Permohonan Rayuan BKC 2021

Permohohan rayuan Bantuan Khas COVID-19 BKC adalah sama dengan permohonan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) jika anda gagal Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan telah membuat permohonan rayuan anda tidak perlu lagi membuat rayuan untuk BKC kerana jika Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) permohonan rayuan anda lulus anda juga akan menerima Bantuan Khas COVID-19 BKC 2021.

Artikel Lain: BKC Warga Emas Sebatang Kara:Semakan Status,Rayuan,Tarikh Bayaran BKC & Cara Mohon Baru
Kenyataan Rasmi Berkaitan Permohonan Rayuan BKC
Berikut adalah kenyataan rasmi daripada kementerian kewangan berkaitan permohonan rayuan Bantuan Khas COVID-19 BKC 2021:
BERA, 6 Sept – Mereka yang dalam tempoh rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tidak perlu bimbang kerana akan menerima Bantuan Khas COVID-19 (BKC), selepas keputusan rayuan diketahui hujung bulan ini.
Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah berkata kerajaan mendengar keluhan segelintir rakyat yang resah apabila mengetahui pemberian BKC kepada golongan B40 adalah berdasarkan data lulus BPR, memandangkan mereka masih berada dalam tempoh rayuan.
“Jika mereka lulus rayuan dengan kelayakan sedia ada, mereka juga layak menerima BKC. Jika tidak layak (menerima BPR), kita akan menggunakan kaedah silang data untuk semak dengan data percukaian dan jika memenuhi syarat M40, mereka juga tidak terkecuali untuk menerima bantuan ini.
“Kita sedaya upaya memastikan mereka yang terkesan dengan pandemik ini dibantu menerusi pelbagai kaedah diberikan kerajaan, namun bantuan ini juga mesti mematuhi syarat ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan BKC di sebuah bank di Triang di sini hari ini.
Mohd Shahar mengakui pandemik yang tidak pernah berlaku di Malaysia sebelum ini, juga menyebabkan berlaku situasi mereka dalam kategori T20 berubah menjadi M40, sekali gus layak untuk menerima bantuan kerajaan, jika memenuhi syarat.
Baca Juga: BKC Isi Rumah:Semakan Status,Rayuan,Tarikh Bayaran BKC & Cara Mohon Baru
Cara Semakan Permohonan Rayuan Bantuan Khas COVID-19 BKC
Cara semakan permohonan rayuan Bantuan Khas COVID-19 BKC adalah menggunakan kaedah yang terperinci agar tiada pihak yang tercicir dari menerima Bantuan Khas COVID-19 BKC ini.
Sehubungan itu, kementerian sentiasa melaksanakan proses semak dan imbang untuk mengemas kini data bagi mengurangkan risiko mereka yang layak tercicir, mengambil kira bantuan diberikan adalah secara bersasar dan berperingkat.
Ketahui Juga: BKC Bujang:Semakan Status,Cara Mohon & Tarikh Bayaran BKC Bujang
Jadual Pembayaran Bantuan Khas COVID-19 BKC
Jadual pembayaran BKC asal telah dikemaskini setelah tampok pemerintahan kerajaan berubah baru baru ini.
Bantuan Khas COVID-19 BKC dijadualkan dibuat pada September, November dan Disember, tidak sepertimana jadual asal yang menunjukkan bayaran akan dibuat bermula ogos.
Artikel Berkaitan: BKC Gagal Kredit:Kenapa Gagal Kredit & Semakan Pembayaran Tunai Fasa 1
Kemaskini Akaun Bank Penerima BKC BPR
Kerajaan menyarankan penerima BPR yang memohon BKC agar sentiasa menyemak akaun bank mereka supaya sentiasa aktif untuk memudahkan Bantuan Khas COVID-19 BKC dikreditkan ke akaun penerima.
Selain itu, Mohd Shahar berharap penerima BPR membuat semakan akaun bank kerana didapati masih ada yang tidak menyedari BKC dikreditkan ke akaun mereka kerana berpandangan tidak membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan tunai tersebut.
Ketahui Juga: Duit BKC Tak Masuk:Kenapa Belum Masuk Akaun (Lulus Tapi Tak Dapat Lagi)
Pembayaran Bantuan Khas COVID-19 BKC Fasa 1
Pembayaran Bantuan Khas COVID-19 BKCbagi fasa 1 telah dibuat bermula pada 6 September 2021 seperti nkenyataan YAB PM seperti berikut:
Pada 1 Sept lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberian BKC fasa satu bermula hari ini, dijangka memanfaatkan 10 juta penerima B40 dan M40 yang layak, terdiri daripada 4.4 juta isi rumah, warga emas (1.1 juta) dan bujang (4.5 juta) dengan peruntukan RM3.1 bilion.
Katanya, BKC pada awalnya dijadualkan pada Ogos lepas namun kelewatan berlaku disebabkan perubahan pentadbiran kerajaan, sebelum perdana menteri mengarahkan pembayaran disegerakan sebaik sahaja Kabinet baharu memulakan kerja.
“Kita mempunyai kedudukan kewangan yang baik untuk memberi bantuan dan kerajaan menggunakan konsolidasi fiskal untuk kita melihat secara keseluruhan perbelanjaan dan penggunaan kewangan negara yang lebih kepada rakyat bagi membantu mereka,” katanya.
Secara keseluruhan, kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM17.1 bilion pada tahun ini bagi pelaksanaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0, BPR, BPR Tambahan, BKC dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) telah dan akan diberikan kepada mereka yang layak.
Baca Juga: Tarikh BKC Dikreditkan Ke Akaun Penerima:Bila Masuk Akaun Bank
Cara Permohonan Rayuan BKC
Untuk membuat permohonan rayuan BKC anda boleh melihat terlebih dahulu alasan anda gagal dalam permohonan kemudian boleh mengemukakan rayuan melalui https://bkc.hasil.gov.my kemudian lampirkan dokumen sokongan sebab gagal permohonan BKC Warga Emas W/E Sebatang Kara ini.
Ketahui Juga: Cara Pindahkan Data Telefon Lama Ke Telefon Baru: Transfer Gambar Video Phone Contact Aplikasi
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut tentang Permohonan Rayuan BKC, anda boleh layari portal rasmi Bantuan Khas Covid di pautan https://bkc.hasil.gov.my
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Permohonan Rayuan BKC ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com
Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Pengusaha Pusat Sukan:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Khas Golongan OKU:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Program Jaringan Inisiatif Umum JITU:Bantuan Asas Modal & Bimbingan Golongan OKU/Gelandangan
- PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan:Semak Kelayakan Permohonan Daftar MyFutureJobs
- PEMULIH Diskaun Bil TNB:Kelayakan & Kadar Diskaun PKS & Perniagaan Terpilih
- PEMULIH Permohonan Baru GKP4.0:Permohonan Baharu & Bayaran RM1,000 Julai 2021
- i-Citra KWSP:Permohonan Pengeluaran & Semakan Kelayakan
Permohonan Rayuan BKC
Sy t. you utk bkc 2021.
Saya belum masuk lg duit
nama saya tiada dalam rekod penerima bantuan khas covid kategori bujang
Duit blom msuk LG skrg DH 9/9…lembab buat kje bank Hong leong
Suami dah kena berenti kerja dan gaji saya dipotong setiap bulan sehingga hujung tahun tapi kami belum dapat apa-apa batuan pun lagi sehingga hari ini…..kerajaan beritahu bahawa tak akan ada sorang pun rakyat yang tak terlepas tapi kami macam diabaikan
Assalamualaikum… sy Nieta ingin mluahkn rasa ‘Tidak Berpuashati’ thadap Bantuan Kerajaan(BPR) kerana sy sepatutnya ‘Layak’ menerima bantuan kjaan hanya disbb kn sy terlambat updated status BPR,sy gagal dlm bantuan tsebut, kerana document tak lengkap, sy mcari peluang mghubungi LHDN utk mdpt rayuan, kesal dgn layanan operator LHDN, bila soalan sy di remeh kn, seolah2 rayuan utk BSH dh ttup, sepatutnya sy perlu RAYUAN, disbb kn kelewatan mgemaskini butiran peribadi, sy gagal msuk online Bantuan Perihatin Rakyat kerana document tak lengkap (mkmh Syariah di Negeri 9) sy tak bleh merentas (pkpd) sy kesal dgn tindakan pihak LHDN (melalui telephone) tidak mberi kerjasama bg meringan urusan, sy juga tidak dpt merentas sempadan
(pkpb) bg mdpt kn document penting di Pej Syariah N9,sy cuba mcari jln utk btemu dg pengawai LHDN tp date semuanya penuh…Sy merayu kpd pihak yg bkenaan agar sy dpt menerima bantuan BPR, sy ada lah penerima bantuan BSH, Dengan pjelasan sy diatas berhrp pihak kjaan mberi ruang kpd rakyat yg masih ketinggalan dlm bantuan BPR, sy juga menuntut bayaran bantuan dr awal hingga ke hari ini, semoga pihak kjaan dpt mbantu…Sekian T.Kaseh
Nama saya tiada dalam rekot penerima bantuan BKR/BKC ketegeri B40
BUKA LAH RUANG BAGI ORANG YANG LAYAK TERIMA BANTUAN BKC SUPAYA BUAT RAYUAN? SAYA SALAH SEORANG JUGA TIDAK TERIMA BANTUAN BKC. DAN SEMAKAN TIADA DALAM REKOT PENERIMA BANTUAN BKR/BKC
Saya kesal nama saya x layak BPR dan BKC sedangkan pendapatan isi rmh tid7ak sampai 7K, kesal sgt
Saya juga nak meluahkan rasa hati..disebabkan tiada surat kematian suami..bor dan bkc yg sepatutnya saya terima tak dapat..sedangkan saya sekarang seorang balu dan warga emas..yg pendapatan hanya dari pemberian anak sebanyak rm500 sebulan…sebenarnya saya telah pun memberi surat kematian arwah suami pada tahun 2020 di LHDN Rawang….tapi kenapa surat tu tak ada di Lhdn….ke dah dimasukkan kedalam tong sampah….maaf kalau kata kata saya keterlaluan…yang kecewa…