i-Suri KWSP: Daftar & Semak Status Kelayakan Bantuan Suri Rumah

i-Suri KWSP: Daftar & Semak Status Kelayakan Bantuan Suri Rumah

Seperti ahli lain yang bekerja, dengan insentif i-Suri KWSP yang diperkenalkan pada 2018, kini suri rumah juga boleh menikmati dividen tahunan KWSP, layak untuk bantuan hilang upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan dan pelepasan cukai (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).

Insentif i-Suri ini ternyata memberi banyak kelebihan kepada golongan surirumah di mana ia memberi jaminan masa depan kerana diberikan dalam bentuk skim KWSP.

Anda juga boleh menyemak status duit e-kasih pembayaran dan juga tarikh bayaran.

Berikut adalah maklumat lebih lanjut tentang insentif i-Suri yang patut dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat Malaysia.

insentif skim i-Suri KWSP

Baca Juga: Permohonan Rayuan BPR 2021 Fasa 2:Mulai 15-30 Jun 2021

Apakah Insentif iSuri KWSP

Insentif i-SURI adalah program yang berbentuk usaha sama yang melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan Kementerian Kewangan (MOF).

Fasa pertama skim ini telah dilancarkan pada 8 Ogos 2018 dan mula berkuat kuasa pada 15 Ogos 2018 dan dilaksanakan oleh KWSP, sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan

Skim i-Suri KWSP ini adalah skim bantuan bersasar bagi menggalakkan rakyat mula menabung bagi kegunaan semasa, hari tua atau ketika menghadapi kesusahan dan ditimpa musibah seperti perceraian, kematian suami, suami hilang upaya dan lain-lain.

i-Suri KWSP Permohonan

Baca Juga: Bayaran BPR Fasa2 2021:Tarikh Bayaran, Baki Serta Permohonan Rayuan BPR

Faedah i-Suri

Antara faedah yang akan diterima mereka yang menyertai skim i-Suri KWSP ini adalah seperti berikut:

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200* pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan Kematian: RM2,500
  • Bantuan hilang upaya

Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.

Bagi mereka yang layak anda juga boleh menuntut bantuan program bantuan jaringan prihatin dari RM 180 sehingga RM 300 di Program Jaringan Prihatin B40:RM300 Peranti, RM180 Data CAra Daftar.

Syarat Kelayakan

Hanya mereka yang melepasi syarat kelayakn akan dibenarkan menyertai perogram ini. Syarat kelayakan bagi menyertai program i-Suri KWSP ini adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP

*Nota: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Suri.

syarat kelayakan, sumbangan kerajaan,, manfaat program, cara pendaftaran, saluran pertanyaan skim bantuan suri rumah i-Suri KWSP Terkini

Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%

Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.

Siapa Yang Boleh Mencarum I-Suri KWSP

Mereka yang layak mencarum untuk i-Suri KWSP ini adalah

  • Suami kepada pasangan yang layak
  • Diri sendiri (isteri)

Baca Juga:Bantuan Mahasiswa Perak:Bantuan Sara Diri & Kecemasan 2021

Cara Pendafataran i-Suri

Bagi kumpulan sasar yang berkelayakan dan tersenarai di dalam senarai eKasih sehingga 30 Jun 2018, pendaftaran sebagai ahli KWSP dan Skim i-Suri KWSP boleh dibuat di mana-mana kaunter KWSP seluruh Malaysia.

Dokumen yang diperlukan untuk mendaftar i-Suri KWSP adalah:

  • MyKad
  • Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

Baca Juga:Tarikh Bayaran PTPTN 2021:Semakan PTPTN Online

Pembayaran Caruman

Bagi melayakkan suri rumah mendapat sumbangan Kerajaan RM40 sebulan, caruman individu hendaklah dibuat ke dalam akaun KWSP dengan jumlah minimum RM5 sebulan atau RM60 setahun.

Pembayaran caruman i-Suri KWSP boleh dibuat melalui kaedah-kaedah berikut:

  • tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  • tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, Bank Simpanan Nasional dan RHB Bank;
  • pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik iaitu Maybank dan Public Bank.

Pemindahan wang melalui perbankan internet

  • Maybank
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • Bank Muamalat
  • CIMB Bank
  • Bank Islam
  • KFH (Caruman Pilihan Sendiri Sahaja)
  • Hong Leong Bank
  • MBSB

Kaunter & Ejen Bank

Tunai/cek

  • BSN
  • Maybank
  • Public Bank

*Nota: Buat masa ini, hanya pembayaran di kaunter peresitan KWSP dan Bank Simpanan Nasional sahaja tidak mengenakan sebarang caj perkhidmatan tambahan.

Baca Juga: SPUR PUNB: Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 Sehingga RM100,000

cara mencarum skim insentif i-suri

Baca Juga:Bantuan IPT Yayasan JCorp:Cara Mohon & Syarat Permohonan

Had Bayaran Caruman i-Suri KWSP

Had minimun dan maksimum bayaran caruman ke akaun i-Suri KWSP adalah seperti berikut:

  • Minimum (RM sahaja) Tiada had
  • Maksimum (RM sahaja) RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)

Ketahui Juga: Login Slip Gaji Online:Cetak Penyata Gaji Bulanan Kerajaan e-Penyata Gaji

Sumbangan Kerajaan Ke Akaun i-Suri KWSP

Bagaimana Sumbangan Kerajaan Dikreditkan Ke Dalam Akaun i-Suri KWSP?

Sumbangan Kerajaan akan dikreditkan ke Akaun i-Suri KWSP peserta sebanyak dua (2) kali setahun bagi tempoh Januari hingga Jun dan Julai hingga Disember.

Sumbangan Kerajaan akan dikreditkan seperti berikut:

  • Akaun 1 dan Akaun 2 – peserta yang berumur bawah 55 tahun
  • Akaun Emas – peserta yang berumur 55 tahun ke atas.

Bagi para guru yang ingin memohon pertukaran tempat bertugas baca Login eGtukar:Cara Mohon, Syarat Serta Semakan Permohonan Pertukaran (epgo.moe.gov.my)

Soalan Lazim

1.Kenapakah terdapat Insentif Suri i-Suri?

Inisiatif ini diperkenalkan oleh Kerajaan bagi mengiktiraf peranan dan perjuangan suri rumah dalam membantu mereka mempunyai kehidupan yang lebih dan sejahtera.

2.Bagaimana pihak kerajaan mengkreditkan caruman i-Suri KWSP tersebut ke dalam akaun ahli?

KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan) dan Akaun 2.

Baca Juga: PPAM:Permohonan Perumahan Penjawat Awam Malaysia Syarat & Panduan (PPA1M)

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaaan mengenai Caruman Sukarela i-SURI KWSP, sila layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.

Bagi pertanyaan mengenai kelayakan insentif i-Suri KWSP, sila layari www.kpwkm.gov.my atau hubungi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di talian 03-8000 8000.

Untuk maklumat lanjut mengenai eKasih, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di talian 03-8000 8000.

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang i-Suri KWSP ini memudahkan anda untuk membuat permohonan insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment