MyKasih:Cara Permohonan & Kelayakan Bantuan Barang Makanan (Cashless)

MyKasih:Cara Permohonan & Kelayakan Bantuan Barang Makanan (Cashless)

MyKasih kepada mereka yang layak dipelawa memohon bantuan barang makanan cashless yang diumumkan ini melalui PRIHATIN Kasih. Kerajaan baru-baru telah mengumumkan bantuan PRIHATIN Kasih, iaitu sejenis inisiatif cashless (Sistem MyKasih) menggunakan MyKad untuk membeli barangan rumah.

Tahukah anda apakah itu sistem MyKasih, cara mendaftar / memohon dan bagaimana ia berfungsi?

Di sini kami kongsikan maklumat lanjut tentang MyKasih untuk makluman bersama.

Baca Juga: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41: Permohonan Guru One-Off 2021

RM100 JUTA UNTUK 300,000 ISI RUMAH GOLONGAN MISKIN BANDAR SECARA TANPA TUNAI (CASHLESS) MELALUI MYKAD BERMULA JULAI 2021⠀

Baca Juga: Bantuan Khas Covid-19 NADMA:Syarat Kelayakan, Tatacara Permohonan & Semakan Permohonan

RM100 Juta Untuk 300,000 Isi Rumah Golongan Miskin Bandar Secara Tanpa Tunai (Cashless) Melalui MyKasih MyKad Bermula Julai 2021⠀

  • Program PRIHATIN Kasih MyKasih adalah sebuah program perintis yang dilaksanakan untuk menghulurkan bantuan barangan dapur kepada golongan miskin bandar, melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menerusi MyKad.
  • Diumumkan di bawah pakej PEMERKASA, peruntukan RM100 juta untuk program ini dijangka dapat memanfaatkan 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama seluruh negara dengan penyaluran sejumlah RM100 untuk 3 bulan, bermula 1 Julai 2021.⠀
  • Antara barangan asas yang boleh dibeli MyKasih temasuklah makanan dalam tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur, dan sebagainya, yang boleh di beli di 300 rantaian pasar raya dan kedai seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco) serta kedai-kedai runcit.⠀
  • Penerima PRIHATIN Kasih MyKasih yang layak akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima manfaat di bawah program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat. Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.mykasih.com.my/site/prihatin-kasih/

Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:

Apakah MyKasih Foundation?

MyKasih Foundation adalah organisasi NGO tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya Puan Sri Jean dengan misi untuk membantu keluarga dan pelajar miskin.

Baca Juga: Program Bakul Makanan JKM:Cara Mohon Melalui Online & Borang Permohonan

Apakah MyKasih Foundation?

Baca Juga: Permohonan Rayuan Tingkatan 6:Permohonan Online & Borang Permohonan

Cara MyKasih Berfungsi

Apabila keluarga terpilih disetujui oleh penderma MyKasih, setiap keluarga akan mencalonkan penerima, di mana butiran akaun MyKad ini akan didaftarkan dan diaktifkan dalam sistem ini untuk menerima bantuan secara cashless MyKasih.

Penerima bantuan makanan mendapat elaun bulanan yang mereka peroleh semasa menggunakan kad pintar MyKad atau MyKasih mereka di kedai runcit yang mengambil bahagian.

MyKasih mempunyai lebih daripada 250 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa , 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Penerima MyKasih boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, mi, roti, biskut, telur, perasa, tepung, minyak masak, makanan dalam tin dan minuman.

Cara MyKasih Berfungsi

Baca Juga: Refund Return Barang Shopee Guna PosLaju & J&T:Barang Rosak Atau Lambat Sampai

Cara Semakan Status Prihatin Kasih MyKasih

Bagaimanakah cara nak tahu status Prihatin Kasih MyKasih? Anda boleh semak kelayakan anda mengikut langkah ini:

  1. Layari portal semakan MyKasih di http://www.mykasih.com.my/
  2. Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan PRIHATIN Kasih My Kasih anda di sini SEMAK STATUS
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
  4. Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  5. Tekan pada butang Semak Status untuk semakan My Kasih.
Cara Semakan Status Prihatin Kasih MyKasih

Baca Juga: Permohonan Rayuan IPG Online:Tarikh Rayuan & Semakan Keputusan Rayuan

Cara Menggunakan Sistem MyKasih (Cashless)

Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.

Secara asasnya, anda boleh merujuk kepada langkah dan gambar rajah di bawah:

Cara Menggunakan Sistem MyKasih (Cashless)

Baca Juga: Semakan Keputusan Permohonan IPG 2021 Online

Cara Daftar / Apply MyKasih

Penerima My Kasih akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan, iaitu pangkalan data e-Kasih.

Cara Daftar / Apply MyKasih

Baca Juga: Tambah Kelajuan Internet Telefon:Cara Lajukan Internet Telefon Semua Telco

Borang Permohonan My Kasih

Menurut perkongsian di media sosial seorang pemohon, orang boleh membuat permohonan dnegan mengisi borang:

https://forms.office.com/pages/responsepage.aspx? id=M60fTgcNsEeEgZPSuvhVUEM5Zn0e7bVInHbpRpUIZ2tUNUQx NkRBNDYxVzhBSDZDUENXT1hZWDRSMyQlQCN0PWcu

Baca Juga: Refinance Rumah:Cara Membuat Pembiayaan Semula Rumah Terkini

Kadar Bantuan My Kasih

Program PRIHATIN Kasih melibatkan bantuan bulanan iaitu:

  • RM100 untuk sebulan
  • Diberikan selama 3 bulan
  • Dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad
  • Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan berikutnya
  • Baki elaun boleh digunakan sehingga akhir tahun

Barangan makanan asas yang boleh dibeli termasuklah:

  • makanan dalam tin
  • susu bayi
  • beras
  • minyak masak
  • telur
  • dan sebagainya berdasarkan pilihan isi rumah

Program PRIHATIN Kasih ini melibatkan lebih daripada 300 rantaian pasar raya dan kedai di seluruh negara termasuklah:

  • Mydin
  • Giant
  • Econsave
  • The Store
  • Pacific
  • Milimewa
  • 99 Speedmart
  • Lotus Stores (Tesco)
  • serta kedai-kedai runcit

Fasa Pertama yang telah pun dilaksanakan bermula pada 1 Julai 2021 di Selangor dan Kuala Lumpur menunjukkan maklumbalas positif dari penerima. Fasa selanjutnya akan dilancarkan seperti berikut:

NegeriBulan Pelaksanaan
Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka dan TerengganuOgos 2021
Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah dan SarawakSeptember – Oktober 2021

Menurut kenyataan media yang sama juga, Program MyKasih ini adalah pelengkap kepada Program Bakul Makanan yang telah pun diumumkan dalam pelbagai pakej-pakej bantuan termasuk:

1. PERMAI: Program Bakul Makanan bernilai RM50 juta;

2. PEMULIH: Program Bakul Makanan nasional di mana RM80 juta telah diperuntukkan, dengan agihan RM300,000 bagi setiap Ahli Parlimen, termasuk dari Parti Pembangkang. Peruntukan ini telahpun disalurkan kepada semua ahli Parlimen bermula 1 Julai 2021. Bagi kawasan Parlimen Gerik dan Batu Sapi, peruntukan ini akan disalurkan melalui Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Gerik dan Majlis Perbandaran Sandakan. Baki selebihnya adalah untuk pengagihan bakul makanan kepada masyarakat Orang Asli.

Baca Juga: Cara Pilih Kurier Shopee:Cara Pilih Kurier Shopee Kesukaan Anda

Maklumat Lanjut

Jika anda perlukan maklumat lanjut,sila hubungi

http://www.mykasih.com.my/

03-7720 1888

info@mykasih.com

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai permohonan MyKasih ini memudahkan anda. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

21 thoughts on “MyKasih:Cara Permohonan & Kelayakan Bantuan Barang Makanan (Cashless)”

  1. Cuba nak apply dah byak kali masuk link my kasih tapi tetap x boleh …..boleh bantu tak

    Reply
  2. Saya Dah Sejak status tidak ditemui,boleh Bantu Bagaimana untuk saya daftar bakun Makanan Tu.
    Terima kasih

    Reply
  3. Salam
    Saya Dah Semak status, yang Keluar tidak ditemui, Boleh Bantu saya bagaimana cara untuk mendaftar untuk bakul makanan.
    Terima kasih

    Reply
  4. Tak Tau laa
    Kerajaan PN ni nak bantu rakyat ke atau menyusahkan rakyat
    Atau nak Buat gimik murah nak cari sokongan rakyat
    Kalau betul hendak bantu rakyat dalam keadaan sekarang beri sahaja secara otomatik kepada penerima BPR dn penerima my kasih
    Apa nak daftar lagi.Bukan senang nak dapat link prihatin Kasih macam2 halangan.Menteri2 PN senang cakap duduk rumah,tapi yg seksa Dan derita rakyat sampai Ada yang bunuh Diri
    Menteri2 PN dn PM Tak rasa bersalah ke bermain dengan Nyawa rakyat
    Mana pergi Hati Nurani terutama yang beragama Islan

    Reply
    • Ingat sy sorang yg perasan mende ni…
      Mula2 mcm ada…
      Pastu… Hilang.. Cari tak jumpa .
      Nanti ada pulak..
      Tak sempat isi..
      Terpelating keluar pulak..
      Ermmmm masalah apa tak betul kat sini…?

      Reply
  5. Sya ibu tunggal nk mohon my kasih. TPI tk bole.. Sya buat semakan dkt e kasih.. Nma sya ada.. Anak2 seramai 5 org ber sekolah 1 ipts 1 ting 6 1 tingkatan 3 sekolah rendah 2 org

    Reply
  6. Salam…sya dh berapa kali cek masih tiada rekod…sya penerima jkm dn dlm kategori ekasih..sya seorang balu

    Reply

Leave a Comment