Sekolahku SEJAHTERA KPM 2022(Lirik Lagu Konsep & Elemen Nilai Murni)

Sekolahku SEJAHTERA KPM 2022(Lirik Lagu Konsep & Elemen Nilai Murni)

Sekolahku SEJAHTERA KPM

Konsep Sekolahku Sejahtera digagaskan sebagai satu kerangka yang memayungi pelbagai tema, inisiatif dan program sedia ada KPM berteraskan penerapan nilai murni.

Berikut dikongsikan lirik lagu serta elemen nilai murni yang terdapat dalam program ini.

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Baca Juga: Cara Permohonan Jawatan Kosong RISDA (MyFutureJobs)

Konsep Sekolahku Sejahtera

Konsep Sekolahku SEJAHTERA dirangka berteraskan prinsip dan hasrat bagi mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai kesejahteraan masyarakat.

Konsep Sekolahku Sejahtera digagaskan sebagai satu kerangka yang memayungi pelbagai tema, inisiatif dan program sedia ada KPM berteraskan penerapan nilai murni.

Artikel Lain: BKM Fasa 2 Bila Masuk? Semakan Bayaran BKM Fasa 2

Elemen Nilai Murni Dalam Sekolahku SEJAHTERA KPM

Sekolahku SEJAHTERA adalah satu konsep yang memberi penekanan kepada 14 elemen berteraskan nilai murni yang diterapkan secara semula jadi dalam kehidupan harian warga sekolah, khususnya murid.

S – Selamat, Seronok dan Sihat

E – Etika dan Empati

J – Jati Diri

A – Adab Sopan

H – Harmoni

T – Tekun, Teliti dan Terampil

E – Eksplorasi

R – Rasional

A – Artikulasi

Secara asasnya, elemen SEJAHTERA perlu sentiasa diterap, dihayati serta diamalkan sehingga menjadi budaya bagi seluruh warga sekolah. Dengan ini, kita akan dapat melahirkan generasi masa depan yang berkeperibadian unggul dan mampu bersaing di peringkat dunia.

Konsep ini bukanlah satu mata pelajaran baharu atau sisipan mata pelajaran sedia ada.

Malah konsep ini tidak akan menambah beban tugas guru termasuk pelaporan tentang pelaksanaannya.

Apa yang penting adalah untuk guru serta masyarakat bersama-sama menerapkan konsep ini dalam diri generasi pewaris negara supaya nilai murni tersebut sentiasa tersemat di hati mereka.

Baca Di Sini: Jawatan Kosong RISDA 2022 : Senarai Jawatan & Cara Permohonan

Lagu & Lirik Sekolahku SEJAHTERA KPM

Berikut dikongsikan lagu dan lirik yang dicipta khas bagi mendukung konsep ini.

Sekolahku SEJAHTERA

Penyanyi: Haqiem Rusli

Penulis Lirik: Dr Radzi Jidin

Komposer: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat, Omar K. & Anas Damian

Terbitan & Rakaman: Iqie Hugh & Omar K

Susunan Muzik: Iqie Hugh

Adunan: Audi Mok

Penyanyi Latar: Firdaus Rahmat & Haqiem Rusli

Lirik:

Verse

Di sini bermula, mengenal dunia bersama guru tercinta

Seronok belajar, selamat sentiasa

Sekolahku SEJAHTERA

Pre Chorus 1

Kesihatan diutama, kebersihan dijaga

Sama perkasa etika, integriti di jiwa

Kita selami empati, bina kasih insani

Teguh jati diri, adab sopan hidup harmoni

Chorus

Sekolahku_SEJAHTERA

Sekolahku_SEJAHTERA

Bangkitlah,

Generasi pewaris negara

Sekolahku_SEJAHTERA

Sekolahku_SEJAHTERA

Gemilanglah,

Malaysia di mata dunia

Post Chorus

SEJAHTERA

Sekolahku SEJAHTERA

Ayuh kita jayakan bersama

Pre Chorus 2

Hidup mulia berjaya, terus tekun usaha

Teliti dalam bekerja, diri cekap terampil

Eksplorasi ilmu berguna, bertindak rasional

Mantapkan artikulasi, hujah penuh kualiti

EduwebTV : Laman web rasmi : http://eduwebtv.moe.edu.my

Baca Juga: Bantuan Pesawah RM1200 2022

Kenyataan Media

Konsep Sekolahku SEJAHTERA yang dilancarkan hari ini bermatlamat melahirkan generasi muda yang hebat serta mampu bersaing di peringkat dunia.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata ia boleh dicapai melalui penjiwaan terhadap 14 elemen penting yang diberikan penekanan dalam konsep Sekolahku SEJAHTERA.

Bagaimanapun, katanya, 14 elemen penting dalam konsep berkenaan yang dilancarkan hari ini, bukan bermakna ia mengetepikan elemen lain dalam kehidupan.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin Ketika berucap pada majlis pelancaran SekolahkuSEJAHTERA di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.  – Foto BERNAMA

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin Ketika berucap pada majlis pelancaran SekolahkuSEJAHTERA di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. – Foto BERNAMA

“Penekanan konsep ini untuk memastikan anak kita yang lahir daripada sistem pendidikan negara dapat bersaing dan mampu berdaya saing di peringkat dunia,” katanya pada sidang media selepas pelancaran konsep SekolahkuSEJAHTERA, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, pagi ini.

Elemen penting berkenaan adalah selamat, seronok, sihat, etika, empati, jati diri, adab sopan, harmoni, tekun, teliti, terampil, eksplorasi, rasional dan artikulasi.

Radzi berkata, biarpun konsep berkenaan akan dimulakan pada sesi persekolahan akan datang, ia bukanlah satu mata pelajaran atau silibus baharu serta tidak akan membebankan guru.

Sebaliknya, beliau berkata, kesemua 14 elemen penting itu akan diterapkan melalui pengajaran mata pelajaran dan silibus sedia ada secara semula jadi, serta tidak akan dinilai.

“Jika kita lihat alam konteks ini, kita sudah jelaskan ia bukan satu mata pelajaran baharu. Itu kena jelas.

“Ia juga bukan satu sisipan kepada mata pelajaran sedia ada.

“Pada masa sama, konsep ini juga tiak akan menambah beban tugas guru,” katanya.

Beliau berkata, guru boleh menyerap dan menjelaskan elemen penting berkenaan melalui pengajaran bagi matapelajaran yang diajar.

Apa yang penting, katanya, murid berkenaan akan dapat menjiwai setiap elemen yang diberikan penekanan itu.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan SekolahkuSejahtera atau perkara lain berkaitan Sekolahku Sejahtera anda boleh rujuk di https://www.moe.gov.my/

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Sekolahku SEJAHTERA KPM 2022, ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment