Semak Semula Keputusan SPM :Cara Buat Rayuan Cetak Borang Semakan
Bagi calon yang mengambil peperiksaan SPM tahun sekiranya anda tidak yakin dengan keputusan SPM yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia anda boleh semak semula keputusan SPM tersebut. Semakan boleh dibuat untuk kemudahan kepada anda mengetahui sekiranya berlaku kesilapan semasa sesi pemarkahan kertas peperiksaan anda.
Sekiranya anda adalah pelajar atau ibubapa yang kurang berpuas hati dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan yakin berkemungkinan besar Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah melakukan kesilapan pada keputusan yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia nanti, maka anda, boleh membuat permohonan semak semula keputusan SPM anda.
Ketahui Juga:Cara Cetak Slip Keputusan SPM Penuh
Pelajar dan ibubapa yang curiga dengan keputusan SPM yang diumumkan, boleh membuat permohonan semak semula keputusan SPM dengan mengisi borang yang boleh diperolehi di sekolah masing-masing ataupun di Jabatan Pendidikan Negeri masing masing..
Untuk pengetahuan semua, keputusan SPM bagi calon yang menduduki SPM tahun 2023 akan dikeluarkan pada *akan dikemaskini. Selepas tarikh tersebut anda boleh mula meneliti keputusan sama ada ingin semak semula keputusan SPM tersebut atau menerima keputusan tersebut.
Baca Juga:Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun :Tatacara Permohonan Biasiswa RM4400 Sebulan
Baca Juga:Permohonan Biasiswa Kumpulan Maybank :Cara & Syarat Permohonan
Cara Memohon Semak Semula Keputusan SPM
Menurut Kementerian Pendidikan terdapat dua kaedah untuk membuat semakan semula keputusan SPM yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Berikut dikongsikan kaedah semak semula keputusan SPM tersebut.
Pelajar dan ibubapa boleh memilih cara yang mudah and sesuai mengikut keupayaan masing-masing seperti berikut:
1. Mengisi Borang Permohonan Semak semula keputusan SPM Secara Manual
Sekiranya anda memilih untuk membuat permohonan secara manual maka permohonan mestilah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020).
Borang ini boleh didapati disekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, Kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau di portal rasmi Lembaga Peperiksaan. Atau cetak borang di SINI.
2. Semak semula keputusan SPM online
- Sekiranya anda memilih untuk membuat permohonan mengisi Cara Online maka anda perlu melakukan permohonan
- Melalui e-Lembaga Peperiksaan
Baca Juga:Bantuan Mahasiswa Perak:Bantuan Sara Diri & Kecemasan
Panduan Permohonan Semak Semula Keputusan SPM Menggunakan Borang
Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan didalam boring tersebut seperti berikut:
- Nama Penuh
- No Kad Pengenalan
- Alamat Surat Menyurat
- No. Telefon IuBapa Penjaga
- No Angka Giliran
- Tempat Mengambil Peperiksaan Nombor Pusat Peperiksaan & Nama Pusat
- Seterusnya masukkan maklumat mata pelajaran yang ingin disemak.
- Muka surat seterusnya adalah berkaitan bayaran dan juga pengesahan. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
- Jangan lupa kepilkan semua maklumat lain yang diperlukan seperti salianan keputusan SPM.
Borang Permohonan yang telah lengkap diisi oleh pelajar ataupun ibubapa, ia perlu disertakan dengan satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.
Baca Juga:Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu :Semak kelayakan & Cara Memohon
Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%
Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.
Kadar Bayaran Dan Proses Permohonan Semak semula Keputusan SPM
Kadar bayaran yang akan dikenakan untuk pemprosesan penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM adalah sebanyak RM100 bagi setiap satu mata pelajaran. Dan hanya kaedah bayaran seperti berikut diterima.
Kaedah bayaran untuk tujuan pemprosesan adalah seperti berikut:
1.Bagi Permohonan Melalui Pos
- Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Kokotkan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf pada Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) supaya tidak tercicir.
- Cek persendirian tidak diterima sama sekali.
2.Sekiranya Permohonan dilakukan melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan
- Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA.
- Pembayaran menggunakan wang tunai juga akan diterima.
- Cek persendirian tidak akan diterima sama sekali.
Baca Juga:PlusMiles:Cara Daftar,Login & Tebus Mata Ganjaran
Baca Juga:Bantuan Khas RM500 PEMERKASA TAMBAHAN:Pemandu Kenderaan Awam Tarikh Bayaran
Senarai Semak Sebelum Menghantar Borang Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM
- Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) yang telah lengkap diisi.
- Satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan.
- Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
- Dua (2) sampul surat (11 cm x 22 cm) bernama dan beralamat sendiri yang telah dilekatkan dengan setem RM1.30 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat.
- Tulis perkataan “SEMAK SEMULA KEPUTUSAN SPM” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan alamatkan kepada:
Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 8, Blok E11
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Menengah Atas)
Baca Juga: Temujanji Online Tabung Haji:Muat Turun Borang Transaksi TH Online & Cara Buat Temujanji
Keputusan Permohonan
Semua Keputusan permohonan semak semula keputusan SPM akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Semak Semula adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
Anda juga boleh menyemak bantuan eBelia pemerkasa RM150 di sini. Bantuan eBelia PEMERKASA RM150
Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.
Bagi mereka yang layak anda juga boleh menuntut bantuan program bantuan jaringan prihatin dari RM 180 sehingga RM 300 di Program Jaringan Prihatin B40:RM300 Peranti, RM180 Data CAra Daftar.
Peraturan Semak Semula Keputusan SPM
Peraturan Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM 2019 yang para pelajar and Ibubapa perlu ketahui:-
- Pastikan pelajar dan ibubapa kenalpasti mata pelajaran yang perlu disemak semula supaya permohonan semakan semula boleh dibuat sekaligus.
- Permohonan untuk semakan semula mestilah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020). Sila hubungi sekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau di portal rasmi Lembaga Peperiksaan lp.moe.gov.my untuk mendapatkan borang ini.
- Satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM 2019, markah peperiksaan percubaan dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A perlu disertakan bersama dengan borang permohonan yang lengkap.
- Sekiranya pelajar ataupun ibubapa menghantar permohonan yang tidak lengkap atau tidak menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) maka borang permohonan anda tidak akan diproses.
- Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) yang telah lengkap diisi, satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan dan dua (2) sampul surat (11 cm x 22 cm) bernama dan beralamat sendiri yang telah dilekatkan setem RM1.30 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat. Tulis perkataan “KES TSPM” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan alamatkan kepada:
Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 8, Blok E11
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Menengah Atas)
- Adalah diingatkan bahawa Borang permohonan semak semula keputusan SPM yang diterima selepas 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan Peperiksaan SPM maka borang tersebut tidak akan diproses.
- Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Lembaga Peperiksaan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Kes T adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
- Sila ambik makluman bahawa permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.
Untuk peraturan penuh semak semula keputusan SPM anda boleh semak di pautan: PERATURAN PENTADBIRAN PERMOHONAN PENYEMAKAN SEMULAKEPUTUSAN PEPERIKSAAN
Baca Juga:Pas Bulanan MyRapid RapidKL:Cara Daftar & Login
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja :Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya pelajar dan ibubapa mempunyai sebarang pertanyaan tentang cara semak semula keputusan SPM atau perkara lain berkaitan boleh layari http://lp.moe.gov.my/
juga boleh ajukan pertanyaan kepada Kemeterian Pendidikan Unit Menengah Atas melalui talian 03-88843175/3357/3356
Hubungi Unit Khidmat Bantu melalui talian 03-8884 3785
atau melalui e-mel: lp.spm@moe.gov.my
Terima kasih. Semoga perkogsian tentang cara semak semula keputusan SPM ini memudahkan anda untuk menyemak semula keputusan anda jika perlu. Kongsi artikel ini dengan rakan-rakan calon SPM lain. Semoga berguna insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com