Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (PKP 3.0)
Moratorium PTPTN PKP 3.0,Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada peminjam yang layak selama tiga bulan.
Peminjam PTPTN yang terkesan boleh mengemukakan permohonan moratorium PTPTN PKP 3.0 melalui Portal Rasmi PTPTN mulai 10 Jun 2021 hingga 31 Ogos 2021.
Tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman bermula dari bulan permohonan diluluskan. Butiran berkenaan pelaksanaan penangguhan bayaran balik pinjaman ini akan diperincikan oleh PTPTN.
Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%
Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.
Baca Juga:Permohonan Rayuan BPR 2021 Fasa 2:Mulai 15-30 Jun 2021
Tujuan Moratorium PTPTN PKP 3.0
Keputusan ini diambil kerana kerajaan prihatin dan menyedari terdapat peminjam PTPTN yang masih terkesan dengan pandemik Covid-19 dan belum berupaya membuat bayaran balik pinjaman.
Kerajaan sebelum ini telah menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN mulai 19 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020 kepada semua peminjam PTPTN dan penangguhan khas bayaran balik kepada peminjam PTPTN yang terkesan selama tiga (3) bulan di antara Januari 2021 hingga Mei 2021.
Diharapkan pengumuman ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh peminjam PTPTN.
Baca Juga:i-Suri KWSP: Daftar & Semak Status Kelayakan Bantuan Suri Rumah
Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.
Bagi mereka yang layak anda juga boleh menuntut bantuan program bantuan jaringan prihatin dari RM 180 sehingga RM 300 di Program Jaringan Prihatin B40:RM300 Peranti, RM180 Data CAra Daftar.
Syarat Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN secara bersasar kepada peminjam yang layak dalam tempoh (PKP 3.0) selama 3 bulan bermula Jun hingga Oktober 2021. Permohonan boleh dilakukan mulai 10 Jun hingga 31 Ogos 2021.
Peminjam yang memenuhi kriteria berikut layak memohon:
- Peminjam kehilangan pendapatan iaitu diberhentikan pekerjaan dalam tempoh pandemik COVID-19; dan
- Peminjam yang terjejas pendapatan iaitu pendapatan berkurang dalam tempoh pandemik COVID-19.
Peminjam hanya dibenarkan menghantar permohonan sekali sahaja.
Baca Juga:Touch n Go eWallet:Pendaftaran & Penebusan Kredit eBelia RM 150
Baca Juga:Semak Check kelajuan Internet Rumah Sekolah Pejabat:Cara Buat Speedtest Guna Web & Apps
Tatacara Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
1. Layari laman web http://www.ptptn.gov.my
2. Klik pada pautan Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
3.Isi semua maklumat yang diperlukan
4. Tekan hantar
5. Selesai
6. Semak email yang telah anda daftarakan, sebarang maklumat akan dihantar melalui email.
*Nota: Peminjam hanya dibenarkan menghantar permohonan sekali sahaja.
Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu
Baca Juga:Permohonan PPC 2021:Penajaan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Pengajian Islam
Kenyataan Rasmi Moratorium PTPTN PKP 3.0
Sila rujuk kenyataan rasmi berikut:
*Sumber: Dato Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi, 9 Jun 2021
Baca Juga:Tarikh Bayaran PTPTN 2021:Semakan PTPTN Online
Soalan Lazim
1. Apakah inisiatif PTPTN kepada peminjam yang menghadapi kesukaran membayar balik pinjaman dalam tempoh (PKP 3.0)?
Inisiatif yang disediakan oleh PTPTN kepada peminjam yang menghadapi kesukaran membayar balik pinjaman dalam tempoh (PKP 3.0) adalah menyediakan kemudahan penangguhan bayaran balik kepada peminjam yang layak.
2. Adakah penangguhan diberikan secara automatik?
Tidak. Peminjam yang layak perlu membuat permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman dan pengesahan kendiri (self-declaration) secara dalam talian di Portal Rasmi PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/penangguhanpkp3.0).
3. Siapakah yang layak memohon penangguhan?
Peminjam yang memenuhi kriteria berikut layak memohon penangguhan bayaran balik pinjaman:
i. Peminjam yang kehilangan pendapatan iaitu diberhentikan pekerjaan dalam tempoh pandemik COVID-19; dan
ii. Peminjam yang terjejas pendapatan iaitu pendapatan berkurang dalam tempoh pandemik COVID-19.
4. Bilakah permohonan penangguhan bayaran balik boleh dilakukan?
Permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman boleh dilakukan mulai 10 Jun hingga 31 Ogos 2021. Peminjam hanya dibenarkan menghantar permohonan sekali sahaja.
5. Berapakah tempoh penangguhan bayaran balik ini akan diberikan?
Tempoh penangguhan adalah selama 3 bulan bermula pada bulan kelulusan diberikan iaitu bulan yang sama dengan bulan permohonan dibuat. Kecuali peminjam yang terlibat dengan potongan gaji, bulan penangguhan akan bermula pada bulan berikutnya selepas permohonan dikemukakan kerana arahan potongan gaji telah dihantar kepada majikan lebih awal. Ringkasan seperti jadual di bawah:
Arahan pembatalan potongan gaji dalam tempoh penangguhan akan dikeluarkan kepada majikan terlibat. Sekiranya majikan masih meneruskan potongan gaji, tiada kelulusan baharu akan dikeluarkan kepada peminjam.
6. Apakah maklumat yang perlu diisi oleh peminjam?
Peminjam dikehendaki mengisi maklumat perhubungan, maklumat pekerjaan serta membuat perakuan kebenaran ke atas semua maklumat yang diberikan.
7. Apakah dokumen yang perlu disediakan oleh peminjam untuk memohon penangguhan?
Tiada sebarang dokumen diperlukan.
8. Bagaimanakah PTPTN memaklumkan status permohonan kepada peminjam?
PTPTN akan memaklumkan status permohonan melalui e-mel yang dikemas kini semasa membuat permohonan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan peminjam diterima.
9. Bagaimanakah rekod CCRIS peminjam sepanjang penangguhan?
Rekod CCRIS peminjam adalah kekal seperti sebelum penangguhan dilaksanakan. Walau bagaimanapun, sekiranya peminjam membuat pembayaran balik, rekod akan dikemas kini berdasarkan bayaran yang dibuat.
10. Adakah permohonan pertukaran Ujrah boleh dilakukan dalam tempoh penangguhan?
Boleh.
11. Adakah kos pentadbiran/ ujrah dikenakan sepanjang tempoh penangguhan?
Ya. Kos pentadbiran/ ujrah dikenakan sepanjang penangguhan bayaran balik pinjaman ini sepertimana penangguhan sedia ada.
Sambungan Soalan Lazim
12. Adakah permohonan penstrukturan semula/ penjadualan semula/ penggabungan boleh dilakukan dalam tempoh penangguhan?
Boleh tetapi peminjam tidak layak penangguhan bayaran balik pinjaman dan hendaklah meneruskan bayaran sama ada melalui Potongan Gaji/ Direct Debit. Penangguhan yang telah diluluskan akan dibatalkan.
Contoh. Peminjam diluluskan penangguhan bayaran balik mulai Jun hingga Ogos 2021. Sekiranya diluluskan penstrukturan semula/ penjadualan semula dan penggabungan pada Julai 2021, kelulusan penangguhan Jun hingga Ogos 2021 dibatalkan.
13. Adakah peminjam boleh membuat bayaran balik dalam tempoh penangguhan?
Boleh. Peminjam boleh membuat bayaran balik melalui saluran yang disediakan.
14. Peminjam A masih aktif potong gaji dan telah membuat permohonan penangguhan pada 22 Julai 2021. Adakah potongan gaji bagi bulan Julai 2021 akan berlaku kepada Peminjam A?
Potongan gaji untuk bulan Julai 2021 bagi Peminjam A masih berlaku kerana bulan Julai 2021 tidak tertakluk dengan tempoh penangguhan. Tempoh penangguhan beliau bermula pada Ogos hingga Oktober 2021. Berikut adalah jadual penghantaran data potongan gaji:
15. Peminjam B telah membuat bayaran balik pada 1 Jun 2021. Pada 25 Jun 2021, peminjam memohon penangguhan. Berapakah tempoh penangguhan akan diluluskan?
Tempoh penangguhan akan diluluskan selama 3 bulan mulai Jun hingga Ogos 2021. Bayaran balik yang diterima pada 1 Jun 2021 tidak akan dipulangkan (refund).
16. Sekiranya peminjam dalam tempoh penangguhan khas bayaran balik mulai Mei hingga Julai 2021, adakah peminjam boleh memohon penangguhan (PKP 3.0)?
Boleh, tetapi selepas peminjam tamat tempoh penangguhan pada bulan Julai 2021.
17. Apakah tindakan yang perlu dibuat oleh peminjam yang membuat Arahan Tetap (Standing Instruction) sekiranya ingin memohon penangguhan bayaran balik?
Peminjam yang membuat Arahan Tetap (Standing Instruction) dikehendaki membuat pembatalan dengan pihak bank. Bayaran balik yang diterima tidak akan dipulangkan (refund).
Baca Juga:Semak Cabutan SSP BSN:Check Keputusan Cabutan Sijil Simpanan Premium Tahunan
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan penangguhan bayaran balik pinjaman, boleh dibuat dengan melayari laman rasmi PTPTN di: http://www.ptptn.gov.my
Atau boleh hubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000 yang beroperasi Isnin hingga Jumaat dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Terima kasih. Semoga perkongsian penangguhan bayaran balik pinjaman ini dapat memudahkan lagi urusan anda. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com