Cara Cetak Slip Keputusan SPM Penuh 2020

Cara Cetak Slip Keputusan SPM Penuh 2020

Tatacara untuk cetak slip keputusan peperiksaan SPM penuh tahun 2020 ini adalah untuk memudahkan calon, kerana semua keputusan SPM bagi calon 2020 perlu dicetak sendiri ekoran pendemik yang sedang melanda. Bagi memudahkan calon untuk cetak slip keputusan SPM baca maklumat artikel ini. Kongsikan artikel ini supaya orang lain juga mendapat manfaat. Cetak slip keputusan peperiksaan SPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui menterinya Dr. Radzi Jidin telah memaklumkan bahawa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 akan diumumkan pada tarikh berikut.

  • Tarikh : 10 Jun 2021
  • Masa: Mulai jam 10.00 pagi

Berikut dilampirkan infografik dan garis panduan semakan keputusan SPM, cara muat turun dan cetak slip keputusan peperiksaan SPM penuh serta cara membuat semakan semula keputusan SPM sekiranya dirasakan terdapat kesilapan. cetak slip keputusan peperiksaan SPM

Baca Juga:Biasiswa Yang di-Pertuan Agong:Cara Mohon& Semakan Kelayakan BYDPA 2021

garis panduan semakan keputusan SPM 2020

Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat

Cara Membuat Semakan Keputusan SPM 2020

Untuk membuat semakan keputusan, calon sekolah dan calon persendirian boleh menggunakan kaedah berikut:

  1. Secara dalam talian di portal myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh
  2. Menerusi khidmat SMS u tuk mendapatkan ringkasan meputusan SPM 2020 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>NoAngkaGiliran dan hantar ke 68886. Perkhidmatan ini diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 10 Jun hingga 6.00 petang pada 17 Jun 2021.cetak slip keputusan peperiksaan SPM

Sila rujuk infografik di bawah:

Terdapat 2 kaedah semakan keputusan SPM 2020 iaitu:

Semakan Keputusan Peperiksaan SPM Secara Atas Talian Online

Semakan Keputusan Peperiksaan SPM Secara Atas Talian Online

Cara Semakan Keputusan Peperiksaan SPM Secara SMS

cara semak keputusan result peperiksaan SPM melalui  sistem SMS

Bagi calon yang tidak mempunyai talian internet di rumah, pihak sekolah akan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk membuat semakan.

Untuk jadual penuh peperiksaan SPM bagi calon 2021 pula anda boleh semak di SINI.

NOTA: Calon tidak dibenarkan hadir ke sekolah kerana situasi COVID19

Baca Juga:Permohonan PPC 2021:Penajaan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Pengajian Islam

Cara Muat Turun Slip Keputusan SPM Penuh

Berikut dikongsikan cara muat turun slip keputusan SPM dan cetak slip keputusan peperiksaan SPM untuk rujukan ibu bapa dan calon.

Slip keputusan awal boleh dimuat turun pada 10 Jun 2021 melalui pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my.

Manakala Slip Keputusan Penuh hanya boleh dimuat turun mulai 14 Jun 2021 di laman web myresult3.moe.gov.my

Baca Juga:Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu 2021:Semak kelayakan & Cara Memohon

Cara cetak slip keputusan penuh SPM online

Bagi calon STAM, sijil / pernyataan / keratan keputusan akan dicetak oleh BPM dan pihak JPN / PPD / sekolah akan menguruskan penghantaran secara pos ke rumah kepada calon.

Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu

Cara cetak slip keputusan penuh STAM online

*Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr Radzi Jidin

Baca Juga: Biasiswa Sekolah Menengah: Permohonan Biasiswa Tingkatan 1&4 Yayasan Pahang 2021

Cara Buat Permohonan Semak Semula Keputusan SPM Online

Jika anda rasa tidak berpuas hati dengan keputusan yang diterima, anda boleh membuat rayuan untuk semak semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM.

Biasanya anda boleh membuat semak semula keputusan SPM dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan SPM 2020.

Permohonan online semak semula keputusan SPM boleh dibuat melalui kaedah-kaedah seperti berikut :-

Layari laman web e-Lembaga Peperiksaan di elp.moe.gov.my

  1. Pilih Menu Perkhidmatan
  2. Pilih tab > Semak Semula
  3. Tekan butang ‘Pilih Semak Semula SPM’
tatacara semak semula keputusan peperiksaan SPM

Baca Juga:Permohonan Biasiswa Kumpulan Maybank 2021:Cara & Syarat Permohonan

NOTA:

Tarikh buka permohonan akan dimaklumkan oleh KPM dari semasa ke semasa.

Permohonan semakan semula untuk calon STAM adalah secara manual dan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Bayaran yang dikenakan RM100.00 setiap matapelajaran.

Keputusan permintaan/permohonan akan ditandatangani dengan surat rasmi dalam waktu dua (2) bulan dari tanggal tutup permohonan. Hasil semakan adalah muktamad dan rayuan yang berbeza tidak akan diterima.

Untuk membuat permohonan semakan secara manual, sila rujuk panduan berikut: Panduan Semak Semula Keputusan Peperiksaan SPM

Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.

Bagi mereka yang layak anda juga boleh menuntut bantuan program bantuan jaringan prihatin dari RM 180 sehingga RM 300 di Program Jaringan Prihatin B40:RM300 Peranti, RM180 Data CAra Daftar.

Cara Buat Permohonan Semak Semula Keputusan SPM Menggunakan Borang

Sekiranya anda memilih untuk membuat permohonan secara manual maka permohonan mestilah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020).

Borang ini boleh didapati disekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, Kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau di portal rasmi Lembaga Peperiksaan. Atau cetak borang di SINI.

Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan didalam boring tersebut seperti berikut:

  1. Nama Penuh
  2. No Kad Pengenalan
  3. Alamat Surat Menyurat
  4. No. Telefon IuBapa Penjaga
  5. No Angka Giliran
  6. Tempat Mengambil Peperiksaan Nombor Pusat Peperiksaan & Nama Pusat
  7. Seterusnya masukkan maklumat mata pelajaran yang ingin disemak.
  8. Muka surat seterusnya adalah berkaitan bayaran dan juga pengesahan. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
  9. Jangan lupa kepilkan semua maklumat lain yang diperlukan seperti salianan keputusan SPM.

Borang Permohonan yang telah lengkap diisi oleh pelajar ataupun ibubapa, ia perlu disertakan dengan satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.

Baca Juga:Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2022:Tatacara Permohonan Biasiswa RM4400 Sebulan

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya pelajar dan ibubapa mempunyai sebarang pertanyaan tentang cetak slip keputusan peperiksaan SPM atau perkara lain berkaitan boleh layari http://lp.moe.gov.my/

juga boleh ajukan pertanyaan tentang cetak slip keputusan peperiksaan SPM kepada Kemeterian Pendidikan Unit Menengah Atas melalui talian:

03-88843175/3357/3356

Hubungi Unit Khidmat Bantu melalui talian 03-8884 3785

atau melalui e-mel: [email protected]

Terima kasih. Semoga perkogsian tentang Cetak Slip Keputusan SPM Penuh 2020 ini memudahkan anda untuk cetak Slip keputusan peperiksaan SPM anda. Kongsi artikel ini dengan rakan-rakan calon SPM lain. Semoga berguna insyaAllah. Cetak slip keputusan peperiksaan SPM

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment