SPA9:Cara Daftar Akaun Baru & Cara Log Masuk Akaun SPA9
Semua pencari kerja melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang menggunakan aplikasi SPA8i perlu mendaftar akaun baru di portal terbaru SPA iaitu SPA9. Mulai September 2020 SPA telah menggunakan sepenuhnya portal pencari kerja perkhidmatan awam melalui portal SPA9. Pemohon sedia ada portal SPA8i perlu perlu membuat pendaftaran baru di portal ini.
Kepada anda yang masih belum tahu, baru-baru ini kerajaan Malaysia telah menaik taraf sistem Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kepada sistem baharu dan sudah siap sedia untuk anda gunakan. Sebelum ini sistem tersebut dikenali dengan nama SPA8i dan kini telah dinaik taraf kepada SPA9. Jadi topik kita pada hari ini adalah bagaimana cara daftar SPA9.
Baca Juga:Semak Baki Pinjaman LPPSA:Cara Semak Baki Pinjaman LPPSA Online & SMS
Mohon melalui SPA9:Permohonan Jawatan Kosong PTD 2022:Kekosongan 400 Simpanan 50 Seluruh Negeri
Cara Daftar SPA9
Sekiranya anda ingin memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam, SPA9 adalah salah satu sumber untuk anda mendapatkan kekosongan pekerjaan dalam bidang perkhidmatan awam.
Untuk makluman, kepada pemohon yang akaun SPA8i mereka masih aktif, ataupun telah lama tamat tempoh, anda perlu membuat pendaftaran baharu kerana sistem mereka telah dinaik taraf.
Permohonan jawatan kosong boleh dilakukan pada laman web rasmi SPA9.
Baca Juga:MyFutureJobs:Cara Daftar Baru & Login Portal Mencari Pekerjaan (MyFutureJobs.gov.my)
Baca Juga:Pas Bulanan MyRapid RapidKL:Cara Daftar & Login
Tatacara Pendaftaran Akaun SPA9
Kepada mereka yang baru pertama kali ingin membuat pendaftaran, anda perlu membuat pendaftaran baru pada laman web SPA9 untuk membolehkan anda untuk memohon pekerjaan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Ikuti sahaja langkah yang akan dijelaskan di bawah:
- Anda perlu membuka laman web rasmi SPA9. Klik pada pautan spa9.spa.gov.my.
- Setelah anda membuka laman web tersebut anda perlu mencari Pendaftaran Pengguna.
- Klik pada Pendaftaran Pengguna untuk ke langkah berikutnya.
- Kemudian, anda akan diberi borang permohonan online dan apa yang anda perlu lakukan andalah anda perlu mengisi borang tersebut dengan maklumat peribadi anda yang sah dan betul.
- Perlu diberi perhatian sekiranya anda mengisi maklumat yang tidak betul atau anda berbohong tentang sebarang maklumat anda, sekiranya ditangkap anda akan dikenakan hukuman.
- Lengkapkan maklumat peribadi anda pada ruangan yang disediakan iaitu ruangan maklumat pemohon, soalan keselamatan, kata laluan dan persetujuan anda.
- Setelah anda selesai mengisi, tandakan pada kotak Setuju.
- Klik Daftar.
Setelah anda selesai mendaftar sekarang kita perlu pergi ke bahagian seterusnya iaitu cara login SPA9. login SPA9
Baca Juga:Bantuan Tambahan RM500 PEMERKASA:Semakan Kelayakan Untuk B40 & Penerima BPR
Baca Juga: Surat Beranak Online JPN: Daftar Kelahiran Online
Cara Login SPA9
Berikut pula ialah cara untuk log masuk SPA9.
- Klik pada pautan spa9.spa.gov.my.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan.
- Masukkan Kata Laluan anda.
- Klik Log Masuk.
- Kemaskini maklumat anda dan kini anda sudah boleh memulakan proses permohonan jawatan yang anda minat dan jawatan di perkhidmatan awam yang anda kehendaki.
Baca Juga: Bantuan Kanak-kanak 2021 (BKK) Cara mohon BKK
Anda juga boleh menyemak bantuan eBelia pemerkasa RM150 di sini. Bantuan eBelia PEMERKASA RM150
Soalan Lazim
1.Tempoh sah pendaftaran saya dalam SPA8i masih belum tamat lagi. Adakah saya perlu daftar dan isi semula maklumat dalam SPA9?
Tidak perlu kecuali:
a) menyemak permohonan; dan
b) permohonan jawatan baharu
2.Tempoh sah pendaftaran saya dalam SPA8i telah tamat. Adakah saya perlu daftar dan isi semula maklumat dalam SPA 9?
Ya. Pemohon perlu mendaftarkan akaun baharu SPA 9 dan isi maklumat yang berkaitan dalam SPA 9. Rujuk kepada Panduan Pengguna SPA 9
3.Maklumat saya tiada dalam SPA 9, walaupun telah mengisi maklumat di SPA8i.
Perlu mengisi semula maklumat di SPA 9.
4.Bagaimanakah untuk saya mendaftar akaun SPA 9?
Klik pada ‘Pendaftaran Pengguna’ untuk mendaftarkan akaun baharu SPA 9. Pastikan No. Kad Pengenalan dan Nama Penuh dimasukkan sama seperti di dalam Kad Pengenalan, termasuk butiran seperti BINTI, BIN, A/P, A/L.
5.Adakah perlu saya mendaftar SPA 9 untuk menyemak status permohonan yang telah dimasukkan dalam SPA8i?
Perlu.
6.Apakah status permohonan saya dalam SPA8i? Adakah status yang sedia ada kekal sama dalam SPA9?
Ya. Status permohonan yang masih dalam tempoh sah pendaftaran ketika di SPA8i adalah tidak terjejas selagi pemohon tidak menghantar perakuan dalam SPA9.
7.Saya telah mendaftarkan akaun baharu SPA 9 dan mengisi semula maklumat dalam SPA9. Adakah permohonan saya dalam SPA8i akan terbatal setelah saya klik Hantar perakuan pemohon dalam SPA9?
Ya. Maklumat permohonan yang akan disimpan di SPA 9 berdasarkan maklumat baharu yang dikemas kini.
8.Saya tidak pernah mengambil subjek Nahu dan Sarf di peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Kenapakah subjek ini keluar pada maklumat akademik SPM saya dalam SPA9?
Keputusan SPM mulai tahun 2000 dalam SPA 9 dijana secara automatik melalui integrasi data dengan pangkalan data di Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Sekiranya terdapat perbezaan subjek/ gred yang dipaparkan dalam SPA9 dengan keputusan SPM yang sebenar, pemohon adalah disarankan untuk mengemukakan permasalahan berserta salinan SPM ke alamat berikut: spa9@spa.gov.my.
9.Saya telah memohon sebanyak 15 jawatan dalam SPA8i. Kenapakah jumlah jawatan yang saya mohon berubah menjadi 10 sahaja?
Perubahan kepada 10 jawatan berlaku kerana padanan pekerjaan (Job Matching) berdasarkan kelayakan yang telah diproses dalam SPA 9 secara automatik.
10.Saya melepasi tapisan dan menunggu penjadualan peperiksaan/ temu duga. Adakah pendaftaran dalam SPA 9 akan menjejaskan status permohonan saya?
Tidak. Status permohonan yang sedang dalam penjadualan peperiksaan/ temu duga tidak terjejas.
11.Kenapakah pemegang Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah tidak boleh memohon jawatan di peringkat SPM?
Kerana tidak memenuhi ketetapan One Step Lower. Jawatan SPM hanya boleh dimohon jika pemohon mempunyai SPM atau Diploma sahaja.
Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.
Bagi mereka yang layak anda juga boleh menuntut bantuan program bantuan jaringan prihatin dari RM 180 sehingga RM 300 di Program Jaringan Prihatin B40:RM300 Peranti, RM180 Data CAra Daftar.
Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%
Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sebarang masalah teknikal berhubung Sistem SPA9, sila e-mel ke spa9@spa.gov.my atau melalui sistem e-pertanyaan SPA (https://aduan.spa.gov.my/aduanv2/)
Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Semak Baki Pinjaman LPPSA Online memudahkan anda untuk membuat mula Semak Baki Pinjaman LPPSA anda. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com