eBMT RISDA:Kemaskini Maklumat & Permohonan Baru Bantuan Musim Tengkujuh 2021
Permohonan bantuan musim tengkujuh RISDA bagi tahun 2021 akan menggunakan sistem atas talian iaitu eBMT RISDA yang dibangunkan pada tahun 2021.
eBMT RISDA akan menginput semua data dan maklumat penerima BMT tahun sebelumnya ke dalam sistem tersebut bagi memudahkan penerima untuk menyemak dan mengemaskini maklumat yang sedia ada.
Penerima bantuan musim tengkujuh RISDA pada tahun sebelumnya hanya perlu mengemaskini maklumat yang ada di dalam sistem tersebut jika nama mereka telah wujud di dalam sistem eBMT RISDA tersebut.
Berikut Dikongsikan serba sedikit maklumat berkaitan eBMT RISDA bagi memudahkan pekebun kecil ataupun penoreh bukan pemilik kebun getah memohon Bantuan Musim tengkujuh bagi tahun 2021.
Selain Permohonan eBMT anda juga boleh baca: Bantuan Tanam Semula Getah: RISDA
Artikel Lain: Permohonan MRSM Sesi 2022:Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 & 4
Apa Itu BMT
BMT membawa maksud Bantuan Musim Tengkujuh yang mana diberikan oleh pihak RISDA kepada para pekebun kecil getah yang terkesan dengan musim tengkujuh yang melanda negara kebiasaannya pada hujung tahun.
Pemberian BMT dilihat sangat membantu para pekebun kecil pada musim hujan yang manamereka tidak dapat keluar menoreh pada musim tersebut.
BMT terbahagi kepada 2 kategori iaitu pemilk kebun getah dikelali sebagai BMT pemilik dan pengusaha bukan pemilik dikenali sebagai BMT penoreh.
Baca seterusnya untuk serba sedikit maklumat berkaitan eBMT RISDA 2021.
Baca Juga: Biasiswa Baitulmal MAIWP:Permohonan Biasiswa Melanjutkan Pelajaran Ke Mesir & Jordan
Cara Kemaskini Maklumat eBMT RISDA
Untuk mengemaskini maklumat melalui eBMT RISDA 2021 ikuti langkah di bawah:
- Layari: http://bmt.risda.gov.my/bmtsemakan/
- Masukkan no kad pengenalan pemohon eBMT RISDA
- Setelah berjaya masuk semak semua maklumat peribadi dan juaga akaun bank anda
- Sila pastikan semua maklumat adalah betul terutama No Akaun Bank dan No Talefon untu dihubungi
- Klik pada kotak pengesahan yang diminta.
- Selesai dan simpan.
*Nota Penting.
Pengesahan/kemaskini nombor akaun melalui link bmt.risda.gov.my hanya utk penerima BMT2020 kategori pemilik sahaja. Penerima BMT2020 kategori penoreh perlu buat permohonan baru utk BMT2021. Jadi bila semakan dibuat oleh penoreh 2020 melalui link semakan, akan naik sbg tiada rekod
Baca Juga: Duit GKP 4.0:Semakan Jumlah Bayaran GKP 4.0
Syarat Permohonan eBMT RISDA
Penerima yang layak menerima BMT adalah pekebun kecil getah dan seorang pekebun kecil getah hanya layak untuk menerima bantuan ini sekali sahaja.
Syarat-syarat kelayakan BMT seperti berikut :
i) Warganegara Malaysia.
ii) Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA.
iii) Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
iv) Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik.
v) 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja.
vi) Seorang Pekebun Kecil hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
vii) Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).
Baca Juga: Bayaran BPR Fasa 3:Jadual Bayaran BPR Fasa 3
Syarat Permohonan RISDA Pemilik Kebun (BMT Pemilik)
Berikut adalah syarat bagi permohonan BMT pemilik kebun getah RISDA:
Artikel Lain: Shopee eDuit:Cara Tebus Kredit & Baucar RM100 Pengguna Baharu Shopee
Syarat Permohonan RISDA Pengusaha Bukan Pemilik (BMT Penoreh)
Baca Juga: SOP Pembukaan Sekolah Mengikut Fasa 1,2,3 & 4 PPN
Cara Permohonan eBMT RISDA 2021
Untuk membuat permohonan Bantuan Musim tengkujuh RISDA bagi tahun 2021 anda boleh menggunakan 2 kaedah iaitu secara online eBMT RISDA atau secara manual melalui Pejabat RISDA melalui Temujanji terlebih dahulu.
Untuk permohonan online anda boleh mohon di: bmt.risda.gov.my
Untuk permohonan manual di pejabat RISDA sila hubungi pejabat terdekat terlebih dahulu untuk membut temujanji. Pihak RISDA hanya akan melayan mereka yang ada temujanji sahaja bagi mengelakkan kesesakan di semua pejabat RISDA. eBMT RISDA
Maklumat Lanjut: Tarikh Buka Sekolah 2021: SOP Pembukaan Semula Sekolah 3 Oktober
Tarikh Permohonan eBMT RISDA 2021
Tarikh permohonan BMT melalui eBMT RISDA adalah seperti berikut:
- Tarikh permohonan di buka: 15 SEPTEMBER 2021
- Tarikh Permohonan Di Tutup: 15 NOVEMBER 2021
Sila kemukakan permohonan anda pada atau sebelum 15 November 2021 untuk tujuan semakan dan pembayaran.
Soalan Lazim
1. Siapakah yang layak menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang dilaksanakan oleh RISDA?
Penerima yang layak menerima BMT adalah pekebun kecil getah dan seorang pekebun kecil getah hanya layak untuk menerima bantuan ini sekali sahaja. eBMT RISDA
Syarat-syarat kelayakan BMT seperti berikut :
i) Warganegara Malaysia.
ii) Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA.
iii) Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
iv) Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik.
v) 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja.
vi) Seorang Pekebun Kecil hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
vii) Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).
2. Berapakah kadar bantuan BMT 2021 yang dilaksanakan oleh RISDA?
Mengikut BMT 2020 Kadar bantuan adalah RM600 dan bayaran secara 2 peringkat (RM300 x 2 bulan) pada bulan Disember 2020 dan Januari 2021. Untuk BMT 2021 nanti akan dikemaskini jika terdapat perubahan. eBMT RISDA
3. Apakah yang dimaksudkan dengan Pekebun Kecil Getah Pemilik Pengusaha dalam skop bantuan ini?
Pekebun kecil getah Pemilik Pengusaha adalah pekebun kecil yang memiliki tanah, menguruskan dan/atau mengusahakannya sendiri. eBMT RISDA
4. Apakah yang dimaksudkan dengan Penoreh Bukan Pemilik?
Penoreh Bukan Pemilik adalah mereka yang menoreh getah di kebun pekebun kecil sebagai pekerjaan utama dan tidak memiliki tanah bertanam getah. eBMT RISDA
5. Apakah yang dimaksudkan dengan Pemilik Tanah Yang Sah?
Pemilik tanah yang sah bermaksud tuan punya atau Pemegang Amanah seperti dinyatakan di dalam geran tanah atau pentadbir seperti dinamakan didalam Surat Kuasa Mentadbir (letter of administration) yang dikeluarkan oleh pejabat tanah atau mahkamah yang berkenaan. eBMT RISDA
6. Apakah yang dimaksudkan dengan “Pekebun Kecil Yang Berdaftar Dengan RISDA”?
i) Pekebun kecil yang mempunyai Kad PengenalanPekebun Kecil (SIC) atau tersenarai di dalamSistem e SPEK atau Sistem Maklumat Bersepadu (SMB) atau dalam Faharasat Lot (TS17A).
ii) Bagi Penoreh Bukan Pemilik yang tiada di dalam senarai Perkara (i) di atas, pengisian Borang BMT dikira sebagai berdaftar dengan RISDA.
iii) Bagi pekebun kecil Pemilik Pengusaha di bawah Agensi lain, pengisian Borang BMT (Pemilik) beserta surat pengesahan daripada Agensi dibawah dikira sebagai berdaftar dengan RISDA iaitu Lembaga Getah Malaysia (LGM), Jabatan Pertanian Sarawak (JPS), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), FELCRA dan lain-lain sumber Agensi/Jabatan. eBMT RISDA
7. Berapakah jumlah maksimum keluasan tanah bagi pekebun kecil yang ingin memohon bantuan BMT?
Jumlah keluasan semua tanah yang dimiliki adalah berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat. eBMT RISDA
8. Bolehkah pekebun kecil getah yang berkongsi tanah dalam satu geran memohon BMT?
Satu lot hanya seorang penerima sahaja yang layak menerima bantuan ini bagi satu lot yang sama. eBMT RISDA
9. Bolehkah Pemilik Pengusaha dan Penoreh Bukan Pemilik mendapat bantuan ini bagi satu lot yang sama?
Hanya seorang penerima sahaja yang layakmenerima bantuan ini bagi satu lot yang sama, sama ada Pemilik Pengusaha atau Penoreh Bukan Pemilik dan tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi. eBMT RISDA
10. Bagaimanakah cara membuat semakan Penerima Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2021 (BMT 2021)?
Pekebun kecil boleh membuat semakan kelayakan penerima bantuan melalui Sistem e-BMT di pautan atau bmt.risda.gov.my. eBMT RISDA
11. Bagaimanakah cara membuat permohonan baru Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)?
Permohonan baru bagi pekebun kecil yang layak boleh dibuat melalui bmt.risda.gov.my atau di semua pejabat RISDA yang berhampiran denagn membuat temujanji terlebih dahulu dan membawa dokumen sokongan berikut :
i) Pemohon Pemilik Pengusaha hendaklah melengkapkan Borang BMT (Pemilik) beserta dokumen sokongan berikut :
a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
b) Salinan Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) jika ada; dan
c) Geran asal tanah dan salinan; dan
d) Salinan buku akaun bank yang aktif.
ii) Pemohon Penoreh Bukan Pemilik hendaklah melengkapkan Borang BMT (Penoreh) beserta dokumen sokongan berikut :
a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
b) Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah; dan
c) Salinan geran lot yang ditoreh; dan
d) Salinan Kad PAT-G; dan
e) Salinan buku akaun bank yang aktif.
12. Adakah setiap permohonan dari pekebun kecil getah dikira sebagai layak mendapat BMT?
Setiap permohonan dari pekebun kecil getah yang memenuhi syarat akan disenaraikan untuk menerima bantuan BMT seterusnya. eBMT RISDA
13. Ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini, perlukah pemohon membuat temujanji terlebih dahulu sebelum hadir ke Pejabat RISDA untuk berurusan?
Semua pemohon hendaklah membuat temujanji terlebih dahulu di Pejabat RISDA sebelum dibenarkan berurusan dengan mematuhi GarisPanduan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan wabak Covid-19 dan akan dibuat pemeriksaan suhu badan, saringan kesihatan, membersihkan tangan menggunakan hand sanitizer dan diwajibkan pemakaian pelitup muka (face mask). Jumlah kehadiran pemohon bagi satu sesi adalah tertakluk kepada saiz keluasan ruang dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter dan kehadiran akan direkod. eBMT RISDA
17. Bagaimanakah caranya pekebun kecil getah yang berkongsi tanah dalam satu lot membuat permohonan BMT?
Hanya salah seorang pemilik tanah bagi lot tersebut layak memohon BMT dengan mengisi Borang (Pemilik) dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Borang TS20(B) iaitu Surat Sumpah Oleh Pihak Yang Berkongsi/Waris-Waris/Pemegang Amanah digalakkan untuk diisi oleh pemohon sebagai bukti telah mendapat persetujuan daripada ahli kongsi yang lain. Wakil penerima (pemohon) bagi lot tersebut akan membahagikan bantuan kepada ahli kongsi secara adil dan melepaskan RISDA daripada sebarang tindakan guaman, perbicaraan, tuntutan, permintaan, kos dan perbelanjaan apa jua yang diambil dan dibuat terhadap RISDA. eBMT RISDA
18. Adakah pekebun kecil getah yang mempunyai geran tanah berstatus selain getah (bendang kebun pertanian dan lain-lain) tetapi bertanam getah layak membuat permohonan eBMT RISDA?
Layak membuat permohonan BMT dan lawatan kebun ke lot tersebut bagi mengesahkan status tanaman atas lot tersebut akan dibuat oleh Pegawai RISDA sebagai pengesahan sebelum diproses permohonan untuk kelulusan. eBMT RISDA
19. Sekiranya terdapat penipuan dalam permohonan BMT oleh pekebun kecil, apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak RISDA?
Sekiranya pemohon menipu atau menggunakan apa-apa dokumen dengan niat menipu, pemohon boleh didakwa di bawah Seksyen 420 dan 468 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari satu (1) tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta denda (Seksyen 420) dan tidak melebihi tujuh (7) tahun dan denda (Seksyen 468) seperti yang telah dinyatakan dalam semua borang permohonan BMT serta ditandatangani oleh pemohon sebagai persetujuan. eBMT RISDA
20. Berapakah nombor talian hotline yang boleh dihubungi jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan eBMT RISDA?
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan eBMT RISDA boleh dihubungi melalui talian 03-42512125 atau03-42512135 atau 03-42512023.
Baca Juga: Bantuan Persekolahan Tingkatan 6:Cara Permohonan Bantuan MAIWP
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan eBMT RISDA 2021 anda boleh layari: www.pekebunkecilmakmur.com.my atau hubungi:
- 03-42512125
- 03-42512135
- 03-42512023.
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang eBMT RISDA ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com
Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Pengusaha Pusat Sukan:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Khas Golongan OKU:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Program Jaringan Inisiatif Umum JITU:Bantuan Asas Modal & Bimbingan Golongan OKU/Gelandangan
- PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan:Semak Kelayakan Permohonan Daftar MyFutureJobs
- PEMULIH Diskaun Bil TNB:Kelayakan & Kadar Diskaun PKS & Perniagaan Terpilih
- PEMULIH Permohonan Baru GKP4.0:Permohonan Baharu & Bayaran RM1,000 Julai 2021
- i-Citra KWSP:Permohonan Pengeluaran & Semakan Kelayakan