Revenue Monster:Cara Daftar & Kebaikan Penggunaan Revenue Monster
Revenue Monster Teknologi digital semakin berkembang, jual beli online je. Jika anda penjual mahupun pengguna sudah tak perlu risau lagi jika guna Revenue Monster (RM). Boleh guna cashless payment dan urus jualan pun senang. Jadi, kami ingin kongsikan cara daftar Revenue Monster untuk yang belum daftar lagi terutama kepada penjual.

Baca Juga: Portal ePeneroka FELDA:Cara Login Semakan Pelupusan Hutang FELDA
Apa Itu Revenue Monster
Revenue Monster adalah satu platform pembayaran secara atas talian @ cashless. Tapi bukan itu sahaja, Revenue Monster (RM) juga menawarkan kepada pengguna untuk membuka kedai online. Sangat senang jika menggunakan RM ni, semua platform ewallet sudah tersedia, anda cuma perlu bagi link atau qr kod sahaja kepada pelanggan untuk membuat pembayaran sekalipun menggunakan WhatsApp.
Jadi, jika pelanggan di luar negara juga boleh mebuat pembayaran kepada anda. Menarik! Jom kami kongsikan cara daftar Revenue Monster.
Baca Juga: Permohonan Rayuan Tingkatan 6:Permohonan Online & Borang Permohonan
Kebaikan Guna Revenue Monster
Revenue Monster, sebuah syarikat teknologi kewangan Malaysia berusaha untuk melonjakkan pasaran media sosial dan jualan langsung yang bernilai berbilion dolar melalui pengenalan penyelesaian baharu eInvoice dan LivePay.
Mengulas mengenai ciri-ciri tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif RevenueMonster, Amanda Chin berkata, pandemik telah mempengaruhi punca pendapatan pelbagai pihak.
“Ramai yang mencari kaedah alternatif untuk bertahan, dan sekarang penjualan dalam talian menjadi pilihan yang paling sesuai. Tanpa sebarang kos penyediaan awal, solusi eInvoice dan LivePay akan membolehkan perniagaan terkecil sekalipun untuk menggunakan sistem pembayaran tahap profesional untuk memanfaatkan sepenuhnya pasaran dalam talian yang sedang berkembang.
“Melalui satu pautan yang mudah digunakan, perniagaan dapat memperoleh pembayaran dari hampir semua platform dan sumber. Selain itu, mereka dapat menguruskan semuanya daripada satu hab. Kami percaya ini penting dalam membantu mereka bukan sahaja dalam mempertahankan tetapi juga mengembangkan perniagaan dalam talian mereka,” katanya.
Melalui penggunaan eInvoice, peniaga dapat mencipta dan kongsi pautan pembayaran sekali (one-off) kepada pelanggan tertentu dengan mudah di mana-mana platform sosial.
Sementara itu, LivePay menghasilkan pautan pembayaran pelbagai guna (multi-use) yang sesuai untuk beberapa pembayaran serentak yang biasanya berlaku semasa penjualan secara langsung.
Amanda berkata, pembayaran sekarang menjadi semakin mudah bagi pengusaha baru selain kedua-dua solusi baharu itu tidak memerlukan sebarang kos pengendalian.
“Sekiranya anda ingin menyelesaikan transaksi sekali sahaja, masukkan maklumat yang diperlukan dan invois digital serta pautan pembayaran akan dibuat secara automatik. Anda kemudian boleh berkongsi pautan ini seperti yang anda mahukan, melalui e-mel, teks, WhatsApp, Instagram dan banyak lagi.
“Pelanggan anda akan dapat membayar dengan cara pilihan mereka dengan satu klik pautan yang mudah. Untuk penjualan langsung di Facebook, hanya tampal dan sematkan pautan LivePay di bahagian atas live stream anda dan pelanggan boleh menggunakan pautan tersebut untuk membeli pada bila-bila masa,” katanya.
Tambah Amanda, rangkaian perkhidmatan holistik RevenueMonster dirancang terutamanya untuk membantu proses perdagangan menjadi lebih cekap dan mudah.
“Kami sedar akan potensi digital dan eCommerce dan kami ingin menjadikannya mudah dan lancar bagi rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat untuk memanfaatkan potensi ini,” katanya.
Baca Juga: Refund Return Barang Shopee Guna PosLaju & J&T:Barang Rosak Atau Lambat Sampai
Cara Daftar Revenue Monster revenuemonster.my
Berikut adalah cara daftar Revenue Monster :
- Layari laman web rasmi revenuemonster.my
- Tekan butang log in > Go to Merchant Portal dan tekan sign up atau anda hanya perlu klik di sini REVENUE MONSTER
- Masukkan butiran diminta :
- Nama Syarikat/Kedai
- Nama anda
- Emel
- Kata Laluan
- Sahkan Kata Laluan
- Nombor telefon dan tekan Get TAC
- TAC yang dihantar melalui no hp anda
- Tekan pada butang Sing Up
- Pada paparan Dashboard, tekan Subscribe pada pilihan Unified Payment
- Klik butang Subscribe Now pada atas sebelah kanan.
- Masukkan maklumat perniagaan seperti yang diminta dan tick pada kotak pengesahan seterusnya tekan butang Submit.
- Kemudian anda diminta untuk memuat turun sijil SSM perniagaan depan dan belakang. Salinan MyKad pemilik depan dan belakang.
- Masukkan maklumat pemilik atau rakan kongsi perniagaan seperti yang ternyata dalam SSM
- Kemudian, masukkan maklumat bank perniagaan anda. Tekan butang Continue.
- Periksa semua maklumat dan tekan Submit.
- Satu pop-up Application Pending Approval akan muncul dan tekan OK
- Setelah akaun anda disahkan, anda akan menerima emel pengesahan.
- Anda telah berjaya daftar akaun RevenueMonster dan mulakan perniagaan anda.

Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Pengusaha Pusat Sukan:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Khas Golongan OKU:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Program Jaringan Inisiatif Umum JITU:Bantuan Asas Modal & Bimbingan Golongan OKU/Gelandangan
- PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan:Semak Kelayakan Permohonan Daftar MyFutureJobs
- PEMULIH Diskaun Bil TNB:Kelayakan & Kadar Diskaun PKS & Perniagaan Terpilih
- PEMULIH Permohonan Baru GKP4.0:Permohonan Baharu & Bayaran RM1,000 Julai 2021
Jenis Pembayaran Cashless Revenue Monster
Berdasarkan maklumat melalui RevenueMonster terdapat 13 cara pembayar eWallet, Visa, MasterCard dan UnionPay seperti :
- Touch n Go
- Boost
- Grab Pay
- WeChat Pay
- Zapp
- ShopeePay
- PrestaPay
- RezerPay
- Ta Pay
- MCash
- MaybankPay
- GoPayz
- VISA
- mastercard
- UnionPay
- AliPay
- Dan lain-lain
Soalan Lazim
1.Bagaimana hendak dapatkan aplikasi Revenue monster?
Aplikasi Revenue Monster boleh didapatkan di App Store dan Google Play.
2.Apakah kelebihan Revenue monster?
- Intuitive App
- Unified Payment
- Auto Reconciliation
- Analytics & insights
- Built-in Marketing
- Open API Ready
- Mobile Printing
- QR Code Reader
- Access Control
- Secured System
3.Berapakah kadar bayaran setiap transaksi?
Bergantung kepada plan yang pelanggan ambil bermula dari RM0.70 atau PERCUMA.
Baca Juga: Permohonan Rayuan IPG Online:Tarikh Rayuan & Semakan Keputusan Rayuan
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Bagi yang berminat, anda boleh membuat pertanya lanjut dengan menghubungi talian 016-699 9168 atau melalui emel ke support@revenuemonster.my
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Revenue monster sistem pembayaran online ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com