Bayaran BPR Fasa 3 Bermula Selasa:Semak Permohonan Anda

Bayaran BPR Fasa 3 Bermula Selasa:Semak Permohonan Anda

Bayaran BPR Fasa 3 Bermula Selasa:Semak Permohonan Anda

Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat BPR Keluarga Malaysia Fasa 3 dan rayuan BPR akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 28 September ini secara berperingkat dan dijangka selesai pada 30 September 2021.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia akan memanfaatkan 3.6 juta penerima sedia ada kategori isi rumah dan pemohon rayuan BPR yang diluluskan membabitkan peruntukan RM2.82 bilion.

Katanya, untuk fasa tiga, setiap penerima bakal memperoleh sehingga RM1,400, manakala penerima bayaran rayuan BPR akan menerima sehingga RM2,300 termasuk bayaran BPR tambahan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) bernilai sehingga RM500 bagi setiap penerima, mengikut kategori kelayakan masing-masing iaitu berdasarkan status perkahwinan, jumlah pendapatan isi rumah dan bilangan anak.

Menurutnya, pembayaran fasa tiga ini adalah penyaluran penuh baki nilai yang sepatutnya diterima penerima BPR dan rayuan BPR untuk meringankan beban mereka.

“Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sentiasa terbela.

Baca Juga: Bantuan OneOff Pemandu Bas Ekspress:Syarat & Panduan Permohonan RM500

Bantuan Lain Akan Dibayar Kerajaan Oktober

“Antara lain, beberapa bantuan tunai seperti Bantuan Khas Covid-19 (BKC) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) akan diberikan kepada penerima yang layak. Pembayaran bantuan itu dijadual akan disalurkan pada Oktober hingga Disember 2021.

“Penerangan lanjut berhubung bayaran BPR Fasa Tiga ini akan diperincikan oleh Kementerian Kewangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Perdana Menteri berkata, Keluarga Malaysia boleh merujuk kepada soalan lazim (FAQ) di portal rasmi BPR iaitu https://bpr.hasil.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Artikel Lain: Panduan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia Barang Rosak Hilang/Perkhidmatan Tak Memuaskan

Cara Semak Status Bayaran BPR Fasa 3

Untuk membuat semakan status kelulusan dan maklumat bayaran BPR, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang ‘Semak Status’
  4. Status Bayaran BPR / permohonan akan dipaparkan.

Semak Di Sini: Semakan Status BPR Fasa 3:Status Bayaran & Baki BPR Fasa 3

Baki Bayaran BPR Fasa 3 Mengikut Kategori

Jumlah bayaran Fasa 3 yang akan diterima adalah bergantung kepada kategori penerima seperti berikut:

Semakan Status Baki BPR Fasa 3 Kategori Isi Rumah:

  • RM500 utk Isi rumah <2500 (Kurang dari 1 anak)
  • RM1100 utk Isi rumah <2500 (2 anak ke atas)
  • RM200 utk Isi Rumah >2501 – 4000 (Kurang dari 1 anak)
  • RM600 utk Isi Rumah >2501 – 4000 (2 anak ke atas)
  • RM100 utk Isi Rumah >4001 – 5000 (Kurang dari 1 anak)
  • RM200 utk Isi Rumah >4001 – 5000 (2 anak ke atas)
Semakan Baki Jumlah Bayaran BPR Fasa 3 Yang Akan Diterima

Ketahui Juga: Tarikh Buka Sekolah 2021: SOP Pembukaan Semula Sekolah 3 Oktober

Maklumat Lanjut & Pertanyaan Semakan BPR Fasa 3

Untuk maklumat lanjut tentang bayaran BPR Fasa 3 atau pertanyaan berkaitan sila hubungi:

  • Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang bayaran BPR Fasa 3 ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:

Leave a Comment