Rayuan Bantuan Prihatin:Permohonan Rayuan BPR 2021

Rayuan Bantuan Prihatin:Permohonan Rayuan BPR 2021

Rayuan bantuan prihatin akan dibuka untuk permohonan kepada mereka yang gagal kredit atau tidak lulus bayaran BPR fasa 2 2021 baru-baru ini. Ketahui tatacara membuat rayuan bantuan prihatin BPR 2021 yang disediakan oleh LHDM online dan manual.

TERKINI: Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat BPR Keluarga Malaysia Fasa 3 dan rayuan BPR akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 28 September ini secara berperingkat dan dijangka selesai pada 30 September 2021.

Rayuan Bantuan Prihatin Fasa 2 2021. Umum sedia maklum bahawa ramai yang telah dapat Bantuan Prihatin Rakyat bagi fasa kedua pada 7 Mei yang lalu. Tetapi ada juga yang mengeluh ramai yang tidak lulus & gagal kredit.

Mereka yang layak menerima BPR fasa 2 adalah merujuk kepada Permohonan BPR 2021 berstatus LULUS & melepasi proses semakan verifikasi kelayakan. Kepten akan kongsikan kepada anda semua info berkaitan dengan Rayuan Bantuan Prihatin ini.

Seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan dan LHDN, mulai 7 Mei 2021, bayaran BPR Fasa 2 akan dibuat secara berperingkat.

Status kelulusan BPR Fasa 2 juga boleh mula disemak pada 7 Mei.

Rayuan Bantuan Prihatin:Permohonan Rayuan BPR 2021

Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.

Bagi mereka yang layak anda juga boleh menuntut bantuan program bantuan jaringan prihatin dari RM 180 sehingga RM 300 di Program Jaringan Prihatin B40:RM300 Peranti, RM180 Data CAra Daftar.

Alasan Kenapa BPR Fasa 2 Tidak Lulus/ Gagal?

Menurut LHDN, kelayakan untuk bantuan ini adalah berdasarkan semakan verifikasi kelayakan yang dibuat selepas tarikh tutup pendaftaran BPR 2021. Berikut adalah antara alasan kenapa anda tidak layak:

05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan

12 – Pemohon ada berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad

36 – Pemohon /pasangan merupakan penerima GKP

31 – Status perkahwinan perlu pengesahan

39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan.

Anda juga boleh menyemak bantuan eBelia pemerkasa RM150 di sini. Bantuan eBelia PEMERKASA RM150

Rayuan Bantuan Prihatin:Permohonan Rayuan BPR 2021

Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%

Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.

Rayuan Bantuan Prihatin Fasa 2

Kepada yang gagal, jangan risau kerana kerajaan menyediakan penyelesaian kepada anda. Anda hanya perlu buat rayuan bantuan prihatin sahaja.

Rayuan Bantuan Prihatin Fasa 2

Seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan, tempoh permohonan rayuan bantuan prihatin adalah pada 15 hingga 30 Jun 2021. Kerajaan akan memberi peluang & mempertimbangkan kelayakan anda melalui proses rayuan bantuan prihatin ini.

Baca Juga:Bantuan Mahasiswa Perak:Bantuan Sara Diri & Kecemasan 2021

Cara Buat Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat

permohonan rayuan bantuan prihatin rakyat bpr

Untuk membuat rayuan BPR Fasa Kedua ini, sebahagian daripada mereka yang telah ditolak permohonannya perlu kemukakan borang rayuan bantuan prihatin & sertakan sekali dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia. Permohonan rayuan boleh dilakukan melalui langkah berikut:

i. Secara dalam talian di Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my ; atau

ii. Penghantaran Borang rayuan bantuan prihatin BPR 2021 di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran secara janji temu.

Baca Juga:Tarikh Bayaran PTPTN 2021:Semakan PTPTN Online

Soalan Lazim Permohonan Rayuan Bantuan Prihatin BPR 2021 Fasa 2

RAYUAN BPR 2021

1. S: Siapakah yang layak membuat Permohonan rayuan bantuan prihatin BPR 2021?

J: Pemohon yang layak membuat Permohonan rayuan bantuan prihatin BPR 2021 adalah:

i. Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BPR 2021; atau

ii. Pemohon yang berstatus Lulus BPR 2021 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.

2. S: Saya telah membuat semakan status permohonan BPR 2021 dan didapati permohonan saya berstatus Tidak Lulus. Bilakah Permohonan rayuan bantuan prihatin BPR 2021 bermula?

J: Permohonan Rayuan BPR 2021 boleh dibuat mulai 15 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021 (tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa).

3. S: Bagaimanakah kaedah Permohonan Rayuan BPR 2021?

J: Permohonan Rayuan BPR 2021 boleh dibuat seperti berikut:

i. Secara dalam talian di Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my ; atau

ii. Penghantaran Borang Rayuan BPR 2021 di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran secara janji temu.

4. S: Bagaimanakah janji temu boleh dibuat untuk hadir ke Cawangan LHDNM?

J: Janji temu boleh dibuat secara dalam talian di Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my. Kaedah janji temu boleh dirujuk pada Panduan Pengguna Janji Temu.

5. S: Bagaimanakah Permohonan Rayuan BPR 2021 secara dalam talian boleh dilakukan?

J: Permohonan Rayuan BPR 2021 secara dalam talian boleh dibuat dengan Log Masuk pada menu MyBPR > Permohonan Rayuan. Log masuk MyBPR memerlukan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini. Sekiranya masih belum mendaftar MyBPR, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Pendaftaran MyBPR bagi kaedah pendaftaran MyBPR di Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my.

6. S: Adakah saya perlu memuatnaik dokumen sokongan semasa membuat Permohonan Rayuan BPR 2021 secara dalam talian?

J: Ya. Dokumen sokongan diperlukan bergantung kepada kod tidak lulus Permohonan BPR 2021.

7. S: Saya membuat Permohonan Rayuan BPR 2021 secara dalam talian tetapi terdapat kesilapan maklumat semasa mengisi permohonan rayuan. Adakah saya masih boleh membuat kemas kini rayuan secara dalam talian?

J: Kemas kini rayuan secara dalam talian boleh dibuat selagi rayuan masih belum diproses ataupun disemak oleh Cawangan LHDNM.

8. S: Saya telah membuat Permohonan rayuan bantuan prihatin BPR 2021 secara dalam talian. Bagaimanakah cara untuk saya membuat semakan semula Permohonan rayuan bantuan prihatin BPR 2021 yang telah saya hantar?

J: Semakan semula Permohonan Rayuan BPR 2021 yang telah dihantar boleh dibuat di Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my pada Menu MyBPR > Maklumat Rayuan. Cetakan juga boleh dibuat pada Menu berkenaan.

9. S: Permohonan BPR 2021 telah dipohon atas nama pasangan saya yang telah meninggal dunia dan berstatus tidak lulus. Adakah saya perlu membuat Permohonan rayuan bantuan prihatin BPR 2021 ke atas permohonan tidak lulus berkenaan?

J: Tidak. Rayuan ke atas permohonan pasangan yang meninggal dunia tidak boleh dibuat. Anda perlu membuat Permohonan Baharu rayuan bantuan prihatin BPR 2021 secara janji temu di Cawangan LHDNM jika menepati syarat kelayakan BPR 2021.

Baca Juga: Surat Beranak Online JPN: Daftar Kelahiran Online

Soalan Lazim Permohonan Rayuan Bantuan Prihatin BPR 2021 Fasa 2 Perlu Pengesahan Pengenalan

PENGESAHAN PENGENALAN

KOD ALASAN 01 / 02 / 03

10. S: Saya tidak lulus kerana perlu pengesahan pengenalan. Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa Permohonan rayuan bantuan prihatin BPR 2021?

J: Dokumen yang perlu dikemukakan semasa rayuan adalah Dokumen asal / salinan MyKAD. Pemprosesan rayuan akan dibuat berdasarkan semakan maklumat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

11. S: Saya tidak lulus kerana maklumat pengenalan Pasangan / Anak berbeza dengan semakan data JPN. Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa Permohonan rayuan bantuan prihatin BPR 2021?

J: Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik atau dikemukakan adalah:

i. Pengesahan Pengenalan Pasangan: MyKAD / MyPR / MyKAS Pasangan.

ii. Pengesahan Pengenalan Anak: MyKad / MyKid dan Sijil Lahir Anak. Semakan pengenalan dan status warga negara anak akan dibuat dengan data JPN.

Baca Juga:Permohonan Kolej Profesional MARA 2021 Online

Soalan Lazim Permohonan Rayuan Bantuan Prihatin BPR 2021 Fasa 2 Perlu Pengesahan Pendapatan

PENGESAHAN PENDAPATAN

KOD ALASAN 08 / 09 / 38

12. S: Permohonan BPR 2021 saya tidak lulus kerana semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon / pasangan melebihi RM5,000 (bagi kategori Isi Rumah) / pendapatan pemohon melebihi RM2,500. Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa Permohonan rayuan bantuan prihatin BPR 2021?

J: Pembuktian pendapatan pemohon / pasangan adalah tidak diperlukan. Semakan pendapatan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan rayuan bantuan prihatin BPR 2021 boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.

13. S: Permohonan BPR 2021 saya tidak lulus kerana semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan (Kod 38). Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa Permohonan rayuan bantuan prihatin BPR 2021?

J: Maklumat pendapatan tiada dalam rekod agensi pendapatan. Oleh itu, dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik atau dikemukakan adalah seperti berikut:

i. Slip Gaji bagi bulan Mac / April 2021; atau

ii. Akuan pengesahan pendapatan.

14. S: Permohonan BPR 2021 saya tidak lulus kerana semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon / pasangan melebihi RM5,000 termasuk perniagaan. Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa rayuan?

J: Pembuktian pendapatan pemohon dan pasangan adalah tidak diperlukan. Semakan pendapatan dan pemilikan perniagaan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai sijil tamat perniagaan bagi perniagaan yang dinyatakan, dokumen tamat perniagaan yang diterima untuk dimuatnaik atau dikemukakan adalah dalam tempoh sehingga 28 Februari 2021.

15. S: Berapakah pendapatan perniagaan yang diambil kira bagi penentuan kelayakan BPR 2021?

J: Pendapatan perniagaan yang diambil kira bagi penentuan kelayakan BPR 2021 adalah RM2,501 bagi pemilikan 2 perniagaan milikan tunggal.

Baca Juga:Permohonan Akademi Laut Malaysia(ALAM) 2021:Cara Mohon,Syarat & Semak Status

Soalan Lazim Permohonan Rayuan BPR 2021 Fasa 2 Perlu Pengesahan Pemilikan Perniagaan

PENGESAHAN PEMILIKAN PERNIAGAAN

KOD ALASAN 11 / 12 / 13 / 14

16. S: Permohonan saya tidak lulus di bawah Kod Alasan 11 iaitu pemohon / pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian. Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa Permohonan Rayuan BPR 2021?

J: Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah menetapkan bagi permohonan BPR 2021 yang memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian adalah tidak layak BPR 2021. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai sijil tamat perniagaan bagi perniagaan yang dinyatakan, dokumen tamat perniagaan yang diterima untuk dimuatnaik atau dikemukakan adalah dalam tempoh sehingga 28 Februari 2021.

17. S: Sekiranya Permohonan BPR 2021 saya tidak diluluskan atas alasan pemohon / pasangan merupakan Pengarah Syarikat / memiliki Perkongsian Liabiliti Terhad, apakah dokumen sokongan yang perlu dikemukakan semasa Permohonan rayuan bantuan prihatin BPR 2021?

J: Sekiranya pemohon / pasangan merupakan Pengarah Syarikat / memiliki Perkongsian Liabiliti Terhad, sebarang pembuktian perniagaan tidak diperlukan kerana semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Namun, sekiranya anda mempunyai sijil letak jawatan pengarah syarikat / tamat perniagaan yang dikeluarkan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi perniagaan yang dinyatakan, dokumen letak jawatan / tamat perniagaan yang diterima untuk dimuatnaik atau dikemukakan adalah dalam tempoh sehingga 28 Februari 2021.

18. S: Saya merupakan Pemegang Saham tetapi syarikat berkenaan berstatus tidak aktif. Saya juga sudah tidak berhubung dengan Pengarah Syarikat berkenaan. Adakah saya layak untuk membuat Permohonan Rayuan BPR 2021?

J: Anda boleh membuat Permohonan rayuan bantuan prihatin BPR 2021. Walau bagaimanapun, semakan silang akan dibuat dengan data agensi berkenaan. Sekiranya hasil semakan silang masih wujud sebagai Pemegang Saham Syarikat / syarikat masih aktif, rayuan bantuan prihatin anda tidak akan dipertimbangkan.

19. S: Permohonan BPR 2021 saya tidak lulus kerana memiliki perniagaan. Perniagaan saya dijalankan oleh anak saya. Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa Permohonan Rayuan BPR 2021?

J: Anda boleh membuat Permohonan rayuan bantuan prihatin BPR 2021. Walau bagaimanapun, sekiranya hasil semakan silang data agensi yang dibuat mendapati bahawa nama perniagaan berkenaan masih dimiliki oleh pemohon / pasangan, rayuan bantuan prihatin anda tidak akan dipertimbangkan.

Baca Juga:Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji

Soalan Lazim Permohonan Rayuan BPR 2021 Fasa 2 Kod Alasan Tidak Lulus

ALASAN KOD-KOD LAIN TIDAK LULUS

20. S: Saya diluluskan BPR 2021 dengan amaun kelulusan RM500 (kategori pendapatan RM3,001 – RM4,000). Saya tidak bekerja mulai 1 Februari 2021. Adakah saya layak membuat Permohonan Rayuan BPR 2021?

J: Anda boleh membuat rayuan bantuan prihatin Tambahan BPR 2021 bagi perubahan pendapatan secara dalam talian tanpa memuat naik sebarang dokumen sokongan pembuktian pendapatan pemohon / pasangan. Semakan pendapatan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

21. S: Permohonan BPR 2021 saya tidak lulus kerana tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang (Kod 06). Saya masih belajar dan adakah saya boleh membuat Permohonan Rayuan BPR 2021?

J: Pelajar tidak layak untuk membuat Permohonan BPR 2021. Walau bagaimanapun, sekiranya anda telah tamat belajar, Permohonan rayuan bantuan prihatin BPR 2021 boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen pembuktian tamat belajar bagi tahun 2020/2021.

22. S: Permohonan BPR 2021 saya tidak lulus kerana tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang (Kod 06). Adakah saya layak untuk membuat Permohonan Rayuan BPR 2021 dan apakah dokumen sokongan yang perlu saya kemukakan?

J: Anda boleh membuat Permohonan rayuan bantuan prihatin BPR 2021 sekiranya berumur 21 tahun dan ke atas atau 18 tahun dan ke atas bagi pemohon berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik atau dikemukakan adalah:

i. Dokumen pembuktian tamat belajar bagi tahun 2020/2021 bagi pemohon berumur 21 tahun dan ke atas; atau

ii. Salinan Kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

23. S: Permohonan BPR 2021 saya tidak lulus kerana semakan mendapati anak mempunyai pendapatan yang tinggi (Kod 20). Adakah saya layak untuk membuat Permohonan rayuan bantuan prihatin BPR 2021 dan apakah dokumen sokongan yang perlu saya kemukakan?

J: Kerajaan telah menetapkan bagi Ibu Bapa yang mempunyai anak berpendapatan tinggi, Bantuan BPR 2021 dari Kerajaan tidak layak diterima. Ini bertujuan mewujudkan Keluarga Penyayang di Malaysia. Walau bagaimanapun, tuan boleh membuat Permohonan rayuan bantuan prihatin BPR 2021 tanpa perlu kemukakan sebarang dokumen sokongan. Semakan akan dibuat semula berdasarkan data agensi bagi penentuan kelayakan BPR 2021.

24. S: Maklumat anak saya adalah tidak layak kerana tidak melepasi syarat kelayakan umur lebih dari 19 tahun sebagai pelajar sepenuh masa tetapi anak saya masih lagi belajar. Adakah saya masih boleh membuat rayuan tambahan bagi maklumat anak tersebut?

J: rayuan bantuan prihatin tambahan BPR 2021 boleh dilakukan dengan mengemukakan dokumen pembuktian belajar sepenuh masa anak bagi tahun 2020/2021.

25. S: Permohonan BPR 2021 saya tidak lulus kerana semakan mendapati Pemohon / Pasangan telah menerima Geran Khas Prihatin (GKP). Adakah saya boleh membuat Permohonan Rayuan BPR 2021?

J: Permohonan rayuan bantuan prihatin BPR 2021 dibenarkan sekiranya:

i. Pemulangan sekurang-kurangnya bantuan Geran Khas Prihatin Tambahan (GKP PERMAI) telah dibuat dan diterima Kementerian Kewangan Malaysia selewat-lewatnya pada 31 Mei 2021; atau

ii. Status pembayaran GKP 1.0 / GKP 2.0 dan GKP PERMAI adalah berstatus Gagal Kredit. Walau bagaimanapun, semakan semula Permohonan Rayuan BPR 2021 adalah berdasarkan kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Dokumen sokongan yang diperlukan adalah merujuk kepada kod tidak lulus Permohonan BPR 2021 yang berkenaan.

26. S: Permohonan BPR 2021 saya tidak lulus kerana semakan mendapati pasangan telah menerima Geran Khas Prihatin. Walau bagaimanapun, saya telah bercerai. Adakah saya boleh membuat Permohonan rayuan bantuan BPR 2021?

J: Permohonan rayuan bantuan prihatin BPR 2021 dibenarkan sekiranya berlaku perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 28 Februari 2021. Dokumen pengesahan perkahwinan berkenaan perlu disertakan semasa tempoh permohonan rayuan dibuat.

27. S: Permohonan BPR 2021 saya diluluskan sebagai kategori Bujang. Walau bagaimanapun saya telah berkahwin. Adakah saya boleh membuat Permohonan Rayuan BPR 2021 dengan status kahwin?

J: Rayuan rayuan bantuan prihatin tambahan BPR 2021 bagi perubahan status perkahwinan hanya dibenarkan bagi perubahan status daripada Bujang atau Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda kepada Kahwin sahaja. Dokumen pembuktian perkahwinan yang diterima hanya tertakluk kepada tarikh berkahwin sebelum atau pada 28 Februari 2021.

Untuk soalan lazim rayuan BPR lain layari: https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/BPR2021(FAQ)RayuanBPR2021.pdf

Baca Juga:Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (PKP 3.0)

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tentang rayuan Bantuan prihatin dan perkara lain berkaitan layari https://bpr.hasil.gov.my/ atau hubungi:

Hotline BPR LHDNM: 1-800-88-2747

Hotline BPR MoF: 03-8882 4565/03-8882 4566

Email: [email protected]

Alamat:

Sekretariat BPR,

Pejabat Belanjawan Negara

Kementerian Kewangan Malaysia(MOF),

Presint 2, 62592 Putrajaya.

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang permohonan rayuan bantuan prihatin BPR 2021 ini memudahkan anda untuk membuat permohonan rayuan bantuan prihatin insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

3 thoughts on “Rayuan Bantuan Prihatin:Permohonan Rayuan BPR 2021”

  1. Status BPR Ayah saya TIDAK LULUS dengan alasan STATUS PERKAHWINAN PERLU PENGESAHAN… Sedangkan sebelum2 ini tiada masalah

    Reply
  2. Pasangan penerima GKP
    Suami tidak bekerja anak 2 orang
    Peniaga kecil kecilan, tinggal sekeluarga bayar bil api bil air pendapatan niaga setiap hari SEN saja belanja dapur untuk sumber harian Akhirnya kais pagi makan pagi kais petang habis.

    Reply

Leave a Comment