Rayuan BPR & Bayaran BPR Fasa 3: Semakan Keputusan Rayuan & Bayaran
Semakan permohonan rayuan bagi Bantuan Prihatin Rakyat 2021 BPR sudah boleh dibuat mlalui laman https://bpr.hasil.gov.my . Semakan penting bagi mengetahui keputusan permohonan anda. Jika keputusan anda lulus bayaran akan mula dibuat seperti maklumat bayran dan rayuan BPR soalan lazim di bawah.
Berikut dikongsikan soalan lazim berkaitan semakan keputusan rayuan BPR bagi tahun 2021 dan juga berkaitan bayaran BPR fasa 3 yang mula dibayar pada selasa 28.09.2021.
Untuk maklumat tentang pembayaran BPR bagi fasa 3 baca: Bayaran BPR Fasa 3 Bermula Selasa:Semak Permohonan Anda
Semakan Keputusan Rayuan BPR
Bagi pemohon Bantuan Prihati Rakyat BPR yang telah membuat permohonan rayuan sila baca maklumat dibawah untuk membuat semakan permohonan rayuan anda.
Baca Juga: Semakan Status BPR Fasa 3:Status Bayaran & Baki BPR Fasa 3
Soalan Lazim Semakan Keputusan Rayuan BPR
1. Bilakah semakan status kelulusan Rayuan BPR 2021 boleh dibuat?
Semakan status RayuanBPR 2021 boleh dibuat mulai 18 September 2021. Semakan boleh dibuat secara dalam talian di Portal Rasmi BPR > Log Masuk BPR.
2.Bagaimanakah cara untuk saya membuat semakan status kelulusan RayuanBPR 2021?
Tuan boleh membuat semakan status kelulusan RayuanBPR 2021 seperti berikut:
i. Portal Rasmi BPR (https://bpr.hasil.gov.my)
a. Klik Log Masuk BPR
b. Masukkan Nombor MyKad
c. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
d. Masukkan kata laluan
e. Klik Menu Semakan Status
f. Maklumat yang akan dipaparkan
- Status Permohonan
- Lulus
- Tidak Lulus
- Maklumat Bayaran (Jika ada)
ii. Talian Hotline BKK 1-800-88-2747
3. Saya telah membuat semakan dan berstatus Lulus Rayuan BPR 2021. Bilakah pembayaran Rayuan BPR 2021 akan dibuat?
Pembayaran RayuanBPR 2021 adalah seperti berikut:
i. Ada akaun bank – Pengkreditan terus ke akaun bank mulai 28 September 2021 secara berperingkat
ii. Tiada akaun bank – Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 28 September 2021
4. Semakan mendapati Rayuan saya telah diluluskan. Adakah saya akan menerima Surat Makluman Lulus Rayuan bagi tujuan penunaian?
Surat Makluman Lulus Rayuan tidak dikeluarkan kepada pemohon tetapi makluman secara SMS akan dikeluarkan bagi pemohon yang mendaftarkan nombor telefon bimbit.
5.Semakan mendapati Permohonan Rayuan saya berstatus Tidak Lulus. Adakah saya boleh mengemukakan semula dokumen sokongan yang diperlukan bagi membolehkan rayuan saya dipertimbangkan semula?
Sekiranya Permohonan Rayuan tuan telah diproses dan tidak lulus, rayuan semula dengan mengemukakan dokumen sokongan adalah tidak dibenarkan. Ini kerana kelulusan Rayuan BPR 2021 adalah MUKTAMAD.
Artikel Lain: Rayuan Bantuan Prihatin:Permohonan Rayuan BPR 2021
Pembayaran BPR Fasa 3 & Bayaran Rayuan BPR Berjaya
Bagi anda yang ingin mengetahui tentang bayaran BPR fasa 3 dan juga bayaran BPR bagi pemohon rayuan BPR yang berjaya baca maklumat yang dikongsikan di bawah,
Baca Juga: MBSB Online:Cara Daftar Login MBSB Online mbsbjourney.com
Soalan Lazim Pembayaran Fasa Ketiga dan Rayuan
1.Bilakah pembayaran Fasa Ketiga dan Rayuan BPR 2021?
Pembayaran Fasa Ketiga dan Rayuan BPR 2021 adalah seperti berikut:
i. Ada akaun – Pengkreditan terus ke akaun bank mulai 28 September 2021 secara berperingkat
ii. Tiada Akaun – Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 28 September 2021
2. Saya tidak menerima sebarang pemakluman Pembayaran Fasa Ketiga / Rayuan BPR 2021 apa yang perlu saya lakukan?
Semakan status Pembayaran Fasa Ketiga / Rayuan BPR 2021 boleh dibuat melalui Portal Rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my. Tindakan yang perlu diambil sekiranya layak pembayaran Fasa Ketiga / Rayuan BPR 2021 adalah seperti berikut:
i. Mempunyai Akaun Bank – Semak penyata akaun bank pembayaran mulai 28 September 2021
ii. Tiada Akaun Bank – Pemohon yang lulus perlu hadir ke kaunter BSN mulai 28 September 2021 dengan membawa MyKad asal
Untuk menyemak no baucer bayaran BPR tunai baca: Baucer Tunai BPR:Cara Dapatkan No Baucer Tunai BPR Fasa 3 Online
3.Semasa menerima Bayaran Fasa Kedua BPR 2021 status pengkreditan adalah Berjaya Kredit. Walau bagaimanapun akaun bank berkenaan sudah tidak aktif / ditutup bagaimanakah kaedah pembayaran Fasa Ketiga yang saya akan terima?
Pembayaran Fasa Ketiga BPR 2021 akan dibuat berdasarkan akaun bank yang didaftarkan semasa pendaftaran / kemas kini BPR 2021. Sekiranya semakan status pembayaran Fasa Ketiga pada Portal Rasmi BPR adalah berstatus Gagal Kredit, penunaian boleh dilakukan di Kaunter BSN dengan membawa MyKad. Dikeluarkan oleh: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
4.Semasa menerima Bayaran Fasa Kedua BPR 2021 status pengkreditan adalah Gagal Kredit dan saya telah mengemaskini akaun bank saya yang terkini. Adakah pembayaran Fasa Ketiga yang saya akan terima melalui akaun bank yang telah dikemaskini?
Pembayaran Fasa Ketiga BPR 2021 akan dibuat berdasarkan akaun bank terkini yang telah dikemaskini di permohonan BPR 2021. Sekiranya semakan status pembayaran Fasa Ketiga pada Portal Rasmi BPR adalah berstatus Gagal Kredit, penunaian boleh dilakukan di Kaunter BSN dengan membawa MyKad.
5.Sekiranya saya diisytiharkan muflis dan akaun bank yang didaftarkan sebelum ini telah dibekukan, bagaimanakah saya boleh mendapatkan bayaran BPR 2021?
Anda perlu merujuk kepada agensi berkaitan untuk mendapatkan kebenaran membuka akaun bank / mengaktifkan semula akaun bank sebelum tuntutan bayaran BPR 2021 dibuat.
6.Saya ingin membuat semakan pada MyBPR dan bagaimanakah saya boleh mengetahui pembayaran Fasa Ketiga / Rayuan BPR 2021 dibayar kepada akaun bank saya atau pasangan?
Anda boleh membuat semakan pada MyBPR > Semakan Status > Maklumat Pembayaran bagi Fasa Ketiga / Rayuan BPR 2021. Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut:
i. Nombor Pengenalan Akaun dikredit
ii. Nama Penerima
iii. Fasa Pembayaran
iv. Jumlah dikredit
v. Status Kredit
vi. Nama Bank
vii. Nombor Akaun Bank
7.Sekiranya penerima bayaran BPR 2021 telah meninggal dunia dan bayaran Fasa Ketiga / Rayuan berjaya dikreditkan ke akaun bank, bagaimanakah proses pengeluaran wang BPR 2021?
Proses pengeluaran wang BPR 2021 adalah seperti proses semasa yang dipraktiskan oleh Institusi Kewangan. Wakil perlu hadir ke Bank berdasarkan maklumat bank yang didaftarkan pada permohonan BPR 2021 bagi tindakan selanjutnya.
8.Saya telah menerima bayaran dan ingin menolak bantuan BPR 2021. Bagaimanakah cara untuk memulangkan bayaran BPR yang telah diterima?
Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:
i. Mengemukakan surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dengan menyatakan nama penuh, nombor MyKad / Nombor Pengenalan, alamat surat menyurat dan sebab pemulangan;
ii. Lampirkan draf bank / cek yang mengandungi jumlah bayaran atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan);
dan
iii. Surat dan draf bank / cek perlu dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di alamat berikut:
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2 62592 Putrajaya
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan Semakan BPR Fasa 3
Untuk maklumat lanjut tentang rayuan BPR atau pertanyaan berkaitan sila hubungi:
- Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
- MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
- Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang rayuan BPR ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com
Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Pengusaha Pusat Sukan:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Khas Golongan OKU:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Program Jaringan Inisiatif Umum JITU:Bantuan Asas Modal & Bimbingan Golongan OKU/Gelandangan
- PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan:Semak Kelayakan Permohonan Daftar MyFutureJobs
- PEMULIH Diskaun Bil TNB:Kelayakan & Kadar Diskaun PKS & Perniagaan Terpilih
- PEMULIH Permohonan Baru GKP4.0:Permohonan Baharu & Bayaran RM1,000 Julai 2021
- i-Citra KWSP:Permohonan Pengeluaran & Semakan Kelayakan