Permohonan Jawatan Kosong PTD 2022:Kekosongan 400 Simpanan 50 Seluruh Negeri

Permohonan Jawatan Kosong PTD 2022:Kekosongan 400 Simpanan 50 Seluruh Negeri

Permohonan jawatan kosong PTD 2022 akan dibuka untuk permohonan bagi mereka yang layak. Permohonan adalah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Bagi individu yang berminat untuk menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), sukacita dimaklumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah membuka pengambilan Kadet PTD sesi 2022.

Individu yang berjaya dan layak menyertai Kadet PTD ini akan mengikuti Kursus Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam bagi sesi 2022.

Anda juga boleh menyemak bantuan eBelia pemerkasa RM150 di sini. Bantuan eBelia PEMERKASA RM150

Jumlah kekosongan Permohonan Jawatan Kosong PTD yang ditawarkan bagi pengambilan PTD 2022 adalah sebanyak 400 kekosongan manakala 50 lagi adalah simpanan.

Permohonan Jawatan Kosong PTD bagi jawatan kosong ini telah dibuka dan akan ditutup pada 7 Jun 2021 iaitu pada hari Isnin jam 11.59 malam.

Baca Juga:Bantuan Tambahan RM500 PEMERKASA:Semakan Kelayakan Untuk B40 & Penerima BPR

Permohonan Jawatan PTD Seluruh Negeri 2022

Baca Juga:MyFutureJobs:Cara Daftar Baru & Login Portal Mencari Pekerjaan (MyFutureJobs.gov.my)

Ciri-Ciri Keperibadian Pemohon Permohonan Jawatan Kosong PTD 2022

Untuk menjadi seorang PTD, individu tersebut mestilah mempunyai ciri-ciri keperibadian yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Keterampilan yang baik
  • Semangat yang tinggi dan bekerja secara berkumpulan
  • Bakat kepimpinan
  • Ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  • Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan
ciri-ciri pemohon jawatan PTD 2022

Baca Juga: Surat Beranak Online JPN: Daftar Kelahiran Online

Bidang Tugas Permohonan Jawatan Kosong PTD 2022

Bidang tugas bagi seorang PTD adalah merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai:

  • Pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi
  • Sumber kewangan
  • Ekonomi
  • Pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah
  • Perancangan dan pentadbiran sosial
  • Hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara
  • Pengurusan teknologi maklumat

Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%

Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak

Gaji Yang Ditawarkan Permohonan Jawatan Kosong PTD 2022

Individu yang berjaya dilantik sebagai PTD akan menerima jadual gaji seperti berikut

Gaji MinimumRM2,422.00
Gaji MaksimumRM9,631.00
Kadar Kenaikan Gaji TahunanRM225.00

Baca Juga: Elaun Bulanan Khas BKSS Petugas Barisan Hadapan:Semakan Kelayakan&Jumlah Bayaran Diterima

Syarat Lantikan Jawatan PTD

Individu yang berminat Permohonan Jawatan Kosong PTD perlu memenuhi syarat-syarat lantikan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemohon Permohonan Jawatan Kosong PTD berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    • (Gaji Permulaan pada Gred M41: RM2,422.00); atau
    • ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    • (Gaji Permulaan pada Gred M41: RM2,733.14); atau
    • ijazah doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    • (Gaji Permulaan pada Gred M41: RM3,044.48);

               dan

  • Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan.
  • Lulus Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang ditetapkan.
  • Lulus Profession Assessment Centre (PAC) yang ditetapkan.
  • Hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut tadbiran Awam Negara dan diperakukan oleh JPA bagi tujuan dilantik sebagai PTD Gred M41.
Syarat kelayakan permohonan jawatan kosong PTD 2022

Baca Juga: Temujanji Online Tabung Haji:Muat Turun Borang Transaksi TH Online & Cara Buat Temujanji

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu Permohonan Jawatan Kosong PTD 2022

Selain itu, pemohon Permohonan Jawatan Kosong PTD juga perlu memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.

Bagi mereka yang layak anda juga boleh menuntut bantuan program bantuan jaringan prihatin dari RM 180 sehingga RM 300 di Program Jaringan Prihatin B40:RM300 Peranti, RM180 Data CAra Daftar.

Cara Permohonan Jawatan Kosong PTD 2022

Untuk membuat permohonan Jawatan Kosong PTD, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  • Layari laman web https://spa9.spa.gov.my/.
  • Klik bahagian pendaftaran pengguna Permohonan Jawatan Kosong PTD.
  • Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  • Log masuk dengan memasukkan no kad pengenelan dan kata laluan.
  • Isi kesemua maklumat berikut dan klik butang ‘Simpan’ untuk setiap paparan iaitu:

               – Maklumat peribadi Permohonan Jawatan Kosong PTD

               – Maklumat kelayakan akademik Permohonan Jawatan Kosong PTD

               – Maklumat sedang berkhidmat

               – Maklumat bekas tentera

               – Maklumat bukan akademik

               – Jawatan dipohon

  • Klik pada pautan Pengakuan Pemohon Permohonan Jawatan Kosong PTD dan klik butang ‘Setuju.’
  • Klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar Permohonan Jawatan Kosong PTD.
cara mohon jawatan ptd login permohonan jawatan ptd melalui spa

Baca Juga:Print MySejahtera QR Code:Tampal Di Pintu Kedai / Premis

Soalan Lazim Permohonan Jawatan PTD SPA

1. Tempoh sah pendaftaran saya dalam SPA8i masih belum tamat lagi. Adakah saya perlu daftar dan isi semula maklumat dalam SPA9?

Tidak perlu kecuali:

a) menyemak permohonan; dan

b) permohonan jawatan baharu

2. Tempoh sah pendaftaran saya dalam SPA8i telah tamat. Adakah saya perlu daftar dan isi semula maklumat dalam SPA9?

Ya. Pemohon perlu mendaftarkan akaun baharu SPA9 dan isi maklumat yang berkaitan dalam

SPA9. Rujuk kepada Panduan Pengguna SPA9.

3. Maklumat saya tiada dalam SPA9, walaupun telah mengisi maklumat di SPA8i.

Perlu mengisi semula maklumat di SPA9.

4. Bagaimanakah untuk saya mendaftar akaun SPA9?

Klik pada ‘Pendaftaran Pengguna’ untuk mendaftarkan akaun baharu SPA9. Pastikan No. Kad Pengenalan dan Nama Penuh dimasukkan sama seperti di dalam Kad Pengenalan, termasuk butiran seperti BINTI, BIN, A/P, A/L.

5. Adakah perlu saya mendaftar SPA9 untuk menyemak status permohonan yang telah dimasukkan dalam SPA8i?

Perlu.

6. Apakah status permohonan saya dalam SPA8i? Adakah status yang sedia ada kekal sama dalam SPA9?

Ya. Status permohonan yang masih dalam tempoh sah pendaftaran ketika di SPA8i adalah tidak terjejas selagi pemohon tidak menghantar perakuan dalam SPA9.

7. Saya telah mendaftarkan akaun baharu SPA9 dan mengisi semula maklumat dalam SPA9. Adakah permohonan saya dalam SPA8i akan terbatal setelah saya klik Hantar perakuan pemohon dalam SPA9?

Ya. Maklumat permohonan yang akan disimpan di SPA9 berdasarkan maklumat baharu yang dikemas kini.

8. Saya tidak pernah mengambil subjek Nahu dan Sarf di peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Kenapakah subjek ini keluar pada maklumat akademik SPM saya dalam SPA9?

Keputusan SPM mulai tahun 2000 dalam SPA9 dijana secara automatik melalui integrasi data dengan pangkalan data di Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sekiranya terdapat perbezaan subjek/ gred yang dipaparkan dalam SPA9 dengan keputusan SPM yang sebenar, pemohon adalah disarankan untuk mengemukakan permasalahan berserta salinan SPM ke alamat berikut: spa9@spa.gov.my.

Baca Juga: Connect Remote Astro Dengan TV:Cara Guna 1 Remote Sahaja

Sambungan Soalan Lazim

9. Saya telah memohon sebanyak 15 jawatan dalam SPA8i. Kenapakah jumlah jawatan yang saya mohon berubah menjadi 10 sahaja?

Perubahan kepada 10 jawatan berlaku kerana padanan pekerjaan (Job Matching) berdasarkan kelayakan yang telah diproses dalam SPA9 secara automatik.

10. Saya melepasi tapisan dan menunggu penjadualan peperiksaan/ temu duga. Adakah pendaftaran dalam SPA9 akan menjejaskan status permohonan saya?

Tidak. Status permohonan yang sedang dalam penjadualan peperiksaan/ temu duga tidak terjejas.

11. Kenapakah pemegang Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah tidak boleh memohon jawatan di peringkat SPM?

Kerana tidak memenuhi ketetapan One Step Lower. Jawatan SPM hanya boleh dimohon jika pemohon mempunyai SPM atau Diploma sahaja.

12. Saya sedang menunggu keputusan peperiksaan/ temu duga. Adakah pendaftaran dalam SPA9 akan menjejaskan status permohonan saya?

Tidak. Status permohonan yang sedang menunggu pemakluman keputusan peperiksaan/ temu duga tidak terjejas.

13. Saya merupakan calon simpanan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19. Adakah status calon simpanan saya akan terbatal sekiranya saya mengemas kini Permohonan saya dalam SPA9?

Tidak. Status permohonan pemohon yang masih berada dalam tempoh sah calon simpanan tidak terjejas.

14. Saya mempunyai kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana. Kenapakah hanya keputusan Ijazah Sarjana sahaja dipaparkan dalam SPA9?

Keputusan pengajian tinggi yang dipaparkan secara automatik dalam SPA9 adalah mulai tahun 2014 dan seterusnya. Sekiranya tidak dipaparkan, pemohon perlu klik ‘Tambah Keputusan’ untuk menambah kelayakan.

15. Saya ialah Pekerja Sambilan Harian/ Pegawai Kontrak (CFS). Adakah perlu saya mengisi maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat?

Tidak.

Baca Juga: Semak Check kelajuan Internet Rumah Sekolah Pejabat:Cara Buat Speedtest Guna Web & Apps

Maklumat lanjut & Pertanyaan

Untuk pertanyaan lanjut mengenai permohonan jawatan kosong PTD 2022, sila adukan kepada ePertanyaan SPA dipautan http://aduan.spa.gov.my atau menghantar email ke spa9@spa.gov.my.

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Permohonan Jawatan Kosong PTD 2022 ini memudahkan anda untuk memohon. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment