BKC Isi Rumah:Semakan Status,Rayuan,Tarikh Bayaran BKC & Cara Mohon Baru

BKC Isi Rumah:Semakan Status,Rayuan,Tarikh Bayaran BKC & Cara Mohon Baru

BKC Isi Rumah:Semakan Status,Rayuan,Tarikh Bayaran BKC & Cara Mohon Baru

Bantuan khas Covid-19 2021 BKC terbahagi kepada beberapa kategori kelayakan permohonan, Perkongsian ini ialah berkaitan BKC kategori Isi Rumah untuk memudahkan anda.

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.

Bantuan ini juga turut diberikan kepada golongan bujang, iaitu golongan Miskin Tegar, B40 dan M40 yang berkelayakan. Disini kami kongsikan panduan bagi golongan bujang untuk membuat semakan status online, tarikh bayaran dan juga cara permohonan bagi mereka yang belum membuat permohonan.

BKC Isi Rumah:Semakan Status,Rayuan,Tarikh Bayaran BKC & Cara Mohon Baru

Artikel Lain: BKC Gagal Kredit:Kenapa Gagal Kredit & Semakan Pembayaran Tunai Fasa 1

Cara Semakan Status BKC Isi Rumah

Untuk membuat semakan status permohonan BKC Isi Rumah secara online, berikut adalah caranya:

  1. Layari Portal Rasmi BKC: https://bkc.hasil.gov.my
  2. Klik Log Masuk atau Semakan Status
  3. Masukkan Nombor MyKad
  4. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  5. Masukkan Kata Laluan
  6. Maklumat yang akan dipaparkan
  7. Status Permohonan
  8. Amaun Keseluruhan Diterima
  9. Maklumat Pembayaran
  10. Paparan Borang

Baca Juga: Duit BKC Tak Masuk:Kenapa Belum Masuk Akaun (Lulus Tapi Tak Dapat Lagi)

Maklumat Tarikh Bayaran BKC Isi Rumah Mengikut Kategori

Berikut adalah maklumat lengkap tarikh bayaran permohonan bkc kategori bujang mengikut pecahan kategori bagi golongan bujang iaitu:

Bila Tarikh BKC Dikreditkan (payment date) bagi Isi Rumah?

Berikut pula tarikh BKC dikreditkan untuk golongan Isi Rumah mengikut kategori.

Semakan Status Maklumat BKC Kategori Isi Rumah Miskin Tegar

Jumlah bantuan Jumlah bantuan BKC bagi golongan Isi Rumah miskin tegar ialah RM1,300.

  • Ansuran Fasa Pertama sebanyak RM500 bakal diterima pada bulan September 2021.
  • Ansuran kedua, iaitu baki sebanyak RM500 pula bakal diterima pada bulan Oktober 2021.
  • Ansuran ketiga, iaitu baki sebanyak RM300 pula bakal diterima pada bulan Disember 2021.
  • Pengkreditan duit BKC ini adalah bergantung samada anda mendapat status Berjaya Kredit atau Gagal Kredit.
  • Jika Berjaya Kredit, akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank yang dipilih.
  • Jika Gagal Kredit, perlu penunaian di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.

Semakan Status Maklumat BKC Kategori Isi Rumah B40

Jumlah bantuan BKC bagi golongan Isi Rumah B40 ialah RM800.

  • Ansuran Fasa Pertama sebanyak RM500 bakal diterima pada bulan September 2021.
  • Ansuran kedua, iaitu baki sebanyak RM300 pula bakal diterima pada bulan Disemberi 2021.
  • Pengkreditan duit BKC ini adalah bergantung samada anda mendapat status Berjaya Kredit atau Gagal Kredit.
  • Jika Berjaya Kredit, akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank yang dipilih.
  • Jika Gagal Kredit, perlu penunaian di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.

Semakan Status Maklumat BKC Isi Rumah M40

Jumlah keseluruhan bantuan BKC bagi golongan Isi Rumah M40 ialah RM250

  • Bayaran akan dilakukan dengan sekali bayar iaitu pada bualn September 2021.
  • Bayaran ini adalah tertakluk kepada status Berjaya Kredit atau Gagal Kredit yang terpapar dalam.
  • Sekiranya Berjaya Kredit, duit terus masuk dalam akaun bank.
  • Sekiranya Gagal Kredit, perlu ambil secara tunai di BSN.

Baca Juga: Tarikh BKC Dikreditkan Ke Akaun Penerima:Bila Masuk Akaun Bank

Cara Daftar Atau Mohon BKC Kategori Isi Rumah

Sekiranya anda pengguna baharu, berikut adalah merupakan cara daftar BKC:

  1. Layari Portal Rasmi BKC: https://bkc.hasil.gov.my
  2. Klik Log Masuk / Semakan Status BKC Isi Rumah
  3. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  4. Sekiranya anda belum mendaftar MyBKC, paparan “ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar” akan dipaparkan.
  5. Klik Daftar Akaun
  6. Maklumat Keselamatan. Anda perlu menjawab 2 Soalan Keselamatan yang dipaparkan dengan tepat dan betul
  7. Soalan Keselamatan adalah berdasarkan maklumat asas yang dilaporkan pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian.
  8. Sekiranya jawapan yang dimasukkan adalah salah, anda diberi 3 peluang untuk menjawab dengan jawapan yang betul
  9. Pendaftaran MyBKC (setelah berjaya menjawab 2 soalan keselamatan)
  10. Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang mudah untuk diingati
  11. Format Kata Kunci Keselamatan adalah hanya huruf dan nombor sahaja. Aksara Khas / Simbol tidak dibenarkan
  12. Kata Kunci Keselamatan yang didaftarkan adalah sebagai pengesahan setiap kali anda Log Masuk MyBKC
  13. Jawab 5 Soalan yang disediakan
  14. Anda boleh membuat pilihan soalan yang disediakan
  15. Jawapan yang didaftarkan akan digunakan untuk pengesahan apabila anda terlupa Kata Laluan
  16. Pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih akan dipaparkan dan semak. Sekiranya betul, klik butang Teruskan
  17. Daftar Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan serta Klik butang Daftar
  18. Kata Laluan yang didaftarkan mesti mempunyai 8 aksara, mempunyai huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol
  19. Kata Laluan yang daftarkan perlulah mudah dan senang diingati
  20. Kata Laluan yang didaftarkan perlu dimasukkan setiap kali anda Log Masuk MyBKC
  21. Paparan Mesej “Akaun Telah Berjaya didaftarkan. Sila Ke Halaman Log Masuk untuk ke Menu BKC”. Anda boleh Log Masuk MyBKC / Semakan Status

Baca Juga: Bayaran Tunai BKC:Tarikh Bayaran Tunai BKC Bagi Yang Tiada Akaun Bank

Tarikh Bayaran BKC Masuk Akaun Penerima Mengikut Fasa 1,2 & Fasa 3 Semua Kategori

Ini adalah informasi yang diambil dari Soalan Lazim berkenaaan BKC yang dikeluarkan oleh pihak LHDN dalam website mereka dan juga laman web kementerian kewangan Malaysia.

Pengkreditan duit bantuan bagi BKC ini terbahagi kepada 3 fasa iaitu Fasa 1 Fasa 2 dan fasa 3.

Fasa 1

Pembayaran dijangka akan dilakukan pada 9 September 2021 secara berperingkat. Ini bermakna bukan semua pemohon akan dapat bayaran pada tarikh tersebut. Mungkin ada yang awal, mungkin ada yang lambat.

Fasa 2

Pembayaran seterusnya dijangka akan dilakukan pada bulan Disember 2021. Masih belum ada apa-apa makluman lagi mengenai bayaran Fasa 2. Kita tunggu bayaran Fasa 1 selesai dahulu.

Jadi, kami ambil maklum dan memahami akan situasi ini di mana pihak LHDN tidak memberikan tarikh yang sebenar-benarnya.

Fasa 3

Hanya satu kategori penerima yang akan menerima bayaran sehingga fasa 3 iaitu kategori isi rumah miskin tegar. Bayaran fasa 3 untuk kategori ini dijangka akan dibuat pada Januari 2022. Kami akan cuba mendapatkan tarikh rasmi bayaran fasa 3 ini dan akan dikemaaskini dari masa ke semasa.

Andai kata maklumat terbaru diterima, kami akan kemaskini maklumat tarikh pembayaran Bantuan Khas Covid-19 ini.

Baca Juga: Semakan Kelulusan BKC 2021(Check Status Lulus/Tidak)

Permohonan Rayuan BKC Kategori Isi Rumah

Untuk membuat permohonan rayuan BKC bagi kategori Isi Rumah anda boleh melihat terlebih dahulu alasan anda gagal dalam permohonan kemudian boleh mengemukakan rayuan melalui https://bkc.hasil.gov.my kemudian lampirkan dokumen sokongan sebab gagal permohonan BKC kategori isi rumah ini.

Ketahui Juga: Cara Pindahkan Data Telefon Lama Ke Telefon Baru: Transfer Gambar Video Phone Contact Aplikasi

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut tentang BKC kategori isi rumah, anda boleh layari portal rasmi Bantuan Khas Covid di pautan https://bkc.hasil.gov.my

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang BKC isi rumah ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:

10 thoughts on “BKC Isi Rumah:Semakan Status,Rayuan,Tarikh Bayaran BKC & Cara Mohon Baru”

  1. SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA, SEMUA ORANG SEPATUTNYA BERHAK DAPAT BANTUAN RAKYAT COVID KERANA KAMI GOLONGAN B40 JUGA BAYAR CUKAI ATAU ZAKAT. TIADA ISTILAH PILIH KASIH KERANA SEMUA RAKYAT TERKESAN DENGAN BENCANA COVID INI.TERIMA KASIH

    Reply
  2. Bagaimana dengan saya number akaun bank sudah ditutup ,duit akan dapat melalui bank BSN atau pun tidak akan dapat.

    Reply
  3. Mohon pencerahan saya ibu tunggal juga terkesan kerana tak dapt memohon bkc. Mohon pihak berkaitan bantu..

    Reply

Leave a Comment