Tarikh Bayaran GKP 4.0: Semakan Bayaran RM1000 Bagi PKS
Semakan Tarikh Bayaran RM1000 GKP 4.0 Bagi PKS (September & November 2021)
Melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) dengan bayaran RM1,000 kepada 1 juta usahawan.
“Memahami kesukaran yang dihadapi oleh pengusaha Pengusaha Kecil Sederhana (PKS) mikro pada masa ini, sukacita saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan bayaran tambahan di bawah GKP 4.0.”
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Geran Khas Prihatin 4.0 untuk makluman bersama.
Baca Juga: Permohonan Rayuan BKC 2021
Apakah GKP 4.0 ?
GKP atau Geran Khas Prihatin adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
GKP 1.0 dan GKP 2.0 telah diperkenalkan sejak COVID19 melanda negara tahun lalu.
GKP Tambahan dan GKP PERMAI juga telah diumumkan sebagai inisiatif membantu lebih ramai usahawan yang terjejas akibat pandemik.
GKP 3.0 telah diumumkan oleh Perdana Menteri melalui Perutusan Khas PEMERKASA pada 17 Mac 2021, manakala GKP 4.0 diumumkan melalui Perutusan Khas PEMULIH pada 28 Jun 2021.
Pakej PEMULIH ini merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.
Baca Juga: BKC Warga Emas Sebatang Kara:Semakan Status,Rayuan,Tarikh Bayaran BKC & Cara Mohon Baru
Jumlah & Tarikh Bayaran GKP 4.0
Jumlah serta tarikh bayaran Geran Khas Prihatin GKP 4.0 adalah seperti berikut:
Bayaran Geran Khas Prihatin GKP 4.0 ini dibuat secara ansuran sebanyak dua kali iaitu pada bulan September (RM500) dan November (RM500).
Tarikh rasmi pembayaran GKP 4.0 masih belum diumumkan kerajaan. Kami akan mengemaskini tarikh bayaran Geran Khas Prihatin GKP 4.0 ini setelah mendapat maklumat yang sahih.
Tarikh Permohonan Baharu Geran Khas Prihatin GKP 4.0
Kepada usahawan mikro yang masih belum pernah mendapat bantuan ini, pendaftaran akan mula dibuka pada 15 Julai hingga 31 Julai 2021. Pendaftaran baru bagi Geran Khas Prihatin GKP 4.0 telah ditutup.
Baca Juga: Bantuan Pendaftaran IPT YPJ:Cara Permohonan Bantuan & Pinjaman Pelajaran YPJ
Syarat Kelayakan Permohonan Geran Khas Prihatin GKP 4.0
Syarat kelayakan bagi memohon GKP 4.0 adalah seperti berikut:
- Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
- Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
- Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
- Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
Artikkel lain: Biasiswa IPT Yayasan Pahang:Permohonan Biasiswa Universiti Tempatan 2021/2022
Cara Permohonan Geran Khas Prihatin GKP 4.0
Permohonan perlu dilakukan secara online di laman web GKP di pautan berikut:
- Layari https://gkp.hasil.gov.my
- Sila lengkapkan borang permohonan dan sertakan dokumen sokongan jika perlu.
- Pastikan anda mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu.
- Semakan status boleh dibuat selepas maklumat dihantar dengan lengkap.
Soalan Lazim
1. Apakah GKP 4.0?
GKP 4.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi membantu aliran tunai perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan. Tarikh Bayaran GKP 4.0
2. Siapakah yang layak menerima GKP 4.0?
PKS mikro yang berstatus Lulus GKP seperti berikut:
- Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0
- Permohonan baharu GKP 4.0
3. Berapakah nilai bantuan GKP 4.0?
Nilai bantuan GKP 4.0 adalah seperti berikut:
Layak GKP 4.0 | Nilai Bantuan |
Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 yang berstatus | Lulus RM1,000 (2 Fasa) |
Lulus permohonan baharu GKP 4.0 | RM1,000 (2 Fasa) |
4. Apakah syarat untuk membuat permohonan baharu GKP 4.0?
Syarat kelayakan seperti berikut:
a. Bukan penerima GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 sebelum ini; dan
b. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
c. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
d. Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 30 Jun 2021; dan
e. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
5. Bagaimanakah kaedah permohonan GKP 4.0?
Permohonan baharu GKP 4.0 boleh dibuat secara dalam talian sahaja menerusi portal rasmi GKP (https://gkp.hasil.gov.my). Permohonan baharu secara manual di cawangan-cawangan LHDNM tidak akan diterima. Tarikh Bayaran GKP 4.0
6. Bilakah tarikh permohonan baharu GKP 4.0 bermula?
Permohonan baharu GKP 4.0 akan dibuka mulai 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021. Tarikh Bayaran GKP 4.0
7. Adakah penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 yang lulus perlu membuat permohonan semula bagi bantuan GKP 4.0?
Penerima sedia ada yang berstatus Lulus GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 tidak perlu membuat permohonan semula. Permohonan baharu GKP 4.0 hanya bagi PKS Mikro yang tidak menerima GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0. Tarikh Bayaran GKP 4.0
8. Permohonan GKP saya sebelum ini berstatus Tidak Layak adakah saya boleh membuat permohonan baharu GKP 4.0?
Sekiranya status permohonan GKP adalah Tidak Layak, maka tidak layak untuk membuat permohonan baharu GKP 4.0. Tarikh Bayaran GKP 4.0
9. Status permohonan GKP sebelum ini tidak lulus adakah saya boleh membuat permohonan baharu GKP 4.0?
Boleh. Permohonan baharu GKP 4.0 dibuka kepada PKS Mikro yang tidak lulus GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 serta tidak mempunyai rekod permohonan GKP dan Bantuan Prihatin rakyat (BPR). Tarikh Bayaran GKP 4.0
10. Bilakah keputusan permohonan boleh diketahui?
Tarikh semakan keputusan permohonan GKP 4.0 akan dimaklumkan oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dari semasa ke semasa. Tarikh Bayaran GKP 4.0
11. Bilakah pembayaran GKP 4.0 akan dibuat?
*Tertakluk kepada perubahan.
12. Bagaimanakah kaedah bayaran GKP 4.0 dilaksanakan?
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu GKP 4.0 atau penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0. Akaun bank persendirian pemohon mestilah sama ada akaun bank simpanan / semasa yang aktif sahaja. Tarikh Bayaran GKP 4.0
13. Apakah yang akan terjadi sekiranya saya gagal mengemukakan akaun bank simpanan / semasa untuk pembayaran GKP 4.0?
Proses pembayaran akan gagal dan bayaran akan terbatal memandangkan pembayaran GKP hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank simpanan / semasa yang aktif sahaja. Tarikh Bayaran GKP 4.0
14. Adakah semakan kelayakan GKP 4.0 akan dibuat dengan mana-mana Agensi Kerajaan?
Ya. Kerajaan akan membuat semak silang dengan Agensi Kerajaan yang dilantik bagi memastikan kesahihan maklumat yang dikemukakan pemohon. Tarikh Bayaran GKP 4.0
15. Saya baru mendaftar dan menjalankan perniagaan pada tahun 2021 (sebelum 30 Jun 2021), adakah saya perlu melaporkan jualan bagi tahun 2020?
Jika pendaftaran perniagaan pada tahun 2021 (sebelum 30 Jun 2021), jumlah jualan yang perlu dilaporkan adalah jualan diterima pada tahun 2021 sahaja. Tarikh Bayaran GKP 4.0
16. Saya telah mendaftar dan menjalankan perniagaan sebelum atau pada tahun 2020. Oleh itu jualan tahun bilakah yang perlu saya laporkan pada permohonan GKP 4.0?
Jika perniagaan yang telah didaftarkan dan beroperasi sebelum atau pada tahun 2020, jumlah jualan yang perlu dilaporkan adalah jumlah jualan bagi tahun 2020 dan 2021. Tarikh Bayaran GKP 4.0
17. Penerima GKP 1.0 GKP 2.0 atau GKP 3.0 yang lulus tetapi telah meninggal dunia sebelum atau pada 14 Julai 2021. Adakah bayaran GKP 4.0 akan dikreditkan ke akaun penerima berkenaan?
Bagi penerima GKP 1.0, GKP 2.0 atau GKP 3.0 yang lulus dan meninggal dunia sebelum atau pada 14 Julai 2021, tidak layak menerima bayaran GKP 4.0.Tarikh Bayaran GKP 4.0
18. Rakan kongsi saya adalah penerima GKP 1.0 GKP 2.0 atau GKP 3.0 yang lulus dan telah meninggal dunia sebelum atau pada 14 Julai 2021. Adakah saya boleh membuat permohonan pertukaran maklumat penerima GKP 4.0?
Bagi penerima GKP 1.0, GKP 2.0 atau GKP 3.0 yang lulus dan telah meninggal dunia, rujuk Jawapan bagi Soalan 15. Rakan kongsi perniagaan / syarikat boleh membuat permohonan baharu GKP 4.0 jika menepati syarat kelayakan. Tarikh Bayaran GKP 4.0
19. Saya juga membuat permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 dan berstatus Lulus. Adakah saya layak menerima GKP 4.0?
Jika permohonan BPR 2021 atau Rayuan BPR 2021 berstatus Lulus, tidak layak GKP 4.0. Tarikh Bayaran GKP 4.0
20. Saya telah menerima bayaran GKP sebelum ini dan ingin menolak bantuan GKP. Bagaimanakah cara untuk memulangkan bayaran GKP yang telah diterima?
Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:
i. Sila kemukakan surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia dengan menyatakan nama penuh, nombor Mykad dan sebab pemulangan;
ii. Lampirkan draf bank / cek atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan); dan
iii. Surat dan draf bank / cek perlu dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di alamat berikut:
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2, 62592 Putrajaya
21. Saya telah membuat pemulangan GKP dan menolak bantuan GKP. Adakah saya masih layak menerima GKP 4.0?
Sekiranya pemulangan GKP telah dilakukan dan telah disahkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), tidak layak menerima GKP 4.0. Tarikh Bayaran GKP 4.0
22. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya mempunyai sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 4.0?
Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 4.0 boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara). Tarikh Bayaran GKP 4.0
Baca Juga: Permohonan Biasiswa Kumpulan Maybank 2021:Cara & Syarat Permohonan
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat & pertanyaan tentang tarikh bayaran GKP 4.0 ini, pemohon atau penerima yang layak boleh melayari laman web Geran Khas Prihatin di https://gkp.hasil.gov.my/ atau
Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 4.0 boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Tarikh Bayaran GKP 4.0 ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com
Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Pengusaha Pusat Sukan:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Khas Golongan OKU:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Program Jaringan Inisiatif Umum JITU:Bantuan Asas Modal & Bimbingan Golongan OKU/Gelandangan
- PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan:Semak Kelayakan Permohonan Daftar MyFutureJobs
- PEMULIH Diskaun Bil TNB:Kelayakan & Kadar Diskaun PKS & Perniagaan Terpilih
- PEMULIH Permohonan Baru GKP4.0:Permohonan Baharu & Bayaran RM1,000 Julai 2021
- i-Citra KWSP:Permohonan Pengeluaran & Semakan Kelayakan