
Cara Login DELIMA KPM: Cara Guna Aplikasi Dalam Portal Delima KPM
Cara Login DELIMA KPM
Cara Login ke aplikasi DELIMA KPM adalah seperti berikut:
- Anda boleh terus Login melalui pautan ini https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login
- Sepertimana aplikasi MOE Digital Learning, DELIMa juga menggunakan platform yang sama iaitu halaman Google Sites sebagai tapak asas bagi platform tersebut.
- Para guru dan pelajar boleh mengakses DELIMa menggunakan e-mel MOE Digital Learning yang telah dibekalkan sebelum ini.
Anda juga boleh baca Cara dan Tarikh Permohonan Pertukaran Guru 2021.
APLIKASI DALAM DELIMA KPM
Antara aplikasi yan terdapat dalam DELIMA KPM adalah seperti berikut:
1. Buku Teks Digital Kementerian Pelajaran Malaysia KPM
Cara memuat turun buku teks KPM dalam aplikasi DELIMA KPM adalah seperti gambar di bawah:

Anda juga boleh membaca Bantuan Asuh Pintar 2021 Yuran Taska RM100 sebulan.
2. Microsoft Office 365 (Word, Excel, Power Point dll)
Microsoft Office 365 yang disediakan di dalam aplikasi DELIMA ini adalah percuma untuk semua pengguna aplikasi DELIMA tersebut. Antara perisian yang terdapat dalam Microsoft Office 365 ialah seperti gambar berikut:

Baca juga: Cara Daftar Kelahiran Online JPN
3. Canva
Mungkin ramai yang belum kenal apa itu canva. Ringkasan kegunaan Canva adalah seperti berikut:
- Pembelajaran menggunakan Canva menawarkan versi bilik darjah hingga K-12 yang supercharged. Ianya adalah percuma kepada semua guru yang menggunakan aplikasi Delima.
- Canva padat dengan nilai dan ciri-ciri penjimatan masa (termasuk ribuan sumber pendidikan), setiap guru Canva boleh menjemput pelajar mereka di semua kelas mereka secara percuma.
- Dari folder yang membantu anda kekal teratur hingga kerjasama bilik darjah dan tugasan yang meningkatkan tahap penglibatan, terdapat cara yang tidak berkesudahan untuk berinteraksi dengan pelajar anda, tidak kira sama ada anda mengajar di bilik darjah atau dari jauh.
- Daftar sekarang ke aplikasi DELIMA dan akses ke Canva untuk membuka kunci alat pengajaran terbaik yang ditawarkan oleh Canva.
4. Padlet

Penerangan Padlet adalah seperti berikut:
- Padlet dahulunya dikenali sebagai Wallwhiser merupakan salah satu aplikasi papan interaktif dalam Web 2.0. Papan interaktif ini yang juga dikenali sebagai virtual wall (dinding maya).
- Ia berfungsi sebagai ruang yang membolehkan murid dan guru dapat berkongsi maklumat seperti teks, gambar, video dan audio dalam satu antara muka.
- Semua ahli kumpulan akan dapat melihat semua maklumat yang ditulis pada wall dan saling bertukar idea dalam kumpulan mereka.
- Punggunaan Padlet dapat memudahkan Guru untuk memberi penerangan seperti berada dalam bilik darjah.
Baca di sini: Bantuan Tanam Semula RISDA 2021
5. Wolfram Alpha

Apa itu Wolfram Alpha? Penerangan Wolfram Alpha adalah seperti berikut:
- Wolfram alpha berfungsi sebagai mesin carian komputasi. Ia juga disebut sebagai mesin jawapan. Antaramuka mirip dengan antara muka yang terdapat dengan mesin carian biasa.
- Pertanyaan yang ditaip ke kotak mesin pencari Wolfram Alpha tidak memaparkan laman web yang relevan dengan pertanyaan, tetapi menjawab pertanyaan tertentu.
- Wolfram Alpha mampu menerima bahasa semula jadi dalam bentuk kata kunci, ayat, dan frasa persamaan matematik. Hasil output dikira secara dinamik.
6. Google Services.
Delima menawarkan semua aplikasi Google Services di dalam perisiannya. Antara Google Services yang terdapat dalam aplikasi DELIMA seperti gambar berikut:

7. MINECRAFT (!!!) EDUCATION EDITION
Minecraft Education Edition adalah aplikasi permainan online yang lebih fokus kepada pembelajaran. Aplikasi ini sangan berguna kepada murid-murid kerana sekarang kebanyakan murid cenderung untuk bermain permainan dalam telefon atau gadjet lain.

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan boleh layari https://www.moe.gov.my/
Terdapat banyak lagi item-item menarik yang disediakan dalam aplikasi DELIMA. Semoga kita semua memanfaatkan aplikasi yang disediakan KPM ini bagi memudahkan Pengajaran Dan Pembelajaran sepanjang pendemik Covi-19 ini.
Terima kasih. Semoga memudahkan anda untuk lebih memahami Portal DELIMA yang disediakan oleh KPM ini insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com