KEMASKINI PERMOHONAN i-SINAR (AMAUN)

KEMASKINI PERMOHONAN i-SINAR

Berdasarkan respon pemohon i-Sinar KWSP,ramai yang telah membuat kesilapan semasa mengisi permohonan i-Sinar secara online bagi kategori 1.

Contoh kesilapan yang dibuat adalah tersilap meletakan jumlah amaun pengeluaran i-Sinar, adakah ada cara untuk kemaskini permohonan i-Sinar (amaun)?

Berikut dikongsikan cara untuk membuat kemaskini permohonan i-sinar (amaun).

Maklumat ini dikongsi oleh pemohon yang telah menghubungi KWSP, inilah cara yang diajarkan oleh pegawai KWSP untuk kemaskini permohonan i-Sinar yang tersilap amaun ‘tarik’ pada bahagian slide tersebut.

Jika belum memohon untuk kategori 2 boleh klik: https://keptennews.com/cara-memohon-i-sinar/cara-memohon-i-sinar-kategori-2/

CARA KEMASKINI PERMOHONAN i-SINAR( GUNA i-AKAUN KWSP)

Untuk makluman,ppastikan setiap ruang diisi dengan betul sebab selepas hantar dah tak boleh dikemaskini .Berikut adalah cara untuk kemaskini amaun i-Sinar menggunakan i-Akaun KWSP:

     ●Login i-Akaun KWSP https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

     ●Klik ENQUIRY

     ●Kemudian klik i-SINAR

     ●Isikan semua butiran dengan lengkap.

     ●Di bahagian DETAILS, masukkan alasan / sebab nak tukar amaun iSinar.

     ●Pilih EMAIL atau PHONE CALL untuk mendapat maklumbalas.

     ●Tekan SUBMIT setelah semua maklumat diisikan dan disemak.

KEMASKINI AMAUN i-SINAR cara kemaskini amaun di dalam web tersebut

1-Login i-Akaun KWSP macam biasa.Jika belum daftar,rujuk Register i-AKAUN KWSP

 2-Bila dah login i-Akaun, pergi ke bahagian ENQUIRY.

3-Sila pilih i-Sinar.

4-Kemudian, isikan alasan kenapa nak tukar amaun iSinar tu dekat bahagian DETAILS. 5-Sila isikan maklumat anda. Pastikan segala maklumat betul dan tepat termasuk no telefon.

 6-Preview dan buat semak sebelum menghantar. Pastikan kita menyemak semua butiran yang telah di isi sebelum menekan butang hantar.

7-Lepas tu tekan butang SUBMIT.

8-Ok, lepas dah submit, boleh simpan atau print slip ini untuk rujukan.

9-Pastikan kita sentiasa alert dengan panggilan telefon atau email untuk mendapat maklumbalas dari KWSP.

10-Jika perlu ke Pejabat KWSP, pastikan buat JANJI TEMU KWSP ONLINE kilk https://www.kwsp.gov.my/janjitemu

MAKLUMAT LANUT & PERTAYAAN

Sila hubungi iSinar HOTLINE 03-8922 4848

Beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan)

Talian dibuka 8.00 pagi sehingga 8.00 malam bermula 21 Disember 2020.

Leave a Comment