CARA MEMOHON I-SINAR KATEGORI 2

CARA MEMOHON I-SINAR KATEGORI 2

Kepada yang telah membuat semakan i-Sinar kategori 1 dan permohonan anda gagal,maka anda boleh memohon i-sinar kategori 2 bermula 11 Januari 2021.

Bagaimanakah CARA MEMOHON I-SINAR KATEGORI 2?

APA ITU i-SINAR KATEGORI 2?

i-Sinar Kategori 2:kategori cara memohon

Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

Jika tersilap isi amaun pengeluaran i-Sinar , boleh buat KEMASKINI AMAUN i-SINAR KWSP

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN i-SINAR KATEGORI 2

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

TARIKH MEMOHON I-SINAR KATEGORI 2

Bagi anda yang tergolong dalam i-Sinar Kategori 2, permohonan boleh dibuat bermula  dari 11 Januari 2021.

CARA MEMOHON I-SINAR KATEGORI 2

Permohonan i-Sinar hanya dibuka secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my.Permohonan akan dibuka mulai 11 Januari 2021.

Layari laman sesawang i-sinar.kwsp.gov.my

●Isikan nombor kad pengenalan/myPR dan nombor telefon bimbit.Klik TERUSKAN.

●Isikan nombor OTP yang diterima melalui SMS,tekan sahkan OTP

●Jawab soalan keselamatan untuk pengesahan.

●Tetapkan amaun pilihan

●Tetapkan bayaran bulanan pertama dan tekan TERUSKAN

●Lengkapkan maklumat pemohon yang wajib diisi

●Muat turun dokumen sokongan

●Lengkapkan maklumat bayaran dan tekan TERUSKAN

●Semak maklumat pemohon dan maklumat pembayaran dan tandakan BETUL sebelum tekan HANTAR

CONTOH DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR KATEGORI 2

Permohonan i-Sinar Kategori 2 ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:

●Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan-

●Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU

●Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

SEMAKAN STATUS i-SINAR KATEGORI 2

Bagi i-Sinar Kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.

Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.

Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.

KADAR AMAUN KELAYAKAN PERMOHONAN i-SINAR KATEGORI 2

Berikut adalah kadar Amaun kelayakan pengeluaran Akaun 1 KWSP:

Amaun kelayakan i-sinar

Jika sudah mendaftar i-sinar tetapi tersilap amaun klik link ini untuk cara-cara mengubah amaun i-sinar: https://keptennews.com/kemaskini-permohonan-i-sinar-amaun/kemaskini-permohonan-i-sinar-amaun/

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN BERKENAAN CARA MEMOHON I-SINAR KATEGORI 2

Sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848.

Untuk sebarang urusan di kaunter KWSP, sila buat janji temu KWSP secara online

Layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.

Leave a Comment