur
  6. Perasa
  7. Tepung
  8. Minyak masak
  9. Makanan dalam tin seperti sardin
  10. Minuman

Ketahui: TKWBNS:Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor 2021

Cara Permohonan MyKasih

Untuk makluman, penerima bantuan MyKasih ini sudahpun dikenalpasti melalui data daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sistem e-Kasih.

Data-data penerima bantuan MyKasih ini juga sudah disemak silang dengan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Jadi, tak perlu mohon. Mereka layak, memang akan mendapat bantuan MyKasih ini secara automatik.

Artikel Lain: Jadual Bayaran BKC:Bantuan Khas Covid-19

Adakah Perlu Mohon MyKasih?

Seperti yang dimaklumkan, penerima bantuan MyKasih yang layak dan sudah dikenalpasti akan terima SMS dari MyKasih berkenaan status terkini. Mana-mana penerima yang bertuah dan disahkan sebagai penerima akan dihubungi melalui SMS tadi dengan maklumat seperti tarikh dan masa untuk menghadiri sesi taklimat.

Sesi taklimat ini adalah lebih kurang seperti sesi orientasi di kedai runcit terpilih yang berhampiran dengan kediaman penerima.

Baca Juga: Bantuan Pelancongan Negeri Sembilan:Syarat & Cara Permohonan

Cera Semakan Kelayakan Bantuan MyKasih

Semakan bantuan MyKasih boleh dibuat secara online dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web MyKasih di sini: https://www.mykasih.com.my
  2. Klik SEMAK STATUS di laman utama
  3. Anda akan dibawa ke laman ini: https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx
  4. Masukkan Nombor MyKad
  5. Isikan CAPTCHA seperti yang terpapar
  6. Tekan butang Semak Status
  7. Maklumat semakan akan terpapar

Baca Juga: Semakan i-Citra: Semakan Status Bayaran & Kelulusan

Tarikh Bantuan MyKasih Disalurkan

Pemberian bantuan barang dapur ini kepada pemohon bantuan MyKasih yang layak akan dilaksanakan secara berperingkat.

  1. Bulan Julai, Ogos, September 2021: Untuk negeri Selangor dan Kuala Lumpur
  2. Bulan Ogos, September, Oktober 2021: Untuk negeri Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka dan Terengganu
  3. Bulan September, Oktober, November 2021 atau Oktober, November, Disember 2021: Untuk Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah dan Sarawak

Ketahui Juga: Dermasiswa Lepasan SPM:Cara Memohon & Semakan Kelayakan Sesi 2021/2022

Cara Beli Barangan Runcit Guna MyKasih

Seperti yang dimaklumkan, bantuan MyKasih ini adalah bukan wang tunai. Anda hanya perlu hadir ke kedai runcit yang terpilih sahaja.

  1. Pertama sekali, pastikan anda bawa Kad Pengenalan
  2. Pergi ke kedai runcit yang anda ingin pergi ialah kedai runcit yang terpilih dan tersenarai dalam inisiatif MyKasih
  3. Pilih barang yang dikehendaki iaitu:
  4. Beras
  5. Mee
  6. Roti
  7. Biskut
  8. Telur
  9. Perasa
  10. Tepung
  11. Minyak masak
  12. Makanan dalam tin seperti sardin
  13. Minuman
  14. Pastikan harga kesemua barang tersebut tidak melebihi RM100
  15. Bawa barang-barang tersebut ke kaunter
  16. Tunjukkan Kad Pengenalan kepada juruwang
  17. Masukkan PIN 6 digit
  18. Simpan resit untuk rujukan

Baca Juga: i-Prihatin LPPSA:Cara Permohonan & Manfaat i-Prihatin LPPSA

Kenyataan Media Bantuan MyKasih

Menurut kenyataan media yang sama juga, Program bantuan MyKasih ini adalah pelengkap kepada Program Bakul Makanan yang telah pun diumumkan dalam pelbagai pakej-pakej bantuan termasuk:

1. PERMAI: Program Bakul Makanan bernilai RM50 juta;

2. PEMULIH: Program Bakul Makanan nasional di mana RM80 juta telah diperuntukkan, dengan agihan RM300,000 bagi setiap Ahli Parlimen, termasuk dari Parti Pembangkang. Peruntukan ini telahpun disalurkan kepada semua ahli Parlimen bermula 1 Julai 2021. Bagi kawasan Parlimen Gerik dan Batu Sapi, peruntukan ini akan disalurkan melalui Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Gerik dan Majlis Perbandaran Sandakan. Baki selebihnya adalah untuk pengagihan bakul makanan kepada masyarakat Orang Asli.

Maklumat Lanjut

Jika anda perlukan maklumat lanjut,sila hubungi

http://www.mykasih.com.my/

03-7720 1888

info@mykasih.com

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai permohonan bantuan MyKasih ini memudahkan anda. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

1 thought on “Bantuan MyKasih:Permohonan Serta Tarikh Bantuan Di Salurkan”

  1. Bagus bantuan my kasih sebab banyak rakyat dah pendapatan dah kurang amat menhagai bantuan di masa sekarang terima kasih kepada pembantu macam sy niaga sudah tak macam dulu saya risau belaja rumah tak cukup pendapat saya amat diperlukan banyak terima kasih my kasih.

    Reply

Leave a Comment