![DELIMa KPM 2021 DELIMa KPM 2021](https://keptennews.com/wp-content/uploads/2021/01/page.png)
Portal DELIMa KPM: ID,Log In & Cara Guna DELIMa
Portal DELIMa KPM
Portal DELIMa KPM merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia. Ia merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE.
Anda juga boleh baca Cara dan Tarikh Permohonan Pertukaran Guru
Portal DELIMa KPM merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pendidik dan juga pelajar untuk belajar secara dalam talian.
Baca Juga: Tarikh Keputusan EGTukar: Tarikh penting Pertukaran Guru
CARA AKSES PORTAL DELIMa
![DELIMa KPM 2021 DELIMa KPM 2021](https://keptennews.com/wp-content/uploads/2021/01/login-delima.jpg)
Diakses menggunakan akaun Google sedia ada
Sepertimana MOE Digital Learning, Portal DELIMa KPM masih menggunakan platform yang sama iaitu halaman Google Sites sebagai tapak asas bagi platform ini. Oleh itu, guru dan pelajar boleh mengakses platform DELIMa menggunakan e-mel MOE Digital Learning (DL) yang telah dibekalkan sebelum ini.
Platform ini mengekalkan reka bentuk antaramuka sedia ada, cuma ia membawakan beberapa menu tambahan serta penampilan logo baharu DELIMa.
Nak tahu menu menarik dalam Portal DELIMA KPM? Klik Menu Menarik Delima KPM
Anda hanya perlu ke https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login
Guna id google classroom yang KPM bagi untuk masuk ke portal DELIMa. Hanya boleh diakses dengan id KPM bagi sahaja.
Anda Mungkin Berminat, Carian Tertinggi Di Google
- Cara Memohon STR 2024
- Cara Semakan Permohonan STR 2024
- Contoh Kertas Kerja
- Surat Permohonan Kerja Kosong. Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Syarat Permohonan STR 2024
- RAYUAN STR: Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula
- Tarikh Bayaran STR Fasa 1 2024
- Contoh Surat Rasmi
- Biasiswa Sekolah Menengah
- Cara Mohon Biasiswa Kecil Persekutuan – BKP
- Biasiswa Kecil Persekutuan 2024: Cara Permohonan BKP Online
Log Masuk/Log In Sistem DELIMa
Sitem Portal DELIMA KPM disokong tiga rakan strategik utama: Google, Microsoft dan Apple
![DELIMa KPM 2021 DELIMa KPM 2021](https://keptennews.com/wp-content/uploads/2021/01/google-mic-apple.jpg)
Google menerusi Google for Education, Microsoft menerusi Microsoft Education dan Apple menerusi Apple Education menjalankan pelbagai program untuk pendidikan global sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat mereka.
Mereka menyokong inisiatif terkini KPM ini dengan menyediakan akses khas kepada sistem dan aplikasi-aplikasi pendidikan serta membekalkan idea serta modul-modul pembelajaran.
Permohonan Bantuan Yuran Taska RM 100 sebulan. Program Asuh Pintar
Penyertaan ketiga-tiga gergasi digital terkemuka ini sebagai rakan stategik membuktikan KPM kini lebih terbuka dalam penggunaan teknologi untuk pembelajaran.
Google menawarkan pakej G-Suite for Education yang terbukti sebagai sebagai satu ekosistem pembelajaran online terbaik berasaskan perkomputeran awan (cloud computing).
![DELIMa KPM 2021 DELIMa KPM 2021](https://keptennews.com/wp-content/uploads/2021/01/g-suite-delima.png)
Microsoft pula menawarkan alternatif kepada aplikasi daripada Google, manakala Apple menawarkan sumber pembelajaran berasaskan kreativiti kepada guru dan pelajar.
Anda hanya perlu ke https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login
Guna id google classroom yang KPM bagi untuk masuk ke portal DELIMa
Pernah dengar SPLG KPM?Biasanya guru-guru akan login SPLG KPM INDIVIDU atau SULDP akan login SPLG KPM untuk urusan pendaftaran kursus dan latihan.
SPLKPM juga dirujuk untuk tengok pelaporan bilangan hari LADAP dan tengok pelaporan bilangan markah CPD
Tatacara Mengakses Bahan Portal DELIMa KPM
Ikuti cara berikut untuk mengakses bahan portal DELIMA KPM
- Log masuk laman sesawang DELIMa di http://bit.ly/DELIMaKPM
- Guru
- Klik Sumber Rujukan PdP
- Klik BPK
- Klik Kursus Orientasi 2020
- Pilih dan klik Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah
- Klik Mata Pelajaran
- Ikuti semua bahan kursus hingga selesai
- Klik SPLKPM dan masukan nombor kad pengenalan
Senarai Rakan Dlm Penyediaan Kandungan Delima
Portal Delima disokong oleh pelbagai rakan dalam penyediakan kandungan DELIMa
![DELIMa KPM 2021](https://keptennews.com/wp-content/uploads/2021/01/mdec.png)
KPM menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti MDEC, Digi, UNICEF, ASTRO dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk membekalkan kandungan pembelajaran kepada para guru dan pelajar.
Data yang dibekalkan dikawal oleh KPM bagi memastikan hanya data pembelajaran terbaru dimasukkan.
Kepada guru yang ingin belajar buat eRPH atau RPH ONLINE,boleh cuba CIDS ONLINE
Sebagai contoh, PNM menawarkan beribu-ribu e-buku percuma kepada guru dan pelajar, MDEC menyediakan kandungan pembelajaran bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi manakala DIGI pula menyediakan modul Keselamatan Siber.
Banyak lagi rakan kerjasama yang akan menyediakan kandungan pembelajaran di platform ini pada masa hadapan.
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Terima kasih. Semoga kita semua akan dapat manfaat daripada Portal DELIMA KPM ini insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com