Semakan Keputusan PKSK / Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2022 & Tarikh Pendaftaran

Semakan Keputusan PKSK / Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2022 & Tarikh Pendaftaran

Semakan Keputusan PKSK. Susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Khusus.

Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang PKSK dan info kemasukan ke Sekolah Khusus bagi sesi 2022 / 2023.

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Baca Juga:Rayuan MRSM:Tarikh & Cara Semakan Keputusan Rayuan MRSM 2022 / 2023

Semakan Pusat PKSK

Semakan pusat PKSK boleh dibuat melalui URL berikut:

Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/

Tingkatan 4/Tahun 1 KV: https://spskt4.moe.gov.my/

PKSK 2022:Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2022
PKSK 2022:Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2022

Susulan pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan kaedah baharu bagi permohonan sekolah khusus PKSK melalui single-entry point. Sebagai panduan buat semua, berikut adalah perkongsian berkaitan Permohonan Sekolah Khusus 2022 termasuk semakan PKSK Online.

Untuk makluman, Sekolah Khusus KPM adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD). Justeru, bagi mereka yang berminat untuk menempatkan diri di salah satu Sekolah Khusus KPM hendaklah memohon melalui cara-cara permohonan yang dikongsikan di bawah. Tambahan pula, satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat pada Oktober 2020 digunakan untuk kemasukan murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.

Baca Juga: Cara Login Google Classroom: Cara Log Masuk Mudah Beserta Gambar

Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2022 PKSK Online

KPM telah membangunkan satu sistem permohonan kemasukan murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat ke Sekolah Khusus secara single entry point. Sistem inimelibatkan permohonan secara berpusat dan juga kaedah pentaksiran standard secara berpusat.

TERKINI: KPM telah mengadakan sidang media pada 10 November 2020, mengumumkan bahawa Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dipinda pada tarikh 17 hingga 27 Januari 2022 bagi kemasukan Tingkatan 1. Manakala pentaksiran bagi kemasukan Tingkatan 4 ditunda dan dilaksanakan pada 7 hingga 17 Februari 2022. Keputusan pentaksiran bagi Tingkatan 1 akan diumumkan pada 17 Mac 2021 dan bagi Tingkatan 4 akan diumumkan pada 15 Mac 2022.

Di bawah adalah maklumat seperti tarikh-tarikh penting dan cara memohon kemasukan ke Sekolah Khusus 2022 PKSK Online serta berkaitan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus untuk rujukan semua.

Apakah Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)?

PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2022 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Baca Juga: Cara Permohonan Rayuan Kemasukan Sekolah Khusus & Tarikh Pendaftaran Online

Apakah Sekolah Khusus?

Sekolah Khusus adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak untuk memohon dan menduduki PKSK.

APDM ialah satu sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid secara online untuk menyimpan segala maklumat berkenaan murid.

Semakan Borang Permohonan Online Sekolah Khusus PKSK

Seperti yang dinyatakan oleh KPM, pelajar yang ingin membuat permohonanm kemasukan ke Sekolah Khusus KPM bagi ambilan tahun 2022 perlu memohon melalui satu applikasi yang sama seperti di pautan https di bawah:

  • Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 (https spskt1.moe.gov.my)
  • Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 4 (https spskt4.moe.gov.my)

Semasa membuat permohonan, pemohon perlu memuatkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid (sama seperti APDM) dan nombor MyKad penjaga utama yang didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) untuk memasuki sistem. Hal ini supaya padanan dapat dibuat oleh sistem dengan maklumat murid yang terdapat dalam pangkalan data murid APDM. Semakan PKSK

Selain itu, pemohon boleh membuat pilihan jenis sekolah sama ada SBP, SMKA, SMT, KV atau MTD, jenis aliran, pengkhususan sekolah, kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan dan pusat pentaksiran pilihan. Beberapa butiran lain yang perlu didaftarkan bagi memohon dan menduduki PKSK secara berpusat bagi kemasukan Tingkatan 1 2022 serta lepasan pelajar Tingkatan 3 2021 yang layak memohon setelah PT3 dibatalkan. Semakan PKSK

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)

Pelajar yang membuat permohonan kemasukan ke sekolah khusus akan menjalani satu pentaksiran berpusat sebagai proses pemilihan pelajar ke sekolah yang dimohon. Berdasarkan kenyataan media oleh KPM, sebanyak 555 buah pusat pentaksiran yang telah ditetapkan oleh KPM. Semakan PKSK

Baca Juga: MPKAFA: Modul Penilaian Kelas Al-Quran & Fardhu Ain (Format Baru UPKK)

Semakan Format Ujian PKSK

Berikut merupakan format ujian PKSK 2022 untuk rujukan pelajar:

  • Terdapat tiga bahagian iaitu Bahagian A (Kecerdasan Insaniah), Bahagian B (Kecerdasan Intelek) dan Bahagian C (Artikulasi Penulisan).
  • Bahagian A akan dilakukan secara dalam talian menggunakan item objektif aneka pilihan dan mempunyai wajaran skor sebanyak 20%. Semakan PKSK
  • Bahagian B juga akan dilakukan secara dalam talian dan menggunakan item objektif aneka pilihan serta mempunyai wajaran skor 70 %. Bahagian ini mencakupi IQ, pengetahuan am dan penyelesaian masalah.
  • Bahagian C pula menggunakan kaedah bertulis dan subjektif yang akan dilakukan di pusat pentaksiran serta mempunyai wajaran skor sebanyak 10%. Semakan PKSK
  • Pelaksanaan PKSK akan dibahagikan kepada 2 fasa. Fasa 1 calon dikehendaki menjawab Bahagian C sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1 dan 250 patah perkataan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberi. Manakala, Fasa 2 calon perlu menjawab Bahagian A dan B secara dalam talian di pusat pentaksiran dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Semakan Pusat PKSK Tingkatan 1 & 4

Semakan Pusat PKSK bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 boleh dibuat bermula 7 Januari 2022 di sistem permohonan sekolah khusus. Semakan PKSK

Pelajar diingatkan supaya semak dan cetak slip menduduki pentaksiran pada laman permohonan yang dinyatakan diatas dan patuhi tarikh, masa dan sesi yang ditetapkan. Semakan status PKSK akan dilaksanakan adalah mustahak kerana tiada ujian ulangan. Di bawah adalah Jadual Sesi Pentaksiran Sekolah Khusus PKSK yang ditetapkan oleh KPM:

PKSK 2022:Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2022

Sila bawa bersama kad pengenalan, slip dan alat tulis serta berpakaian seragam sekolah lengkap ketika menghadiri pentaksiran PKSK 2022. Pastikan juga pelajar dalam keadaan sihat, tidak bergejala, memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal. Semakan PKSK

Bagi anda yang belum membuka akaun SSPN untuk anak anda sekarang boleh buka akaun SSPN secara online. BACA: Buka Akaun SSPN Online:Cara Lengkap Bergambar

Semakan Syarat Permohonan PKSK 2022

Syarat permohonan kemasukan ke sekolah khusus adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Mendaftar dalam sistem APDM KPM
  • Murid Tahun 6 Tahun 2021
  • Berumur 12 tahun atau
  • Lahir pada 2 Januari 2009 – 1 Januari 2010
  • Murid Tingkatan 3 2021
  • Berumur 15 tahun atau
  • Lahir pada 2 Januari 2006 – 1 Januari 2007

Cara Permohonan PKSK 2022

Permohonan untuk kemasukan boleh di akses secara online melalui:

  • Tingkatan Satu boleh diakses melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my
  • Tingkatan Empat melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my
  • Pemohon perlu memuatkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dlm APDM) untuk memasuki sistem. Semakan PKSK
  • Sistem akan membuat padanan dengan maklumat murid yang terdapat dalam APDM. Semakan PKSK
  • Pemohon boleh membuat pilihan jenis Sekolah Khusus (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD), jenis aliran atau
  • pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran lain yang diperlukan. Semakan PKSK

Tarikh Permohonan PKSK 2022

Tarikh permohonan PKSK bagi tahun 2022 telah diumumkan oleh KPM seperti berikut:

  • Tarikh buka: 10 Oktober 2021
  • Tarikh tutup: Telah dilanjutkan ke 31 Disember 2021

Tarikh Semakan Pusat Pentaksiran

Semua pemohon boleh membuat semakan pusat pentaksiran bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bermula dari 7 Januari 2022.

Tarikh Menduduki PKSK 2022

Tarikh menduduki PKSK akan bermula pada :

Tarikh Ujian PKSK 2022

Ujian PKSK akan diadakan pada tarikh berikut:

  • Tingkatan 1: Bermula 17-22 Januari 2022
  • Tingkatan 4: Bermula 7-17 Februari 2022

Tarikh Semakan Keputusan Kemasukan Sekolah Khusus

Keputusan Semakan PKSK pemilihan murid akan diumumkan pada 15 Mac 2022. Semakan PKSK

Cara Semakan Keputusan Kemasukan Sekolah Khusus

Pautan semakan keputusan PKSK adalah seperti berikut:

KPM menetapkan bahawa tarikh pendaftaran murid baharu ke Sekolah Khusus adalah seperti berikut:

Tarikh Pendaftaran Sekolah Khusus 2022

  • Pendaftaran secara dalam talian bagi murid baharu Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di SBP dan SMKA adalah pada 21 Mac 2022 hingga 25 Mac 2022 Semakan PKSK
  • Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan 4 di SBP dan SMKA adalah pada 5 April 2022 Semakan PKSK
  • Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan 1 di SBP dan SMKA akan dimaklumkan oleh KPM Semakan PKSK
  • Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan 4 dan tahun 1 SVM di SMT dan KV adalah pada 7 April 2022 Semakan PKSK

Pendaftaran bagi murid baharu Tingkatan 4 ke MTD akan dimaklumkan melalui laman sesawang http://www.rmc-education.edu.my

Tarikh Rayuan Kemasukan Sekolah Khusus

Bagi calon yang tidak berjaya, anda boleh membuat permohonan rayuan bermula dari 15 hingga 29 Mac 2022.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):

https://www.moe.gov.my/en/muat-turun/lain-lain/soalan-lazim-faq/3665-maklumat-umum-pentaksiran-kemasukan-sekolah-khusus-pksk/file

Bagi mendapatkan sebarang pertanyaan berkaitan Semakan PKSK permohonan sekolah khusus PKSK bagi ambilan tahun 2022 sila rujuk pautan di bawah:

  • No. Telefon Bahagian Pengurusan SBP : 03 8217 400 Semakan PKSK
  • No. Telefon Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional : 03 8884 5154 Semakan PKSKSemakan PKSK
  • No. Telefon Bahagian Pendidikan Islam : 03 8321 7200 Semakan PKSK
  • No. Telefon Unit Pengambilan Dan Promosi MTD : 03 8946 5562/ 5565 Semakan PKSK

Terima kasih. Semoga dengan sedikit perkongsian tentang Semakan PKSK ini dapat membantu anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment