Dermasiswa Lepasan SPM:Cara Memohon & Semakan Kelayakan Sesi 2021/2022

Dermasiswa Lepasan SPM:Cara Memohon Semakan Kelayakan Permohonan Sesi 2021/2022

Dimaklumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 untuk memohon penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2021.

Permohonan Dermasiswa B40 Tahun 2021 lepasan SPM adalah secara atas talian yang akan dibuka mulai 12 Julai 2021 (jam 5.00 petang) sehingga 25 Julai 2021 (jam 5.00 petang).

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Program Dermasiswa B40 JPA bagi lepasan SPM 2020 untuk rujukan bersama.

Dermasiswa Lepasan SPM:Cara Memohon Semakan Kelayakan Permohonan Sesi 2021/2022

Baca Juga:Biasiswa UniSHAMS: Permohonan Biasiswa Pendidikan LZNK

Apakah Program Dermasiswa B40 JPA 2021?

Program ini mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma di institusi yang dikenalpasti daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.

Objektif pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar SPM dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya di peringkat Diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dalam industri.

 Bagi tahun 2021, penajaan adalah melibatkan pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institut Kemahiran Awam (IKA).

Dermasiswa Lepasan SPM:Cara Memohon Semakan Kelayakan Permohonan Sesi 2021/2022

Untuk mengetahui biasiswa lain kerajaan Malaysia baca di:Bantuan Biasiswa IPT:Senarai Bantuan & Biasiswa Pelajar IPT Terkini 2021/2022 Malaysia.

Syarat Permohonan Biasiswa Dermasiswa B40 Lepasan SPM Tahun 2021

Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan Dermasiswa B40 Tahun 2021 lepasan SPM seperti berikut:

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai kesihatan yang baik;
  • Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2020 buat kali pertama;
  • Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan);
  • Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA;
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama; dan
  • Pendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM4,849.00 sebulan dan ke bawah.

Syarat Khusus

i – Bagi Universiti Awam (UA)/ Politeknik yang dikenalpasti:

a) Menduduki SPM pada tahun 2020 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana tiga (3) subjek lain yang diambil; dan

b) Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.

ii – Bagi Institut Kemahiran Awam (Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) / Institut Kemahiran MARA / Kolej Kemahiran Tinggi MARA / Kolej Komuniti / Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) / Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI))

a) Menduduki SPM pada tahun 2020 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana satu (1) subjek lain yang diambil; dan

b) Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.

Baca Juga:Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2022:Tatacara Permohonan Biasiswa RM4400 Sebulan

Cara Permohonan Dermasiswa B40 Lepasan SPM Tahun 2021

Sebelum mengisi permohonan Dermasiswa B40 Tahun 2021 lepasan SPM, calon perlu membaca dan memahami syarat permohonan seperti di bawah :

  • Iklan Dermasiswa B40
  • FAQ Dermasiswa B40
  • Sila klik di sini untuk memohon

Baca Juga:Permohonan Biasiswa Kumpulan Maybank 2021:Cara & Syarat Permohonan

Sesi Soal Jawab Live Permohonan Dermasiswa B40 Lepasan SPM Tahun 2021

Sesi soal jawab secara langsung berkenaan permohonan Dermasiswa B40 Tahun 2021 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 13 hingga 25 Julai 2021 (setiap hari bekerja)

Masa : 10.00 – 11.00 pagi (sesi pertama) dan 2.30 – 3.30 petang (sesi kedua)

Pautan google meet permohonan Dermasiswa B40 Tahun 2021 lepasan SPM : https://meet.google.com/xof-yzvp-fku

Sebarang pertanyaan lanjut boleh emelkan ke [email protected]

(emel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan Dermasiswa B40 Tahun 2021 lepasan SPM dibuka sahaja).

Baca Juga:Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu 2021:Semak kelayakan & Cara Memohon

Tarikh Permohonan Dermasiswa B40 Lepasan SPM Tahun 2021

Tarikh permohonan Dermasiswa B40 Tahun 2021 lepasan SPM dibuka dan ditutup adalah seperti berikut :

12 – 25 Julai 2021

Baca Juga:Biasiswa PIDM 2021:Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM

Semakan & Keputusan Permohonan Dermasiswa B40 2021

Keputusan permohonan Dermasiswa B40 Tahun 2021 lepasan SPM penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA https://esilav2.jpa.gov.my pada penghujung Ogos 2021.

Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam laman sesawang eSILA.

Biasiswa My Brain SC untuk tahun 2021 juga telah dibuka untuk permohonan. MOHON DI SINI

Bidang Pengajian Yang Tidak Di Taja Program Dermasiswa B40 Lepasan SPM 2021

Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah Pendidikan, Kejururawatan, Sijil Profesional untuk perlesenan seperti lesen penerbangan (Aircraft Maintenance License) serta kursus profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP) dan Chartered Accountancy (CA).

Baca Juga: Biasiswa IPT Yayasan Pahang:Permohonan Biasiswa Universiti Tempatan 2021/2022

Soalan Lazim

1.Apakah itu Program Dermasiswa B40 Tahun 2021?

Program Dermasiswa B40 bagi tahun 2021 merupakan penajaan yang berfokus kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) daripada latar belakang keluarga B40.

Penajaan di bawah program ini adalah bagi pengajian yang ditawarkan di Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institut Kemahiran Awam (IKA).

2.Apakah bidang pengajian yang tidak ditaja?

Bidang Pengajian yang tidak ditaja adalah seperti berikut:

i. Pendidikan.

ii. Kejururawatan.

iii. Sijil Profesional untuk perlesenan seperti lesen penerbangan (Aircraft Maintenance License).

iv. Kursus Profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP) dan Chartered Accountancy (CA)

3. Bilakah tarikh keputusan permohonan program ini akan dimaklumkan?

Keputusan permohonan Dermasiswa B40 Tahun 2021 lepasan SPM penajaan ini dijangka akan diumumkan dalam portal eSILA di alamat https://esilav2.jpa.gov.my/ pada penghujung Ogos 2021. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam portal berkenaan

4. Saya menduduki peperiksaan SPM 2019. Bolehkah saya memohon Program Dermasiswa B40 Tahun 2021?

Tidak. Program Dermasiswa B40 Tahun 2021 hanya dibuka kepada pelajar lepasan SPM tahun 2020 sahaja.

5. Adakah saya layak memohon sekiranya pendapatan perkapita melebihi RM 4,849.00?

Pendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM4,849.00 sebulan dan ke bawah sahaja yang memenuhi syarat permohonan Dermasiswa B40 Tahun 2021 lepasan SPM.

6. Sekiranya saya menolak tawaran biasiswa di bawah Program Dermasiswa B40 Tahun 2021, adakah saya layak dipertimbangkan sebarang penajaan lain di JPA?

Ya. Pelajar boleh memohon apa-apa program penajaan lain yang ditawarkan oleh JPA sekiranya melepasi syarat-syarat permohonan program penajaan.

7. Bagaimana saya boleh memohon penajaan JPA di bawah Program Dermasiswa B40 Tahun 2021?

Permohonan dibuka secara atas talian (online) di Portal eSILA https://esilav2.jpa.gov.my selama empat belas (14) hari mulai 12 hingga 25 Julai 2021. Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan Dermasiswa B40 Tahun 2021 lepasan SPM. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Dermasiswa B40 Tahun 2021 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

8. Apakah nombor atau saluran yang boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan?

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan mengemukakan pertanyaan menerusi emel [email protected] (emel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja iaitu mulai 12 Julai 2021 sehingga 25 Julai 2021).

Sesi soal jawab secara langsung juga diadakan sepanjang tempoh permohonan Dermasiswa B40 Tahun 2021 lepasan SPM dibuka berdurasi satu (1) jam iaitu pada jam 10.00-11.00 pagi dan 2.30-3.30 petang (tidak termasuk cuti umum dan hari minggu) di pautan https://meet.google.com/xof-yzvp-fku.

9. Bilakah tarikh tutup permohonan program ini?

Tarikh tutup permohonan Dermasiswa B40 Tahun 2021 lepasan SPM ialah pada 25 Julai 2021 jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan Dermasiswa B40 Tahun 2021 lepasan SPM dan maklumat lanjut: https://esilav2.jpa.gov.my

Saluran Pertanyaan

i) Google Meet: https://meet.google.com/xof-yzvp-fku

Sesi pagi: 10.00 – 11.00 pagi

Sesi petang: 2.30 – 3.30 petang

ii) Emel: [email protected]

Semoga bermanfaat buat para pelajar yang berkenaan

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai permohonan Dermasiswa B40 Tahun 2021 lepasan SPM ini memudahkan anda. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment