Bantuan Musim Tengkujuh:Permohonan BMT RISDA 2022
Permohonan bantuan musim tengkujuh RISDA 2022 kini dibuka untuk permohonan bagi mereka yang layak. Permohonan dibuka untuk kategori pemilik kebun dan juga dibuka kepada mereka yang memohon untuk BMT penoreh.
Bagi pemohon kategori pemilik yang pernah menerima BMT RISDA 2021 mereka hanya perlu mengemaskini maklumat mereka di portal https://pekebunkecilmakmur.com.my/.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Baca Juga: Bantuan Tanam Semula Getah: RISDA
Tatacara Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh
Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA 2022 boleh dimohon melalui atas talian di https://pekebunkecilmakmur.com.my/.
- Tarikh Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA 2022 adalah dibuka mulai 05 Mei – 15 Sept 2022
Baca Juga; Pinjaman Perniagaan PUNB:Cara Mohon, Syarat & Panduan Permohonan
Syarat Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2022
Syarat permohonan BMT RISDA 2022 mengikut kategori pemohon adalah seperti berikut:
Syarat Bantuan Musim Tengkujuh RISDA Kategori Pekebun Kecil RISDA
1. Warganegara Malaysia.
2. Pekebun kecil (Pemilik Pengusaha) berdaftar dengan RISDA.
3. Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
4. Pemilik tanah yang sah.
5. 1 Lot hanya seorang penerima bantuansahaja.
Syarat Bantuan Musim Tengkujuh RISDA Kategori Pekebun Kecil RISDA Penoreh Bukan Pemilik
1. Warganegara Malaysia.
2. Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA.
3. Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
4. Pengesahan pemilik tanah yang sah.
5. 1 Lot hanya seorang penerima bantuan sahaja.
6. Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah.
Nota
* 1 Lot hanya seorang penerima bantuan sahaja.
* Seorang Pekebun Kecil atau Penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
Baca Juga: Skim Pembiayaan Perumahan i-Biaya & Cara Permohonan
Cara Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA 2022
Untuk membuat permohonan BMT RISDA bagi tahun 2022 anda boleh menggunakan 2 kaedah iaitu secara online melalui https://pekebunkecilmakmur.com.my/ atau secara manual melalui Pejabat RISDA
Untuk permohonan online anda boleh mohon di: https://pekebunkecilmakmur.com.my/
Artikel Lain: Cara Permohonan Rayuan Kemasukan Sekolah Khusus & Tarikh Pendaftaran Online
Cara Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA (BMT Online) 2022
- Layari https://pekebunkecilmakmur.com.my/
- Daftar Pengguna
- Pengesahan Akaun Pengguna (klik Sahkan E-Mel pada emel yg telah dihantar melalui emel yg didaftarkan)
- Log Masuk Pengguna
- Kemaskini Profil Peribadi
- Kemaskini Profil Tanah
- Klik Mohon BMT
- Selesai
Permohonan BMT Mesti Berdaftar Dengan RISDA
Maksud berdaftar dengan RISDA
1. Pekebun kecil yang mempunyai Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) / tersenarai di dalam Sistem e-EPEK.
2. Bagi pekebun kecil atau penoreh bukan pemilik yang belum berdaftar dengan RISDA, pengisian Borang BMT 2021 dikira sebagai berdaftar dengan RISDA.
3. Peserta yang menyertai program yang dilaksanakan secara bersepadu oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) merangkumi pembangunan ladang sejahtera, ladang komersial dan penempatan serta diuruskan oleh RISDA melalui Syarikat Milikan RISDA.
Baca Juga: Cara Pindahkan Data Telefon Lama Ke Telefon Baru: Transfer Gambar Video Phone Contact Aplikasi
Pemohon Bantuan Musim Tengkujuh RISDA Kategori Pekebun Kecil Mesti Memiliki Tanah Yang Sah
Maksud pemilik tanah yang sah Bantuan Musim Tengkujuh RISDA 2022
1. Pemilik tanah yang sah bermaksud tuan punya atau Pemegang Amanah seperti dinyatakan di dalam gerantanah atau pentadbir seperti dinamakan di dalam Surat Kuasa Mentadbir (letter of administration) yang dikeluarkan oleh pejabat tanah atau mahkamah yang berkenaan.
2. Bagi Negeri Sarawak, pemilik tanah yang sah adalah pemilik tanah berdaftar ke atas surat hakmilik tanahyang dikeluarkan di bawah Seksyen 18 dan Seksyen 13 Kanun Tanah Negeri Sarawak.
3. Bagi pemilik yang telah meninggal dunia, pertukaran hakmilik atau pemegang amanah seperti dinyatakan didalam geran tanah atau pentadbir seperti dinamakan di dalam Surat Kuasa Mentadbir (letter ofadministration) yang dikeluarkan oleh pejabat tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat WakilKuasa (Mati) dari RISDA iaitu Pengakuan Kematian Dan Waris-Warisnya (TS20A (Pin. 1/96)) dan SuratSumpah Oleh Pihak Yang Berkongsi/Waris-Waris/Pemegang Amanah (TS 20B (Pin.1/09)).
4. Peserta yang menyertai program yang dilaksanakan secara bersepadu oleh Kementerian PembangunanLuar Bandar merangkumi pembangunan ladang sejahtera, ladang komersial dan penempatan sertadiuruskan oleh RISDA melalui Syarikat Milikan RISDA di tanah kerajaan negeri yang dirizabkan bagi tujuanpembangunan ladang sejahtera oleh RISDA sepanjang tempoh yang dipersetujui bersama KPLB, RISDAdan Kerajaan Negeri.
Ketahui Juga: SPayLater:Cara Aktifkan/ Guna Kaedah Bayaran Secara Ansuran Di Shopee
Pemohon BMT RISDA 2022 Mesti Memiliki Tanah Yang Memenuhi Jumlah Luas Milikan Yang Disyaratkan
Pemohon Bantuan Musim Tengkujuh RISDA 2022 Mesti Memiliki jumlah tanah Seperti dibawah:
- Jumlah keluasan semua tanah yang dimiliki (bukan tertakluk kepada tanah yang diusahakan getah)adalah berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat (keseluruhan).
Bagi mereka yang berminat baca: Cara Daftar Lalamove: Hantar Barang,Menjadi Rider/Driver Di Malaysia
Cara Pelaksanaan BMT RISDA
Cara pelaksanaan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA adalah seperti berikut:
1. Penerima adalah Pekebun Kecil (Pemilik Pengusaha) dan Penoreh Bukan Pemilik yangmemiliki atau menoreh di tanah berkeluasan 2.5 hektar ke bawah (secara agregat); dan
2. Seorang Pekebun Kecil (Pemilik Pengusaha) atau Penoreh Bukan Pemilik hanya layakmenerima bantuan ini sekali sahaja; dan
3. Satu lot hanya seorang penerima bantuan sahaja yang layak menerima bantuan sama adapekebun kecil (pemilik pengusaha) atau penoreh bukan pemilik dan tanpa mengambil kirabilangan ahli kongsi
Soalan Lazim Bantuan Musim Tengkujuh RISDA 2022
1. Siapakah yang layak menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang dilaksanakan oleh RISDA?
Penerima yang layak menerima BMT adalah pekebun kecil getah dan seorang pekebun kecil getah hanya layak untuk menerima bantuan ini sekali sahaja.
Syarat-syarat kelayakan BMT seperti berikut :
i) Warganegara Malaysia.
ii) Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA.
iii) Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
iv) Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik.
v) 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja.
vi) Seorang Pekebun Kecil hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
vii) Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).
2. Berapakah kadar bantuan BMT 2022 yang dilaksanakan oleh RISDA?
Kadar bantuan adalah RM600 dan bayaran secara 2 peringkat (RM300 x 2 bulan) pada bulan Disember 2022 dan Januari 2022.
3. Apakah yang dimaksudkan dengan Pekebun Kecil Getah Pemilik Pengusaha dalam skop bantuan ini?
Pekebun kecil getah Pemilik Pengusaha adalah pekebun kecil yang memiliki tanah, menguruskan dan/atau mengusahakannya sendiri.
4. Apakah yang dimaksudkan dengan Penoreh Bukan Pemilik?
Penoreh Bukan Pemilik adalah mereka yang menoreh getah di kebun pekebun kecil sebagai pekerjaan utama dan tidak memiliki tanah bertanam getah.
5. Apakah yang dimaksudkan dengan Pemilik Tanah Yang Sah?
Pemilik tanah yang sah bermaksud tuan punya atau Pemegang Amanah seperti dinyatakan di dalam geran tanah atau pentadbir seperti dinamakan didalam Surat Kuasa Mentadbir (letter of administration) yang dikeluarkan oleh pejabat tanah atau mahkamah yang berkenaan.
Artikel Lain: Permohonan Bantuan Khas Mahasiswa Perak 2.0:Tunai RM150 & Baucer Tiket RM50
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA anda boleh layari: www.pekebunkecilmakmur.com.my atau hubungi:
- 03-42512125
- 03-42512135
- 03-42512023.
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Bantuan Musim Tengkujuh RISDA ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com