PEMULIH Diskaun Bil TNB:Kelayakan & Kadar Diskaun PKS & Perniagaan Terpilih
Pekej PEMULIH terbaru yang diumumkan baru-baru ini telah mengumumkan pemberian diskaun bil TNB kepada individu yang layak serta PKS dan juga beberapa perniagaan terpilih. Seperti yang diumumkan Perdana Menteri sebelum ini, pemberian diskaun bil TNB pakej PEMULIH akan mula dimasukkan ke bil pengguna mulai Julai 2021.
Diskaun bil TNB ini akan diberikan kepada kumpulan sasar berikut berdasarkan jumlah penggunaan elektrik bulanan untuk tempoh 3 bulan dari 1 Julai 2021 hingga 30 September 2021 menerusi pekej PEMULIH:
Pengguna akan dapat melihat diskaun di dalam bil elektrik yang bertarikh 15 Julai 2021 dan seterusnya.
Bagi pengguna yang menerima bil bertarikh antara 1 – 14 Julai 2021, amaun diskaun (yang layak) untuk bulan Julai 2021 akan dimasukkan ke dalam bil bulan Ogos 2021.
Pelanggan yang menerima bil sepanjang bulan Julai 2021 akan menikmati diskaun mengikut bilangan hari penggunaan dalam bulan Julai 2021.
Diskaun yang diberikan adalah selepas mengambil kira rebat ICPT sebanyak RM0.02 per kWj.
Diskaun PEMULIH akan mula dinikmati sepenuhnya di dalam bil bulan Ogos dan September 2021.
Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Pengusaha Pusat Sukan:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Khas Golongan OKU:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Program Jaringan Inisiatif Umum JITU:Bantuan Asas Modal & Bimbingan Golongan OKU/Gelandangan
- PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan:Semak Kelayakan Permohonan Daftar MyFutureJobs
Kelayakan Diskaun Bil TNB PEMULIH
Berikut adakah jenis-jenis tarif yang layak menerima diskaun bil lektrik PEMULIH:
Pengguna kediaman (domestik) tidak perlu mengambil apa-apa tindakan.
Diskaun diberikan secara automatik kepada semua pengguna kediaman (domestik) yang berdaftar dengan TNB berdasarkan jumlah penggunaan elektrik untuk tempoh penggunaan mulai 1 Julai hingga 30 September 2021.
Baca Juga: Bantuan Khas Covid-19 NADMA:Syarat Kelayakan, Tatacara Permohonan & Semakan Permohonan
Kadar Pemberian Diskaun Bil TNB Pekej PEMULIH
Mungkin anda tertanya-tanya berapakah kadar diskaun yang anda layak terima sama ada 40%, 15%, 10% atau 5%?
Berikut jadual pemberian diskaun yang rasmi dari TNB:
Contoh, sekiranya penggunaan elektrik bulanan adalah 300kWj atau RM 77.00, maka pengguna akan mendapat diskaun sebanyak 15% ke atas bil mereka.
Baca Juga: Program Bakul Makanan JKM:Cara Mohon Melalui Online & Borang Permohonan
Kaedah Pengiraan Diskaun Pekej PEMULIH
Diskaun bil elektrik dikira menggunakan formula berikut:
Formula Pengiraan Diskaun = % Diskaun x [ Caj dalam RM (kW + kWj) + ICPT + Diskaun Lain (Sekiranya Ada) ]
Peratusan penjimatan yang akan anda terima melalui pemberian diskaun ini adalah seperti berikut:
Baca Juga: Permohonan Rayuan Tingkatan 6:Permohonan Online & Borang Permohonan
Soalan Lazim
1. Apakah manfaat yang boleh saya perolehi sebagai pelanggan TNB di bawah Pakej PEMULIH yang telah diumumkan oleh Kerajaan Malaysia baru-baru ini?
Lanjutan daripada pengumuman Kerajaan Malaysia mengenai pelaksanaan Pakej PEMULIH pada 28 Jun 2021, diskaun bil elektrik akan diberikan kepada kumpulan sasar berikut berdasarkan jumlah penggunaan elektrik bulanan untuk tempoh 3 bulan dari 1 Julai 2021 hingga 30 September 2021:
Nota: 6 sektor Komersial (Perdagangan) terpilih di bawah inisiatif PEMERKASA Plus akan terus menerima diskaun sebanyak 10% ke atas jumlah penggunaan elektrik bulanan dari 1 Julai – 30 September 2021.
2. Bilakah tempoh layak menerima diskaun di bawah Pakej PEMULIH dan Rebat ICPT?
Diskaun bil elektrik di bawah Pakej PEMULIH adalah diberikan untuk tempoh tiga (3) bulan untuk penggunaan elektrik mulai dari 1 Julai 2021 sehingga 30 September 2021 untuk pengguna kediaman (Tarif A – Domestik) sehingga 900kWj sebulan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) voltan rendah.
Manakala, bagi pengguna komersil dari 6 sektor perniagaan terpilih, diskaun PEMULIH adalah bermula dari 1 Oktober 2021 sehingga 31 Disember 2021. Untuk penggunaan dari 1 Julai 2021 sehingga 30 September 2021, diskaun adalah di bawah pakej PEMERKASA Plus.
Di samping itu, semua pengguna TNB akan terus menikmati rebat ICPT sebanyak RM0.02 per kWj untuk penggunaan elektrik bulanan bermula dari 1 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021.
3. Siapakah yang layak menerima rebat ICPT?
Semua pengguna TNB akan terus menikmati rebat ICPT sebanyak RM0.02 per kWj untuk penggunaan elektrik bulanan untuk tempoh enam (6) bulan bermula dari 1 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021.
4. Adakah diskaun pakej PEMULIH ini akan terus dimasukkan dalam bil bulan Julai 2021?
Diskaun pakej PEMULIH Diskaun Bil TNB akan diberikan mulai penggunaan 1 Julai sehingga 30 September 2021.
Pengguna akan dapat melihat diskaun di dalam bil elektrik yang bertarikh 15 Julai 2021 dan seterusnya. Bagi pengguna yang menerima bil bertarikh antara 1 – 14 Julai 2021, amaun diskaun (yang layak) untuk bulan Julai 2021 akan dimasukkan ke dalam bil bulan Ogos 2021.
Pelanggan yang menerima bil sepanjang bulan Julai 2021 akan menikmati PEMULIH Diskaun Bil TNB mengikut bilangan hari penggunaan dalam bulan Julai 2021. Diskaun yang diberikan adalah selepas mengambil kira rebat ICPT sebanyak RM0.02 per kWj.
Diskaun PEMULIH Diskaun Bil TNB akan mula dinikmati sepenuhnya di dalam bil bulan Ogos dan September 2021.
Baca Juga: Refund Return Barang Shopee Guna PosLaju & J&T:Barang Rosak Atau Lambat Sampai
Diskaun Bil TNB PEMULIH Kategori Pengguna Domestik
5. Saya adalah pengguna kediaman (domestik). Apakah yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan diskaun?
Pengguna kediaman (domestik) tidak perlu mengambil apa-apa tindakan. Diskaun diberikan secara automatik kepada semua pengguna kediaman (domestik) yang berdaftar dengan TNB berdasarkan jumlah penggunaan elektrik untuk tempoh penggunaan mulai 1 Julai hingga 30 September 2021.
6. Saya adalah pengguna kediaman (domestik) dengan bil bulanan sekitar RM400, adakah saya layak menerima diskaun di bawah pakej PEMULIH?
Pengguna tidak layak menerima diskaun bil elektrik di bawah pakej PEMULIH kerana penggunaan telah melebihi had maksimum diskaun PEMULIH iaitu 900kWj atau RM395.60 sebulan.
Namun pengguna masih dapat menikmati rebat ICPT pada kadar RM0.02 per kWJ bagi penggunaan elektrik dari tempoh 1 Julai sehingga 31 Disember 2021 dengan anggaran penjimatan bil sebanyak 4-5%.
Baca Juga: Permohonan Rayuan IPG Online:Tarikh Rayuan & Semakan Keputusan Rayuan
Diskaun Bil TNB PEMULIH Kategori PKS
7. Apakah kategori pengguna PKS di bawah voltan rendah yang layak menerima diskaun 5%?
Diskaun 5% PEMULIH Diskaun Bil TNB diberikan kepada pengguna PKS kategori komersial (perdagangan), perindustrian dan pertanian spesifik voltan rendah dengan Tariff B, D dan H.
8. Adakah pengguna elektrik bagi kategori PKS perlu membuat permohonan dan pengesahan kelayakan bagi diskaun 5%?
Tidak. Diskaun 5% PEMULIH Diskaun Bil TNB diberikan secara automatik kepada semua pengguna TNB bagi kategori Komersial (Perdagangan, Tarif B), Perindustrian (Tarif D) dan Pertanian Spesifik (Tarif H) yang mengambil bekalan di paras voltan rendah.
9. Saya adalah PKS yang berdaftar dengan SME Corp. Malaysia dan mengambil bekalan di paras voltan sederhana/tinggi, adakah saya layak menerima diskaun 5% ini?
Tidak, kelayakan bagi diskaun 5% ini adalah terhad kepada pengguna PKS yang mengambil bekalan voltan rendah dengan Tarif B, D dan H.
10. Saya adalah PKS yang sedang menikmati diskaun 10% di bawah pakej PEMERKASA/PEMERKASA+, adakah saya layak menerima tambahan diskaun 5% ini?
Tidak, pengguna hanya layak menerima satu kategori diskaun PEMULIH Diskaun Bil TNB sahaja.
Baca Juga: Semakan Keputusan Permohonan IPG 2021 Online
Diskaun Bil TNB PEMULIH Kategori Sektor Perniagaan Terpilih
11.Apakah sektor perniagaan yang layak menerima diskaun bil TNB PEMULIH sebanyak 10%?
Komersial (Pedagangan) dari enam (6) sektor perniagaan terpilih yang telah dikenalpasti oleh Kerajaan bagi diskaun 10% ialah:
- Pengendali Hotel;
- Taman Tema;
- Pusat Konvensyen;
- Pusat Membeli Belah;
- Pejabat Syarikat Penerbangan Tempatan; dan
- Agensi Pelancongan.
Pengguna perdagangan dari 6 sektor terpilih yang telah menerima diskaun 10% di bawah Pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) akan secara automatik layak menerima diskaun 10% di bawah PEMERKASA+ dan PEMULIH.
14. Saya termasuk dalam enam (6) sektor perniagaan yang layak menerima diskaun 10% tetapi apabila menyemak penggunaan elektrik untuk bulan Julai 2021, saya dapati tiada diskaun diberikan. Bagaimana saya boleh memohon diskaun tersebut?
Maklumat lanjut berhubung kelayakan dan cara memohon untuk mendapatkan diskaun 10% PEMULIH Diskaun Bil TNB di bawah pakej Pemerkasa+ boleh didapati di sini.
Baca Juga: Refinance Rumah:Cara Membuat Pembiayaan Semula Rumah Terkini
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkaitan pekej PEMULIH Diskaun Bil TNB, sila hubungi mana-mana talian berikut:
- TNB CareLine di talian 1-300-88-5454; atau
- E-mel tnbcareline@tnb.com.my; atau
- Kedai Tenaga yang berdekatan.
Sumber: TNB
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang pekej PEMULIH Diskaun Bil TNB memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com