Skim Bantuan Pelajaran MAIPk:Cara Mohon Bantuan Pelajaran Zakat Negeri Perak

Skim Bantuan Pelajaran MAIPk:Cara Mohon Bantuan Pelajaran Zakat Negeri Perak

Skim Bantuan Pelajaran MAIPk:Cara Mohon Bantuan Pelajaran Zakat Negeri Perak

SKIM BANTUAN AM PELAJARAN Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak MAIPk 2021

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak MAIPk Menyediakan Bantuan Zakat Pelajaran Kepada Pelajar Yang Layak.

Bantuan Am Pelajaran adalah skim bantuan di bawah asnaf Fisabilillah yang disediakan bagi membantu pelajar-pelajar membuat persediaan melanjutkan pengajian.

Bantuan adalah dalam bentuk kewangan dan kadar bantuan adalah berdasarkan peringkat pengajian.

Jom semak kelayakan anak-anak anda dan memohon secara online. Jangan ketinggalan!

Di sini kami kongsikan info penuh tentang Skim Bantuan Zakat Pelajaran Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak MAIPk.

Skim Bantuan Pelajaran MAIPk:Cara Mohon Bantuan Pelajaran Zakat Negeri Perak

Artikel Lain: Program RMR Perakku Prihatin:Permohonan Pinjaman Perumahan B40

Apakah Skim Bantuan Pelajaran MAIPk?

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) adalah sebuah organisasi yang menguruskan hal-hal berkaitan ZAKAT, Agihan wang zakat dan Baitulmal.

Bantuan Am Pelajaran adalah skim bantuan di bawah asnaf Fisabilillah yang disediakan bagi membantu pelajar-pelajar membuat persediaan melanjutkan pengajian.

Skim Bantuan Pelajaran MAIPk adalah dalam bentuk kewangan dan kadar bantuan adalah berdasarkan peringkat pengajian seperti di bawah:

Ketahui Juga: Bantuan Mahasiswa Perak:Bantuan Sara Diri & Kecemasan 2021

Peringkat Pengajian Ditaja Skim Bantuan Pelajaran MAIPk

1.SIJIL / MATRIKULASI / STPM / STAM / SPMV(KV)

  • Jumlah Bantuan : RM 500.00

2.DIPLOMA / DPMV(KV)

  • Jumlah Bantuan : RM 600.00

3.IJAZAH

  • Jumlah Bantuan : RM 700.00

Baca Juga: Tabung Pendidikan Anak Perak:Cara Mohon, Syarat & Borang Permohonan

Syarat Memohon Bantuan Pelajaran MAIPk 2021

Syarat permohonan Skim Bantuan Pelajaran MAIPk:

  1. Tarikh memohon TIDAK MELEBIHI 3 BULAN dari tarikh daftar diri ke IPTA / IPTS.
  2. Tempoh pengajian mestilah melebih tempoh setahun atau 12 bulan.
  3. Pemohon mestilah BERMASTAUTIN dalam Negeri Perak.
  4. Permohonan ini tertakluk kepada PENGAJIAN SEPENUH MASA SAHAJA.
  5. Setiap peringkat pengajian hanya sekali sahaja bantuan akan diberi.

Baca Juga; TKWBNS:Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor 2021

Cara Permohonan

Permohonan Skim Bantuan Pelajaran MAIPk boleh dibuat secara online melalui pautan http://online.maiamp.gov.my/bantuanam/

Isi maklumat dengan betul.

Jika layak anda akan dihubungi semula.

Ikuti Langkah di bawah:

1. Buat capaian ke sistem ini di alamat http://isyura.maiamp.gov.my/bap

2. Masukkan no. Kad pengenalan (PELAJAR) untuk semakan data

3. Jika data semakan disahkan tidak ada pertindihan permohonan, anda boleh teruskan denganmendaftar maklumat asas untuk menggunakan sistem permohonan ini. Sila masukkanmaklumat yang tepat.

4. Notifikasi peringatan bagi kesahihan data akan dipaparkan untuk rujukan. Tekan OK untuk teruskan permohonan.

5. Seterusnya masukkan ID ( No. Kad Pengenalan PELAJAR ) dan kata laluan.

6. Paparan Utama akan dipaparkan setelah login berjaya. Status terkini permohonan untuk anda melengkapkan maklumat asas Bahagian A. Sila klik Bahagian A.

7. Sila isikan maklumat diruangan yang disediakan. Seterusnya tekan butang kemaskini.

8. Notifakasi kelulusan data tapisan akan dipaparkan seterusnya dibenarkan untuk melengkapkan Bahagian B

9. Sila tekan BAHAIAN B untuk langkah seterusnya. Tekan Browse Anda perlu memuat naik enam(6) dokumen WAJIB bagi melengkapkan BAHAGIAN B.

10. Setiap kali satu(1) dokumen dimuatnaik notifikasi Muatnaik dokumen BERJAYA akan dipaparkan

11. Muatnaik dokumen lengkap selesai. Arahan untuk melengkapkan BAHAGIAN C akan dipaparkan.

12. Sila tekan butang BAHAGIAN C ( Maklumat terperinci ) untuk kemasukan data. Tekan KEMASKINI untuk memasukkan data.

13. Sila masukkan data yang tepat mengikut format yang disediakan. Seterusnya tekan butang SIMPAN/KEMASKINI.

*PASTIKAN NO. KAD PENGENALAN TIDAK DIMASUKKAN TANDA ‘ – ‘

14. Lengkapkan kesemua maklumat yang diperlukan. Tekan butang HANTAR PERMOHONAN.

15. Status penghantaran permohonan berjaya untuk proses akan dipaparkan. Selesai.

16. Anda boleh mencetak borang permohonan yang lengkap untuk simpanan/rujukan.

17. Selesai permohonan Skim Bantuan Pelajaran MAIPk

Baca Juga: Bantuan Pendaftaran IPT YPJ:Cara Permohonan Bantuan & Pinjaman Pelajaran YPJ

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut Skim Bantuan Pelajaran MAIPk, sila rujuk laman web http://online.maiamp.gov.my/ atau Muat Turun Manual Pengguna.

Anda juga boleh mendapatkan info melalui saluran berikut

Jom galakkan anak-anak melanjutkan pelajaran. Cari ilmu sebanyaknya. Dengan ilmu boleh jadi insan berguna.

‘Share Posting’ ini. Biar ramai anak-anak Perak tahu. Pendidikan diutamakan kepada anak negeri. Demi melahirkan bangsa merdeka berilmu.

Berikut dikongsikan antara kisah pelajar melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara dengan Skim Bantuan Pelajaran MAIPk.

Saksikan contoh kisah mereka dalam pautan di bawah:

Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA semak biasiswa di sini:

Lain-lain biasiswa anda boleh seacrh di keptennews.com

Leave a Comment