ePerolehan:Cara Daftar & Login Akaun Sistem Perolehan Kerajaan
Bagaimana cara daftar ePerolehan sebagai pembekal dari Kementerian Kewangan Malaysia melalui eperolehan.gov.my? Mudah sahaja, ikuti panduan seperti di bawah.
System log masuk ePerolehan, semak cara daftar dan login masuk sistem Portal Rasmi e perolehan Pembekal dan Tender Kerajaan Malaysia Secara Online tahun 2021, eperolehan.gov.my
Sesuai dengan negara kita hari ini sedang mengadaptasi dalam sistem online disetiap sistem kerajaan hari ini. Banyak maklumat dan pengumuman kerajaan disalurkan melalui secara media sosial dan online.
Begitu juga, pelbagai portal kerajaan dibangunkan melalui Kementerian Kewangan Malaysia dengan harapan sistem perkhidmatan kerajaan diuruskan secara online dengan harapan memudahkan interaksi antara rakyat Malaysia dan kerajaan lebih telus, efisien dan memudahkan semua pihak termasuk portal ezbiz ssm login.
Anda juga boleh membuat pendaftaran syarikat secara online sekarang ini tanpa perlu hadir ke kaunter SSM. Daftar di pautan ini: Daftar SSM Online:Cara Pendaftaran Perniagaan Online
Tidak terlepas juga sistem perolehan kerajaan yang selama ini hanya menggunakan cara lama iaitu cara manual sahaja. Tetapi telah dinaiktaraf dengan sistem portal eperolehan mof. Ini sangat membantu kalangan kalangan peniaga, usahawan dan kontraktor serta pembekal untuk hantar permohonan bagi menawarkan produk dan perkhidmatan secara online dengan pihak kerajaan Malaysia. Cuba mohon bsh dan semak cara check bsh, tidak lupa juga bantuan prihatin nasional bpn 2.0 semakan secara online
Jika sudah register, boleh terus login ePerolehan sebagai pembekal.

Baca Juga: MyPuspakom:Cara Daftar Login Buat Temujanji Pemeriksaan Online (mypuspakom.com.my)
Sistem Portal ePerolehan Login Masuk Pembekal
1) Anda boleh login masuk login eperolehan pembekal di laman utama melalui www.eperolehan.gov.my login
2) Di pihak kerajaan dengan ada sistem seperti ini, kerajaan dapat memantau setiap pembelian dan perbelanjaan aset, servis dengan lebih efisien dan menjimatkan masa semua pihak.
Ini termasuk dikalangan penjawat awam yang terbabit termasuk dapat mengurangkan lagi risiko terdedah untuk berlakunya masalah penyelewengan dan rasuah perbelanjaan aset, projek dan servis
3) Dengan data yang diperolehi melalui sistem online, kerajaan lebih mudah untuk memantau dan merancang keperluan perbelanjaan semasa dan ketepatan peruntukkan bagi perbelanjaan aset, projek dan servis pada tahun tahun yang akan datang
Pelbagai perkara yang anda boleh perolehi di portal ini antaranya ialah sistem mudah log masuk selepas anda berjaya lakukan pendaftaran sebagai pembekal baru, senarai katelog, carian kos item dan banyak lagi, semuanya boleh diperolehi di portal mof ini.
Artikel Lain: Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
Apa Itu ePerolehan
ePerolehan merupakan sistem perolehan online, yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada kerajaan Malaysia secara atas talian melalui eperolehan.gov.my.
ePerolehan juga berperananan sebagai salah satu cara untuk para pembekal mendaftar dan memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Sistem ePerolehan secara “paperless” ini sebenarnya lebih mudah, serta menjimatkan kos, masa dan tenaga.
Ketahui Juga: Cara Daftar Login MyEG:Check Status Roadtax, Semak Saman Renew Lesen Dll
Panduan Pendaftaran ePerolehan Melalui eperolehan.gov.my
Sebelum boleh login ePerolehan dan masuk tender kerajaan, anda perlu mendaftar terlebih daulu.
Mana-mana syarikat yang berkelayakan, memang boleh masuk ePerolehan tender.
Jadi, anda perlu buat permohonan pendaftaran pembekal baru terlebih dahulu:
- Layari laman web rasmi ePerolehan di sini: https://www.eperolehan.gov.my/online-registration
- Pilih jenis akaun iaitu Akaun Asas, Akaun MOF dan Akaun G2G.
- Untuk maklumat lanjut, sila baca penerangan mengenai jenis akaun pembekal untuk daftar ePerolehan
- Kami andaikan anda mahu buat pendaftaran untuk Akaun Asas
- Pilih Akaun Asas
- Sila baca PENGENALAN AKAUN PEMBEKAL sebelum meneruskan cara daftar ePerolehan
- Selesai baca, tekan butang Seterusnya
- Baca TERMA DAN SYARAT dengan teliti
- Masukkan nombor dan aksara Captcha yang dikehendaki
- Klik Seterusnya
- Klik pada Saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat di atas dan mengesahkan bahawa maklumat Pentadbir Pembekal yang dilantik adalah tepat dan benar
- Di bahagian MAKLUMAT AKAUN, masukkan:
- Jenis Perniagaan / Syarikat
- Nombor Pendaftaran Perniagaan
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan jika dipinta
- Tekan butang Seterusnya
- Selesaikan hingga habis semuanya
Untuk memudahkan anda baca: Renew Lesen Memandu MyEG Online:Cara Renew Kaedah Bayaran & Harga Lesen
Kategori Akaun Pembekal
Akaun Asas
- Akaun ini adalah khas bagi pembekal yang ingin daftar e Perolehan yang bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan (Bukan Perunding) tidak melebihi RM20,000.00.
- Tiada bayaran dikenakan untuk permohonan Akaun Asas.
Akaun MOF
- Akaun ini adalah untuk pembekal yang ingin daftar ePerolehan yang bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan sehingga nilai RM20,000 dan juga yang melebihi had nilai RM20,000. Pembekal akaun MOF terbahagi kepada dua iaitu:
- Kontraktor:
- bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Perolehan Bekalan & Perkhidmatan bukan perunding; atau
- bertransaksi dengan Lain-lain (Kerajaan Negeri, Badan Berkanun, Syarikat Berkaitan Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan)
- Perunding
- bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Perolehan Perkhidmatan Perunding.
Akaun G2G
- Bagi Agensi Kerajaan bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan menggunakan kaedah pembelian terus tanpa had nilai di sistem e Perolehan.
- Agensi Kerajaan bermaksud Badan Berkanun Persekutuan/Negeri, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Segalanya online: Renew Roadtax Insurans MyEG:Cara Renew Online Mudah Guna MyEG
Pendaftaran Guna GMail
Jika anda seorang pembekal yang ingin mendaftar, anda dinasihatkan untuk menggunakan
- e-mel syarikat (contohnya ali@syarikatABC.com)
- atau perkhidmatan GMail, iaitu servis e-mel Google seperti pembekal@gmail.com
Jangan guna perkhidmatan e-mel Yahoo iaitu @yahoo.com, @ymail.com dan @rocketmail.com dalam urusan Pendaftaran Pembekal bagi mengatasi masalah penerimaan notifikasi e-mel daripada Sistem e Perolehan.
MAKLUMAN PENTING:
- Semua pembekal disarankan untuk menggunakan e-mel syarikat atau perkhidmatan e-mel Google seperti @gmail.com.
- Ini bertujuan untuk mengelakkan masalah penerimaan notifikasi melalui e-mel daripada Sistem e Perolehan.
- Penggunaan perkhidmatan e-mel Yahoo seperti @yahoo.com, @ymail.com dan @rocketmail.com adalah TIDAK digalakkan.
Perlu Tahu: Cara Claim Insurans Motosikal:Tuntutan Kemalangan & Tempoh Tuntutan
Cara Login ePerolehan Melalui Telefon Bimbit
Bagi pembekal dan kontraktor yang selalu berada di luar, jika anda mencari-cari pautan yang betul, berikut ialah cara login ePerolehan mobile yang boleh diakses secara online menggunakan telefon bimbit biasa
- Download dan install browser Google Chrome
- Selepas siap semuanya, layari laman web rasmi ini: https://www.eperolehan.gov.my
- Jika anda pengguna Android:
- Klik option di bahagian atas kanan (iaitu simbol 3 dot)
- Klik Desktop site
- Jika anda pengguna iPhone:
- Klik option di bahagian atas kanan (iaitu simbol 3 dot)
- Klik Request Desktop site
- Sekarang, anda akan dapat lihat seperti login melalui desktop
- Lihat senarai di Pautan Segera
- Di sebelah kiri, ada ikon yang berwarna hijau
- Klik Log Masuk Ke e Perolehan
- Sebagai alternatif, boleh terus simpan pautan ini: https://www.eperolehan.gov.my/ssologin
- Masukkan ID Log Masuk
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Log Masuk
- Kini, anda sudah login ke dalam sistem e Perolehan online
Wajib Baca: Rukun Solat: Wajib Tahu 13 Rukun Solat & Pecahannya
Cara Login ePerolehan Menggunakan Komputer Desktop
Bagi pembekal dan kontraktor yang berada di pejabat, lebih sesuai menggunakan PC, komputer atau laptop. Berikut ialah cara untuk log masuk ePerolehan:
- Layari laman web rasmi ini: https://www.eperolehan.gov.my
- Lihat senarai di Pautan Segera
- Di sebelah kiri, ada ikon yang berwarna hijau
- Klik Log Masuk Ke e Perolehan
- Sebagai alternatif, boleh terus simpan pautan ini: https://www.eperolehan.gov.my/ssologin
- Masukkan ID Log Masuk
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Log Masuk
- Kini, anda sudah login ke dalam sistem ePerolehan online
Cuma ingin maklumkan di sini, e Perolehan login ini hanya sesuai digunakan untuk orang yang menggunakan PC ataupun komputer dan laptop.
Kurang sesuai jika masuk secara mobile menggunakan telefon bimbit kerana paparan sangat kecil. Apa-apa pun, terpulang kepada anda.
Baca Juga: e-Pengambilan PDRM 2021: Permohonan Jawatan Polis DiRaja Malaysia
Senarai Perkhidmatan ePerolehan Online
Selepas selesai login, anda boleh menggunakan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di dalam sistem e Perolehan ini.
Antaranya ialah:
- Menghantar cadangan Tender / Sebut Harga
- Menghantar permohonan
- Menerima Permohonan
- Menyemak status permohonan
- Menyerahkan tawaran tender
- Membuat / menerima pembayaran secara atas talian
- Katalog Elektronik (eCat)
Terkini: Maybank Trade:Cara Buka Akaun CDS & Pelaburan Online Maybank2u
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan cara daftar atau semakan e Perolehan melalui eperolehan.gov.my ini layari: https://www.eperolehan.gov.my/home atau hubungi
Unit Bantuan Pendaftaran Syarikat
Pembekal / Kerajaan
Tel : +603 8882 3166, +603 8882 4341
Fax : +603 8882 4337
Email : ups@mof.gov.my
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang cara daftar dan juga login portal ePerolehan ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com