Semak Keputusan SPM 2020 (Online/SMS): Semakan Semula & Cara Buat Rayuan

Semak Keputusan SPM 2020 (Online/SMS): Semakan Semula & Cara Buat Rayuan

Calon SPM 2020 perlu tahu cara semak keputusan SPM 2020 kerana keputusan tersebut akan keluar tidak lama lagi. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 akan diumumkan pada tarikh berikut.

Tarikh : 10 Jun 2021

Masa: Mulai jam 10.00 pagi

Baca Juga:Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2022:Tatacara Permohonan Biasiswa RM4400 Sebulan

cara semak result keputusan SPM 2020

Baca Juga:Permohonan Biasiswa Kumpulan Maybank 2021:Cara & Syarat Permohonan

Semak Keputusan SPM 2020

Untuk semak keputusan SPM 2020, calon sekolah dan calon persendirian boleh menggunakan kaedah berikut:

  1. Semak Keputusan SPM 2020 Secara dalam talian di di pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh
  2. Menerusi khidmat SMS untuk Semak Keputusan SPM 2020 mendapatkan ringkasan meputusan SPM 2020 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>NoAngkaGiliran dan hantar ke 68886. Perkhidmatan ini diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 10 Jun hingga 6.00 petang pada 17 Jun 2021.
  3. Bagi calon yang tidak mempunyai talian internet di rumahuntuk Semak Keputusan SPM 2020, pihak sekolah akan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk membuat semakan.

Baca Juga:Tarikh Bayaran PTPTN 2021:Semakan PTPTN Online

KEPUTUSAN SPM 2020

Baca Juga:Bantuan Mahasiswa Perak:Bantuan Sara Diri & Kecemasan 2021

Semakan Semula Keputusan SPM 2020

Cara buat permohonan semak semula keputusan SPM seperti berikut

Jika anda rasa tidak berpuas hati dengan keputusan yang diterima, anda boleh membuat rayuan untuk semak semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM.

Ketahui Juga:Cara Cetak Slip Keputusan SPM Penuh 2020

Biasanya anda boleh membuat semak semula keputusan SPM dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan SPM 2020.

Permohonan online semak semula keputusan SPM boleh dibuat melalui kaedah-kaedah seperti berikut :-

  • Layari laman web e-Lembaga Peperiksaan di elp.moe.gov.my
  • Pilih Menu Perkhidmatan
  • Pilih tab > Semak Semula
  • Tekan butang ‘Pilih Semak Semula SPM’

NOTA: Tarikh buka permohonan akan dimaklumkan oleh KPM dari semasa ke semasa.Bayaran yang dikenakan RM100.00 setiap matapelajaran.

Baca Juga:Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu 2021:Semak kelayakan & Cara Memohon

Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia Semak Keputusan SPM 2020

Kenyataan media tentang cara semak result SPM 2020 adalah seperti berikut:

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2020

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 akan diumumkan pada 10 Jun 2021 (Khamis) mulai pukul 10.00 pagi.

Calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah berikut:

i. secara dalam talian di pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh; dan/atau

ii. menerusi perkhidmatan SMS untuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM 2020 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 68886. Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 10 Jun 2021 sehingga pukul 6.00 petang pada 17 Jun 2021.

Bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenalpasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenalpasti calon persendirian tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik

TAMAT –

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

4 JUN 2021

kenyataan media KPM semakan keputusan SPM 2020

Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%

Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.

Soalan Lazim

1.Bila tarikh keputusan SPM 2020 keluar?

Tarikh keputusan SPM 2020 akan diumumkan adalah pada 10 Jun 2021 khamis.

2.Pukul berapa boleh semak keputusan SPM 2020?

Bermula 10 pagi ,10 Jun 2021

3.Boleh ke semak keputusan SPM secara online?

Boleh. Sila layari myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh.

4.Boleh ke semak keputusan SPM secara SMS?

Boleh.

5.Macam mana cara semak keputusan SPM melalui SMS?

Sia taip SPM<jarak>NoKP<jarak>NoAngkaGiliran dan hantar ke 68886. Perkhidmatan ini diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 10 Jun hingga 6.00 petang pada 17 Jun 2021.

6.Boleh ke buat semakan semula keputusan SPM 2020?

Boleh

7.Berapa bayaran dikenakan untuk buat semakan semula keputusan SPM 2020?

RM100 setiap mata pelajaran

8.Saya seorang calon SPM 2020 tetapi tiada capaian Internet mahupun telefon bimbit. Bagaimanakah saya ingin mendapatkan keputusan SPM saya?

  • Bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenalpasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.
  • Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenalpasti calon persendirian tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tentang cara semak keputusan SPM 2020atau perkara lain berkaitan anda boleh layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia di:

https://www.moe.gov.my/

atau hubungi Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing

dan boleh juga berhubung dengan pihak sekolah anda untuk semak keputusan SPM 2020.

Calon diingatkan untuk tidak hadir ke sekolah pada tarikh keputusan diumumkan kerana tiada penyerahan keputusan akan dilakukan di sekolah.

Terima kasih. Semoga perkogsian tentang cara semak keputusan SPM 2020 ini dan juga cara buat rayuan semakan semula keputusan SPM memudahkan anda untuk menyemak keputusan anda. Kongsi artikel ini dengan rakan-rakan calon SPM lain. Semoga berguna insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment