Permohonan Pengurangan Bayaran Pinjaman Pelajaran MARA Melalui eConversion
MARA menyediakan satu kemudahan yang perlu direbut oleh semua peminjam dana pelajaran mara iaitu permohonan pengurangan bayaran pinjaman pelajaran melalui sistem eConversion. Para peminjam dana pelajaran MARA dipelawa membuat permohonan pengurangan bayaran pinjaman pelajaran ini sekiranya anda layak. Jangan lepaskan peluang untuk memohon melalui sistem eConversion yang diperkenalkan MARA ini.
Artikel ini akan berkongsi serba sedikit panduan untuk membuat permohonan pengurangan bayaran pinjaman pelajaran melalui sistem eConversion. Baca selanjutnya..
MARA merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi membangunkan golongan bumiputera dalam negara. Salah satu inisiatif yang diusahakan adalah menyediakan kemudahan pinjaman pelajaran yang berbentuk pinjaman boleh ubah kepada pelajar bumiputera yang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi. Bermula daripada peringkat persediaan Ijazah Sarjana Muda sehingga ke peringkat pengajian Doktor Falsafah di institusi pengajian tinggi dalam negara ataupun luar negara tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh MARA.
Baca Juga:Permohonan Rayuan BPR 2021 Fasa 2:Mulai 15-30 Jun 2021
Baca Juga:i-Suri KWSP: Daftar & Semak Status Kelayakan Bantuan Suri Rumah
eConversion Permohonan Pengurangan Pinjaman
Permohonan pengurangan bayaran pinjaman pelajaran sistem eConversion adalah seperti berikut:
- Melalui sistem eBaki juga anda boleh terus ke pautan sistem eConversion yang berperanan sebagai sistem permohonan pengurangan bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA.
- Pemohon Permohonan pengurangan pinjaman pelajaran hanya layak membuat satu permohonan sahaja dan tiada tunggakan di akaun pinjaman pelajaran MARA. Selain itu, pemohon perlu membayar komitmen sebanyak RM300 semasa membuat permohonan.
- Pemohon Permohonan pengurangan pinjaman pelajaran hanya perlu menggunakan akses eBaki iaitu ID pengguna dan kata laluan yang sama untuk log masuk sistem eConversion dan membuat permohonan pengurangan baki pinjaman MARA.
- Hanya 1 permohonan pengurangan pinjaman pelajaransahaja dibenarkan untuk setiap Pemohon. Pastikan maklumat dan dokumen diisi dengan lengkap.
- Pastikan tiada tunggakan di akaun pinjaman pelajaran MARA.
- Permohonan Pengurangan Pinjaman pelajaran akan terbatal sekiranya maklumat yang diberikan adalah palsu.
- Di bawah Seksyen 5, Akta Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989), seseorang Pemohon yang memberi maklumat palsu atau mengelirukan dalam borang permohonan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara 2 Tahun atau didenda RM2000.00 atau kedua-duanya sekali.
- Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA boleh dibuat melalui pengeluaran caruman KWSP – sila layari web rasmi KWSP.
- Pengguna Permohonan pengurangan pinjaman pelajaran disarankan menggunakan pelayaran Internet Explorer dan Microsoft Edge untuk mendapatkan paparan yang terbaik
Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.
Bagi mereka yang layak anda juga boleh menuntut bantuan program bantuan jaringan prihatin dari RM 180 sehingga RM 300 di Program Jaringan Prihatin B40:RM300 Peranti, RM180 Data CAra Daftar.
Syarat Permohonan Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA eConversion
Peminjam boleh memohon pengurangan kadar bayaran balik pinjaman MARA melalui system eBaki; https://apps.mara.gov.my/ebakiv2.
1. Kelayakan Memohon:
a. Pelajar tamat/lulus pengajian;
i. di bawah Skim Pinjaman Pelajaran MARA.
ii. mengikut tempoh masa yang ditetapkan dalam Surat Tawaran / Perjanjian.
b. Tidak bertukar kursus/program atau tempat pengajian kecuali mendapat kebenaran bertulis dari Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.
c. Tertakluk kepada peminjam yang belum atau tidak pernah menerima sebarang bantuan/pinjaman kewangan dari pihak penganjur yang lain
d. Tiada tunggakan di akaun Pinjaman Pelajaran MARA.
2. Dokumen yang perlukan untuk permohonan:
a. Salinan Sijil/Diploma/Ijazah/Master/Phd (disahkan benar).
b. Salinan transkrip rasmi penuh (disahkan benar).
c. Salinan Sijil/Diploma/Ijazah/Master/Phd disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun Kumpulan A dan Penghulu/Sidang/Jaksa Pendamai(JP)/Wakil Rakyat/Pegawai Dalam Perkhidmatan Perundangan & Kehakiman seperti Majistret/Peguam.
d. Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.
3. Pemohon perlu membuat bayaran komitmen RM300 atas akaun Pinjaman Pelajaran MARA (bukti pembayaran perlu disertakan).
4. Sebarang pembayaran yang telah dibuat sebelum pengurangan kadar bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA diluluskan, tidak akan dikembalikan. Pembayaran tersebut akan ditolak dari jumlah pinjaman keseluruhan.
5. Permohonan yang tidak lengkap dan mempunyai akaun yang bertunggakan tidak akan diproses.
6. Kegagalan memohon seperti dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam Surat Tawaran/Perjanjian, tuan/puan dikehendaki membayar balik 100% pinjaman yang dikeluarkan oleh pihak MARA.
7. Kelulusan rasmi permohonan pengurangan kadar bayaran balik pinjaman MARA boleh disemak melalui sistem e-baki di url https://apps.mara.gov.my/ebakiv2
8. Disebabkan bilangan permohonan yang banyak, urusan proses kelulusan pengurangan bayaran balik pinjaman mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan dari tempoh permohonan diterima/didaftarkan. Tempoh masa proses kelulusan ini juga bergantung kepada situasi dan arahan semasa kerajaan seperti arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan arahan semasa yang lain. Sila hubungi Unit Conversion di Bahagian Kawalan Kredit MARA untuk mendapatkan maklumat lanjut.
a. Emel: econversion@mara.gov.my / noryana@mara.gov.my / sazri@mara.gov.my / hasnizay@mara.gov.my
b. Telefon: 03-26132130 / 32171 / 32180 / 32181 / 32198 / 32140 / 32156 / 32183 / 32184 / 32188 / 32298
Dikeluarkan Oleh;
Unit Conversion
Bahagian Kawalan Kredit MARA
Untu maklumat penuh syarat permohonan pengurangan bayaran pinjaman pelajaran MARA klik di SINI.
Baca Juga:Touch n Go eWallet:Pendaftaran & Penebusan Kredit eBelia RM 150
Cara Membuat Permohonan Pengurangan Bayaran Pinjaman Pelajaran MARA
Cara membuat permohonan pengurangan bayaran pinjaman pelajaran melalui sistem eConversion adalah seperti berikut:
1.Layari eBAKI MARA melalui pautan https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/_SignIneBaki.aspx
2.Daftar sebagai pengguna baru jika anda belum mendaftar untuk mendapatkan ID pengguna dan juga kata laluan.
3. ID pengguna dan kata laluan yang sama akan digunakan untuk membuat permohonan pengurangan bayaran pinjaman pelajaran melalui sistem eConversion.
4.Klik pada pautan permohonan conversion online.
5.Klik pada pautan log masuk pada penjuru atas kanan
6.Log masuk menggunakan ID dan kata laluan eBAKI MARA.
7. Lengkapkan butiran pelajaran anda seperti diperlukan .
8. Jika pengguna klik pada status ‘bekerja’ pengguna perlu melengkapkan butiran pekerjaan seperti diperlukan.
9. Pengguna perlu melengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan memuat naik semua dokumen yang diperlukan.
10. Akhir sekali bagi melengkapkan proses permohonan pemohon perlu memuatnaik resit bayaran bagi bayaran komitmen conversion dengan menekan butang ‘upload’
11. Selesai.
12. Permohonan yang telah diterima untuk diproses akan dipaparkan status seperti contoh di bawah. Permohonan tersebut boleh dicetak untuk rujukan pengguna.
13. Untuk panduan pengguna terperinci anda boleh klik di SINI.
Baca Juga:Semak Check kelajuan Internet Rumah Sekolah Pejabat:Cara Buat Speedtest Guna Web & Apps
Semakan Baki Pinjaman MARA eBaki
Untuk menyemak baki pinjaman anda ikuti langkah mudah berikut:
Pemohon boleh mengikuti langkah-langkah di bawah untuk menyemak baki pinjaman MARA anda serta kemudahan lain yang disediakan dalam sistem eBaki:
1. Layari Portal eBaki MARA
2. Klik pada pautan “Pengguna Baru”
3. Masukkan nombor Kad Pengenalan anda
4. Setelah mendaftar, log masuk pada halaman utama Portal eBaki MARA menggunakan ID Pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan
Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Jika anda menghadapi masalah berkaitan eBaki Semakan Baki Pinjaman MARA Online, sila rujuk:
2 Nombor Telefon MARA call centre: 03-2613 2000 samb. 35082/ 35084/ 35085/ 35086
2. Bahagian Penganjuran Pelajaran: 03-2613 2000 samb. 32060/ 32056/ 32063/
32087/ 32071
3. Bahagian Kawalan Kredit: 03-2613 2000 samb. 32286/ 32131/ 32288/ 32133/
32178/ 32399/ 32397
4. Bahagian Undang-Undang: 03-2613 2000 samb. 34102/ 34120/ 34104
5. Bahagian Teknologi Maklumat: 03-2613 2000 samb. 32390/ 32391/ 32386/ 32389
Terima kasih. Semoga perkongsian Permohonan pengurangan bayaran pinjaman pelajaran ini dapat memudahkan lagi urusan anda. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com