Bantuan Pendaftaran IPT YPJ:Cara Permohonan Bantuan & Pinjaman Pelajaran YPJ

Bantuan PendaftaranIPT YPJ:Cara Permohonan Bantuan & Pinjaman Pelajaran YPJ

CARA PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPT YPJ DIPLOMA/IJAZAH SARJANA MUDA( RM500/RM1000)

PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPT YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ) AKAN DIBUKA PADA 15 OGOS 2021 HINGGA 28 OGOS 2021.

Permohonan Bantuan Pendaftaran IPT YPJ ini dibuka kepada semua yang layak memohon.

Sila rujuk syarat permohonan Bantuan Pendaftaran IPT YPJ dan maklumat lanjut di bawah.

Untuk memohon pinjaman pelajaran Yayasan Pelajaran Johor baca: Pinjaman Pelajaran YPJ 2021:Cara Mohon Pinjaman YPJ 2021

Baca Juga: Bantuan Biasiswa IPT:Senarai Bantuan & Biasiswa Pelajar IPT Terkini

Apa Itu Skim Bantuan Pendaftaran IPT YPJ?

Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) menyediakan Skim Bantuan Pendaftaran IPT bagi penuntut baharu sebanyak RM500 bagi peringkat diploma dan RM1,000 bagi ijazah sarjana muda.

Kerajaan Johor berharap bantuan menerusi YPJ ini sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan kewangan anak-anak Johor yang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang terpilih.

Bantuan Permohonan IPT YPJ:Cara Permohonan Bantuan & Pinjaman Pelajaran YPJ

Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA semak biasiswa di sini:

Lain-lain biasiswa anda boleh seacrh di keptennews.com

Syarat Am Permohonan Bantuan Pendaftaran IPT & Pinjaman Pelajaran IPT YPJ

Syarat am Bantuan Pendaftaran IPT YPJ & Pinjaman Pelajaran YPJ adalah seperti berikut:

  1. Pemohon Pinjaman serta Bantuan Pendaftaran IPT YPJ lahir dan menetap di Negeri Johor
  2. Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih (Kolej YPJ, EDUCITY & Marsah)
  3. Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi
  4. Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih;
  5. Pendapatan Ibu DAN bapa / Penjaga tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan dan RM 4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas;
  6. Pemohon Pinjaman serta Bantuan Pendaftaran IPT YPJ hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian;
  7. Pemohon Pinjaman serta Bantuan Pendaftaran IPT YPJ tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain.
  8. Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan pengurus besar YPJ

Baca Juga: Biasiswa Pinjaman Kerajaan Sarawak:Cara Permohonan BPKNS 2021

Dokumen Sokongan Wajib Permohonan Bantuan Pendaftaran IPT & Pinjaman Pelajaran IPT YPJ

dokumen sokongan yang wajib disediakan untuk memohon Bantuan Pendaftaran IPT YPJ & Pinjaman Pelajaran IPT YPJ adalah seperti berikut:

  1. Slip Pengesahan Permohonan “Skim Bantuan Pendaftaran”
  2. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA
  3. Salinan Resit Pembayaran Yuran (bagi yang telah mendaftar)
  4. Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  5. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga
  6. Salinan Akaun Bank Islam (M) Berhad tanpa buku (PASSBOOK-LESS ACCOUNT) sahaja (Salinan Resit Pembayaran BIMB Tidak Diterima)
  7. Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
  8. Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN)

NOTA:

  • Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan.
  • Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai profesional/ Kategori A/ Ketua Kampung/ Penghulu/Pengerusi JKKK/ yang setaraf dengannya

Baca Juga: Bantuan Am Pelajaran MAIWP – Cara Memohon

Cara Menghantar Borang Permohonan Bantuan Pendaftaran IPT & Pinjaman Pelajaran IPT YPJ Serta Dokumen Sokongan

Cara menghantar borang permohonan serta dokumen sokongan Bantuan Pendaftaran IPT & Pinjaman Pelajaran IPT YPJ adalah seperti brikut:

  1. Susun dokumen permohonan mengikut senarai semak yang disediakan Masuk kan kesemua dokumen sokongan & permohonan kedalam sampul surat bewarna COKLAT bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.
  2. Tuliskan Jenis Permohonan di PENJURU KANAN ATAS jenis permohonan yang di pohon, sama ada i) PINJAMAN ii) SKIM BANTUAN PENDAFTARAN (SBP)
  3. Masuk ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ. (Bagi yang memilih kaedah serahan tangan) Bagi yang memilih kaedah POS, dokumen yang telah dimasuk ke dalam sampul surat tersebut boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai tracking number.
  4. Adalah dimaklumkan bahawa, kesemua borang permohonan yang dihantar ke YPJ ke dalam peti berkunci akan dibiarkan selama 24 jam bagi tujuan sanitasi.

Baca Juga: Permohonan GrEP MARA 2021:PROGRAM GRADUAN CEMERLANG 2021

Soalan Lazim

1.Bagaimanakah cara untuk memohon pinjaman Yayasan Pelajaran Johor?

Pelajar yang telah ditawarkan tempat pengajian dimana-mana IPT, boleh membuat permohonan sepanjang tahun (mengikut tarikh BUKA dan tarikh TUTUP yang ditetapkan) dengan langkah berikut:-

LANGKAH 1: Isi permohonan secara online di www.ypj.gov.my/

LANGKAH 2: Mencetak slip permohonan

LANGKAH 3: Hantar slip permohonan & dokumen sokongan yang diperlukan

LANGKAH 4: Permohonan yang berjaya sahaja akan dimaklumkan melalui SMS (dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup permohonan)

LANGKAH 5: Permohon yang berjaya akan menerima surat tawaran dan satu (1) set dokumen perjanjian yang akan dihantar ke emel pemohon

LANGKAH 6: Lengkapkan dokumen perjanjian dalam tempoh 3 minggu dari tarikh emel diterima

2.Apakah syarat permohonan bantuan pendaftaran IPT & pinjaman Yayasan Pelajaran Johor?

a) Lahir dan menetap di Johor

b) Mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut ke IPT sebelum memohon pembiayaan pendidikan

c) Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.

d) Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;

e) Tiada penaja lain (Pinjaman/Biasiswa)

f) Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh masa’

g) Pendapatan ibu DAN bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa & kelulusan)

h) PENTING : keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai jumlah pendapatan dengan per/kapita (jumlah pendapatan isi rumah/jumlah tanggungan) yang paling minima. Oleh itu, YPJ tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan

3.Apakah dokumen yang wajib dilampirkan bersama permohonan?

a) Slip permohonan

b) Salinan kad pengenalan pemohon & ibubapa/penjaga

c) Salinan sijil kelahiran

d) Salinan surat tawaran ke IPT

e) Salinan sijil SPM & sijil berhenti Sekolah

f) Slip gaji/ pengesahan pendapatan ibu DAN bapa / penjaga.

g) Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan

h) Salinan sijil kematian/penceraian (jika berkaitan)

4.Apakah YPJ membiayai pelajar yang akan menuntut di Universiti luar negara?

YPJ hanya menaja pelajar-pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran ke Indonesia, Mesir dan Jordan dalam jurusan Perubatan dan Pengajian Islam sahaja dan Permohonan tersebut adalah kelulusan YAB Menteri Besar Johor sahaja

5. Bagaimanakah wang pinjaman pendidikan dikeluarkan kepada pelajar IPT?

Wang pinjaman pendidikan dibayar melalui beberapa cara sepertimana di bawah:-

  • bayar terus melalui Bendahari di institusi-institusi;
  • bayar melalui akaun bank pelajar masing-masing (Institusi-institusi tertentu) ;

Pembayaran pertama hanya akan dibayar selepas Surat Perjanjian pinjaman yang lengkap dikembalikan dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh dikeluarkan manakala baki pinjaman dibayar dua kali setahun

Baca Juga: Biasiswa Yang di-Pertuan Agong:Cara Mohon& Semakan Kelayakan BYDPA 2021

Maklumat Lanjut

Pemohon Bantuan Pendaftaran IPT YPJ dan Peminjam boleh menghantar sebarang pertanyaan berkenaan Permohonan Pinjaman Yayasan Pelajaran Johor 2021 & Bantuan Pendaftaran IPT YPJ (YPJ 2021) di saluran berikut:

Aplikasi Whatsapp

  1. Pertanyaan Am: 013-7597 355 / 013-7791 355
  2. Aduan Pelanggan: 013-7411 355
  3. Bantuan Pendidikan: 013-7217 355 / 013-7290 355
  4. Bayaran Balik Pinjaman: 011-1147 9753 / 011-1148 9753 / 018-8749 753

Emel Rasmi

info@ypj.gov.my

Klik link : portal.ypj.gov.my/institusi-pengajian-tinggi/ untuk syarat dan dokumen yang diperlukan.

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Bantuan Pendaftaran IPT YPJ & Pinjaman Pelajaran IPT YPJ ini memudahkan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment