Biasiswa IPT Yayasan Pahang:Permohonan Biasiswa Universiti Tempatan 2021/2022
Permohonan biasiswa pendidikan Yayasan Pahang Ke IPT Universiti Tempatan Bagi Sesi 2021/2022 dibuka untuk permohonan bagi mereka yang layak. Permohonan biasiswa IPT Yayasan Pahang ini khusus untuk mereka yang melanjutkan pelajaran ke IPT dalam Negara sahaja.
Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Pendidikan bagi melanjutkan pengajian di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) IPT di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang DILULUSKAN OLEH YP.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang biasiswa IPT Yayasan Pahang ini bagi calon yang berminat untuk memohon.
Untuk mengetahui biasiswa lain kerajaan Malaysia baca di:Bantuan Biasiswa IPT:Senarai Bantuan & Biasiswa Pelajar IPT Terkini 2021/2022 Malaysia.
Baca Juga:Biasiswa UniSHAMS: Permohonan Biasiswa Pendidikan LZNK
Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang 2021
Terdapat beberapa kategori biasiswa IPT Yayasan Pahang yang disediakan oleh pihak yayasan Pahang untuk mereka yang layak bagi sesi 2021/2022. Berikut kami kongsikan maklumat biasiswa IPT Yayasan Pahang yang ditawarkan mengikut kategori dan syarat biasiswa tersebut.
Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%
Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.
Menegenai Bantuan Pendidikan Yayasan Pahang
Bahagian Operasi adalah teras aktiviti Yayasan Pahang sejak penubuhannya pada tahun 1983. Kuantiti dan kualiti penerima bantuan adalah dua perkara yang menjadi fokus utama bahagian ini. Di peringkat awal penubuhan, kuantiti penerima bantuan menjadi keutamaan bagi memastikan tiada anak Pahang yang tercicir daripada mendapat pendidikan disebabkan kedaifan ekonomi.
Walau bagaimanapun kini, kualiti menjadi semakin penting bagi memastikan anak-anak Pahang cemerlang dalam bidang akademik seterusnya layak melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi khususnya dalam bidang selektif dan kritikal.
Baca Juga:Bantuan Mahasiswa Perak:Bantuan Sara Diri & Kecemasan 2021
Fokus Bantuan Pendidikan Yayasan Pahang
1.Mencapai sasaran 50% belia dalam kohot 17- 23 tahun memiliki tertiary education.
2.Mengeluarkan penajaan pendidikan mengikut pasaran tempatan dan global melalui program selektif dan kritikal.
3.Menyeimbangkan tajaan bagi program berasaskan akademik dan kemahiran.
4.Melaksanakan program-program kecemerlangan pendidikan di peringkat sekolah bagi meramaikan anak-anak negeri ke menara gading.
5.Menjadikan dana pinjaman pendidikan self sufficient melalui bayaran balik pinjaman pendidikan.
Baca Juga:Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2022:Tatacara Permohonan Biasiswa RM4400 Sebulan
Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB)
biasiswa IPT Yayasan Pahang Biasiswa berprestij yang dikenali dengan nama Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Biasiswa IPT Yayasan Pahang Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran tertakluk kepada kecemerlangan akademik dan kokurikulum.
Biasiswa IPT Yayasan Pahang Biasiswa ini ditawarkan oleh YP selaras dengan matlamat jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang untuk mewujudkan golongan pemikir dan profesional dalam usaha membangunkan modal insan bertaraf dunia.
Baca Juga:Permohonan Biasiswa Kumpulan Maybank 2021:Cara & Syarat Permohonan
Syarat Kelayakan Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Yayasan Pahang
Syarat kelayakan permohonan biasiswa IPT Yayasan Pahang kecemerlangan menteri besar Yayasan Pahng adlah seperti berikut:
- Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-
(a) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
(b) Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.
- Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi serta aktif dalam kegiatan kokurikulum, kesukarelawan dan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
- Lulus cemerlang di peringkat SPM atau STPM tahun 2020 seperti berikut:-
(a) Calon SPM : 9 A+ ke atas
(b) Calon STPM : 4 Prinsipal A
- Memohon ke Institusi Pengajian Tinggi Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan dan YP (tidak termasuk program persediaan ke luar negara).
- Mempunyai sahsiah diri yang baik dan berpersonaliti unggul.
- Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
Baca Juga:Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu 2021:Semak kelayakan & Cara Memohon
Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP)
Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Di bawah skim ini,pelajar akan ditawarkan biasiswa bagi mengikuti pengajian Matrikulasi/ Program Asasi atau setaraf dengannya di Institusi Pengajian Tinggi Awam yang mempunyai jalinan usahasama dengan Yayasan Pahang (YP):
a) Program Asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIAM) dalam bidang Perubatan, Farmasi, Ekonomi, Perbankan / Kewangan Islam dan Pengajian Islam.
Pada masa yang sama, pelajar perlu membuat permohonan Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Bagi Sesi Akademik 2021/2022 (UPU Online) dengan menjadikan UIAM sebagai PILIHAN UTAMA. Penajaan biasiswa akan diteruskan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
b) Program Peneraju Profesional Akauntan Muda (FIA – ACCA)
Program ini dirangka khas untuk melahirkan golongan profesional di dalam bidang perakaunan dan dijalankan dengan kerjasama Yayasan Pahang dan Yayasan Peneraju.
Permohonan kemasukan pelajar akan diproses melalui YP. Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian Foundation in Accountancy (FIA) dan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di Institusi Pengajian Tinggi yang ditetapkan oleh Yayasan Pahang dan Yayasan Peneraju.
Baca Juga:Biasiswa PIDM 2021:Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM
Syarat Kelayakan Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang
Syarat kelayakan permohonan skim pelajar cemerlang yayasan Pahang adalah seperti berikut:
- Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-
(a) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
(b) Bagi pemohon yang ibubapanya bukan
- Warganegara Malaysia, adalah Tidak Layak Memohon.
- Mempunyai kelulusan cemerlang akademik dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Lulus cemerlang di peringkat SPM tahun 2020 dengan mendapat keputusan A bagi semua matapelajaran yang diambil.
- Mempunyai sahsiah diri yang baik dan berpersonaliti unggul.
- Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
Untuk pelajar sekolah menengah anda boleh memohon Biasiswa Kecil Persekutuan.
Biasiswa My Brain SC untuk tahun 2021 juga telah dibuka untuk permohonan. MOHON DI SINI
Cara Memohon Biasiswa Yayasan Pahang
Permohonan boleh dibuat dan dihantar secara atas talian serta
dokumen-dokumen yang berkaitan perlu dimuatnaik di laman sesawang Yayasan Pahang di ruangan khidmat atas talian dengan memilih ikon Biasiswa IPT atau di pautan :
1.Bagi memulakan proses permohonan biasiswa IPT Yayasan Pahang, sila klik pada pautan – PERMOHONAN ATAU melalui laman sesawang Yayasan Pahang www.yp.org.my di ruangan khidmat atas talian dengan memilih ikon BIASISWA IPT ATAU di pautan sispen.yp.org.my/bispen
2. Bagi pengguna yang baru memohon biasiswa IPT Yayasan Pahang, sila klik di Permohonan Biasiswa, masuk di ruangan Log Masuk Dan Pendaftaran dan klik pada Pendaftaran Pengguna Baru.
a. Sila pastikan Nombor KP mengikut format yang dikehendaki (Cth: 020202060202).
b. E-mail yang diisi adalah aktif.
c. Sila pastikan anda mengisi SEMUA maklumat yang terdapat di bahagian ini.
3. NOTA PERINGATAN dan NOTA PANDUAN perlu dibaca sebelum mengisi permohonan biasiswa IPT Yayasan Pahang mengikut senarai tawaran (iklan) biasiswa.
4. Bahagian senarai tawaran (iklan) biasiswa ,pemohon biasiswa IPT Yayasan Pahang WAJIB klik Skim Biasiswa Ditawar & Dibenar Untuk Dipohon dan seterusnya klik Pilih untuk proses selanjutnya. Pemohon hanya boleh memilih satu Skim Biasiswa Ditawar di paparan ini. Sekiranya ingin memohon lebih dari satu skim, pemohon boleh mengisi di paparan Pilihan Biasiswa (Rujuk perkara no.12 dalam panduan).
5. Untuk panduan seterusnya sila klik manual pengguna di: http://www.yp.org.my/yp2016/images/pdf/PANDUAN_BISPEN_2021_LATEST.pdf
6. Sila cetak permohonan yang telah selesai dihantar sebagai rujukan jika berlaku masalah.
7. Selesai permohoanan anda semoga berjaya.
Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.
Bagi mereka yang layak anda juga boleh menuntut bantuan program bantuan jaringan prihatin dari RM 180 sehingga RM 300 di Program Jaringan Prihatin B40:RM300 Peranti, RM180 Data CAra Daftar.
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut berkenaan Biasiswa IPT Yayasan Pahang, sila berhubung terus ke:
YAYASAN PAHANG
Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5181800 | Faks : 09-5181888
(Zakiah bt. Saleh/Noorasziana bt. Abd Rahman)
Email: zakiah@yp.org.my • noorasziana@yp.org.my
http://www.yp.org.my/yp2016/index.php/my/berita/pengumuman/504-bkmb-spc
Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Biasiswa IPT Yayasan Pahang online ini memudahkan anda untuk mendapatkan bantuan biasiswa melanjutkan pelajaran ke IPT. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com