Tips Ajar Anak Membaca. Cara Santai & ‘Fun’.

Tips Ajar Anak Membaca

Tips Ajar Anak Membaca. Cara Santai & ‘Fun’. Tahu-tahu Je Dah Lancar!

Ketahui Tips Ajar Anak Membaca dengan mudah dan berkesan melalui teknik percuma tanpa bahan luar rumah.

CARA AJAR ANAK MEMBACA DI RUMAH DENGAN SANTAI & ‘FUN’

Musim PKP ni ramai ibu ayah yang risau takut anak-anak ketinggalan dalam pelajaran.

Kalau dulu mungkin ramai yang mengharapkan guru di sekolah, tapi kali ini ibu ayah perlu bergandung bahu untuk menjayakan PdPR di rumah.

Tapi mungkin ramai daripada kita yang mungkin berpengalaman nak mengajar anak-anak. Bila ajak ulangkaji, mereka buat muka bosan, kurang minat, tak mahu fokus dan macam-macam lagi alasannya kan?

baca juga: DidikTV TV Pendidikan KPM:Semakan Saluran & Waktu Siaran

Tips Ajar Anak Membaca

Jadi di sini kami ingin kongsikan tips dan cara ajar anak membaca yang santai dan mudah untuk ibu ayah praktikkan di rumah sejak kecil lagi.

Ia juga boleh menjadi panduan khususnya untuk anak-anak yang nak masuk prasekolah atau Tahun 1.

Jom baca perkongsian ini sepenuhnya.

Baca Juga: Daftar Prasekolah Online 2022

Cara Ajar Anak Membaca Dengan Santai & Seronok Di Rumah

Tips Ajar Anak Membaca

Di sini nak kongsi cara ajar anak belajar membaca yang membuatkan mereka leka dan seronok membaca.

*Sebenarnya kan, sebelum ajar anak membaca ni ada persediaan tertentu yang kita kena buat. ( Macam sebelum menulis la, ada benda lain lagi yang kita kena buat. )

Tapi sekarang kita fokus untuk membaca. Takut kalau masuk bab tu artikel ni jadi panjang dan bosan…

Sejujurnya, kaedah mudah ajar anak ialah guna kaedah fonik. Dan kita juga sebagai ibubapa boleh join kursus dengan pengasas fonik untuk kuasai kaedah ni.

Tapi jangan bimbang, kalau ibubapa nak ajar anak ikut kaedah mengeja suku kata pun, cara dibawah ni masih lagi boleh ikut.

Okay… Di sini dikongsikan mengikut step-by-step ya.

Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat

Cara Ajar Anak Membaca No 1: ‘Read Aloud’

Tips Ajar Anak Membaca

Bacakan buku untuk anak sejak mereka kecil.

Seawal 6 bulan pun ibubapa dah boleh bacakan mereka buku cerita.

“Kajian menunjukkan bayi yang dibesarkan dalam keadaan yang selalu dibacakan buku cerita seawal usia 6 bulan & sering berkomunikasi akan memiliki penguasaan kosa kata yang lebih banyak.”

Beri masa dulu untuk anak pandai bercakap, pandai dengar arahan sebelum ajar mereka membaca.

Ikut OT (occupational therapist) pun, tak perlu ajar ABC, 123 semua tu untuk anak-anak kecil bawah 2-3 tahun tu.

Fokus perkembangan lain dulu tau.

Baca Juga: Inisiatif Cerdik.org: Semak Kelayakan Bantuan Peranti / Laptop Pelajar B40

Tips Ajar Anak Membaca

Teknik Ajar Anak Membaca No 2: Dengar Lagu

Tips Ajar Anak Membaca

Irama dan lagu ni sangat bagus untuk otak anak. Tambah bila mereka menari sekali. Untuk fonik, boleh dengarkan anak lagu “Abu Ada Ayam”.

Ibu-ibu boleh juga search macam-macam video phonic songs di Youtube, kebanyakannya mungkin berbahasa Inggeris.

Ini link video ya kalau ibubapa nak tengok ‘Abu Ada Ayam’ tu ;https://youtu.be/-FPD_b_Zuik

Kalau tak guna fonik, menari dan berjoget dengan lagu ABC pun boleh.

Tips Ajar Anak Membaca

Baca Juga :UPU Online 2021 KPT: Cara Permohonan, Panduan & Syarat Kelayakan

Ajar Anak Membaca No 3: Bermain Dengan Huruf

Okay yang ni boleh buat banyak aktiviti.

Setiap huruf tu akan ada aktiviti dia sendiri. Contoh macam A untuk ayam.

Boleh guna kulit telur ayam untuk tampal pada kertas. Telur tu biar anak sendiri yang kupas.

Tips Ajar Anak Membaca

Kalau aktiviti tu dapat rangsang sekali motor halus, motor kasar, koordinasi mata-tangan anak.

Tips Ajar Anak Membaca

Kemudian, boleh juga buat aktiviti tabur huruf, bunyikan atau sebut, dan anak cari.

Tips Ajar Anak Membaca

Banyak game boleh direka ikut kreativiti sendiri.

Tips Ajar Anak Membaca

Bila kita ajar sambil bermain, barulah anak tak cepat bosan kan?

Baca Juga: No Pin UPU 2021: Cara Beli No ID Unik (Di ATM, Kaunter & SMS)

Teknik Ajar Anak Membaca No 4: Gabung Bunyi

Kita guna fonik jadi sebut gabung bunyi. Kalau mengeja pun boleh.

Letak huruf satu-satu. /beh/ kawan dengan /aa/ jadi “ba”.

Atau kalau mengeja ‘b’ kawan ‘a’ jadi “ba”.

Untuk lebih menarik lagi silalah ibubapa cari fleshcard untuk dieja atau sebut yang namanya flip-card wow.

Penting: BPR Isi Rumah 2021:Semakan, Permohonan Baru & Kemaskini RM 500-RM1800

Cara Ajar Anak Membaca No 5: Aktiviti Suku Kata

Okay kalau anak dah boleh sebut gabungan dua huruf, banyakkan lagi aktiviti mereka.

Contoh ada dekat gambar di bawah.

Tips Ajar Anak Membaca

Kebiasaannya kanak-kanak suka part bahagian badan sebab banyak sangat jumpa suku kata terbuka.

Contohnya:

Da-hi

Pi-pi

Da-gu

Ka-ki

Ini semua belajar dengan buku pun best.

Tapi budak-budak kan, buat aktiviti lagi diaorang seronok. Jadi kita bawa keluar apa yang ada dalam buku tu.

Buat jadi benda maujud. Pegang, sentuh, rasa dll.

Baca Juga: Cara Login Google Classroom: Cara Log Masuk Mudah Beserta Gambar

Teknik Ajar Anak Membaca No 6: Membaca Di Mana-mana

Bila anak dah boleh membaca sikit-sikit, selalulah ajak anak membaca bersama-sama.

Contohnya ibubapa baca satu ayat dalam buku, bagi anak sambung ayat kedua. Fun kan?

Tampal poster-poster bacaan yang anak mudah lihat. Membaca bukan hanya di buku ya.

Anda juga boleh baca Cara dan Tarikh Permohonan Pertukaran Guru 2021

Cara Ajar Anak Membaca No 7: Jangan Stres!

Tips Ajar Anak Membaca

Last but not least, itulah dia. Jangan stress ya ibu ayah. Bila kita stress anak tahu dan boleh stress sama. Fikir untuk buat aktiviti menarik minat anak.

JANGAN STRESS, JANGAN GUNA KAEDAH ‘DRILLING’. MAKE IT FUN.

Selalu peluk & puji. Kalau tanya aktiviti yang dibuat hanya ambil masa 5-15 minit sehari.

Selebihnya bermain, bermain dan bermain.

Sedar-sedar, eh, dah lancar dah dia membaca. Semoga ibubapa dapat manfaat daripada sharing ini.

 Terima kasih. Semoga semua anak-anak kita berjaya insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment