Dividen KWSP:Tarikh Pengumuman & Jumlah Dividen KWSP EPF 2020

Dividen KWSP:Tarikh Pengumuman & Jumlah Dividen KWSP EPF 2020

DIVIDEN KWSP

Tarikh Pengumuman Kadar Jumlah Dividen KWSP 2020 EPF untuk bayaran 2021.

Dividen KWSP adalah untuk memberi faedah kepada pencarum yang mencarum dalam KWSP sepanjang tahun kewangan sebelumnya.

Dividen biasanya di tunggu oleh para pencarum setiap tahun.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP antara peranannya yang lain adalah menjadi sebuah organisasi keselamatan sosial terutamanya dalam menyediakan manfaat persaraan kepada pekerja sektor swasta dan berpencen di Malaysia selain sebagai institusi tabung simpanan persaraan.

Baca Juga: Cara Tukar MyKad Rosak / Hilang Secara Online. Mudah Cepat Siap

Bila KWSP Ditubuhkan

Sebagai info, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditubuhkan pada tahun 1951. KWSP merupakan antara tabung simpanan persaraan tertua dan terbesar di dunia.

Dataf Kelahiran Online JPN di SINI

Peranan Besar KWSP

Apa yang kita dapat melihat peranan besar KWSP adalah ia merupakan tabung terbaik untuk pekerja sektor swasta dan berpencen serta golongan yang bekerja sendiri untuk mula mencarum sekarang demi kehidupan yang lebih baik di masa hadapan.

Baca Juga: Biasiswa Tunku Abdul Rahman:Cara Permohonan BTAR 2021

Tanggapan Segelintir Individu

Ada di antara kita beranggapan tidak perlu menjadi ahli dan mencarum KWSP kerana dengan simpanan peribadi mereka sudah mencukupi untuk menampung kehidupan hari tua mereka.

Tanggapan itu jelas memberi kesan di usia persaraan nanti kerana simpanan peribadi tidak dapat menjamin kewangan yang stabil pada masa hadapan apatah lagi jika individu berkenaan tidak berdisiplin dalam menabung.

Baca juga: ISMP 2021: Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Kejayaan KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP telah membuktikan keberkesanan fungsi mereka sebagai sebuah institusi penjaga simpanan persaraan ahli.

KWSP bertanggungjawab serta cekap dengan mengaplikasikan peranan utamanya dalam masyarakat di samping menyediakan perlindungan kewangan kepada ahi (pencarum) atau waris (penerima).

Akaun SSPN kini boleh dibuka secara atas talian klik: Cara Buka Akaun SSPN-i & SSPN-i PLUS Untuk Anak Online

Tarikh Pengumuman Jumlah Dividen KWSP 2020

Di antara manfaat lain menjadi ahli dan mencarum KWSP adalah mendapat Dividen KWSP di mana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan agihan pendapatan Dividen KWSP berkadaran peratus untuk dua skim simpanan iaitu Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi setiap tahun kewangan berakhir 31 Disember.

Jumlah kadar pengagihan pendapatan Dividen KWSP Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 dijangka akan diumumkan pada satu tarikh dalam bulan Februari 2021.

Penting untuk pelajar tahu: Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan: Permohonan BKP Online 2021

Pengumuman Dividen KWSP 2020

Tarikh
Februari 2021

Info Dividen EPF

Bermula 1 Januari 2017, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) telah mengumumkan pilihan simpanan persaraan baharu berteraskan konsep syariah. Skim tersebut dikenali sebagai Simpanan Shariah. Kini terdapat dua skim simpanan di KWSP iaitu Konvensional dan Shariah.

Baca Juga: Program Jana Niaga Mara Shopee 2021: Cara Permohonan Baucer Kedai & kredit Iklan RM800

Kadar Peratus Dividen KWSP 2020

TahunKonvensionalShariah
2020?%?%

Rekod Kadar Peratus Dividen KWSP Tahun 2019 – 1952

TahunKonvensionalShariah
20195.45%5.00%
20186.15%5.90%
20176.90%6.40%
20165.70%
20156.40%
20146.75%
20136.35%
20126.15%
20116.00%
20105.80%
20095.65%
20084.50%
20075.80%
20065.15%
20055.00%
20044.75%
20034.50%
20024.25%
20015.00%
20006.00%
19996.84%
19986.70%
19976.70%
19967.70%
19957.50%
1994 – 19888.00%
1987 – 19838.50%
1982 – 19808.00%
19797.25%
1978 – 19767.00%
1975 – 19746.60%
1973 – 19725.85%
19715.80%
1970 – 19685.75%
1967 – 19655.50%
19645.25%
19635.00%
1962 – 19604.00%
1959 – 19522.50%

Baca Juga: Semakan & Tarikh Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut Dividen KWSP layari https://www.kwsp.gov.my/ sebarang pertanyaan tentang Dividen KWSP anda boleh hubungi pihak KWSP seperti berikut:

Telefon: 03 – 8922 6000

Faks: 03 – 8922 6222

Masa Operasi: Isnin – Jumaat 8.00 Pagi ke 5.00 Petang

(Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)

atau

boleh klik di SINI untuk maklumat pejabat KWSP: PEJABAT KWSP

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang dividen KWSP ini dapat membantu anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment