Touch n Go eWallet:Pendaftaran & Penebusan Kredit eBelia RM 150

Touch n Go eWallet:Pendaftaran & Penebusan Kredit eBelia RM 150

Cara Daftar & Tebus Kredit eBelia RM150 Touch n Go (TNG eWallet)

Seperti mana e-Tunai Rakyat dan ePenjana, Touch n Go eWallet sekali lagi terpilih sebagai salah satu daripada 4 perkhidmatan eDompet yang akan bekerjasama dalam inisiatif eBelia.

Program ini bakal dilancarkan mulai 1 Jun 2021 dan para belia yang memilih Touch n’ Go untuk menebus kredit eBelia berpeluang menikmati pelbagai bonus dan tawaran istimewa.

Berikut dikongsikan cara daftar Touch n Go dan langkah membuat penebusan kredit eWallet RM150.

Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.

Bagi mereka yang layak anda juga boleh menuntut bantuan program bantuan jaringan prihatin dari RM 180 sehingga RM 300 di Program Jaringan Prihatin B40:RM300 Peranti, RM180 Data CAra Daftar.

Touch n Go eWallet:Pendaftaran & Penebusan Kredit eBelia RM 150

Baca Juga:i-Suri KWSP: Daftar & Semak Status Kelayakan Bantuan Suri Rumah

Apakah Touch n Go eWallet?

Touch n Go (TNG) eWallet merupakan dompet elektronik (e-dompet) yang mengandungi wang elektronik (e-wang).

Perkhidmatan aplikasi mudah alih ini ditawarkan oleh TNG Digital Sdn Bhd (TNGD).

TNG eWallet menyediakan perkhidmatan seperti tambah nilai, pembayaran, dan pemindahan wang melalui telefon pintar anda pada bila-bila masa di mana-mana jua di Malaysia.

TNG eWallet menyediakan pelbagai perkhidmatan menarik yang memudahkan hidup anda.

Baca Juga:Permohonan Rayuan BPR 2021 Fasa 2:Mulai 15-30 Jun 2021

Perkhidmatan Touch n Go eWallet

Antara perkhidmatan yang ditawarkan Touch n Go eWallet bagi memudahkan kita adalah seperti berikut:

  • Pindahan wang ke pengguna TNG eWallet yang lain
  • Tambah nilai prabayar telefon anda
  • Membayar bil utiliti dan pascabayar anda
  • Beli tiket wayang
  • Pembayaran kod QR di peniaga yang menyertai program TNG eWallet
  • Pembayaran kod QR dinamik di peniaga yang menyertai program TNG eWallet
  • Untuk membayar tol melalui kaedah RFID dan PayDirect

Baca Juga:Laptop Tablet Percuma CERDIK:Semakan Kelayakan Inisiatif Cerdik Murid B40

Cara Daftar Touch n Go eWallet

Cara mudah untuk mendaftar Touch n Go eWallet adalah seperti berikut:

  1. Muat turun aplikasi TNG eWallet sama ada melalui
    • Google Playstore: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.tngdigital.ewallet&hl=en&gl=US
    • Apple App Store : https://apps.apple.com/my/app/touch-n-go-ewallet/id1344696702
  2. Hanya SATU ID sah (Mykad / Tentera / Pasport) untuk SATU akaun TNG eWallet dan setiap akaun hanya dibenarkan didaftarkan kepada SATU nombor mudah alih yang unik.
  3. Isikan maklumat dan butiran diri anda dengan lengkap.
  4. Anda akan menerima kod pengesahan untuk verifikasi.
  5. Setelah berdaftar, anda kini boleh menggunakan TNG eWallet dan menebus kredit percuma eBelia RM150.

Ketahui Juga:Duit eKasih: Semakan Tarikh Bayaran & Kemaskini Permohonan

muat turun aplikasi touch n go ewallet untuk tebus rm 150 kredit ebelia pemerkasa

Baca Juga:Permohonan YTP MARA 2021:Pinjaman Boleh Ubah Young Talent Development Programme

Cara Tebus Kredit eBelia RM150 Melalui TNG eWallet

Untuk membuat penebusan kredit RM150 di bawah program eBelia PEMERKASA, sila ikuti langkah berikut:

  1. Buka aplikasi TNG eWallet dan klik pada ikon eBelia Credit.
  2. Atau klik ikon Profile di penjuru kanan muka hadapan aplikasi.
  3. Tekan butang Let’s Go.
  4. Sila ambil gambar kad pengenalan anda depan dan belakang.
  5. Ambil gambar selfie diri anda yang jelas.
  6. Akaun Touch n Go eWallet anda akan diverifikasi dalam masa 48 jam.
tarikh penebusan kredit rm150 ebelia pemerkasa ewallet

Untuk mengetahui syarat-syarat dan info penuh tentang Program eBelia PEMERKASA, sila rujuk artikel berikut: eBelia: Semakan & Penebusan RM150 Kredit eWallet Mulai 1 Jun 2021

Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%

Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.

Baca Juga:Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2022:Tatacara Permohonan Biasiswa RM4400 Sebulan

Soalan Lazim Touch n Go eWallet

Anda boleh mendapatkan info tentang tawaran terkini dari TNG eWallet berkenaan Program eBelia melalui Soalan Lazim di bawah atau pautan berikut https://www.tngdigital.com.my/ebelia-h5

cara penebusan kredit rm150 ebelia pemerkasa ewallet

1.Saya sudah menjadi pengguna berdaftar di Portal MYTouchnGo. Adakah saya secara automatik mempunyai Akaun TNG eWallet?

Tidak. Anda masih perlu memuat turun dan mendaftarkan akaun TNG eWallet. Portal MYTouchnGo hanya menguruskan kad Touch ‘n Go anda manakala TNG eWallet adalah eWallet yang membolehkan anda membuat pembayaran dan banyak lagi melalui aplikasi mudah alih.

2.Adakah terdapat sebarang yuran yang dikenakan untuk menggunakan TNG eWallet?

Tidak ada yuran yang dikenakan untuk menggunakan TNG eWallet.

3.Bolehkan saya menukar nombor telefon mudah alih?

Ya, anda boleh. Ikuti langkah mudah dibawah

Langkah 1: Klik pada ikon “Profile” di bahagian atas sebelah kanan halaman utama app

Langkah 2: Pilih “Setting” diikuti dengan “Change Mobile Number”

Langkah 3: Jawab Soalan Keselamatan

Langkah 4: Masukkan nombor telefon mudah alih baharu anda

Langkah 5: Masukkan OTP yang dihantar ke nombor telefon baharu anda.

4.Bolehkah saya memindahkan wang saya kepada pengguna lain melalui TNG eWallet?

Ya, anda hanya perlu klik ikon “Transfer” di skrin utama tetapi ia terhad kepada pengguna yang telah mengesahkan akaun mereka.

5.Saya tidak boleh log masuk ke dalam akaun saya, apa yang perlu saya lakukan?

Sila ikuti langkah-langkah yang tertera dibawah, dan cuba log masuk

1) Log keluar dan log masuk aplikasi TNG eWallet. Jika masih tidak berkesan, sila cuba langkah seterusnya.

2) “Uninstall” dan “install” balik aplikasi Touch nGo eWallet. Jika masih tidak berkesan, sila cuba langkah seterusnya.

3) “Restart” aplikasi Touch nGo eWallet dan “update” fon anda dan aplikasi Touch nGo eWallet.

Buka Aplikasi “Google Play” -> My Apps & Games -> Touch nGo eWallet (muat turun versi aplikasi yang terkini)

4) Sambungan internet

Buka aplikasi “internet browser” (contohnya, Google Chrome/Safari). Cuba layari internet, dan cuba buka mana-mana laman sesawang (contohnya www.google.com). Jika laman itu tidak tertera dengan betul, sambungan internet anda mungkin punca masalah ini.

5) Kosongkan Cache/Data / Penyimpanan (istilahnya berbeza di antara model telefon)> ‘Izinkan’ semua kebenaran

Buka “Settings” fon anda, klik “Apps” dan cari aplikasi “Touch n Go eWallet”. Skrol ke bawah, dan pilih “Storage”, Kemudian, klik butang “Clear Cache”

cara clear cache touch n go ewallet ebelia pemerkasa rm150

Baca Juga:Biasiswa UniSHAMS: Permohonan Biasiswa Pendidikan LZNK

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Maklumat Lanjut Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut tentang dan pertanyaan Touch n Go eWallet ataupun maklumat lain yang berkaitan, sila layari https://support.tngdigital.com.my/

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Touch n Go eWallet dan cara penebusan kredit RM150 ebelia PEMERKASA ini memudahkan anda untuk membuat permohonan insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment