myTNB: Semak & Bayar Bil TNB Online Melalui myTNB
Pada masa kini, segala pembayaran bil telefon, bil air, langganan internet dan bil elektrik boleh dilakukan secara online, termasuklah bil penggunaan elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) myTNB.
Bagi membolehkan pengguna perkhidmatan mereka menyemak dan membayar bil elektrik, pihak TNB telah menyediakan sebuah portal bernama myTNB untuk tujuan ini.
myTNB juga merupakan portal yang membolehkan pengguna mengakses pelbagai kemudahan lain antaranya mendaftar meter secara online, menyemak status permohonan dan pelbagai lagi kemudahan lain.
Kini, segalanya dihujung jari dan sebagai pengguna yang bijak, kita perlulah memanfaatkan sebaiknya kemudahan portal myTNB yang disediakan oleh pihak TNB ini.
Dahulu kita perlu tunggu pembaca meter yang datang ke rumah kita untuk mengetahui berapa bil elektrik anda yang terkini bukan? Kadang-kadang tertera tunggakan pada bil tersebut. Sekarang tidak lagi.
Menyedari ramai rakyat Malaysia yang memilki telefon pintar dan melanggan internet Tenaga Nasional Berhad melancarkan portal mytnb dengan harapan memudahkan pelanggan mereka check dan semak bil tnb dengan mudah dan di mana sahaja. Dahulu dengan nama emadis.
Dengan sistem online terbaru ini, anda bukan sahaja ada akses untuk semak bil, malah boleh buat permohonan untuk daftar meter online, upgrade atau downgrade serta boleh bayar secara online.
Berikut dikongsikan panduan cara muat turun cara login cara semak bil & juga cara bayar bil TNB portal myTNB.
Baca Juga: JPJeBID:Cara Daftar Daftar Login laman Bidaan No Pendaftaran Kenderaan JPJ jpjebid.jpj.gov.my
Cara Daftar Akaun Di Portal myTNB
Sebelum menggunakan dan mengakses segala kemudahan yang ada dalam portal myTNB, anda perlulah mendaftarkan akaun di portal ini terlebih dahulu dengan mengikuti langkah mudah di bawah:
- Layari laman rasmi myTNB
- Klik pada halaman Register for New Account
- Masukkan segala butiran yang diminta: Nama penuh, No kad pengenalan, nombor telefon, emel dan password
- Klik pada butang persetujuan terma dan syarat
- Klik pada butang “Create Account”
Artikel lain: mySIKAP:Cara Daftar, Login, Semak Saman & Bayar Saman JPJ Online public.jpj.gov.my
Cara Semak Bil Dan Penggunaan Tenaga Elektrik myTNB
Setelah selesai melakukan segala langkah-langkah di atas, anda kini boleh log masuk ke dalam akaun anda.
- Di halaman Dashboard, anda boleh melihat dengan jelas bil dan jumlah penggunaan tenaga elektrik bagi setiap bulan. Lebih menarik terdapat graf perbandingan bil untuk beberapa bulan sebelum itu.
- Pastikan nombor akaun yang dinyatakan dalam akaun anda adalah sama dengan nombor akaun dalam bil penyata TNB anda untuk mengelakkan anda kerugian kerana terbayarkan bil orang lain.
Baca juga: Temujanji Pejabat Pos Online:Cara Buat Temujanji Urusan JPJ Pos Malaysia
Cara Bayar Bil TNB Online Melalui myTNB
Untuk membayar bil TNB anda secara online melalui myTNB, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Login myTNB
- Klik pada butang “Pay Now”
- Pilih cara pembayaran sama ada secara perbankan internet, menggunakan kad kredit atau debit
- Masukkan segala butiran yang diperlukan semasa melakukan pembayaran
- Setelah selesai pembayaran, anda akan dibawa ke halaman baru yang menyatakan bahawa bayaran anda telah diterima. mytnb
Ketahui Juga: Pinjaman Perniagaan PUNB:Cara Mohon, Syarat & Panduan Permohonan
Cara Muat Turun Aplikasi myTNB
Untuk muat turun aplikasi myTNB ke telefon bimbit anda klik pada pautan di bawah
- Pengguna Android – Google Play
- Pengguna iOS – App Store
- Pengguna Huawei – App Gallery
Baca Juga: Cara Pindahkan Data Telefon Lama Ke Telefon Baru: Transfer Gambar Video Phone Contact Aplikasi
Kelebihan Aplikasi myTNB
Melalui aplikasi myTNB, pengguna juga boleh mengakses kemudahan-kemudahan berikut:
- Ketahui berapa banyak elektrik yang telah anda gunakan
- Lihat jumlah bil elektrik anda untuk semua akaun TNB anda
- Bayar bil elektrik anda bila-bila masa, di mana sahaja Hantar maklum balas untuk sebarang perkara yang berkaitan dengan bil dengan cepat mytnb
Baca Juga: SPayLater:Cara Aktifkan/ Guna Kaedah Bayaran Secara Ansuran Di Shopee
Tips Cara Jimat Bil Elektrik TNB
Berikut beberapa tips untuk menjimatkan bil elektrik rumah anda:
- Gunakan peralatan elektrik yang menggunakan teknologi jimat tenaga. Kami sarankan anda pilih yang dapat sekurang-kurangnya rating 4 bintang dan ke atas untuk jimat elektrik rumah anda.
- Beli peralatan elektrik yang sesuai dengan keperluan hidup anda seharian. Contohnya : Keluarga kecil tidak perlu beli peti sejuk besar, mesin basuh besar
- Jikalau anda gunakan aircond tidak perlu tutup jikalau anda mahu keluar sekejap dan kemudian buka balik aircond. Ini akan meningkatkan penggunaan elektrik rumah anda.
- Pilih peralatan elektrik dengan kapasiti yang sesuai. Jikalau kawasan anda perlu guna 2HP aicond, tetapi anda hanya pilih untuk pasang aircond 1hp sahaja, bil anda akan melambung tinggi
- Jikalau anda sudah guna peralatan elektrik, sila tutup suis. Lebih baik lagi jikalau anda tanggalkan plug peralatan elektrik di rumah anda.
Ketahui Juga: Cara Screenshot Telefon Huawei Samsung Iphone & IPad(Print Screen)
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tentang myTNB layari https://www.mytnb.com.my/
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang myTNB ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com
Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Pengusaha Pusat Sukan:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Khas Golongan OKU:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Program Jaringan Inisiatif Umum JITU:Bantuan Asas Modal & Bimbingan Golongan OKU/Gelandangan
- PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan:Semak Kelayakan Permohonan Daftar MyFutureJobs
- PEMULIH Diskaun Bil TNB:Kelayakan & Kadar Diskaun PKS & Perniagaan Terpilih
- PEMULIH Permohonan Baru GKP4.0:Permohonan Baharu & Bayaran RM1,000 Julai 2021
- i-Citra KWSP:Permohonan Pengeluaran & Semakan Kelayakan