PIDN JPA 2021: Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA)

PIDN JPA 2021: Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA)

Permohonan Program Ijazah Dalam Negara JPA PIDN JPA 2021 kini telah DIBUKA.

Program Ijazah Dalam Negara JPA PIDN JPA 2021 boleh dimohon secara online.

Permohonan PIDN JPA 2021 atas talian dibuka mulai 11 Mac 2021 (KHAMIS) sehingga 23 Mac 2021 (SELASA) di Portal eSila JPA.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Program Ijazah Dalam Negara 2021 PIDN JPA 2021 untuk makluman bersama.

Baca Juga: Jawatan Kosong RISDA 2021: Jawatan Ditawarkan & Cara Mohon

PIDN JPA 2021

Baca Juga:Semakan Keputusan MRSM 2021:Permohonan Rayuan Kemasukan Tingkatan 1&4

Apakah PIDN JPA 2021?

PIDN JPA 2021 adalah penajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada pelajar peringkat Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government Linked Universities (GLU).

Baca Juga:Permohonan PPC 2021:Penajaan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Pengajian Islam

Syarat Umum Permohonan PIDN 2021

Berikut adalah syarat umum permohonan PIDN JPA 2021

  • Warganegara Malaysia.
  • Mempunyai kesihatan yang baik.
  • Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan PIDN JPA 2021 (23 tahun bagi pelajar peralihan).
  • Memiliki sijil penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Calon PIDN JPA 2021 dan / atau ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
  • Tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama.
PIDN JPA 2021

Baca Juga: Biasiswa Tunku Abdul Rahman:Cara Permohonan BTAR 2021

Syarat Khusus Permohonan Biasiswa PIDN 2021

Syarat khusus bagi permohonan PIDN JPA 2021 seperti berikut:

  1. Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup.
  2. Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian :
    • Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.0    atau
    • Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi syarat memperoleh sekurang-   kurangnya 3.25 di peringkat diploma dari UA / Politeknik / IPTS / GLU yang disenaraikan
    • Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.
  3. Bidang Perubatan dan Pergigian
    • Mempunyai keputusan LULUS bagi keputusan terkini pengajian bagi bidang perubatan dan        pergigian dan
    • Mempunyai baki 24 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.

Baca Juga:Permohonan GrEP MARA 2021:PROGRAM GRADUAN CEMERLANG 2021

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang layak memohon PIDN JPA 2021 seperti berikut:

  • Kejuruteraan dan Teknikal
  • Sains sosial
  • Klinikal dan kesihatan
  • Sains
  • Senibina
  • Veterinar

Penting untuk pelajar tahu: Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan: Permohonan BKP Online 2021

Cara Permohonan PIDN JPA 2021

Permohonan Program Ijazah Dalam Negara 2021 PIDN JPA 2021 dibuka secara atas talian di Portal JPA.

Sila layari: https://esilav2.jpa.gov.my/

Baca Juga : Buka Akaun SSPN Online:Cara Lengkap Bergambar

PIDN JPA 2021

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat permohonan, sila emelkan ke : penawaranisp@jpa.gov.my

Penting: Kira Fidyah Puasa: Cara Kira Fidyah Puasa

Tarikh Permohonan

Permohonan PIDN JPA 2021 atas talian dibuka mulai 11 Mac 2021 (KHAMIS) sehingga 23 Mac 2021 (SELASA).

PIDN JPA 2021

Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat

Senarai Institusi Yang Ditaja PIDN JPA 2021

Berikut senarai Institusi yang ditaja PIDN JPA 2021:

1. Universiti Malaya (UM)

2. Universiti Sains Malaysia (USM)

3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

4. Universiti Putra Malaysia (UPM)

5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

6. Universiti Teknologi MARA (UiTM)

7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)

9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

10. Universiti Utara Malaysia (UUM)

11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

13. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

14. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

15. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

16. Universiti Malaysia Pahang (UMP)

17. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

21. Politeknik Premier

22. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

23. Universiti Multimedia (MMU)

24. Universiti Teknologi Petronas (UTP)

25. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

PIDN JPA 2021

Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu

Soalan Lazim

1.Bagaimanakah cara untuk memohon program penajaan JPA PIDN JPA 2021menggunakan ePermohonan?

Permohonan program penajaan JPA menggunakan ePermohonan memerlukan pendaftaran akaun pengguna yang boleh dilakukan dengan menekan butang ‘Daftar’ di Halaman Utama ePermohonan. Pendaftaran akaun ini adalah percuma dan hanya perlu dilakukan sekali sahaja (Single Sign-On) untuk setiap pemohon. Pemohon perlu menggunakan akaun yang sama untuk memohon apa-apa program penajaan yang menggunakan ePermohonan.

2.Saya tidak menerima emel pengaktifan selepas mendaftar. Apa perlu saya lakukan?

Emel pengaktifan akan dihantar secara automatik selepas pendaftaran akaun berjaya dilakukan. Pemohon dikehendaki menyemak ruangan emel Spam atau Junk Mail di dalam emel peribadi sekiranya masih tidak menerima emel dalam tempoh 5 minit. Sekiranya emel pengaktifan masih tiada, pemohon boleh klik pada butang ‘Masalah Log Masuk’ pada halaman utama untuk memohon emel pengaktifan semula.

3.Saya telah mengisi semua maklumat yang diperlukan bagi tujuan permohonan tajaan, bolehkah saya mengemaskini maklumat tersebut?

Kesemua maklumat permohonan yang telah diisi BOLEH DIKEMASKINI dengan memilih ‘tab navigasi’ yang terletak diatas borang permohonan (lihat rajah dibawah) pada bila-bila masa sehingga tarikh tutup permohonan.

PIDN JPA 2021

Anda juga boleh memohon bantuan tanam semula RISDA klik di SINI.

Soalan Lain

4.Saya adalah penjawat awam dan ingin memohon program tajaan JPA. Mengapa saya tidak boleh menggunakan akaun emel jabatan untuk tujuan pendaftaran?

Pendaftaran memerlukan akaun emel peribadi bagi memudahkan pihak JPA menghubungi pemohon terutamanya apabila pemohon bertukar jabatan. Emel rasmi pegawai akan dipohon semasa pemohon mengisi borang permohonan

5.Saya tidak dapat melihat syarat-syarat permohonan serta dokumen-dokumen lain kerana sistem memaparkan Google Drive Unreachable. Apa perlu saya lakukan?

Sila pastikan anda menggunakan pelayar web versi terkini seperti disarankan. Sekiranya masih tidak dapat mengakses, terdapat kemungkinan capaian internet semasa anda (seperti talian internet di pejabat) menghalang anda dari mengakses laman web Google Drive. Mohon hubungi pentadbir talian internet anda bagi membolehkan capaian ke Google Drive, atau gunakan talian internet di tempat lain untuk membaca dokumen tersebut.

PIDN JPA 2021

6.Saya ingin membatalkan pendaftaran akaun eSILA-ID saya. Apa perlu saya lakukan?

eSILA-ID adalah ID bersepadu (Single Sign-On – SSO) yang digunakan oleh pelajar/pegawai tajaan JPA untuk log masuk aplikasi penajaan atas talian JPA dengan menggunakan MyKad atau Kad Pengenalan Polis/Tentera dan meliputi aplikasi seperti ePermohonan, eKeputusan, ePenawaran dan MySELF. Akaun eSILA-ID adalah tidak boleh dihapuskan. Sekiranya anda mengesyaki akaun eSILA-ID anda didaftarkan/digunakan oleh pihak lain, sila hubungi talian teknikal untuk bantuan lanjut.

7.Saya ingin membatalkan permohonan saya untuk program ini. Apa perlu saya lakukan?

Anda boleh membatalkan sendiri permohonan anda secara layan diri dengan cara klik pada ‘Masalah Log Masuk’ di laman utama permohonan. Sila hubungi talian teknikal sekiranya terdapat sebarang masalah.

Baca Juga: Biasiswa Sekolah Menengah: Permohonan Biasiswa Tingkatan 1&4 Yayasan Pahang 2021

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Maklumat lanjut sila rujuk Set Soalan Lazim (FAQ) berkaitan PIDN JPA 2021 melalui pautan di bawah ini:

https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/panduanMemohon.php?program=PIDN&auth=3599

atau hubungi :

Bahagian Pembangunan Modal Insan,

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,

Aras 2-4, Blok C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62510 Putrajaya, Malaysia.

atau rujuk gambar di bawah:

PIDN JPA 2021

 Terima kasih. Semoga semua pemohon PIDN JPA 2021 berjaya insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment