Contoh Soalan & Jawapan UPKK Online Terkini
Koleksi Contoh Soalan & Jawapan UPKK Online ini merupakan gabungan soalan-soalan UPKK yang terdahulu yang boleh dijawab terus secara online yang menggunakan Google Forms.
Koleksi soalan & jawapan UPKK online ini disediakan oleh Ustaz Halim Al-Khattain dan Ustaz Juhairee Abdul Rashid (UJAR).
Pada asalnya sekadar suka-suka untuk mengisi masa lapang sempena “Perintah Kawalan Pergerakan” (PKP) sahaja. Melihat kepada sambutan yang menggalakkan, kami serius membuat contoh soalan & jawapan UPKK untuk manfaat bersama guru dan pelajar KAFA semua terutama untuk pelajar UPKK. Setiap soalan & jawapan UPKK akan dikemas kini bagi memenuhi kehendak semasa yang telah ditetapkan.
UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK)… Matlamat utama UPKK ialah untuk Menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.
Himpunan Contoh Soalan Jawapan UPKK ialah himpunan soalan percubaan UPKK dari negeri-negeri seluruh Malaysia untuk tahun 2019.
Bagi anda yang belum membuka akaun SSPN untuk anak anda sekarang boleh buka akaun SSPN secara online.
Di harap dengan adanya perkongsian ini akan membangkitkan lagi komitmen dan kesungguhan yang tinggi daripada murid-murid dan tenaga pengajar untuk melakukan persediaan awal peperiksaan seperti mengadakan kelas intensif tambahan dan latihan menjawab soalan. Semoga ianya sedikit sebanyak dapat membantu pelajar khususnya kepada guru-guru dalam menyediakan diri bagi ujian UPKK yang bakal menjelang.
Ustaz Halim Al-Khattain telah menyediakan soalan Jawi, Bahasa Arab dan Ulum Syariah (Ibadah dan Aqidah). Manakala Sirah dan Adab telah disediakan oleh UJAR.
Untuk mendaftar ujian UPKK anda boleh menyemak pendaftaran atau anda jiuga boleh log masuk melalui Portal SIMPENI yang disediakan pautannya melalui website JAKIM.
Sila klik pada link yang telah diberikan untuk contoh soalan UPKK.
Baca Juga: Skim Bantuan Pelajaran MAIPk:Cara Mohon Bantuan Pelajaran Zakat Negeri Perak
Contoh Soalan & Jawapan UPKK Jawi
Contoh Soalan Jawapan UPKK Objektif Jawi UPKK, (50 soalan 100 markah):
https://forms.gle/wov7aVxpzVqHcjK2A
Baca Juga: Pinjaman Kenderaan Penjawat Awam:Cara Mohon & Syarat Pinjaman Kenderaan Kerajaan
Contoh Soalan & Jawapan UPKK ULUM Syariah
Contoh Soalan Jawapan UPKK Ulum Syariah Objektif, (Ibadah 25 dan Aqidah 25, 100 markah):
https://forms.gle/s8yuWa5dwN3YZDKp6
Contoh Soalan Jawapan UPKK Bahasa Arab
Contoh Soalan Jawapan UPKK Soalan Bahasa Arab Objektif (50 soalan 100 markah):
https://forms.gle/DEsiNaqusDWqbYtJ7
Baca Juga: Login SMPK Online:Sistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan
Soalan Sirah
Contoh Soalan Jawapan UPKK khas berdasarkan buku teks tahun 5 sahaja:
Contoh Soalan Jawapan UPKK Soalan Objektif Sirah Part 1 (30 soalan 30 markah):
https://forms.gle/vdoMLPqR1tZNVAWo9
Soalan Objektif Sirah Part 2 (30 soalan 30 markah):
https://forms.gle/JxKyZj4LZJfn6rcq8
Contoh Soalan Jawapan UPKK Soalan Objektif Sirah Part 3 (30 soalan 30 markah):
https://forms.gle/C1MThwoewsuV8PRy6
Soalan Objektif Sirah Part 4 (30 soalan 30 markah) tamat:
https://forms.gle/U7rJEFDWpjwoLqN39
Soalan Subjektif Sirah (50 soalan 100 markah), gabungan soalan tahun tiga hingga 5.
https://forms.gle/zrnzpNPFruqC2tJy7
Ketahui Juga: Login DELIMa KPM:Portal Online Pengajaran & Pembelajaran Di Rumah
Soalan Adab
Contoh Soalan Jawapan UPKK Adab Okjektif dan Subjektif (50 soalan 100 markah), gabungan soalan sebenar UPKK yang dahulu.
https://forms.gle/3SuA3e9nexXpp6Me9
Setiap soalan akan ditambah dan dikemas kini dari masa ke semasa. Jika terdapat sebarang kesalahan atau masalah berkaitan boleh tinggalkan komen anda di bawah atau boleh terus hubungi kami.
Jika anda tidak membuka link Contoh Soalan Jawapan UPKK di atas, sila guna browser lain selain yang anda gunakan, terima kasih.
Soalan Lain: Contoh Soalan KBAT:Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Cara Bina Soalan KBAT Matematik/Sains/Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu
Pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) Bagi 2021
Pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) bagi 2021 masih mengikut jadual dan perancangan yang ditetapkan.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, perkara itu akan dilaksanakan dengan mematuhi Garis Panduan Pengoperasian Kelas al-Quran dan Fardu Ain dan Sekolah Agama Dalam Norma Baharu yang mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 9 Jun lalu, berdasarkan ulasan dan pandangan dikemukakan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).
Menurutnya, Jakim juga sentiasa memberi perhatian serius terhadap situasi semasa penularan Covid-19 di negara ini khususnya aspek keselamatan murid dan semua petugas peperiksaan.
“Jakim dengan kerjasama semua agensi terbabit sudah menyediakan pelan tindakan yang sewajarnya bagi memastikan pelaksanaan UPKK tahun ini berjalan lancar.
Penilaian terhadap murid juga boleh dibuat melalui pelbagai kaedah termasuk aspek kaedah pelaksanaan UPKK, justeru Jakim sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pelaksanaan UPKK bagi calon tahun 2020 dan 2021 akan dilaksanakan secara serentak tahun ini membabitkan lapan subjek terdiri daripada dua subjek amali, satu subjek ujian lisan dan lima subjek bertulis.
BAca Juga; Duit PTPTN 2021:Semakan Tarikh Masuk Akaun
Subjek Ujian UPKK 2020 & 2021
Dua subjek penilaian amali iaitu mata pelajaran amali solat dan penghayatan cara hidup Islam sudah bermula dari awal takwim persekolahan 2021.
Abdul Aziz berkata, Jakim turut melaksanakan kaedah berdasarkan penilaian sepanjang sesi persekolahan termasuk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan mengambil kira ujian bulanan dan aktiviti dalam dan luar bilik darjah.
Menurutnya, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) turut diambil kira sebagai antara komponen penilaian UPKK yang dinilai oleh guru KAFA sekolah masing-masing.
Ketahui Juga: Kelab Nuri Bank Rakyat:Cara Daftar Buka Akaun/Syarat Serta kelebihan Nuri
Tarikh Ujian UPKK 2020 & 2021
Katanya, bagi mata pelajaran al-Quran yang merangkumi Ujian Lisan Tadarus dan Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Tafsir Al-Quran ia dinilai oleh guru KAFA sekolah masing-masing yang dijadualkan bermula pada 1 hingga 30 September ini.
“Lima subjek bertulis iaitu Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Jawi dan Khat, Adab Kertas 1 & 2 dan Lughatul Quran akan dilaksanakan pada 4 hingga 7 Oktober, bukan hanya peperiksaan bertulis semata-mata.
“Setiap subjek yang dirangka dalam kurikulum UPKK turut merangkumi aspek penghayatan dan amalan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian,” katanya.
Abdul Aziz berkata, subjek berkenaan tidak hanya terikat dengan pelaksanaan peperiksaan semata-mata, tetapi menjadi sebahagian daripada amalan fardu ain.
Katanya, sehingga kini, UPKK masih kekal relevan dan ia terbukti dengan pertambahan jumlah calon yang menduduki ujian itu.
“Ia sekali gus menunjukkan kesedaran masyarakat untuk menjadikan pendidikan KAFA sebagai pengukuhan kepada pendidikan Islam arus perdana semakin meningkat dan sebagai persediaan dari aspek rohani sebelum murid melangkah ke peringkat pendidikan menengah,” katanya.
Maklumat Lain: Aktifkan Akaun Tabung Haji Tidak Aktif / Dorman
Himpunan Soalan Percubaan UPKK Seluruh Negeri
Contoh Soalan Jawapan UPKK Percubaan UPKK Seluruh Negeri 2019 akan dikemaskini kemudian mengikut negeri seperti dibawah.
- Soalan Percubaan UPKK Negeri Melaka 2019
- Soalan Percubaan UPKK Negeri Kedah 2019
- Soalan Percubaan UPKK Negeri Sembilan 2019
- Soalan Percubaan UPKK Negeri Pahang 2019
- Soalan Percubaan UPKK Negeri Pulau Pinang 2019
- Soalan Percubaan UPKK Negeri Perak 2019
- Soalan Percubaan UPKK Negeri Sabah 2019
- Soalan Percubaan UPKK Negeri Selangor 2019
- Soalan Percubaan UPKK Negeri Terenggganu 2019
- Soalan Percubaan UPKK Wilayah Persekutuan 2019
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lain: Sijil Digital Vaksinasi:Semakan, Download Sijil MySejahtera & Juga Bukti Manual Vaksin
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Contoh Soalan Jawapan UPKK ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com
Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Pengusaha Pusat Sukan:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Khas Golongan OKU:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Program Jaringan Inisiatif Umum JITU:Bantuan Asas Modal & Bimbingan Golongan OKU/Gelandangan
- PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan:Semak Kelayakan Permohonan Daftar MyFutureJobs
- PEMULIH Diskaun Bil TNB:Kelayakan & Kadar Diskaun PKS & Perniagaan Terpilih
- PEMULIH Permohonan Baru GKP4.0:Permohonan Baharu & Bayaran RM1,000 Julai 2021
- i-Citra KWSP:Permohonan Pengeluaran & Semakan Kelayakan