Permohonan Rayuan Tingkatan 6:Permohonan Online & Borang Permohonan

Permohonan Rayuan Tingkatan 6:Permohonan Online & Borang Permohonan

Borang Permohonan Rayuan Tingkatan 6 2021 manual dan juga online serta panduan mengisi borang untuk memudahkan anda memohon. Panduan buat mereka yang ingin menyambung pelajaran pasca Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Memasuki Tingkatan 6 atau Form 6 adalah salah satu pilihan buat pelajar Lepasan SPM yang masih tercari-cari halatuju pengajian mereka. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 sesi 2021-2022 untuk pelajar yang gagal mendapat tawaran atau ingin menukar jurusan.

Untuk makluman, tarikh rasmi keputusan tawaran kemasukan murid ke tingkatan enam di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan akan diumumkan kebiasaannya selepas result SPM diumumkan.

Permohonan Rayuan Tingkatan 6:Permohonan Online & Borang Permohonan

agi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%

Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.

Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 Sesi 2021-2022

Berikut dikongsikan maklumat mengenai borang rayuan kemasukan tingkatan 6 2021 meliputi pautan muat turun borang rayuan, kategori rayuan dan tarikh penting rayuan.

Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 Sesi 2021-2022

Baca Juga:Bantuan Mahasiswa Perak:Bantuan Sara Diri & Kecemasan 2021

Tarikh Permohonan Rayuan Kemasukan Ke Tingkatan 6

Tarikh permohonan rayuan kemasukan ke tingkatan 6 adalah seperti berikut:

  • Dibuka : 5 Julai 2021
  • Ditutup : 15 Julai 2021

Tarikh adalah rasmi permohonan rayuan kemasukan ke tingkatan 6 seperti diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Permohonan Rayuan Tingkatan 6 boleh dibuat secara atas talian di

Senarai kategori borang rayuan permohonan rayuan kemasukan ke tingkatan 6 dan panduan cara membuat rayuan bagi tahun sebelum ini adalah seperti berikut :-

Baca Juga:Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2022:Tatacara Permohonan Biasiswa RM4400 Sebulan

Download Muat Turun Borang Permohonan Rayuan Kemasukan Ke Tingkatan 6

Muat Turun Borang permohonan rayuan kemasukan ke tingkatan 6: Borang RAYUAN 2020 Dan Panduan Mengisi

Download Muat Turun Borang Permohonan Rayuan Kemasukan Ke Tingkatan 6

Baca Juga:Permohonan Biasiswa Kumpulan Maybank 2021:Cara & Syarat Permohonan

Jenis Borang Permohonan Rayuan Tingkatan 6

i) Borang T6BRU

Borang T6BRU permohonan rayuan kemasukan ke tingkatan 6 adalah borang rayuan umum Form 6 untuk murid membuat rayuan memasuki Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2020 kecuali Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).Penghantaran borang permohonan rayuan kemasukan ke tingkatan 6 hendaklah disertakan bersama salinan dokumen yang telah di sahkan seperti berikut:-

1. Keputusan peperiksaan SPM;

2. Sijil kelahiran;

3. Kad pengenalan/ pasport;

4. Sijil Berhenti Sekolah; dan

5. Bil Utiliti

Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Julai 2020 dan permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan

Pertimbangan Permohonan Rayuan Tingkatan 6 hanya diberikan kepada permohonan rayuan kemasukan ke tingkatan 6 yang memenuhi syarat-syarat berikut:-

1. Lulus dalam peperiksaan SPM 2019 dengan memperoleh pencapaian akademik yang telah ditetapkan dan penglibatan dalam kegiatan kokurikulum;

2. Memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana mata pelajaran lain, kecuali Murid Berkeperluan Khas (MBK); dan

3. Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar

ii) Borang T6BKK

Untuk MURID SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN yang hendak membuat rayuan memasuki Tingkatan Enam (berdasarkan pencapaian kokurikulum) kecuali Murid Berkeperluan Khas (MBK)

iii) Borang T6BCP

T6BCP adalah borang permohonan rayuan kemasukan ke tingkatan 6 untuk CALON PERSENDIRIAN, SEKOLAH SWASTA dan SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI yang memohon memasuki Tingkatan Enam di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan

Borang permohonan rayuan kemasukan ke tingkatan 6 ini hendaklah disertakan bersama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

1. Keputusan peperiksaan SPM 2019;

2. Sijil kelahiran;

3. Kad pengenalan/ pasport;

4. Sijil Berhenti Sekolah; dan

5. Bil Utiliti

Borang permohonan rayuan kemasukan ke tingkatan 6 ini hendaklah dikembalikan ke Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian)/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Pej Pendidikan Daerah yang berkenaan

Pertimbangan Permohonan Rayuan Tingkatan 6 hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Lulus dalam peperiksaan SPM 2019 dengan memperoleh pencapaian akademik yang telah ditetapkan;

2. Memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana mata pelajaran lain; dan

3. Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar dan rekod disiplin yang baik. Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Bahagian (kecuali Sekolah Men Harian)/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah kepada semua calon. Borang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Untuk menukar jurusan, pelajar perlu mengisi Borang T6BRTJ

iv) Borang T6BRTJ (Borang Rayuan Permohonan Tingkatan 6)

Untuk MURID SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN yang hendak membuat rayuan tukar bidang Tingkatan Enam. Borang permohonan rayuan kemasukan ke tingkatan 6 ini hendaklah disertakan bersama salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

1. Keputusan Peperiksaan SPM 2019

2. Inventori Minat Kerjaya dan

3. Dokumen yang berkaitan

Borang permohonan rayuan kemasukan ke tingkatan 6 ini hendaklah dikembalikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah dengan mendapat perakuan Pengetua sekolah di mana murid berkenaan belajarKelulusan permohonan ini bergantung kepada kekosongan tempat belajar. Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri kepada semua calon melalui Sekolah Pusat Tingkatan Enam masing-masing

Berikut adalah tarikh penting dan cara semakan keputusan rayuan kemasukan ke Tingkatan 6 2021.

Baca Juga:Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu 2021:Semak kelayakan & Cara Memohon

Cara Semakan Keputusan Rayuan Tingkatan 6

Cara semakan dan tarikh semakan permohonan rayuan kemasukan ke tingkatan 6 adalah seperti berikut:

  • Dibuka : 20 Julai 2021
  • Ditutup : –

Aplikasi Pautan Semakan Rayuan Form 6 : KEPUTUSAN RAYUAN TINGKATAN 6 ONLINE

Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan.

Bagi pelajar yang layak anda juga boleh memohon Biasiswa Yang Dipertuan Agong.

Soalan Lazim

1. Adakah perlu memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam Semester 1 selepas keputusan SPM diumumkan?

Tidak perlu. Calon lepasan SPM yang layak dan memenuhi syarat akan ditawarkan ke Tingkatan Enam.

2. Apakah syarat-syarat kelayakan masuk ke Tingkatan Enam?

a. Syarat am

• Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

• Berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2021.

b. Syarat Khas

• Bidang Sains – Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dalam mata pelajaran sains dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit.

• Bidang Sains Sosial – Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit.

3. Bilakah murid lepasan SPM tahun 2020 boleh menyemak keputusan tawaran ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021?

Murid lepasan SPM tahun 2020 boleh menyemak keputusan tawaran ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021 mulai 5 hingga 15 Julai 2021.

4. Bagaimanakah cara bagi membuat semakan keputusan dan pendaftaran ke Tingkatan Enam Semester 1 tahun 2021?

Murid lepasan SPM 2020 boleh membuat semakan keputusan tawaran dan pendaftaran ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021 di portal Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam (https://sst6.moe.gov.my). Bagi murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah akan memaklumkan keputusan tawaran serta menyampaikan surat tawaran ke Tingkatan Enam Semester 1 tahun 2021.

Sambungan Soalan Lazim

5. Bilakah tarikh pendaftaran murid Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021?

Tarikh pendaftaran ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021 bermula pada 5 hingga 15 Julai 2021.

6. Bagaimanakah pendaftaran kemasukan murid Tingkatan Enam Semester 1 tahun 2021 dilaksanakan?

Pendaftaran kemasukan murid Tingkatan Enam Semester 1 tahun 2021 dilaksanakan secara dalam talian melalui pautan https://sst6.moe.gov.my.

Bagi murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah akan membantu murid membuat pendaftaran mengikut kaedah yang bersesuaian.

7. Sekiranya saya tidak memenuhi syarat kemasukan ke Tingkatan Enam, adakah saya boleh membuat permohonan rayuan?

Boleh. Murid boleh membuat rayuan secara dalam talian di pautan https://sst6.moe.gov.my/ dengan mengisi borang rayuan ke Tingkatan Enam tahun 2021 bagi calon sekolah kerajaan berdasarkan pencapaian kokurikulum (T6BKK)

Bagi murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah akan membantu menguruskan permohonan rayuan murid mengikut kaedah yang bersesuaian.

8. Bilakah permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam dibuka?

Permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam dibuka mulai 5 hingga 15 Julai 2021.

9.Saya merupakan seorang calon persendirian/sekolah swasta/Sekolah Menengah Agama Negeri SPM tahun 2020, bolehkah saya memohon ke Tingkatan Enam semester 1 tahun 2021 di Sekolah Kerajaan?

Boleh. Murid boleh membuat permohonan rayuan secara dalam talian di pautan https://sst6.moe.gov.my/ dengan mengisi borang rayuan calon persendirian, Sekolah Swasta dan Sekolah Menengah Agama Negeri (T6BCP). Kelulusan adalah berdasarkan kepada syarat kemasukan dan kekosongan tempat.

Murid yang tiada capaian internet, boleh menghubungi sekolah yang berhampiran mengikut kaedah yang bersesuaian bagi membuat permohonan rayuan.

10.Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan rayuan sekiranya seseorang yang telah ditawarkan ke Tingkatan Enam tetapi berhasrat untuk bertukar Kolej Tingkatan Enam/Pusat Tingkatan Enam atas sebab tertentu, seperti mata pelajaran yang ingin diambil tidak ditawarkan di Kolej/Pusat Tingkatan Enam tersebut dan sebagainya?

Permohonan rayuan pertukaran Kolej Tingkatan Enam/Pusat Tingkatan Enam perlu dikemukakan secara emel ke Pejabat Pendidikan Daerah yang berkaitan dengan menggunakan Borang P.U.(A) 275 Jadual Ketiga [Permohonan untuk Bertukar Sekolah oleh Murid Warganegara].

Bagi murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah akan membantu murid membuat permohonan rayuan mengikut kaedah yang bersesuaian.

11.Saya merupakan murid lepasan SPM 2020 di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan serta memenuhi syarat kemasukan ke Tingkatan Enam, tetapi saya tidak menerima tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 tahun 2021.

Murid perlu menghubungi (melalui telefon/emel) Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah yang berhampiran dengan kediaman masingmasing untuk semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 tahun 2021.

Bagi murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah akan membantu membuat semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021.

Baca Juga:Bantuan Am Pelajaran MAIWP – Cara Memohon

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan permohonan rayuan ke tingkatan 6 hubungi:

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran,

Kerajaan Persekutuan,

62604 Putrajaya

No. Telefon : 03-8884 9370

No. Fax : 03-8888 6671

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 2021 ini memudahkan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

3 thoughts on “Permohonan Rayuan Tingkatan 6:Permohonan Online & Borang Permohonan”

  1. Saya telah mengisi borang tukar aliran kemudian telah di hantar ke pihak sekolah. Macam mana saya nak tahu kalau rayuan tukar aliran saya di terima

    Reply

Leave a Comment