Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2022:Tatacara Permohonan Biasiswa RM4400 Sebulan

Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2022:Tatacara Permohonan Biasiswa RM4400 Sebulan

Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun

Pelajar yang menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di Jepun dan ingin memohon biasiswa tajaan kerajaan Jepun 2022, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho: MEXT) bagi sesi akademik tahun 2022 telah dibuka.

Kedutaan Jepun di Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho:MEXT) bagi tahun akedamik 2022 untuk program Sarjana Muda (Undergraduate) telah dibuka untuk permohonan bermula sekarang.

Rakyat Malaysia yang berkelayakan yang ingin melanjutkan pelajaran mereka di Jepun adalah dipelawa untuk memohon. Semasa tempoh biasiswa, elaun bulanan anggaran sebanyak 117,000 yen (ang. RM4,400) akan diberikan kepada penerima biasiswa Sarjana Muda (jumlah adalah tertakluk kepada perubahan). Yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti adalah dikecualikan. Tiket kapal terbang pergi-balik juga disediakan.

Anda juga boleh menyemak bantuan eBelia pemerkasa RM150 di sini. Bantuan eBelia PEMERKASA RM150

1. Program Sarjana Muda (kursus ijazah sarjana muda 5 – 7 tahun bermula dari April 2022)

a) Pemohon mestilah berumur antara 17 hingga 25 tahun pada 1 April 2021 (dilahirkan antara 2 April 1997 dan 1 April 2005)

b) Pemohon mestilah tamat SPM dan mempunyai sekurang-kurangnya 11 tahun pendidikan formal (tidak termasuk kelas peralihan). Pelajar yang sudah tamat STPM, A-level, UEC, Matrikulasi atau Diploma juga boleh memohon dengan keputusan STPM, A-Level, UEC, Martikulasi atau Diploma.

c) Pemohon mesti mahir dalam Bahasa Inggeris/ Bahasa Jepun dan mempunyai keputusan cemerlang bagi subjek lain.

d) Tarikh tutup permohonan: 28 May 2021 (Jumaat) sebelum pukul 4 petang

Borang permohonan dan garis panduan boleh diambil dari Kedutaan Jepun atau dicetak dari laman web

Kedutaan Jepun (www.my.emb-japan.go.jp). Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.my.emb-japan.go.jp atau hubungi 03-2177-2600 (ext. 146 [sarjana muda]) atau emelkan ke edu@kl.mofa.go.jp .

Untuk makluman, Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun ini menawarkan elaun bulanan sebanyak 117,000 yen (RM4,400) akan diberikan secara bulanan.

Pembiayaan ini termasuklah tiket kapal terbang pergidan balik juga disediakan.

Walau bagaimanapun, yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti adalah dikecualikan.

Permohonan bagi biasiswa ini telah dibuka dan akan ditutup pada 28 Mei iaitu sebelum 4 petang.

Baca Juga:Permohonan Biasiswa Kumpulan Maybank 2021:Cara & Syarat Permohonan

Bidang Pengajian Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun

Bidang pengajian yang termasuk dalam pembiayaan biasiswa tajaan kerajaan Jepun ini adalah seperti berikut:

Sains Sosial dan Kemanusiaan   

  • Undang-Undang
  • Politik
  • Ekonomi
  • Pentadbiran Perniagaan
  • Pedagogi
  • Sosiologi
  • Sastera
  • Sejarah
  • Kewangan
  • Bahasa Jepun

Baca Juga:Tarikh Bayaran PTPTN 2021:Semakan PTPTN Online

Sains Semula Jadi A       

  • Matematik
  • Fizik
  • Kimia
  • Elektronik
  • Kejuruteraan Elektrik
  • Maklumat Kejuruteraan
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Senibina Tentera Laut
  • Kejuruteraan Pertanian
  • Kejuruteraan Awam
  • Senibina
  • Kejuruteraan Alam Sekitar
  • Kimia Gunaan
  • Kejuruteraan Kimia
  • Kimia Industri
  • Kejuruteraan Tekstil,
  • Kejuruteraan Metalurgi
  • Kejuruteraan Perlombongan
  • Mercantile Marine
  • Bioteknologi

Baca Juga:Bantuan Mahasiswa Perak:Bantuan Sara Diri & Kecemasan 2021

Sains Semula Jadi B        

  • Pertanian
  • Kimia Pertanian
  • Sains Haiwan
  • Perubatan Veterinar
  • Perhutanan
  • Sains Makanan
  • Perikanan
  • Farmasi
  • Kebersihan
  • Kejururawatan
  • Biologi

Wajib Baca: Keistimewaan Ramadhan:Bulan Seribu Bulan

Sains Semula Jadi C        

  • Perubatan
  • Pergigian

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk pemohon biasiswa tajaan kerajaan Jepun yang berminat adalah seperti berikut:

  1. Pemohon biasiswa tajaan kerajaan Jepun mestilah berumur antara 17 hingga 25 tahun pada 1 April 2021 (dilahirkan antara 2 April 1997 dan 1 April 2005).
  2. Pemohon biasiswa kerajaan Jepun mestilah tamat SPM dan mempunyai sekurang-kurangnya 11 tahun pendidikan formal (tidak termasuk kelas peralihan).
  3. Pelajar yang sudah tamat STPM, A-level, UEC, Matrikulasi atau Diploma juga boleh memohon dengan keputusan STPM, A-Level, UEC, Martikulasi atau Diploma.
  4. Pemohon biasiswa tajaan kerajaan Jepun mesti mahir dalam Bahasa Inggeris/Bahasa Jepun dan mempunyai keputusan cemerlang bagi subjek lain.

Bagi anda yang belum memohon pinjaman PTPTN anda boleh menyemak tatacara permohonan pinjaman PTPTN terlebih dahulu bagi memudahkan anda. Klik PERMOHONAN BARU PINJAMAN PTPTN

Syarat Akademik

Selain syarat kelayakan, pemohon biasiswa tajaan kerajaan Jepun juga perlu memenuhi syarat akademik iaitu:

Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun syarat akademik

Baca Juga:Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu 2021:Semak kelayakan & Cara Memohon

Cara Memohon

Untuk memohon, sila ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut:

  1. Layari laman web https://www.my.emb-japan.go.jp/itpr_en/undergraduate.html.
  2. Klik pada perkataan ‘form’ untuk memuat turun borang permohonan.
  3. Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
  4. Hantar borang yang siap diisi ke alamat berikut:

MEXT 2022 – Undergraduate

Japan Information Service,

Embassy of Japan,

No.11, Persiaran Stonor,

Off Jalan Tun Razak,

50450 Kuala Lumpur.

Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%

Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://www.my.emb-japan.go.jp/.

Perkhidmatan kaunseling pengajian tinggi di Jepun disediakan di seksyen Japan Information Centre (tingkat atas Kedutaan Jepun) pada hari Selasa, Rabu dan Khamis setiap minggu dari 10 pagi ke 12 tengah hari (kecuali cuti umum).

Kedutaan Jepun mempelawa mereka yang berminat untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai pembelajaran di Jepun di sini atau melalui talian 03-2177-2600 (ext. 185) pada masa tersebut.

Leave a Comment