Permohonan GrEP MARA :PROGRAM GRADUAN CEMERLANG
Permohonan GrEP MARA kini telah dibuka. Kepada graduan yang berminat boleh memohon segera program ini.
Kepada graduan yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Pasca Siswazah sama ada Sarjana atau Doktor Falsafah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.
Anda boleh memohon pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah menerusi permohonan GrEP MARA Program Graduan Cemerlang atau Graduate Excellence Programme (GrEP) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Baca Juga: Biasiswa Tunku Abdul Rahman:Cara Permohonan BTAR 2021
Baca Juga:Login PTPTN: Semakan Penyata Baki Pinjaman & Permohonan Baru
Untuk makluman, permohonan GrEP MARA adalah pinjaman boleh ubah yang ditawarkan kepada graduan cemerlang lepasan Ijazah Pertama untuk mereka melanjutkan pengajian Pasca Siswazah di IPT dalam mahupun luar negara.
Tempoh pinjaman boleh ubah GrEP bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut iaitu:
- Peringkat Sarjana: 2 tahun
- Peringkat Doktor Falsafah: 4 tahun
Permohonan GrEP telah dibuka mulai 1 Mac sehingga 19 Mac secara atas talian.
Baca juga: ISMP : Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Baca Juga : Buka Akaun SSPN Online:Cara Lengkap Bergambar
Senarai Universiti Layak Memohon GrEP MARA
Permohonan GrEP MARA hanya ditawarkan kepada graduan yang menyambung pengajian ke universiti yang terpilih sahaja.
Bagi universiti dalam negara, senarai universiti yang terlibat Permohonan GrEP MARA adalah seperti berikut:
- Universiti Awam (UA)
- Government Linked Universities (GLU)
- Universiti Teknologi Petronas
- Universiti Tenaga Nasional
- Universiti Multimedia
Penting untuk pelajar tahu: Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan: Permohonan BKP Online
- Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
- Asia Pacific University Of Technology & Innovation
- Asian Institute Of Medicine, Science and Technology
- Berjaya University
- City University
- Help University
- Infrastructure University Kuala Lumpur
- International Medical University
- INTI International University
- KDU University College
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
- Lincoln University College
- Mahsa University
- Management & Science University
- Nilai University
- Perdana University
- SEGI University College
- Sunway University
- TATI University College
- Taylors University
- UCSI University
- Universiti Tunku Abdul Rahman
- University of Cyberjaya
- Curtin University Sarawak Malaysia
- Monash University Malaysia
- Newcastle University Medicine Malaysia
- Swinburne University of Technology Sarawak Campus
- University of Nottingham Malaysia
- Universiti Tun Abdul Razak (UniRAZAK)
- Universiti Kuala Lumpur
- International Centre for Education in Islamic Finance
- Manipal International University
- Asia Metropolitan University
- Herriot-Watt University Malaysia
- Putra Business School
- Quest International University Perak
- Tunku Abdul Rahman University College
- Widad University College
- Linton University College
- Kpj Healthcare University College
- University College Bestari
- Kuala Lumpur Metropolitan University College
- Southern University College
- University College Of Technology Sarawak
Untuk universiti luar negara, universiti yang terlibat adalah berdasarkan kedudukan terbaik mengikut subjek atau program dalam QS World University Ranking iaitu:
Baca Juga: Cara Tukar MyKad Rosak / Hilang Secara Online. Mudah Cepat Siap
Bidang Pengajian Layak Memohon GrEP MARA
Bidang pengajian yang layak untuk memohon GrEP 2021 adalah seperti berikut:
Akaun SSPN kini boleh dibuka secara atas talian klik: Cara Buka Akaun SSPN-i & SSPN-i PLUS Untuk Anak Online
Syarat Umum Memohon GrEP MARA
Para Permohonan GrEP MARA yang ingin memohon perlu memenuhi syarat umum permohonan seperti berikut:
- Permohonan GrEP MARA dan salah seorang ibu atau bapa adalah berketurunan Bumiputera dan warganegara Malaysia.
- Had umur pemohon pada 31 Disember :
- Peringkat Sarjana dalam negara: Tidak melebihi 40 tahunPeringkat Sarjana luar negara: Tidak melebihi 35 tahunPeringkat Doktor Falsafah dalam negara : Tidak melebihi 45 tahun
- Peringkat Doktor Falsafah Luar Negara: Tidak melebihi 40 tahun
- Pemohon Permohonan GrEP MARA telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang.
- Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh seorang pengamal perubatan berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsi, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah.
- Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
- Pemohon tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
- Pemohon mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai perletakan jawatan daripada majikan.
- Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.
- Warga kerja MARA dan subsidiari MARA tidak layak memohon pinjaman ini.
Baca Juga: Dividen KWSP:Tarikh Pengumuman & Jumlah Dividen KWSP EPF
Syarat Akademik Memohon GrEP MARA
Selain syarat umum, pemohon Permohonan GrEP MARA yang ingin memohon GrEP perlu memenuhi syarat akademik iaitu:
- Bagi pemohon yang menyambung pengajian peringkat Sarjana dalam negara, pemohon mestilah memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.00 atau yang setaraf dengannya bagi pengajian peringkat terdahulu.
- Untuk pemohon yang menyambung pengajian peringkat Sarjana Luar Negara, pemohon mestilah memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau yang setaraf dengannya dan memperolehi IELTS 6.5.
- Bagi pengajian peringkat Sarjana Senibina, pemohon perlu mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) dan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 6 bulan.
- Bagi pengajian Doktor Falsafah dalam negara, pemohon pemohon perlu memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.50 atau yang setaraf dengannya.
- Untuk pemohon yang ingin menyambung pengajian Doktor Falsafah Luar Negara, pemohon perlu memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau yang setaraf dengannya dan memperolehi IELTS 6.5.
Penting: Kira Fidyah Puasa: Cara Kira Fidyah Puasa
Syarat Program GrEP MARA
Selain itu, syarat program yang perlu dipatuhi oleh pemohon Permohonan GrEP MARA adalah seperti berikut:
- Permohonan GrEP MARA dibuka kepada pemohon yang sedang atau akan memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Mei .
- Pemohon mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 2 tahun bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah.
- Pemohon mendapat tawaran pengajian daripada Institusi Pengajian dalam negara.
- Pemohon mendapat tawaran bersyarat (Conditional Offer) atau tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada Institusi Pengajian terkemuka luar negara.
- Belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang akan diikuti.
- Kursus yang diikuti telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
- Permohonan GrEP MARA terbuka untuk pengajian secara Sepenuh Masa sahaja mengikut kursus dalam bidang terpilih.
Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu
Cara Memohon GrEP MARA
Untuk memohon GrEP , para pemohon Permohonan GrEP MARA boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web Permohonan GrEP MARA iaitu https://myeduloan.mara.gov.my/v3/#/Login
- Klik butang ‘Daftar Sekarang.’
- Isi butiran yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Akaun.’
- Log masuk dengan memasukkan no kad. pengenalan dan kata laluan.
- Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
- Klik butang hantar permohonan.
- Kemudian, klik link berikut https://mypersonaliti.mara.gov.my/.
- Masukkan id pengguna dan kata laluan yang didaftarkan.
- Ikuti ujian personaliti sehingga tamat.
Adalah diingatkan bahawa Permohonan GrEP MARA yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas 3 bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.
Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja :Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk pertanyaan lanjut tentang Permohonan GrEP MARA , sila hubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian berikut:
- GrEP dalam negara: 03-2613 2584/2106/2083
- GrEP luar negara: 03-2613 2103/2054
Selain itu, pertanyaan lanjut juga boleh diajukan melalui email iaitu:
- Permohonan dalam negara: grepdn@mara.gov.my
- Permohonan luar negara: grepln@mara.gov.my
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Permohonan GrEP MARA membantu urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com