Cara Kemaskini BMT RISDA:Kemaskini Online Bantuan Musim Tengkujuh
Cara kemaskini maklumat bagi pemohon Bantuan Musim Tengkujuh RISDA 2021 BMT. Bagi pemohon BMT yang telah Berjaya mendapat bantuan BMT pada 2020 anda hanya perlu mengemaskini maklumat terkini secara online melalui eBMT RISDA.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang cara kemaskini maklumat permohonan BMT RISDA 2021 untuk memudahkan anda.
Selain Permohonan BMT anda juga boleh baca: Bantuan Tanam Semula Getah: RISDA
Baca Juga: Duit GKP 4.0:Semakan Jumlah Bayaran GKP 4.0
Siapa Yang Perlu Kemaskini Permohonan BMT RISDA?
Mereka yang perlu mengemaskini maklumat permohonaan BMT RISDA ialah mereka yang telah menerima banuan musim tengkujuh pada tahun 2020 kategori pemilik.
Bagi kategori penoreh yang telah lulus BMT 2020 mereka tidak boleh kemskini BMT RISDA kerana semua pemohon kategori penoreh perlu membuat permohonan baru.
Permohonan baru perlu mengisi borang di semua pejabat RISDA terdekat. Untuk mengetahui tentnag tatacara permohonan baru BMT RISDA baca: Permohonan BMT RISDA 2021.
Maklumat Yang Perlu Di Kemaskini Pemohon BMT RISDA 2021
Terdapat beberapa perkara yang perlu dikemaskini oleh pemohon BMT RISDA 2021. Antara perkara yang mesti disemak dan dikemaskini adalah seperi berikut:
- Maklumat nama pemohon
- No kad pengenalan pemohon
- Maklumat akaun bank pemohon
- Nombor talefon pemohon yang boleh dihubungi
Semak dan kemaskini semua maklumat pemohon untuk memudahkan urusan kredit duit bantuan BMT RISDA 2021.
Ketahui Juga: Bayaran BPR Fasa 3:Jadual Bayaran BPR Fasa 3
Cara Kemaskini Maklumat Permohonan BMT RISDA 2021
Bagi anda yang ingin mengemaskini maklumat permohonan BMT RISDA ikuti langkah di bawah:
- Layari: http://bmt.risda.gov.my/bmtsemakan/
- Masukkan no kad pengenalan pemohon eBMT RISDA
- Setelah berjaya masuk semak semua maklumat peribadi dan juaga akaun bank anda
- Sila pastikan semua maklumat adalah betul terutama No Akaun Bank dan No Talefon untu dihubungi
- Klik pada kotak pengesahan yang diminta.
- Selesai dan simpan.
*Nota Penting.
Pengesahan/kemaskini nombor akaun melalui link bmt.risda.gov.my hanya utk penerima BMT2020 kategori pemilik sahaja. Penerima BMT2020 kategori penoreh perlu buat permohonan baru utk BMT2021. Jadi bila semakan dibuat oleh penoreh 2020 melalui link semakan, akan naik sbg tiada rekod. Cara Kemaskini BMT RISDA
Syarat Permohonan BMT RISDA 2021
Syarat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA 2021 mengikut kategori pemohon adalah seperti berikut:
Syarat Permohonan BMT RISDA 2021 Kategori Pekebun Kecil RISDA1
1. Warganegara Malaysia.
2. Pekebun kecil (Pemilik Pengusaha) berdaftar dengan RISDA.
3. Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
4. Pemilik tanah yang sah.
5. 1 Lot hanya seorang penerima bantuansahaja.
Syarat Permohonan BMT RISDA 2021 Kategori Penoreh Bukan Pemilik
1. Warganegara Malaysia.
2. Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA.
3. Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
4. Pengesahan pemilik tanah yang sah.
5. 1 Lot hanya seorang penerima bantuan sahaja.
6. Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah.
Nota
* 1 Lot hanya seorang penerima bantuan sahaja.
* Seorang Pekebun Kecil atau Penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja. Cara Kemaskini BMT RISDA
Soalan Lazim
1. Siapakah yang layak menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang dilaksanakan oleh RISDA?
Penerima yang layak menerima BMT adalah pekebun kecil getah dan seorang pekebun kecil getah hanya layak untuk menerima bantuan ini sekali sahaja.
Syarat-syarat kelayakan BMT seperti berikut :
i) Warganegara Malaysia.
ii) Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA.
iii) Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
iv) Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik. Cara Kemaskini BMT RISDA
v) 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja.
vi) Seorang Pekebun Kecil hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
vii) Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).
2. Berapakah kadar bantuan BMT 2020 yang dilaksanakan oleh RISDA?
Kadar bantuan adalah RM600 dan bayaran secara 2 peringkat (RM300 x 2 bulan) pada bulan Disember 2020 dan Januari 2021. Cara Kemaskini BMT RISDA
3. Apakah yang dimaksudkan dengan Pekebun Kecil Getah Pemilik Pengusaha dalam skop bantuan ini?
Pekebun kecil getah Pemilik Pengusaha adalah pekebun kecil yang memiliki tanah, menguruskan dan/atau mengusahakannya sendiri. Cara Kemaskini BMT RISDA
4. Apakah yang dimaksudkan dengan Penoreh Bukan Pemilik?
Penoreh Bukan Pemilik adalah mereka yang menoreh getah di kebun pekebun kecil sebagai pekerjaan utama dan tidak memiliki tanah bertanam getah. Cara Kemaskini BMT RISDA
5. Apakah yang dimaksudkan dengan Pemilik Tanah Yang Sah?
Pemilik tanah yang sah bermaksud tuan punya atau Pemegang Amanah seperti dinyatakan di dalam geran tanah atau pentadbir seperti dinamakan didalam Surat Kuasa Mentadbir (letter of administration) yang dikeluarkan oleh pejabat tanah atau mahkamah yang berkenaan. Cara Kemaskini BMT RISDA
6. Apakah yang dimaksudkan dengan “Pekebun Kecil Yang Berdaftar Dengan RISDA”?
i) Pekebun kecil yang mempunyai Kad PengenalanPekebun Kecil (SIC) atau tersenarai di dalamSistem e SPEK atau Sistem Maklumat Bersepadu (SMB) atau dalam Faharasat Lot (TS17A).
ii) Bagi Penoreh Bukan Pemilik yang tiada di dalam senarai Perkara (i) di atas, pengisian Borang BMT dikira sebagai berdaftar dengan RISDA.
iii) Bagi pekebun kecil Pemilik Pengusaha di bawah Agensi lain, pengisian Borang BMT (Pemilik) beserta surat pengesahan daripada Agensi dibawah dikira sebagai berdaftar dengan RISDA iaitu Lembaga Getah Malaysia (LGM), Jabatan Pertanian Sarawak (JPS), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), FELCRA dan lain-lain sumber Agensi/Jabatan. Cara Kemaskini BMT RISDA
7. Berapakah jumlah maksimum keluasan tanah bagi pekebun kecil yang ingin memohon bantuan BMT?
Jumlah keluasan semua tanah yang dimiliki adalah berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat. Cara Kemaskini BMT RISDA
8. Bolehkah pekebun kecil getah yang berkongsi tanah dalam satu geran memohon BMT?
Satu lot hanya seorang penerima sahaja yang layak menerima bantuan ini bagi satu lot yang sama. Cara Kemaskini BMT RISDA
9. Bolehkah Pemilik Pengusaha dan Penoreh Bukan Pemilik mendapat bantuan ini bagi satu lot yang sama?
Hanya seorang penerima sahaja yang layakmenerima bantuan ini bagi satu lot yang sama, sama ada Pemilik Pengusaha atau Penoreh Bukan Pemilik dan tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi. Cara Kemaskini BMT RISDA
10. Bagaimanakah cara membuat semakan Penerima Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2021 (BMT 2021)?
Pekebun kecil boleh membuat semakan kelayakan penerima bantuan melalui Sistem e-BMT di pautan webapp3.risda.gov.my atau bmt.risda.gov.my. Cara Kemaskini BMT RISDA
11. Bagaimanakah cara membuat permohonan baru Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)?
Permohonan baru bagi pekebun kecil yang layak boleh dibuat di semua pejabat RISDA yang berhampiran dengan membawa dokumen sokongan berikut :
i) Pemohon Pemilik Pengusaha hendaklah melengkapkan Borang BMT (Pemilik) beserta dokumen sokongan berikut :
a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
b) Salinan Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) jika ada; dan
c) Geran asal tanah dan salinan; dan
d) Salinan buku akaun bank yang aktif.
ii) Pemohon Penoreh Bukan Pemilik hendaklah melengkapkan Borang BMT (Penoreh) beserta dokumen sokongan berikut :
a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
b) Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah; dan
c) Salinan geran lot yang ditoreh; dan
d) Salinan Kad PAT-G; dan
e) Salinan buku akaun bank yang aktif.
12. Adakah setiap permohonan dari pekebun kecil getah dikira sebagai layak mendapat BMT?
Setiap permohonan dari pekebun kecil getah yang memenuhi syarat akan disenaraikan untuk menerima bantuan BMT seterusnya. Cara Kemaskini BMT RISDA
13. Ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini, perlukah pemohon membuat temujanji terlebih dahulu sebelum hadir ke Pejabat RISDA untuk berurusan?
Semua pemohon hendaklah membuat temujanji terlebih dahulu di Pejabat RISDA sebelum dibenarkan berurusan dengan mematuhi GarisPanduan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan wabak Covid-19 dan akan dibuat pemeriksaan suhu badan, saringan kesihatan, membersihkan tangan menggunakan hand sanitizer dan diwajibkan pemakaian pelitup muka (face mask). Jumlah kehadiran pemohon bagi satu sesi adalah tertakluk kepada saiz keluasan ruang dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter dan kehadiran akan direkod. Cara Kemaskini BMT RISDA
Sambungan Soalan Lazim
14. Bagaimanakah caranya pekebun kecil getah di bawah Agensi selain dari RISDA membuat permohonan BMT 2021?
Bagi pekebun kecil di bawah Agensi lain, permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang BMT2020-01 (Agensi) beserta surat pengesahan daripada Agensi dan dihantar ke Pejabat Agensi yang berkenaan untuk diproses seperti :
a) Lembaga Getah Malaysia (LGM)
b) Jabatan Pertanian Sarawak (JPS)
c) Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
d) FELCRA
e) KESEDAR
f) KETENGAH
g) Dan lain-lain sumber Agensi/Jabatan
15. Bagaimanakah caranya pekebun kecil di Sarawak membuat permohonan BMT 2021?
i) Pekebun kecil di Sarawak yang mempunyai tanah berstatus NCR dan mengusahakan sendiri tanah perlu mengisi Borang BMT2020-01 (NCR) serta mendapatkan pengesahan status pekebun kecil daripada Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dan pengesahan status tanaman atas lot tanah tersebut daripada Jabatan Tanah dan Saliran (JTS). Cara Kemaskini BMT RISDA
ii) Pekebun kecil di Sarawak yang mempunyai tanah berstatus NCR dan tanah diusahakan oleh RISDA perlu mengisi Borang BMT2020-01(Pemilik) serta tidak perlu mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dan Jabatan Tanah dan Saliran (JTS). Cara Kemaskini BMT RISDA
16. Bagaimanakah caranya waris bagi pemilik tanah yang telah meninggal dunia dan belum tukar hakmilik tanah membuat permohonan BMT 2021?
Waris pemilik tanah yang sah perlu mengisi Borang BMT2021-01(Pemilik) beserta Borang TS20(A) [Borang Pengakuan Kematian dan Waris-Warisnya] dan Borang TS20(B) [Surat Sumpah Oleh Pihak Yang Berkongsi/Waris-Waris/Pemegang Amanah] serta menyertakan salinan sijil mati sebagai pengesahan. Cara Kemaskini BMT RISDA
17. Bagaimanakah caranya pekebun kecil getah yang berkongsi tanah dalam satu lot membuat permohonan BMT?
Hanya salah seorang pemilik tanah bagi lot tersebut layak memohon BMT dengan mengisi Borang BMT2021-01(Pemilik) dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Borang TS20(B) iaitu Surat Sumpah Oleh Pihak Yang Berkongsi/Waris-Waris/Pemegang Amanah digalakkan untuk diisi oleh pemohon sebagai bukti telah mendapat persetujuan daripada ahli kongsi yang lain. Wakil penerima (pemohon) bagi lot tersebut akan membahagikan bantuan kepada ahli kongsi secara adil dan melepaskan RISDA daripada sebarang tindakan guaman, perbicaraan, tuntutan, permintaan, kos dan perbelanjaan apa jua yang diambil dan dibuat terhadap RISDA. Cara Kemaskini BMT RISDA
18. Adakah pekebun kecil getah yang mempunyai geran tanah berstatus selain getah (bendang, kebun, pertanian dan lain-lain) tetapi bertanam getah layak membuat permohonan BMT?
Layak membuat permohonan BMT dan lawatan kebun ke lot tersebut bagi mengesahkan status tanaman atas lot tersebut akan dibuat oleh Pegawai RISDA sebagai pengesahan sebelum diproses permohonan untuk kelulusan. Cara Kemaskini BMT RISDA
19. Sekiranya terdapat penipuan dalam permohonan BMT oleh pekebun kecil, apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak RISDA?
Sekiranya pemohon menipu atau menggunakan apa-apa dokumen dengan niat menipu, pemohon boleh didakwa di bawah Seksyen 420 dan 468 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari satu (1) tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta denda (Seksyen 420) dan tidak melebihi tujuh (7) tahun dan denda (Seksyen 468) seperti yang telah dinyatakan dalam semua borang permohonan BMT serta ditandatangani oleh pemohon sebagai persetujuan. Cara Kemaskini BMT RISDA
20. Berapakah nombor talian hotline yang boleh dihubungi jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan BMT?
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan BMT boleh dihubungi melalui talian 03-42512125 atau03-42512135 atau 03-42512023. Cara Kemaskini BMT RISDA
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Cara Kemaskini BMT RISDA anda boleh layari: www.pekebunkecilmakmur.com.my atau hubungi:
- 03-42512125
- 03-42512135
- 03-42512023.
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Cara Kemaskini BMT RISDA ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com
Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Pengusaha Pusat Sukan:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Khas Golongan OKU:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Program Jaringan Inisiatif Umum JITU:Bantuan Asas Modal & Bimbingan Golongan OKU/Gelandangan
- PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan:Semak Kelayakan Permohonan Daftar MyFutureJobs
- PEMULIH Diskaun Bil TNB:Kelayakan & Kadar Diskaun PKS & Perniagaan Terpilih
- PEMULIH Permohonan Baru GKP4.0:Permohonan Baharu & Bayaran RM1,000 Julai 2021
- i-Citra KWSP:Permohonan Pengeluaran & Semakan Kelayakan