SPayLater:Cara Aktifkan/ Guna Kaedah Bayaran Secara Ansuran Di Shopee
Shopee memperkenalkan kemudahan terbaru untuk penggunanya dengan memperkenalkan kaedah bayaran ansuran bagi pembelian di Shopee iaitu SPayLater, berikut dikongsikan cara aktifkan SPayLater. Bagi yang pertama kali ingin mencuba buat ansuran di Shopee, anda kini boleh menggunakan ciri terbaru, SPayLater yang akan ditawarkan kepada pengguna terpilih tanpa perlu guna kad kredit pun.
Ternyata penggunaan kaedah pembayaran “Beli Sekarang Bayar Kemudian” ini dilihat semakin rancak di Malaysia. Jika sebelum ini Razer telah tampil dengan inisiatif tersebut, kini Shopee Malaysia turut menawarkan alternatif yang sama kepada pengguna.
Terbaru, bagi pengemar barangan Shopee, anda kini dapat menggunakan ciri pembayaran SPayLater yang membolehkan perbelanjaan secara “Beli Sekarang Bayar Kemudian” dapat dilakukan.
Menerusi kaedah pembayaran tersebut, para pengguna perlu memuat turun aplikasi Shopee untuk mengaktifkan ciri SPayLater ini. Kadar umur yang dibenarkan menggunakan ciri BNPL ini adalah warganegara Malaysia 18 tahun dan ke atas, serta memiliki kad pengenalan diri yang sah.
Setelah mengaktifkan ciri tersebut pada ruangan Tetapan aplikasi, pengguna boleh memilih Pakej Ansuran pada bahagian pembayaran.
Terdapat beberapa ansuran yang ditawarkan merangkumi 1 bulan, 2 bulan hingga 6 bulan. Harga ansuran tertakluk kepada harga penuh barangan yang dipilih oleh pengguna. Bagaimanapun, perlu diingatkan bagi setiap kelewatan dalam kaedah pembayaran ini, caj 1.5% tambahan akan dikenakan ke atas pengguna.
Menerusi peningkatan penawaran BNPL ini secara terus dapat meningkatkan aliran pertumbuhan ekonomi negara, di samping ia turut memberi galakkan kepada semua pihak untuk berbelanja lebih.
SPayLater adalah salah satu kaedah pembayaran terbaru yang diperkenalkan iaitu Shopee’s Buy-Now-Pay-Later. Anda boleh buat belian serta-merta dan bayar untuk bulan berikutnya.
Jadi dengan cara ini, anda akan dapat barang tersebut terlebih dahulu dan bayar kemudian. Pastinya digunakan jika barang tersebut bernilai ribuan ringgit.
Anda diberi pilihan untuk bayar semula sekali gus pada bulan berikutnya atau dalam tempoh 2 bulan, 3 bulan atau 6 bulan dengan penambahan caj pemprosesan sebanyak 1.25% daripada jumlah barangan tersebut.
Ketika artikel ini diterbitkan, Shopee sedang menawarkan RM300 bagi pengguna terpilih yang mana telah mengaktifkan SPayLater mereka. Jangan lepas peluang ini.
Kadar faedah dan caj bergantung kepada plan pembayaran semula
Baca Juga: Baucer Free Shipping Shopee&Lazada:Cara Dapatkan Kupon Penghantaran Percuma
Cara Akftifkan SPayLater Di Shopee
Pengguna Shopee yang telah aktifkan MyKad (verified) dan warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas layak untuk menggunakan SPayLater.
Akan tetapi, ciri ini anda perlu aktifkan dan nilai adalah berbeza mengikut kelayakan. Mungkin ada yang terima RM1000, RM2000 atau sehingga RM3000.
Jadi jumlah itu sahaja yang anda boleh gunakan untuk beli apa-apa barang di Shopee secara hutang.
Ikuti langkah-langkah berikut:
- Buka aplikasi Shopee dan pergi bahagian ‘Me’ > ‘SPayLater’
- Kemudian klik ‘Activate Now’
- Anda perlu masukkan kod pengesahan yang dihantar di no. telefon anda
- Upload gambar MyKad anda dan masukkan butiran yang diperlukan
- Kemudian perlu melalui ‘facial verification’ dengan ambil gambar selfie
- Selesai! Kin SPayLater anda sudah diaktifkan
Jadi jika sudah diaktifkan, macam mana pula nak guna ketika buat bayaran pada barang yang kita suka nanti? Ikuti langkah dibawah
Ketahui Juga: Refund Return Barang Shopee Guna PosLaju & J&T:Barang Rosak Atau Lambat Sampai
Cara Bayar Menggunakan SPayLater
- Buat pesanan seperti biasa di Shopee. Seperti contoh, anda ingin beli iPad Air 4th Generation.
- Klik ‘add to Cart’ > ‘Check Out’
- Kemudian pada bahagian Payment Method, pilih ‘SPayLater’
- Pilih plan pembayaran anda. Samada bayar kesemuanya pada bulan hadapan tanpa caj atau 2x, 3x atau 6x dan klik ‘Confirm’
- Masukkan pin ShopeePay anda
- Akhir sekali, anda akan menerima pengesahan bayaran. Selesai!
Barang anda akan dipos kepada anda dan bayaran dibuat bermula bulan seterusnya bergantung kepada plan pembayaran anda.
Jadi sekiranya tarikh bayaran sudah sampai, macam mana anda nak bayar semula bil SPayLater anda tersebut?
Baca juga: Cara Pilih Kurier Shopee:Cara Pilih Kurier Shopee Kesukaan Anda
Cara Bayar Bil SPayLater Anda
Jika anda sudah aktifkan SPayLater, akan terdapat halaman khusus untuk SPayLater
- Pergi ke aplikasi Shopee dan tab ‘Me’ > SPayLater.
- Pada halaman SPayLater, klik ‘Pay Now’
- Pada bahagian ‘My Bills’ anda boleh lihat bil yang anda ‘dah bayar’ atau ‘belum bayar’ mengikut bulan (paid dan unpaid)
- Klik bahagian yang belum bayar atau ‘unpaid’ dan pilih kaedah bayaran sama ada perbankan online, cash di 7-eleven atau menggunakan ShopeePay
- Masukkan no. pin ShopeePay
- Anda akan menerima pengesahan bayaran selepas bayaran berjaya
- Selesai!
Jadi kena ingat, bil bulanan anda akan dikira bermula setiap 1 haribulan. Anda mesti langsaikan bil tersebut tidak lebih daripada 10 haribulan.
Jika tidak, anda akan dikenakan lagi caj tambahan iaitu sebanyak 1.5%
Artikel Lain: Program Jana Niaga Mara Shopee 2021: Cara Permohonan Baucer Kedai & kredit Iklan RM800
Tawaran SPayLater
Shopee sedia menawarkan beberapa kemudahan kepada pengguna dalam terus berbelanja di platform mereka. Antaranya sebelum ini termasuk ciri sokongan untuk membeli kod baucar untuk diskaun tambahan, selain mengalakkan pengguna menggunakan ShopeePay.
Terbaru, mereka turut menambah sebuah lagi ciri baharu dinamakan sebagai SPayLater.
Ia merupakan sebuah ciri memfokuskan membeli terlebih dahulu, dan membayar kemudian. Dengan langkah ini, anda boleh melakukan pembelian terlebih dahulu sementara gaji anda masih belum masuk – dan membayarnya pada kemudian masa.
Shopee mengatakan pengguna perlu melakukan pembayaran sebelum 10 haribulan setiap bulan.
Selain itu, pengguna juga turut boleh memilih untuk membuat pembayaran secara ansuran melalui SPayLater ini.
Shopee mengatakan SPayLater terbuka kepada warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas, dan mempunyai MyKad yang sah. Seterusnya, anda perlu melakukan pengaktifan melalui aplikasi mudah-alih.
Sebaik sahaja diaktifkan, pengguna akan diberikan had belanja masing-masing untuk tujuan SPayLater. Selepas diaktifkan, pengguna akan ditawarkan pilihan bayaran melalui SPayLater ketika melakukan pembelian di Shopee.
Untuk tujuan beli dahulu, bayar kemudian, tiada sebarang caj pemprosesan. Tetapi, untuk pilihan ansuran, pengguna akan dikenakan caj sebanyak 1.25% sebulan berula bulan kedua. Pengguna juga akan dikenakan caj 1.5% sekiranya lewat membayar pada sesuatu bulan.
Baca Juga: JPJeBID:Cara Daftar Daftar Login laman Bidaan No Pendaftaran Kenderaan JPJ jpjebid.jpj.gov.my
Syarat Pengguna SPayLater
Menurut laman web rasmi, mana-mana rakyat Malaysia yang memiliki MyKad yang sah boleh menggunakan Shopee Pay Later tetapi mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. Setelah anda mengemas kini aplikasi Shopee anda ke versi terbaru, masuk ke profil anda dan cari SPayLater kemudian aktifkan. Setelah mengisi langkah-langkah yang diperlukan, anda akan dapat menggunakannya dengan segera.
Sekiranya anda ingin menggunakan SPayLater semasa pembayaran, ketuk Pilihan Pembayaran dan ia akan muncul di sana. Senarai tersebut merangkumi “Beli Sekarang Bayar Nanti” atau beberapa bayaran ansuran bergantung pada produk. Setelah anda memilih pilihan pembayaran pilihan anda, masukkan PIN ShopeePay anda dan anda sudah siap dan selesai. Namun, ingat bahawa anda harus membayar yuran ansuran secara manual yang boleh dilakukan di tab SPayLater.
Pelanggan yang memilih pilihan ini digalakkan membayar pada hari pertama bulan dan tidak lewat dari hari ke-10. Sekiranya anda terlambat, anda perlu membayar sehingga 1.5% lebih banyak setiap bulan. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh mengunjungi halaman di sini atau menghubungi khidmat pelanggan mereka. Nantikan berita teknologi yang lebih popular di TechNave.com.
Artikel lain: Pinjaman Kenderaan Penjawat Awam:Cara Mohon & Syarat Pinjaman Kenderaan Kerajaan
Kelebihan SPay Later ?
Ramai yang bertanya kepada kami berkenaan sistem baru yang diperkenalkan Shopee iatu Shopee Pay Later atau ringkasannya SPayLater. Shopee Pay Later ialah sistem bayaran ansuran untuk pembeli2 yang layak. Pembeli yang layak boleh memilih bayaran ansuran selama 2, 3 atau 6 bulan. Yuran servis (service fee) dikenakan sebanyak 1.25% sebulan. Di samping itu, caj lewat sebanyak 1.5% sebulan dikenakan sebagai denda bayaran ansuran lewat.
Shopee telah melantik syarikat SeaMoney Capital Malaysia Sdn Bhd (SeaMoney) untuk menjalankan operasi pembayaran ansuran Shopee. Berikut adalah ringkasan bagaimana SeaMoney menjalankan operasi SPayLater:
Pembeli (buyer) beli barang yang ditawarkan penjual (seller) seperti biasa di Shopee dan memilih untuk bayaran ansuran.
SeaMoney akan membeli dan penjual akan menjual dan/atau menyerahkan semua jumlah tertunggak di bawah Perjanjian Pembelian (purchase agreement) kepada SeaMoney, dan penjual akan menerima jumlah tertunggak di bawah Perjanjian Pembelian tersebut.
Pembeli akan membayar secara ansuran kepada SeaMoney.
Baca Juga: mySIKAP:Cara Daftar, Login, Semak Saman & Bayar Saman JPJ Online public.jpj.gov.my
Wajib Tahu Adakah SPay Later RIBA?
Berikut adalah isu-isu syarak yang timbul dari aturan ini:
- Hak-milik barang yang dibeli oleh pembeli tidak berpindah kepada Shopee untuk menjadikan akad jual-beli ansuran dengan bayaran tambahan ini sah di sisi syarak (bay taqsith).
- Shopee dan/atau SeaMoney hanya bertindak sebagai pembiaya/pemiutang (financer) dalam sistem ini (seperti perbankan konvensional atau Aeon Credit)
- Shopee dan/atau SeaMoney hanya mengambil-alih hutang (bay al dayn) antara pembeli dengan penjual.
- Shopee dan/atau Seamoney mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 1.25% sebulan.
- Shopee dan/atau Semoney mengenakan caj/denda lewat sebanyak 1.5% sebulan.
Pendapat kami, ini adalah sah terlibat RIBA. Oleh itu, kami nasihatkan agar kita semua ELAKKANLAH terlibat dengan skim bayaran ansuran Shopee Pay Later sebab terlibat RIBA. Namun, pembelian biasa dengan Shopee secara tunai dan tidak melibatkan bayaran ansuran adalah harus. Rujukan Shopee Pay Later Dalam Terms of Service
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Baca Juga: Revenue Monster:Cara Daftar & Kebaikan Penggunaan Revenue Monster
Maklumat lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan cara aktifkan SPayLater pengguna boleh layari bahagian Khidmat Pelanggan Shopee atau lakukan pertanyaan pada talian 03-2777-9222.
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang SPayLater ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com SPayLater SPayLater SPayLater SPayLater SPayLater SPayLater SPayLater SPayLater SPayLater SPayLater SPayLater SPayLater SPayLater SPayLater SPayLater SPayLater SPayLater SPayLater SPayLater SPayLater SPayLater SPayLater