GKP 4.0:Semakan Tarikh Bayaran RM500 Sept 2021
Berita baik buat penerima GKP 4.0. Kini pembayaran sebanyak RM500 akan direditkan kepada anda pada September 2021.
GKP 4.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi membantu aliran tunai perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
Baca Juga: MyBKC 2021:Daftar Kemaskini Permohonan Baru Serta Semakan Status BKC Online
Tarikh Bayaran GKP 4.0
Tarikh bayaran GKP adalah pada September 2021 seperti yang telah dijadualkan melalui laman web LHDN berkenaan bayaran GKP 4.0.
Tarikh rasmi akan diumumkan LHDN tidak lama lagi.
Artikel Lain: Bayaran BKC Tunai BSN:Cara Tebus / Tarikh / Panduan Wakil Tebus & Dokumen Untuk Penebusan
Jumlah Bayaran Geran Khas Prihatin 4.0 GKP 4.0
Geran Khas Prihatin 4.0 akan membayar para Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS) sebanyak RM1000 secara keseluruhannya.
Bayaran akan dikreditkan secara 2 kali bayar iaitu RM500 setiap kali bayaran.
BAca Juga: Permohonan Rayuan BKC 2021
Semakan GKP 4.0
Semakan GKP 4.0 boleh dibuat melalui langkah berikut:
- Layari https://gkp.hasil.gov.my/
- Masukkan nama anda kemudian semak. Selepas itu, anda perlu memasukkan kata laluan yang anda gunakan ketika mendaftar dahulu.
- Adalah diingatkan bahawa, para pemohon perlu memastikan nombor akaun bank adalah betul dan tidak menggunakan nombor akaun perniagaan.
- Hanya nombor akaun perseorangan sahaja diterima untuk pengkreditan bayaran GKP 4.0
Baca Juga: BKC Warga Emas Sebatang Kara:Semakan Status,Rayuan,Tarikh Bayaran BKC & Cara Mohon Baru
Pendaftaran Baru GKP 4.0
Untuk maklumat tambahan, tiada lagi permohonan GKP baru akan diterima . Ini kerana permohonan telahpun ditutup pada 31 Julai 2021.
Baca Juga: BKC Isi Rumah:Semakan Status,Rayuan,Tarikh Bayaran BKC & Cara Mohon Baru
Soalan Lazim
1. Apakah GKP 4.0?
GKP 4.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi membantu aliran tunai perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
2. Siapakah yang layak menerima GKP 4.0?
PKS mikro yang berstatus Lulus GKP seperti berikut:
- Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0
- Permohonan baharu GKP 4.0
3. Berapakah nilai bantuan GKP 4.0?
Nilai bantuan GKP 4.0 adalah seperti berikut:
Layak GKP 4.0 | Nilai Bantuan |
Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 yang berstatus | Lulus RM1,000 (2 Fasa) |
Lulus permohonan baharu GKP 4.0 | RM1,000 (2 Fasa) |
4. Apakah syarat untuk membuat permohonan baharu GKP4.0?
Syarat kelayakan seperti berikut:
a. Bukan penerima GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 sebelum ini; dan
b. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
c. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
d. Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 30 Jun 2021; dan
e. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
5. Bagaimanakah kaedah permohonan GKP 4.0?
Permohonan baharu GKP 4.0 boleh dibuat secara dalam talian sahaja menerusi portal rasmi GKP (https://gkp.hasil.gov.my). Permohonan baharu secara manual di cawangan-cawangan LHDNM tidak akan diterima.
6. Bilakah tarikh permohonan baharu GKP 4.0 bermula?
Permohonan baharu GKP 4.0 akan dibuka mulai 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021.
7. Adakah penerima sedia ada GKP 1.0 GKP 2.0 dan GKP 3.0 yang lulus perlu membuat permohonan semula bagi bantuan GKP 4.0?
Penerima sedia ada yang berstatus Lulus GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 tidak perlu membuat permohonan semula. Permohonan baharu GKP4.0 hanya bagi PKS Mikro yang tidak menerima GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0.
8. Permohonan GKP saya sebelum ini berstatus Tidak Layak, adakah saya boleh membuat permohonan baharu GKP4.0?
Sekiranya status permohonan GKP adalah Tidak Layak, maka tidak layak untuk membuat permohonan baharu GKP4.0.
9. Status permohonan GKP sebelum ini tidak lulus, adakah saya boleh membuat permohonan baharu GKP 4.0?
Boleh. Permohonan baharu GKP 4.0 dibuka kepada PKS Mikro yang tidak lulus GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 serta tidak mempunyai rekod permohonan GKP dan Bantuan Prihatin rakyat (BPR).
10. Bilakah keputusan permohonan boleh diketahui?
Tarikh semakan keputusan permohonan GKP4.0 akan dimaklumkan oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dari semasa ke semasa.
11. Bilakah pembayaran GKP4.0 akan dibuat?
12. Bagaimanakah kaedah bayaran GKP4.0 dilaksanakan?
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu GKP4.0 atau penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0. Akaun bank persendirian pemohon mestilah sama ada akaun bank simpanan / semasa yang aktif sahaja.
13. Apakah yang akan terjadi sekiranya saya gagal mengemukakan akaun bank simpanan / semasa untuk pembayaran GKP4.0?
Proses pembayaran akan gagal dan bayaran akan terbatal memandangkan pembayaran GKP hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank simpanan / semasa yang aktif sahaja.
14. Adakah semakan kelayakan GKP4.0 akan dibuat dengan mana-mana Agensi Kerajaan?
Ya. Kerajaan akan membuat semak silang dengan Agensi Kerajaan yang dilantik bagi memastikan kesahihan maklumat yang dikemukakan pemohon.
15. Saya baru mendaftar dan menjalankan perniagaan pada tahun 2021 (sebelum 30 Jun 2021), adakah saya perlu melaporkan jualan bagi tahun 2020?
Jika pendaftaran perniagaan pada tahun 2021 (sebelum 30 Jun 2021), jumlah jualan yang perlu dilaporkan adalah jualan diterima pada tahun 2021 sahaja.
16. Saya telah mendaftar dan menjalankan perniagaan sebelum atau pada tahun 2020. Oleh itu jualan tahun bilakah yang perlu saya laporkan pada permohonan GKP4.0?
Jika perniagaan yang telah didaftarkan dan beroperasi sebelum atau pada tahun 2020, jumlah jualan yang perlu dilaporkan adalah jumlah jualan bagi tahun 2020 dan 2021.
17. Penerima GKP 1.0, GKP 2.0 atau GKP 3.0 yang lulus tetapi telah meninggal dunia sebelum atau pada 14 Julai 2021. Adakah bayaran GKP4.0 akan dikreditkan ke akaun penerima berkenaan?
Bagi penerima GKP 1.0, GKP 2.0 atau GKP 3.0 yang lulus dan meninggal dunia sebelum atau pada 14 Julai 2021, tidak layak menerima bayaran GKP 4.0.
18. Rakan kongsi saya adalah penerima GKP 1.0, GKP 2.0 atau GKP 3.0 yang lulus dan telah meninggal dunia sebelum atau pada 14 Julai 2021. Adakah saya boleh membuat permohonan pertukaran maklumat penerima GKP4.0?
Bagi penerima GKP 1.0, GKP 2.0 atau GKP 3.0 yang lulus dan telah meninggal dunia, rujuk Jawapan bagi Soalan 15. Rakan kongsi perniagaan / syarikat boleh membuat permohonan baharu GKP4.0 jika menepati syarat kelayakan.
19. Saya juga membuat permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 dan berstatus Lulus. Adakah saya layak menerima GKP4.0?
Jika permohonan BPR 2021 atau Rayuan BPR 2021 berstatus Lulus, tidak layak GKP 4.0.
20. Saya telah menerima bayaran GKP sebelum ini dan ingin menolak bantuan GKP. Bagaimanakah cara untuk memulangkan bayaran GKP yang telah diterima?
Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:
i. Sila kemukakan surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia dengan menyatakan nama penuh, nombor Mykad dan sebab pemulangan;
ii. Lampirkan draf bank / cek atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan); dan
iii. Surat dan draf bank / cek perlu dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di alamat berikut:
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2, 62592 Putrajaya
21. Saya telah membuat pemulangan GKP dan menolak bantuan GKP. Adakah saya masih layak menerima GKP4.0?
Sekiranya pemulangan GKP telah dilakukan dan telah disahkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), tidak layak menerima GKP4.0.
22. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya mempunyai sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP4.0?
Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP4.0 boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 .
Baca Juga: BKC Bujang:Semakan Status,Cara Mohon & Tarikh Bayaran BKC Bujang
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan berkenaan GKP 4.0 anda boleh layari https://gkp.hasil.gov.my/ atau
Boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100.
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang GKP 4.0 ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com
Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Pengusaha Pusat Sukan:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Khas Golongan OKU:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Program Jaringan Inisiatif Umum JITU:Bantuan Asas Modal & Bimbingan Golongan OKU/Gelandangan
- PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan:Semak Kelayakan Permohonan Daftar MyFutureJobs
- PEMULIH Diskaun Bil TNB:Kelayakan & Kadar Diskaun PKS & Perniagaan Terpilih
- PEMULIH Permohonan Baru GKP4.0:Permohonan Baharu & Bayaran RM1,000 Julai 2021
- i-Citra KWSP:Permohonan Pengeluaran & Semakan Kelayakan