Cara Daftar Tahun 1 : Pendaftaran Online Tahun 1 Sesi 2022/2023 KPM

Cara Daftar Tahun 1

Cara Daftar Tahun 1 : Pendaftaran Online Tahun 1 Sesi 2022/2023 KPM

Berikut cara daftar online tahun 1 bagi sesi 2022/2023. Daftar online diperkenalkan bagi mengelak kesesakan di sekolah sewaktu pendaftaran.

Murid warganegara dan bukan warganegara yang layak, yang genap berumur enam tahun pada tahun semasa persekolahan layak memohon ke Tahun 1.

Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu

Cara Daftar Tahun 1

Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat

Contoh:

Umur Persekolahan Tahun 1 bagi 2022 adalah bagi kanak-kanak warganegara yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016.

Permohonan ke Tahun 1 ada 2 mod, iaitu:

  1. Secara atas talian (online) melalui portal: https://public.moe.gov.my/
  2. Secara manual – pendaftaran di sekolah.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara membuat permohonan pendaftaran Tahun 1 secara online bagi sesi 2022 / 2023 yang akan dibuka mulai 1 Mac 2021 ini.

Tarikh Daftar Tahun 1 Online

Permohonan kemasukan ke Tahun 1 sesi persekolahan tahun 2022 dan 2023 secara online melalui laman web SPS KPM boleh dilakukan mulai 1 Mac 2021.

Pendaftaran manual perlu dirujuk pada pihak sekolah.

Permohonan Bantuan Yuran Taska RM 100 sebulan. Program Asuh Pintar 2021

Cara Daftar Tahun 1 Sesi 2022/2023 KPM Online

KPM telah memperkenalkan Perkhidmatan Dalam Talian iaitu sistem SPS (Modul Pengurusan Murid) bagi memudahkan permohonan ke tahun 1, semakan kehadiran dan mengemaskini profil anak jagaan tanpa ibu bapa murid perlu mengisi borang manual.

Ibu bapa / penjaga hanya perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri jika belum mempunyai akaun atau log masuk menggunakan akaun sendiri jika telah mempunyai akaun sendiri.

Setelah ada akaun sendiri dan boleh log masuk, ibu bapa / penjaga boleh meneruskan proses pendaftaran secara online.

Berikut adalah langkah membuat pendaftaran Tahun 1 secara online.

Baca Juga: Cara Guna Google Meet: Cara Login Lengkap

  1. Layari laman web https://public.moe.gov.my/
  2. Tekan butang Pengguna Baru Cara Daftar Tahun 1
  3. Sila Daftar Pengguna dan tekan Daftar
  4. Isikan maklumat yang diperlukan (seperti dalam rajah di bawah)
  5. Setelah berjaya daftar masuk, klik pada Tahun 1
  6. Setelah itu, pilih Permohonan Baharu
  7. Pengguna perlu memasukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk pengesahan
  8. Sila isikan:
    1. Maklumat murid
    1. Rekod kesihatan murid
    1. Maklumat penjaga
  9. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
  10. Untuk makluman, jika pengguna membuat pilihan ‘YA’ pada ruangan Status OKU pada MAKLUMAT MURID, pilihan jenis sekolah pendidikan khas akan wujud dalam Maklumat Permohonan. Jika tidak, pilihan jenis sekolah tersebut tidak akan wujud.
  11. Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
  12. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
  13. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
  14. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  15. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

*Rujuk & muat turun Manual Pengguna Pendaftaran Tahun 1 KPM.

Cara Daftar Tahun 1

Baca Juga: Cara Buat Google Form Kuiz & Kehadiran Online

Terlupa Kata Laluan

Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?

Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATALALUAN.

Mohon semak e-mel (berdasarkan e-mel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)

Sekiranya e-mel yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN, sila e-mel kepada pihak admin. *(Dengan subjek e-mel: E-mel tidak sah untuk fungsi katalaluan)

Maklumat Lanjut

Segala pertanyaan dan masalah mengenai pilihan sekolah, pendaftaran akaun pengguna(ID Pengguna dan Kata Laluan) boleh menghubungi no telefon dan emel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan Tuan/Puan melalui pautan INI.

atau layari

https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi

atau ibubapa boleh juga hubungi pihak sekolah.

Terima kasih. Semoga semua ibubapa berjaya mendaftarkan anak masing-masing insyaAllah.

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Cara Daftar Tahun 1 ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Cara Daftar Tahun 1 Cara Daftar Tahun 1 Cara Daftar Tahun 1 Cara Daftar Tahun 1 Cara Daftar Tahun 1

Leave a Comment