Refund Return Barang Shopee Guna PosLaju & J&T:Barang Rosak Atau Lambat Sampai
Cara lengkap untuk anda refund return barang shopee yang anda beli jika berlaku masalah seperti rosak,lambat sampai atau masalah lain yang anda rasa perlu kembalikan barang tersebut. Sebagai pembeli atau pengguna kita perlu tahu hak kita kerana setiap duit yang kita belanja adalah untuk kepuasan kita sebagai pengguna.
Pernah tak korang beli barang dekat Shopee, lepas tu barang yang sampai tak sama langsung dengan apa yang dibeli? Ataupun barang yang sampai Itu ada kerosakan sikit? Bila berlaku perkara macam ni, selalunya kita perlu refund return barang pos semula barang tersebut kepada penjual seperti dalam shopee sebelum kita boleh dapatkan duit kita semula.
Jika anda ingin mengetahui cara untuk memilih kurier untuk pesanan shopee anda baca di sini: Cara Pilih Kurier Shopee:Cara Pilih Kurier Shopee Kesukaan Anda
Sebenarnya ada beberapa sebab lain juga yang membolehkan korang untuk membuat refund return barang pulang semula barang belian contoh di shopee untuk dapatkan refund ni, iaitu:
- Barang yang sampai tak lengkap setnya (kehilangan bahagian).
- Barang yang sampai lain daripada yang dibeli (lain warna, lain bentuk, lain produk).
- Barang yang sampai rosak (tercalar, terlekuk, terkopak).
- Barang yang sampai langsung tak dapat digunakan (kerosakan yang sangat teruk).
Kalau korang perlu lakukan proses return refund barang shopee ini, tak perlu risau pasal kos penghantaran semula barang tu dah sebab Shopee sendiri akan tanggung semuanya. Mulai 18 Januari 2021, Shopee memperkenalkan program Shopee Free Return with PosLaju and J&T Express. Semua penghantaran semula untuk refund akan menjadi percuma!
Baca Juga: Permohonan Rayuan IPG Online:Tarikh Rayuan & Semakan Keputusan Rayuan
Cara Return Barang Dan Dapatkan Refund Di Shopee
Sebelum itu perkara penting yang anda perlu tahu, anda boleh return barang kepada seller secara PERCUMA sebelum anda tekan butang “Order Received” atau dalam masa 3 hari selepas barang anda sampai.
Jadi adalah lebih baik, anda bagi rating kepada seller selepas 3 hari je. Jangan tergopoh-gapah nak bagi 5-star atau anda yakin barangan anda tersebut dah cukup sempurna.
Jika ada masalah pada barang anda dan nak return refund barang shopee, follow cara ini. Langkah ini lebih mudah, saya tunjukkan guna telefon sahaja iaitu melalui aplikasi Shopee. Juga disediakan tutorial bergambar. Harap anda faham la ye.
Baca Juga: Semakan Keputusan Permohonan IPG 2021 Online
Cara Mohon Refund Return Barang Shopee
Langkah 1 : Pergi kepada “My Purchases” dan cari barang anda tersebut dan klik pada barang tersebut.
Langkah 2 : Kemudian klik pada “Return/Refund”. Akan dipaparkan halaman untuk anda lengkapkan semua maklumat berkaitan barangan anda tersebut.
Langkah 3 : Jadi disini, anda perlu masukkan maklumat Reason, masukkan gambar, description, solution dan juga refund amount.
Masukkan terlebih dahulu upload gambar dengan bahagian yang tidak sempurna tersebut dengan jelas. Lebih mudahkan seller nampak keadaan barang kita tersebut.
Awalnya pada “Reason” dan pilih antara 5 sebab yang dipaparkan:
- Did not receive the order
- Received an incomplete product
- Received the wrong product
- Received a product with physical damage
- Received a faulty product
Kemudian pilih pada halaman “Select a Solution”, anda pilih sama ada refund only atau return and refund. Ini merupakan pilihan yang anda bagi pada seller tau. Jadi seller berhak untuk terima atau tidak. return refund barang shopee
Seterusnya, masukkan penerangan pada bahagian “Description” tentang barang anda tersebut supaya seller lebih faham keadaan barang dan kenapa anda nak return barang
*Contoh: “Tiada tali pada bahagian sandang belah kiri, macam mana nak pakai?”
Akhir sekali masukkan “jumlah refund” yang anda mohon. Masukkan sahaja nilai sebenar barangan anda tersebut.
Jika sudah lengkap semuanya, anda boleh tekan butang “Submit”
Langkah seterusnya return refund barang shopee adalah anda perlu tunggu respond daripada seller dalam tempoh yang ditetapkan oleh Shopee (proposal refund). Jika tiada jawapan, refund akan masuk ke Shopeepay anda secara automatik..
Baca Juga: Tambah Kelajuan Internet Telefon:Cara Lajukan Internet Telefon Semua Telco
Cara Return Barang Kepada Seller Shopee
Anda hanya perlu tunggu respon dari seller, biasanya seller akan respon secepat mungkin untuk menjaga kedai masing-masing kemudian anda perlu return barang tersebut dan barulah duit akan dipulangkan semula.
Seterusnya, jom tengok langkah cara return barang kepada seller secara PERCUMA!
Langkah 1 : Jika anda setuju dengan jumlah refund, anda boleh teruskan dengan klik pada “Accept Proposal” kemudian klik pada “Confirm”
Langkah 2 : Tekan pada “Select Courier”
Langkah 3 : Pada bahagian Courier ini terdapat 2 kaedah iaitu secara percuma dan juga berbayar. Sudah tentu saya pilih pada bahagian free iaitu Shopee Supported Logistics iaitu “Poslaju”. Kemudian klik butang “Confirm”
Untuk maklumat, anda juga boleh gunakan other logistic providers dan harganya berpandukan berat la. Anda kena bayar caj penghantaran tersebut. Ada Gdex, Skynet, J&T dan lain-lain lagi. Sekarang semuanya PERCUMA.
Langkah 4 : Seterusnya adalah akan dipaparkan cara bagaimana anda nak return barang tersebut menggunakan Poslaju secara terperinci menggunakan Air Waybill yang disediakan oleh pihak Shopee.
Baca Juga: Refinance Rumah:Cara Membuat Pembiayaan Semula Rumah Terkini
Cara-Cara Pengembalian Barang Shopee (Return Refund) Menggunakan PosLaju
Jadi, bila permintaan untuk return refund barang shopee dah disahkan, korang perlu pos barang tersebut dalam masa 5 hari daripada tempoh pengesahan tadi. Barulah korang boleh dapatkan duit semula. Cara-cara untuk membuat return refund barang shopee dengan menggunakan PosLaju adalah:
- Sebelum nak pos barang tersebut, korang kena print dulu Label Pengembalian (Return Label) supaya senang nak track barang tu nanti.
- Pergi keMe > My Purchase > Return Refund > dan pilih barang yang mahu dikembalikan.
- Kemudian tap pada Select Courier> PosLaju (free Return) > Confirm.
Lepas dah tekan Confirm, korang akan dapat tracking number bersama-sama dengan Return Label. Korang boleh e-mel Return Label ni pada diri sendiri ataupun terus download untuk print nanti.
Lepas dah print Return Label tadi, korang boleh bungkus barang yang mahu dikembalikan dan pergi ke PosLaju yang berdekatan untuk proses penghantaran.
Baca Juga: Program Bakul Makanan JKM:Cara Mohon Melalui Online & Borang Permohonan
Cara-Cara Pengembalian Barang Shopee (Return Refund) Menggunakan J&T Express
Cara return refund barang shopee sama macam PosLaju, kalau gunakan J&T Express, korang pun perlu pos barang tersebut dalam masa 5 hari daripada tarikh pengesahan return refund. Untuk J&T Express, korang tak perlu pun nak print Return Label awal-awal, sebab nanti diorang yang akan printkan.
- Pergi ke Me > My Purchase > Return Refund > pilih barang yang mahu dikembalikan.
- Kemudian pilihSelect Courier > J&T Express (Free Return) >Confirm.
Bila dah tekan Confirm, korang boleh tap View Instructions dan akan keluar barcode yang mengandungi tracking number. Barcode ni akan discan masa proses penghantaran ni dan pekerja J&T Express akan cetak Return Label.
Ataupun cara lain, korang boleh tunjukkan tracking number yang ada di Return Detailed Page dan petugas di kaunter J&T Express akan printkan Return Label untuk bungkusan.
Bila dah selesai, bolehlah hantar bungkusan tersebut di J&T Express yang berdekatan.
Baca Juga: Janji Temu Online KWSP:Cara Mohon Janji Temu Dalam Tempoh PKP
Macam Mana Kalau Barang yang Dibeli Tak Sampai? Boleh Refund Jugak Ke?
Kalau pernah mengalami masalah barang yang dibeli tak sampai dalam tempoh ia sepatutnya tiba, korang juga boleh dapatkan semula duit yang telah dibayar. cara return refund barang shopee Cara-caranya:
- Bila dah buka apps Shopee, pergi ke bahagian Me.
- Cari barang tersebut di bahagian To Receive dan tap pada order tersebut.
- Korang akan nampak tarikh sepatutnya barang tersebut sampai.
- Tap pada bahagian Refund sekiranya barang masih belum sampai walaupun dah melebihi tarikh tersebut.
- Dalam masa 3 hari kalau tak ada apa-apa respon daripada penjual, duit korang akan dikembalikan semula secara automatik.
Walaupun nak beli barang secara online pun korang kena tahu hak-hak sebagai pembeli. Lepas ni, tak adalah korang ditipu kalau nak beli barang di Shopee. Kalau selalu beli barang secara online, pastikan korang tahu cara-cara membeli dan cara return refund barang shopee dengan selamat untuk mengelakkan penipuan.
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai cara return refund barang shopee yang telah dibeli ini memudahkan lagi urusan membeli belah anda di shopee. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com